Saturday, March 27, 2010

Pentingnya institusi kekeluargaan..

Sedih melambai kepulangan ayah saya pulang ke Sabah..dalam 2 3 hari ayah berada di Kajang atas urusan kerja d Serdang dan  sy of course aah tidak mensia2kan peluang untuk berjumpa my dad..banyak yang kami bualkan,lebih2 lagi isu politik..dh lama tak bertukar pendapat dengan ayah mengenai isu politik..sy masih ingat dulu ketika saya dalam sekolah menangah pernah mengatakan pada ayah saya,kenapa masih nk sokong PAS,padahal dalam tv terang2 bgtau yg PAS nii tak bagus...hmm,ayah dengan cool nya menjawab,semua niih adalah cara untuk rakyat Malaysia mmbenci perjuangan PAS...dgn penjelasan yg pnjang lebar,maklumat n bukti. saya memahami PAS dan perjuanganya melalui my dad,makin besar diri ini,makin banyak yang saya faham..satu persatu persoalan yang kadang-kala sy terfikir kat kepala otak niih saya akan bertanya,dan membesar laah bersama perbincangan antara anak dan ayah...

Kalau dalam bab nak pergi berdemo,ayah selalu menasihati kami adik beradik untuk berhati2..tak pernah nak halang,mmg best..kalo mak mungkin agak keberatan..tap my dad neutralkan keadaan...sy masih ingat apabila abang,akak dan saya pergi ke demo ISA, sepnjang hari mak telefon kami bertiga,tap takde sorang pun berani angkat..last skali petang2 gitu,mak sms "Puas ati kene water canon,baguslah sorang d Sogo,sorang kat masjid negara sorang lg kat msjid Jamek??,dah msuk dlm black maria belum korang bertiga,??nak tergelak pun ada...tap itulah naluri seorang ibu,dan mak de bgtau,Alhamdulillah Nahjan (adik sy) blaja kat Bintulu,kalo tak korang 4  orang p gak..Insyallah semua akan selamt sms dibalas utk ok kan balik keadaan.

Bagi saya,institusi kekeluargaan sgt penting untuk memebentuk fikrah Islam yang sebenar,anak2 membesar dgn didikan dr ibu bapa ketika mereka kecil,tap apabila meningkat dewasa,ibu bapa mungkin tidak lagi berperanan untk menghalang dengan mengatakan "TIDAK' terus, tap mrk mungkin lebih mmberi satu bentuk nasihat atau memberitahu baik dan buruk sstu keputusan yg ingin d buat oleh anak dan keputusannya akhir si anak lah memutuskannya.Apa yang sangat penting adalah perbincangan,dan kepercayaan..

Akhir kata,selagi kita mempunya ibu dan ayah,jadikan mereka sebagai bahan rujukan utama..apa2 hal carilah mereka..berkongsilah gembira,suka dan duka bersama mak ayah kita,mereka sangat memahami kita selaku anak,dan sy berpesan kepada diri dan sahabat pembaca jangalah menjadi anak derhaka yang kadang2 kita tak jangka kita pemilik title itu,Nauzubillah,kita mungkin selalu dengar, seorang ibu boleh membela 10 orang anaknya tap belum tentu 10 anak itu boleh menjaga ibunya...doakan kesejahteraan emak dan ayah kita bagi yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia,jadilah anak yang soleh kerana antara amalan yang dibawa d alam kubur nnti adalah doa anak yang soleh...

Monday, March 22, 2010

UMNO dah makin parah..

Politik Malaysia sentiasa berubah dari hari ke hari dari jam ke jam dan dari saat ke saat..perkembangan politik Malaysia dengan pelbagai isu kadag kala memberi saya satu tanggapan,dalam politik apa sahaja boleh berlaku walaupun bila kita fikirkan ia agak mustahil,bagi laah apa bentuk perundangan sekalipun,hujah,kaedah saintifik dan berdemostrasi ia tetap akan berlaku mengikut kepala si politikus itu sendiri.Golongan ini kadangkala mempunyai kuasa yang  melibihi kuasa yang dibenarkan.Semuanya berpunca dari menjaga kepentingan masing2 dan sikap kronisme itu sendiri.Isu lain dimainkan bagi menutup isu sebelumnya,dan begitulah seterusnya..apa yang saya dapat simpulkan sekarang adalah Kerajaan pemerintah  mengahadapi masalah besar bagi isu-isu yang tidak akan selesai tanpa pndedahan yang secara total.Media masih memainkan isu selamat dan menutupi kesalahan golongan berkepentingan.

