Friday, May 29, 2009

Member

mmg perlu kwn2 niih...kadang2 kalao dngar org brgaduh ngan member sndiri rse mcm bnde tu simple sgt...takyah citer pun takpe,kalo boleh mlas nak pkir...tapi sbenarnye kwn2 adalah cermin untuk tau sikap sbenar kita...tad sy bru belek2 gmbar memebr2 lma kat fs...de yg brubah dan byk yng brubah,,,yelaah last jmpe pun time form 3 dlu...try to bg ayat2 punjanggelaah ktakan tap de yg diamkn aje n ada yg ckp sarah, dont judje the book by its cover..btul ke ntah eje die tuhh..hmm mcmtulaah..ada kwn sorang niih paling pantang kalo sy cite pasal polotek,kami prnah brgaduh pasal niih...ayat die mcmniih sarah,bukn sume org brfikiran politik mcm kau ok...ok laah bah kalo bgitu..sy pun diam je laah...tap ada stu kwn sy niih mmg baik,sopan santun,alim, sriusly tak prnah sy jmpe org pnyambar mcmniih...die jugelaah yg prkenalkan untuk sy brkumpul dgn org2 soleh...die mmg best n lma2 sy brkumpul ngan org soleh n kbnyakkan mreka brfikiran politik kbetulanye sy rsa makin best brkawan niih...cume try nak control supya nmpak tak malu2 almaklumlaah bru kenal kan...sy hrap perkenalan kmi akn ada kmanisan die...rse mcm terharu laah plak..tap jiwe rse ok kalo dlu brgaduh ngan ntah pape pnye hal,tapi skrg kalo org cr gaduh pun takpe buat cool je...bak kta lgu senario brkawan biar sribu brcinta biar satu...terpulnglaah

Thursday, May 21, 2009

rasa hati

soal perasaan ni boleh dikatakan soal yang remeh untuk dikecoh-kecohkan.apapun ia tetap memberi impak yang besar terhadap diri saya,sejak cuti sminggu 2 ni saya hanya duduk rumah dan tak bnyak nak buat kerja,rsa mcm nak cr kerja tap tak tau apa krja yang sesuai,mnghabiskan msa kat rumah dgn menonton tv n surf internet n kadang2 je rajin mnulis apa2 utk blog...tugasan yg dberi mngupdate blog tap sejak 3 artikel yg dah dberi makn rsa dri ni blum pandai mnyusun kata2 dan byk lg ilmu yang saya tak tahu..bca blog ustz2 lain mmg mngusik jiwa,hmm.. kelebihan yang Allah bg kat diorang mmg hebat.terbca stu bku yang mngatakan kita mmbca jgnlah atas sbb untuk bijak berbicara dan perluah hanya kerana Allah kerana yg mnuntut ilmu ni ada 3 golongan, yang btul2 krn Allah,yg rsa bagus tap sbenrnye tak,dan yg terang-terangan mmg jenis tak ikhlas apabila dh ada ilmu ni,kbnyakkn golongan hak no 2 ni,saya makin keliru sbb selama ni sy tak prnah terfikir bnda tuh dan sy terasa yg sy mmbaca apa2 bku untuk mnigkatkan skill dlm pnulisan je.bertapa jahilnya saya dan saya berharap sgt yang apa2 yang saya buat adalah kerana Allah,kita tak boleh langsung lupakan Allah sbb syaitan ada cra nak menyelinap hati yang kadang2 lupa kat Allah...takut sya msa bca bku tuh krna rsa mcm terkena kat batang hidung sendiri..kadang2 byk cerita golongan ke2 ni yang mnghadapi azab ketika alam kubur dan Nauzubillah kalo kita dalam golongan mcmtuh,semoga diberi petunjuk oleh Allah.....dan tidak sesat dalam memperjuangkan agama Allah,kepada rakan2 lain bantulah saya krn Allah dah temukan kita untuk kita saling bantu membantu