Apa yang  saya pelik adalah,mahasiswa yang merupakan golongan intelektual masih boleh mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak minat pada politik.Maaf jika saya katakan anda adalah golongan yang pentingkan diri,semua yang berlaku mempunyai politik yang tersendiri,bagaimana sesuatu undang-undang yang diputuskan boleh memberi kebaikana dan keburukan kepada kita dan rakyat yang lain adalah sesuatu yang harus kita fahami,apakah hak yang patut  diperolehi sebagai rakyat Malaysia harus dikaji betul2..dan juga hak pemerintah yang tidak lain  mentadbir negara dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat tapi bukanlah memenuhkan poket sendiri dengan projek2 dan tender2 yang berjuta-juta.

UMNO sebagai sebuah Parti politik yang diterima kebanyakan rakyat sejak 50 tahun dahulu (tap tak tau lah PRU akan datamg nii) sepatutnya berusaha membersihkan nama mereka di mata rakyat dan bukanlah lebih menjadi sebuah parti yang yang permukaanya kelihatan bersih tap didalamnya Mashallah..mmg tak dapat diselamatkan sudah..isu peribadi golongan pemimpin UMNO sendiri,rasuah,kehilangan enjin dan  banyak lagi bagi saya satu isu yang tidak dapat di maafkan tapi harus diselesaikan dengan sebersih-bersihnya dan keluarkan kepada umum siapa dalang disebalik kehancuran ini.Saya secara ikhlas bukanlah peminat kepada parti ini kerana sudah banyak perkara yang saya rasa tak dapat dimaafkan dan perlembagaanya sendiri sudah tidak berlandaskan Allah dan Rasul..jika perlembagaan sendiri sudah tiada perkara utama ini maka secara ringkas saya dapat tafsirkan UMNO akan semakin parah dan parah sehinggalah  menjadi UMNGOK..




                                   UMNO


                                                                                TO
                    


  

       


Propaganda yang dimainkan media tidak lain hanya ingin mengaburi mat jutaan rakyat Malaysia,dan sebagai mahasiswa yang mempunyai lebih peluang untuk mencari maklumat sebenar melalui medan bacaan,Internet dan blog dan juga perbincangan secara masak dengan rakan-rakan yang hebat dalam menganalisis isu semsa dan mungkin juga mendengar sendiri forum2 atau ceramah yang banyak dianjurkan di tempat kita belajar ini.Cari lah berapa banyak pandangan pun,dan akhirnya kita sendiri dapat membuat keputusanya dan keputusanya itu haruslah dilaklarkan pada kertas undi untuk PRU akan datang ini..dan Alhamdulillah saya akn menjadi 21 tahun pada bulan 7 ini dan hak yang paling saya tunggu2 sebagai rakyat Malaysia adalah mendaftar undi..weeeeee.Saya pernah dengar dari cikgu saya,jika kita tidak turun mengundi..apabila berlakunya darurat kita tiada tempat untuk memohon perlindungan..adakah ia satu fakta yang betul atau tidak saya tak pasti,tapi walau apa pun marilah kepada sahabat2 yang sudah 21 tahun cepat2 lah daftar mengundi..

SALAM PERUBAHAN MAHASISWA UNTUK MALAYSIA YANG TERCINTA...

Wednesday, March 17, 2010

Nasihat untuk diri saya...

Assalamualaikum..
 


Rasa-rasanya berapa ramai antara kita ada perangai buruk yang memberi masalah kepada orang lain...saya akui saya agak beremosi kalau sesuatu benda yang saya rasa baik  tapi orang lain  anggap perkara itu bukanlah baik mana..for short pandangan saya tak diterima..okay fine sy telah mngatakan sesuatu yang buruk mengenai diri saya,kerana disini saya rasa ramai yg berperangai begini,tap bagi saya biarlah ia terus mnjadi perangai krn setiap manusia mmpunyai perangai yang masing2..tap saya amat berharap sikap begini tidaklah menjadi satu masalah dalam melakukan sesuatu gerak kerja yang lebih besar..ye mmg sikap mencerminkan diri kita sebenar..tap sikap yg bleh dikatakan sebati dalam diri masing2 mmg susah nk dbuang...sikap degil,marah,panas hati,ego,poyo,gedik dan sebagainya mungkin itu boleh dikatogerikan sebagai masalah hati yg patut diabaikan walaupun masih ada pada setiap manusia...lain manusia lain perangainya..kita raikanlah kepelbagaian.

Banyak perkara yang kita bleh lakukan untuk merawat masalah2 hati ini..satu pnyelesaian adalah dengan beralah..ok kalo taknak terima,kalo jd tak elok padan muka kau..mmg ia satu perkataan yang nampak kejam,tap aceli ia adalah salah satu cara untuk mnyakinkan kita bahawa perkara yg dicakapkan itu adalah prkara yg perlu di buat...kalo tak diterima cadangan itu,then takde pape yg terjadi anggaplah padan muke sendiri lak..kat situ kte bleh blajar sstu..tap awas!!sume nii Insyallah akan selesai dengan perbincangan yang masak..nak bincang tuuh pun satu hal...elakkan prbincangan dlm YM atau sms,krn si penerima sms mungkin tidak memahami intonasi mesej kita then salah faham plak..kte pun main laju je dok sembur2..nme pun brcakap tnpa brhadapan..lain tau kalo ckp direct dgn tulis2 YM or sms...try laah kalo tak percaya

Sikap berlapang dada dan bersangka2 baik adalah satu prkara yg baik sebenarnye..kita manusia yg diciptakan dengan pelbagai bentuk feeling yg tercipta...so,hati2 laah krn feeling niih bleh trcipta dr pelbagai bentuk..jeng jeng jeng,nak bersangka baik niih pun satu hal..tgk gak kalo kte brsangka baik nii pe buruk dan baiknya begitulah sebaliknya..semua nii akan terselesai dgn komunikasi yg berkesan,tnyelaah dak2 komunikasi camne nk dapatkan komunikasi yg berkesan.

Tujuan entry nii tidak lain hnyalah untuk menasihati diri saya yang mmg serba serbi kekurangan..dgn emo nye,dgn panas yg kadang2 dtg,dan plbagai lagi yg mungkin mmberi masalah kpd org d sekeliling saya..dan apa yg saya harapkan untuk sama2 laah berdoa untuk kesejahteraan umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal krn disisi Allah seseorang itu dilihat kerana imanya..lastly tolonglah saya dan rakan2 yang lain utk abaikan walupun akan ada masalah2 remeh temeh niih sbb kat dpn tuuh byk lagi tugasan berat utk kita laksnakan..TAKBIR!!!!


.

Monday, March 15, 2010

Ibu Sarat Mengandung Dihempap Kren

 Ibu Sarat Mengandung Dihempap Kren (MashyaAllah).....

Tengok je takde pape yg ngeri ..

*pesanan dr penulis blog PUN BOLEH*

SUBHANALLAH. .... ALLAH HU AKBAR!!!

 
Bermulalah kisah......
Hanya kematian yang dapat dibayangkan oleh semua pengguna jalan raya bila
menyaksikan kejadian ini....
graphic
Bila mendapat Maklumat ada kemalangan ngeri yang melibatkan 5 buah kereta dan
sebuah kren yang telah terbabas lalu merempuh kenderaan yang sedang melalui
jalan ini dan kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat...
graphic
Akhirnya dapat dilihat kerakusan kren menerjah kesemua kereta yang melalui jalan ini....
graphic
Kia spectra yang di pandu oleh seorang ibu dengan anaknya...
graphic
Gen2 juga di pandu oleh seorang ibu yang baru balik kerja...
graphic
Akhirnya apa yang dikatakan kemalangan maut terjawap.... ..Sebuah kereta wira
terperosok dibawah kren...
graphic

graphic
Lihat lah kerakusan Kren yang menerkam kereta yang di pandu oleh seorang Ibu yang
sarat mengandung dan hanya menunggu masa untuk melahirkan anak.....
Cuba anda bayangkan kedudukan dan situasi ibu ini sekarang.... .
MAUT mungkin sedang memanggil... ...YA ALLAH.....
graphic
Suami yang mengetahui kemalangan yang melibatkan isteri tercinta hanya mampu
berserah dan memanggil nama isteri tercinta.... ..dan bertawakal.. .serta berserah pada
ALLAH yang MAHA KUASA....

graphic
Akhirnya dengan KUASA ALLAH satu keajaiban terjadi..... .
Si Ibu yang terperangkap dibawah Kren meminta TOLONG!!!!!! !........