Tuesday, May 19, 2009

mat rempit

cerita pasal mat rempit ni gerenti banyak cerita tak baik yang kita pernah dengar kan,saya ada stu cerita mengenai mat rempit,cume die bukanlah mat rempit tegar yang sanggup membunuh atau meragut macam biasa kita dengar.bagi die, die merempit hanya nak cari keseronokan dan nak tunjuk jaguh n lagi best kalau menang n dapat duit,menurut cerita dari sumber yang dipercayai die sudah pun berkhawin dan mempunyai hidup sendiri,tap khidmat die untuk mat rempit masih berpanjangan,die yang pandai motor akan adjust moto mat mat rempit untuk untuk merempit,kira bersubahatlaah lah nii.tak taulaah macamne die nak bebas dari gejala tak sihat ni,dari tolong mat rempit tuuh bagus p tolong cuci surau ke,tolong bini masak ke, de gak pahala kan...hmm mcmtulah kehidupan die skrg,harapan saya lepas die dapat kerja tetap ni die berubah lah menjadi makhluk yang baik dari segalanya.dan bagi mat rempit tegar diluar sana ambil laah masa yang ada ni untuk berubah menjadi manusia yang dapat membantu n bukan yang menyusahkan aje,harap2 kerajaan cepatlah memberatkan lagi hukuman keatas makhluk perosak bumi ni n lagi bagus kalu laksanakan saja Hukum Hudud,saya jamin mesti kurangnye gejala merosak nih,tak percaya?cube try test dulu....

Monday, May 18, 2009

pemimpin

bengang,geram dan menyampah tengok muke pemimpin yang berpura-pura menjaga kebajikan rakyat,menjaga laah sangat,saya rase mcm nak jadi wartawan pastu baling kasut atau buat apa saja yang yang menunjukkan kebenceian rakyat kat muke2 pengarut semua niih,tak sedar2 lagi ke yang dorang dibenci oleh segenap masyarakat.Yang "lama daaah" tuh tak habis2 membuat fitnah palsu terhadap pempinan yang bersih dari korupsi,tak seperti mereka yang merasuah masih bebas sebebesnya tanpa rasa bersalah,saya rasa kalau orang biasa tuh dah tak tau nak letak muke katmne dah...ckp je tanpa ada tindakan tak guna kan...jomlaah pakat fikir ramai2 macamne nak cari pemimpin yang bersih betul, kalau yang kat atas dah masalah mcmne hak bawah2 takde maslah dak???

Friday, May 15, 2009

salam hari pendidik

Mendidik tanggungjawab bersama,

Guru atau pendidik merupakan golongan tenaga pengajar yang biasanya dikaitkan dengan sekolah ataupun di universiti.Tugas pendidik yang merupakan tugas penting dalam mendidik anak bangsa adalah satu tugas yang dituntut dalam agama Islam. Sebagai seorang mahasiswa yang sering dikaitkan dengan tugas untuk belajar haruslah menukar paradigma itu .Ini kerana, dalam meniti arus pembangunan yang berubah dengan cepat kita harus peka dengan tugas sebenar seorang mahasiswa yang bukan sahaja belajar dari pensyarah atau buku-buku, namun tugas memberi tunjuk ajar juga haruslah seiringan.

Mungkin untuk pelajar yang belajar di fakulti pendidikan tidak mempunyai masalah dalam tugas-tugas sebegini kerana mereka mempunyai ilmu pengajaran yang hebat cuma ia dipraktikan atau tidak.namun sebagai mahasiswa yang dari fakulti lain haruslah mencari jalan memperbaiki diri untuk mendidik sahabat-sahabat kita di kampus khasnya dalam menjadikan ajaran Islam sebagai agama yang syumul iaitu menyeluruh.Tugas dalam menyampaikan dakwah Islam bukanlah hanya terletak pada bahu ustaz ustazah dari Fakulti Pengajian Islam, tapi merupakan tugas setiap mahasiswa yang mengakui diri itu Islam dan empunya iman di dalam hati,Insyallah.

Boleh ke kami nak bedakwah??persoalan ini sering timbul di kalangan mahasiswa yang tidak mempelajari Islam secara mendalam,namun tahukah kita semua bahawa dengan menegur atau menunjukan akhlak yang digarisakan oleh Islam ia juga merupakan satu bentuk dakwah secara halus dan dapat memberi momentum yang mendalam bagi pencari hidayah dari Allah. Dasar sekularisme yang semakin menjadi barah dikalangan mahasiswa haruslah dicantas habis-habisan dengan tindakan yang yang drastik dan realistik oleh pihak yang bertanggungjawab terutamanya pihak pentadbiran yang memegang autority di universiti.

Para pendidik khususnya haruslah tidak hanya berproksikan modul yang digariskan oleh pihak atasan swmata-mata ,namun harus mempunyai tanggungjawab untuk mengaitkan pembelajaran dengan konsep Rabbaniyah dan cuba menunjukkan bahawa Al-Quran merupakan kitab yang lengkap untuk kehidupan dunia dan akhirat.