Usaha Terus Ditinggkatkan bagi dapat mengeluarkan Si Ibu dengan segera...... .
Pihak bomba cuba sedaya upaya dan dengan segala kelengkapan yang ada
cuba mengeluarkan mangsa dengan segala kemahiran yang ada.....
graphic

graphic

graphic

graphic

Akhirnya wajah Si isteri dapat dilihat..... ..graphic

Tuhan saja yang tahu bagaimana sedihnya Hati Si Suami melihat keadaan Si
Isteri....yang tersepit dibawah Kren.....YA ALLAH...
graphic

graphic
Kata-kata semangat dan ayat suci Al-Quran yang mampu Si Suami bagi pada Si Isteri
agar ia terus bertahan dan sabar......Insyalla h dia akan selamat

Pihal Bomba terus meningkatkan Usaha!!!!
graphic

graphic

Akhirnya Bumbung kereta berjaya dipisahkan dari kereta....graphic

" YA ALLAH......"graphic

Bantuan Sebuah Kren diperlukan bagi mengangkat kren yang menghempap kereta
Si Ibu ini......dan mengeluarkan kereta ini dari bawah kren...
graphic

graphic

AKhirnya wajah tenang Si Ibu dapat dilihat apabila kren yang menghempapnya di
angkat dan kereta mangsa di tarik keluar oleh orang ramai...
graphic

Dengan berhati-hati pihak Bomba mengeluarkan "Ibu Yang Sarat Mengandung"graphic

graphic

graphic

Pihak Pramedik memberi bantuan pada Si Ibu agar Si Ibu dan Bayi dalam kandungan
Si Ibu selamat
graphic

Jika dilihat dari keadaan kereta ini mungkin kematian yang kita akan jangkakan... .Tapi
" Ini yang disebaliknya. ...Dengan Kuasa ALLAH".....Subhanna llah...
graphic

graphic




TERIMAKSIH KEPADA PASUKAN PENYELAMAT..BOMBA MALAYSIA

Thursday, March 11, 2010

Oleokimia

Assalamualaikum...
sebagai seorang pelajar Oleokimia d UKM,adalah wajar utk saya bercerita sedikit mengenai apa itu Oleokimia dan bidang tugas sbg oleochemist..baru2 ni kami dr 1 st year smpai lah brader PhD tlh ke Perak utk mngikuti satu lawtan ke kilang Oleokimia..byk input yg menarik dan terbaru yg kami perolehi..sebenarnya Malaysia menghadapi satu kesukaran besar dalam memepertahankan minyak sawit sbg salah satu minyak yg selamat utk d gunakan..plbagai propaganda tlh dimainkan barat akibat 'cemburu' dengan 2 negara iaitu Malaysia dan Indonesia  yang merupakan negara pengeluar minyak sawit terbesar d dunia..pada awalnya mereka mengatakan minyak sawit adalah minyak yg t 'unhealty' kemudian brtukar ke 'enviromental issue' isu kemudian issu orang utan dan yg trbaru ingin melaksanakan satu projek biodisel yang sebenarnya hanya menguntungkan kepala kapitalis dan meranakan org2 biasa.

Isu ini nampak remeh,tap ia sebenarnya akan berbalik kpd penduduk sendiri.Pelbagai program penerangan telah diaturkan dan sebenarnya penyumbang terbesar ekonomi Malaysia adalah kelapa sawit..so sebagai rakyat Malaysiakita seharusnya lebih mengetahui agenda2 buruk perancangan barat supaya lebih berhati2 dalam memilih rangkaian produk..Oelokimia sebenarnya adalah bidang kajian atau pembelajaran mengenai minyak organik..minyak organik seperti minyak tumbuhan dan lemak haiwan..kajian yang mengetegahkan apakah yg dapay dilakukan dengan minyak2 dan lemak2 ini..antaranya baranagan kosmetik,sabun,dakwat,makanan dan apa sahaja yg mmpunyai campuran minyak oraganik.

Bercerita mengenai oleokimia saya pasti tidak dapat melupakan sahabat2 oleozz yang akdang2 sy sendiri takleh nk ckp pape psal prangai dorang nii..sy skali laah join..nak ckp pelik dorang ni manusia biasa,tap itulah kalo dah kuliah asyik2 muke yg sme akrab die lain mcm sket..kpd kwn oleozz sume kte mnghadapi satu fasa kritikal utk mmpertahankan rezeki Allah yg dkurniakan kpd negara kita ini..berat tugas slps kita melangkah ke alam pekerjaan  selain dr tugasan2 biasa dalam kuliah.

Apabila kami bersama,sengal laah dunia..d masjid besi Putrajaya pada jam 1 pg...





Gojes...

Layannnnn....

Monday, March 8, 2010

Rindu pada yang jauh..

saya merindukan kamu yang berada di jauh.tidak, dapat menatap muka namun hanya call, sms,facebook hanya pengubat rindu yang sangat mendalam ini.Cuti hanya di habiskan tanpa dapat berjumpa dan berjalan-jalan seperti sebelum saya masuk ke UKM.Cakap saja apa yang ingin dibeli,pasti akan diberi,cakap sahaja kemana mahu jalan pasti akan dibawa,cakap sahaja kehabisan topup pasti akan di reload semula,cakap sahaja tengah sakit pasti akan dibawa berjumpa doktor...

Tak tahu apa yang saya tak puas hati  bila bersama kamu ,setiap yang saya ingin buat pasti akan di sokong walaupun kadangkala kamu akan marah dan menegur saya,tapi saya yakin semua itu adalah untuk kebaikan saya.Tidak pernah mengahalang apa yang saya ingin lakukan selagi itu tidak berlawanan dengan syarak...kamu sangat memahami diri saya,memberi saya peluang untuk membuat pilihan,amat penyabar menghadapi perangai saya yang kadang-kadang tak betul dan tidak mengikut situasi yang sepatutnya.

Pengenalan yang lama ini membuatkan saya amat merindui kamu dan semakin merindui apabila tidak dapat melihat kamu d hadapan mata untuk sekian lamanya...

                                baju pink=ayun,Khairunnisa Ahmad Rusli /16 SMKA Limauan Sabah
tudung Coklet=nahjan,Ainun Nahjan Ahmad Rusli /19  UPM Bintulu
Tudung Unggu=Emak,Kintan Othaman/47 KWSP Sabah
Tudung biru=Akak,Nur Hamizah Ahmad Rusli/ 23 UTeM Melaka
Berbaju biru=abang,Nur Aizudin Ahmad Rusli/24 Kuala Lumpur
Berkopiah=ayah.Ahmad Rusli Ahmad/50 Mardi Sabah
Dipangku ayah=Huda,Nurul Huda Ahmad Rusli/7 KK Sabah
Sebelah ayah=Fitrah Shuhada Ahmad Rusli/12 KK Sabah

Saya??amik gambar laah..bukan terpinggir okaay
*kalo mak bce jgn sedey2 k...lek lek sudaaah,,hehehehe..........................................cool



Tuesday, March 2, 2010

Doakan mereka

"Mereka tidak mati bahkan mereka sentiasa hidup di sisi Allah S.W.T."


AS-SYAHIDAH WAFA' BINTI IDRIS (Syahid pd 27 Jan 2002)

Menemui syahid pada 27 Januari 2002 (sesetengah mengatakan pd 29.Jan.02)ketika berusia 28 tahun (sesetengah mengatakan 26 tahun)... Beliau melakukan amaliyyah istisyhadiyyah dengan meletupkan dirinya di tengah-tenga bandar Al-Quds (Baitul Maqdis) menyebabkan beberapa orang Yahudi terkorban 150 cedera. Beliau merupakan wanita petama yang melakukan serangan seperti itu. Beberapa hari kemudian, ulama-ulama di Universiti Al-Azhar, Kaherah mengisytiharkan bahawa kematian Wafa' adalah SYAHID. TAKBIR!!!


AS-SYAHIDAH DAREEN ABU AYSHEH (Syahid pd 27 Feb 2002)
Menemui syahid pada 27 Februari 2002 iaitu ketika beliau berusia 21 tahun.Kata-Kata Dareen yang disiarkan oleh media Arab ANN : “Aku ingin menjadi wanita kedua (selepas Wafa’)….untuk melakukan operasi syahid dan untuk membalas dendam darah yang syahid dan pengotoran kesucian Masjid Al-Aqsa.. Hasil amaliyyah istisyhadiyyah beliau menyebabkan 4 orang tentera Israel terbunuh. Muslimat yang berjiwa mujahidah semestinya ditiupkan semangat roh jihad dalam diri mereka bukan dilemparkan dengan kata-kata mahupun pandangan yang melemahkan hati mereka untuk meneruskan perjuangan. Teruskan perjuangan ayyuhal mujaahidah!


AS-SYAHIDAH AYAT MUHAMMAD AKHRAS (Syahid pd 29 Mac 2002)

Menemui syahid pada 29 Mac 2002 iaitu ketika berusia 16 tahun (sesetengah pendapat mengatakan 18 tahun). Mengejutkan dunia kerana beliau melakukan amaliyyah istisyhadiah dalam usia yang terlalu muda dan juga merupakan seorang wanita. Sasaran operasi syahid beliau ialah warga Israel di sebuah pasaraya yang bertempat di Kyriat Hayovel, Jerusalem . Hasil amaliyyah istisyhadiyyah beliau menyebabkan 2 orang Yahudi terbunuh dan 28 cedera. As-Syahidah Ayat adalah merupakan pelajar Sekolah Menengah (atas) Bait Laham yang sangat cerdas dan bijak. Beliau bercita-cita untuk menjadi wartawan yang akan menghebahkan kepada dunia tentang kekejaman & kezaliman Yahudi laknatullah ke atas bangsanya. Kata-Kata : “ Apa nikmatnya hidup di dunia ketika kematian selalu mengintai kita. Mana yang lebih indah, mati dalam ketidakberdayaan dan kehinaan atau gugur di medan jihad”. Kematian seorang mujahid akan membangkitkan keberanian mujahid-mujahid yang lain, bukan sebaliknya”.