Konklusinya, sempena hari guru pada 16 mei ini marilah kita bersama-sama mengambil amanah sebagai khalifah Allah S.A.W untuk berpesan-pesan pada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Waalhualam.

Monday, May 11, 2009

Hak asasi manusia dalam prespektif Islam…

Hak asasi manusia dalam prespektif Islam…

Hak asasi manusia sering digambarkan sebagai satu bentuk keadilan bagi yang mencari kebenaran namun merupakan ancaman kepada yang berproksikan kejahatan namun banyak kes mahkamah memperjuangkan hak asasi manusia akan kecundang dek pemerintah yang berkuasa mempengaruhi keputusan tersebut.hal ini akan lebih mudah jika setiap dari kita berbalik kepada apa yang termaktub dalam perlembagaan Islam.

Menurut Mahfuz Siddiq dalam laman webnya http://www.angelfire.com/id/sidikfound/ham.html Hak asasi dalam Islam berbeza dengan hak asasi menurut pengertian yang dikenali umum. Ini kerana seluruh hak merupakan kewapiban bagi negara mahupun individu yang tidak boleh diabaikan. Rasulullah saw pernah bersabda: "Sesungguhnya darahmu, hartamu dan kehormatanmu haram atas kamu." (HR. Bukhari dan Muslim). Maka negara bukan saja menahan diri dari menyentuh hak-hak asasi ini, melainkan mempunyai kewajiban memberikan dan menjamin hak-hak ini.
Sebagai contoh, negara berkewajipan menjamin perlindungan sosial bagi setiap individu tanpa ada perbezaan jenis kelamin, tidak juga perbedaan muslim dan non-muslim. Islam tidak hanya menjadikan itu kewapiban negara, melainkan negara diperintahkan untuk berperang demi melindungi hak-hak ini. Dari sinilah kaum muslimin di bawah Abu Bakar memerangi orang-orang yang tidak mahu membayar zakat.
Negara juga menjamin tidak ada pelanggaran terhadap hak-hak ini dari pihak individu. Sebab pemerintah mempunyai tugas sosial yang apabila tidak dilaksanakan bererti tidak berhak untuk tetap memerintah. Allah berfirman:
"Yaitu orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukannya di muka bumi nescaya mereka menegakkan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah perbuatan munkar. Dan kepada Allah-lah kembali semua urusan." (QS. 22: 4)

kita sebagai mahasiswa haruslah cakna dengan perkembangan yang berlaku dalam dan luar kampus untuk mengetahui kebenaran dan keboborokan yang telah berlaku dalam memperjuangkan hak asasi manusia.Dalam sesetengah kes hak asasi manusia hanya dijadikan topeng bagi kejahatan yang dirancang golongan yang ingin mencari alasan untuk tidak melaksanakan tuntutan agama Islam ataupun melaksanakan ajaran Islam secara tidak menyeluruh dan menganggap ajaran Isalm sebagai ajaran lama dan tidak sesuai dilaksanakan pada zaman kini.Ini terbukti dengan banyak persatuan-persatuan menuntut hak walaupun yang dituntut itu bertentangan dengan Islam padahal kebanyakan dari mereka tertulis perkataan Islam pada kad pengenalan mereka dan golongan ini boleh dikatakan sebagai golongan yang Islam pada nama sahaja.diharap kita semua dapat membezakan anatara hak dan yang batil dan ketahuilah Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui tiap sesuatu.

Sunday, May 10, 2009

kerja....

la la la hari hari kerja....met uncle hussain.wlaupun lagu dan nada lagu ni agak peningkan kepala saya,tap lirik lagu nih mngambar kita perlu bekerja....disini saya tak mahu katakan tntg kerja2 rutin seperti assigment or whatever,ada banyak kerja yang harus dilakukan lagi2 kerja untuk Islam.dalam melakukan kerja untuk islam nih,kita akn rasa hidup ni bukan hidup biasa2 je,akan ada stu feel sronok dan manis wlaupun ia pahit...dalam betul ayat ni,tapi tak sukar difahami kalo kita dah mula libatkan diri dalam semua-mua nih (banyak tuh) dan mengikhlaskan diri kerana Allah...kitw swring dengar sunnah terbesar adalah dakwah,so tak faham2 lagi ke,tak dapat banyak sikit pun jadilah asalkan jangan takde langsung...wassalam