AS-SYAHIDAH ANDALEEB TAKAFKA (Syahid pd 12 April 2002)

Menemui syahid ketika berusia 20 tahun. As-Syahidah Andaleeb melakukan amaliyyah istisyhadiyyah pd 12 April 2002. Hasil tekad beliau menyerang bas Israel menyebabkan 6 orang Yahudi terbunuh dan 104 cedera. Sebelum melakukan operasi syahid, beliau berkata: “when you want to carry out such an attack, whether you are a man or a woman, you don’t think about the explosive belt or about your body being ripped into pieces. We are suffering. We are dying while we are still alive.” (wawancara sebelum operasi). Andaleeb meledakkan ikatan bom dipinggangnya didalam sebuah bas yang dipenuhi warga Yahudi.


AS-SYAHIDAH HIBA AL-DARAGHMA (Syahid pd 19 Mei 2003)

Menemui syahid pada usia 19 tahun iaitu pada 19 Mei 2003. As-Syahidah Hiba melakukan amaliyyah istisyhadiyyah di Bahagian luar Amakim Shopping Mall, Afula Utara Israel. Hasilnya 3 orang Yahudi terbunuh dan 93 cedera. Hiba melakukan operasi syahid melalui Brigade Al-Quds iaitu sayap ketenteraan Harakah Jihad Islami, Palestin. Hiba adalah seorang muslimah yang tidak pernah berbicara dengan mana-mana lela ki (kecuali ahli keluarganya) dan menghindarkan dirinya untuk minum kopi atau teh di cafeteria Al-Quds Open University. Semua temannya hanya pelajar perempuan. Sepupu beliau Murad ( lela ki) tak pernah melihat wajah beliau. Murad (Mahasiswa yang berusia 20 tahun) berkata “saya tidak pernah melihat wajah Hiba, saya tidak pernah berbicara dengannya, saya tidak pernah berpimpin tangan dengannya (sebagaimana lela ki lain). Pertama kali didunia ini saya melihat wajahnya adalah pada Islamic Jihad Poster yang dibuat setelah beliau mati”.

AS-SYAHIDAHHANADI TAISEER JARADAT (Syahid pd 4 Okt 2003)

Hanadi Tayseer Abdul Malek Jaradat ( هنادي تيسير عبدالمالك جردات ) dilahirkan pada 22 Sept 1975 dan meninggal dunia pada 4 Okt 2003. Beliau adalah seorang pengebom bunuh diri (baca: Amaliyyah Istisyhadiyyah) yang berasal dari Jenin, Palestin. Beliau melakukan aksi pengeboman pada 04 Okt 2003 di restoran Maxim, Bandar Haifa, Israel. Hasil operasi yang dilakukan oleh Hanadi berjaya membunuh 21 orang Yahudi dan mencederakan 50 yang lain. Hanadi merupakan muslimah ke-2 yang berjaya direkrut oleh Harakah Jihad Islami, Palestin untuk melakukan Amaliyyah ini. Sebelum operasi tersebut, Hanadi begitu teruji dengan kematian tunangnya, adiknya, Fadi, 25 dan sepupunya, Salah, 34 yang dibunuh oleh Angkatan Pertahanan Israel dalam satu penyerbuan di Jenin pada Jun 2004. Hanadi melakukan operasi syahid melalui Brigades Al-Quds iaitu sayap ketenteraan Harakah Jihad Islami, Palestin. Menurut keluarganya, Hanadi tidak memaklumkan kepada sesiapapun kemana dia pergi pada hari itu dan mereka beranggapan beliau ke pejabat undang-undang tempat dia bekerja. Operasi beliau dipermudahkan oleh Allah.Dengan tubuhnya yang dipasang bom, beliau dengan mudah melintasi pengawal keselamatan di restoran tersebut tanpa diragui sedikitpun oleh mereka.

AS-SYAHIDAH REEM SOLEH AR-RIYASHI (Syahid pd 14 Januari 2004)


Umur : 22 tahun. Asal : Daerah Zaitun, Bandar Ghazzah. Kerjaya : Mahasiswi (jurusan Sains) Tarikh Amaliyyah : 14 Januari 2004 (Rabu) Sasaran : Pos Tentera Tempat : Erez, yang terletak antara Israel dan Jalur Ghazzah. Hasil : 4 tentera Yahudi terbunuh dan lebih 10 cedera. Kata-Kata : “Demi Allah, kalian boleh sahaja meremukkan tulang belulangku, memotong-motong tubuhku serta mampu mencincang-cincangnya. Tetapi kalian tidak akan pernah boleh mengubah agamaku dan mengubah panji perjuanganku. Ingatlah selalu ucapanku. Aku selalu mengatakan kepada diriku, “ wahai diri ! jadilah kamu sebagai penentang Zionis yang memilki rasa dengki abadi sebagai musuh agamamu. Jadikanlah setiap titis darahmu sebagai penghantar dirimu menuju syurga yang kekal abadi”. Reem melakukan operasi syahid melalui melalui Brigades As-Syahid Izzuddin Al-Qassam iaitu sayap ketenteraan HAMAS. Reem adalah seorang ibu muda yang telah mempunyai 2 orang anak. Anaknya yang pertama, Dhuha, kurang dari 3 tahun dan Muhammad, 1 tahun setengah, hasil perkahwinan beliau dengan Ziyad ‘Awwad, 27. Setiap orang yang mengenali Reem, pasti akan mengatakan, “Reem adalah sosok pemberani yang sangat luar biasa”.Reem adalah seorang isteri yang taat pada suaminya dan memiliki komitmen yang tinggi. Beliau memohon izin dari suaminya terlebih dahulu untuk melakukan operasi. Izin adalah syarat yang telah ditetapkan oleh Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam sebelum seseorang melakukan operasi. Reema tidak terlalu sulit untuk mendapatkan izin suaminya, Ziyad. Dia menyambut baik hasrat isterinya itu. Bahkan, Ziyad turut serta dalam mengordinasikan tugas yang akan dilakukan oleh sang isteri pada pagi Rabu tersebut. Ziyadlah yang menghantar isterinya ke pos perbatasan militer Israel di Irez. Pos itu merupakan pos pemeriksaan ribuan pekerja Palestin yang hendak melintasi perbatasan menuju wilayah yang diduduki Israel sejak 1948. Ziyad sempat tinggal sejenak berhampiran pos pemeriksaan untuk memastikan bunyi ledakan bom yang akan diledakkan oleh isterinya. Ia merasa tenang saat mendengar suara ledakan tersebut. Jasad Reem hancur berkeping-keping bersama ledakan bom yang diikat di tubuhnya.


AS-SYAHIDAH ZAINAB ABU SALEM (Syahid pd 22 Sept 2004)


Umur :18 tahun. Kerjaya : Pelajar Tarikh Amaliyyah : 22 Sept 2004. Sasaran : Tentera Israel di sempadan. Tempat : Hentian Pejalan Kaki (tempat teksi), sempadan Israel, Jerusalem. Hasil : 02 Polis Israel jaga sempadan terbunuh dan 17 cedera. Zainab menjadi wanita ke 8 dalam melakukan operasi syahid ini sebagai usaha untuk membebaskan Palestin. Ketika itu, perkampungannya mula dimasuki oleh penjajah Israel. Mereka sekeluarga akhirnya meninggalkan kampung menuju kem pelarian Askar di West Bank berhampiran Kota Nablus kerana beranggapan kediaman mereka akan doroboh oleh jentolak Israel.Menurut adik Zainab, Tariq, 12, “saya tidak tahu apa yang terjadi. Jelas Tariq yang saat itu merasa tidak percaya dengan kematian kakaknya itu. “Saya tidak tahu dimana dia. Dia tiada di rumah”. Keluarganya juga mengaku tidak mengetahui perancangannya itu. Saat itu, bapa Zainab, Ali, yang baru sahaja keluar dari hospital kerana baru sembuh dari pembedahan membuka saluran darah yang tersumbat, jatuh dan dibawa kerumah sakit setelah mendengar kematian anak perempuannya. Ibunya juga turut pengsan dan dibawa ke rumah sakit tempatan. Menurut saudara Zainab pula, beliau mengakui bahawa As-Syahidah ini baru sahaja lulus dari Sekolah Menengah Atas dan telah lulus ujian untuk masuk ke university yang dia mahukan. Bapa saudaranya, Mustafa Shinawi, 55, ketika memberi komentar tentang Zainab, beliau menyebut, “penindasan ada dimana-mana. Setiap orang Palestin mempunyai cara masing-masing untuk menyatakan bantahan terhadap Israel”.

AS-SYAHIDAH MERFAT MAS'UD (Syahid pd 6 Nov 2006)

mur :18 tahun. Asal : Beit Hanoun. Kerjaya : Mahasiswi. Tempat : Islamic University of Gaza . Tarikh Amaliyyah : 6 November 2006. Sasaran : Sejumlah tentera Israel yang ingin menggeledah rumah rakyat Palestin. Tempat : Sebuah jalan di Beit Hanoun. Hasil : Seorang tentera Israel mati dan beberapa orang cedera. Dua hari setelah tentera Israel menembak sekumpulan ibu-ibu Palestin yang ingin menuju ke Masjid Beit Hanoun yang mengorbankan 2 orang ibu, Mirfat nekad untuk melakukan pembalasan. Dengan mengikat bahan peledak dipinggangnya, Merfat menuju ke sebuah pos pemeriksaan tentera Israel dan meledakkan bom tersebut sehingga berjaya membunuh seorang tentera Israel dan mencederakan beberapa yang lain. Merfat melakukan operasi syahid melalui Briged Al-Quds iaitu sayap ketenteraan Harakah Jihad Islami, Palestin. Tape video rakaman ucapan Merfat disiarkan oleh Jihad Islami selepas kejadian. Merfat menjadi muslimah ke-9 melakukan operasi syahid ini. Mirfat Mas'ud, Syahidah Beit Hanoun: Berbuka Puasa di Syurga “ Aku siapkan makanan untuk berbuka puasa sambil menunggu kepulangannya dari kampus. Hari ini dia berpuasa, tapi ternyata dia ingin berbuka puasa disyurga…” demikian potongan kalimah luar biasa yang keluar dari seorang ibu kepada gadis Beit Hanoun, iaitu As-Syahidah Mirfat Mas’ud. Usianya baru menjangkau 18 tahun. Namanya menjadi buah mulut rakyat Palestin dan muslimin dunia yang mengikuti perjuangan Muslim Beit Hanoun ketika (Beit Hanoun) di bom oleh tentera Israel. Mirfat adalah gadis pelaku aksi syahid di Hari Isnin minggu itu.Didalam surat wasiat yang ditulisnya sebelum melakukan aksi syahid tersebut, ia menyerukan bangsanya untuk tetap melakukan perlawanan. Katanya, “ wahai bangsaku yang selalu berada dalam kondisi berjaga, tetaplah diatas jalan ini. Jalan perlawanan. Peliharalah janjimu untuk darah para syuhada’ . Hari ini aku keluar melakukan aksi syahid untuk membalas semua yang pernah dilakukan penjajah Zionis Israel dalam bentuk pembantaian, agar aksi ini menjadikan jasad-jasad kita sebagai api yang membakar habis penjajah yang bengis."

AS-SYAHIDAH FATIMAH UMAR MAHMUD AN-NAJAR (UMMU MUHAMMAD) [Syahid pd 23 Nov 2006]

Umur :57 tahun. Asal : Bandar Jabalya. Kerjaya : Aktivis perjuangan Muslimah Palestin. Tarikh Amaliyyah : 23 November 2006. Tempat : Ghazzah. Hasil : 5 tentera Israel cedera. Beliau juga dikenali oleh masyarakat dengan panggilan Ummu Muhammad, seorang wanita tua yang sentiasa berada dibarisan hadapan dalam demonstrasi-demonstrasi dihadapan tentera Israel bersama muslimah Palestin. Melihat nasib bangsanya yang ditindas, Ummu Muhammad berikrar untuk mengorbankan dirinya demi kemerdekaan Palestin. Umurnya yang tua tidak menjadi penghalang. Bahkan umum mengetahui, beliau adalah ibu kepada 9 orang anak dan nenek kepada 41 orang cucu. As-Syahidah Fatimah dikenal sebagai wanita yang sanggup mengetuai muslimah-muslimah Palestin yang lain, membentuk pasukan perisai manusia bagi menyelamatkan beberapa Muslimin Palestin yang terperangkap didalam masjid Beit Hanoun. Mereka tidak boleh keluar kerana diserang oleh peluru-peluru tentera Israel yang telah mengepung mereka pada 3 Nov 2006. Kezaliman yang menimpa umat Islam Palestin mengundang kepada operasi syahid Fatimah yang dilakukannya tanggal 23 Nov 2006. Ummu Muhammad melakukan operasi syahid melalui Briged As-Syahid Izzuddin Al-Qassam iaitu sayap ketenteraan HAMAS. Kini, beliau dikenang sebagai ibu dan nenek berumur 57 yang sungguh tinggi pengorbanan yang berjaya dimunculkan oleh HAMAS selepas Reem Soleh Ar-Riyashi.


Salam perjuangan buat semua mujahidah2 di luar sana.


*di edit dari hambatarbiyyah