Monday, April 26, 2010

Parti Keadilan Rakyat tewas d Hulu Selangor

PRK Parlimen Hulu Selangor menyaksikan kemenangan Barisan Nasional dengan majoriti 1700 camtuh aah,xde mood nk buka paper,tap kekalahan yang saya rasa sudah dapat ramai pengerak jangkakan kerana saya nampak usaha jentera pilihanraya bagaikan hanya ditahap 40 to 60 %..dalam pembacaan blog2 yang menganalilis apa sebenarnya yang jentera lakukan kebanyakkanya mengeluarkan nada yang agak bimbang dan itu belum lagi termasuk isu2 yang puak2 UMNO mainkan.Isu peribadi calon yang agak tidak bersih dan bantuan2 mee segera yang berpusus masuk diberikan kepada rakyat di hulu2 Selangor.Mentaliti rakyat begini masih sukar untuk diubah dek kerana merasakan terhutang budi kpd kerajaan tanpa memikirkan bahawa itu semua hanya taktik lama yang diguna semula bagi meraih undi tap kesan untuk jangka panjang adalah duit rakyat digunakan sewenag-wenagnya bagi memenuhi agenda buruk mereka.

Saya masih kurang faham mengapa masih menerima BN..adakah mereka betul2 ikhlas menolong rakyat?kalau ia benar ahli2 BN sepatutnya lebih secara radikal menetang gejala2 buruk yang dilakukan oleh pemimpin2 BN.Kekalahan ini seharusnya menjadi satu titik tolak kepada jentera Pakatan Rakyat kenapa kita kalah sambil tidak menolak memang semua ini adalah takdir dari Allah dan Allah hanya melambatkan kemenangan kita.tap usaha untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadapa pemipin-pemimpin pakatan rakyat haruslah diteruskan.Bagi yang bejuang di dalam PAS bagaimana caranya untuk kita bekerjasama dengan PKR dan DAP sambil usaha menegakakn syariat Islam itu tidak dikotori dengan mana-mana perkara yang boleh menyebabkan Islam dipandang rendah.Sesungguhnya sunnah orangberjuang menengakan Islam itu banyak bezanya dengan berjuang tanpa matlamat ataupun hanya berjuang tanpa berlandaskan Allah dan Rasul dan menjadikan Al-Quran sebagai pegangan hidup.

Akhir kata dari saya,bangkitlah wahai semua pejuang agama  Allah kerana usaha kita menegakakan agama Allah bukanlah hanya terhad pada keluarga,rakan2 tetapi kita ia haruslah meliputi negara kita dan juga berniat untuk menolong sahabat2 kita yang dizalimi di Palestien ,Iraq dan sebagainya.Sesungguhnya perjuangan menegakakn kalimah Lailahaillallah bukanlah sesuatu perkara yang boleh dibuat main2 tetapi niat dan perlaku hendaklah serius dalam melaksanakanya.Bersabarlah mengahdapi ujian Allah dan bertahanlah dengan provokasi2 lawan yang datang tanpa kita menyangka bertapa tergamaknya mereka.Berdoa dan kembalilah kepada Allah dalam mencari penyelesaian kerana Allah lebih mengerti segala-galanya.tetapkanlah hati dengan laungan....TAKBIR!!!!ALLAHUAKBAR

Tuesday, April 20, 2010

No title...

Saya mudah memafkan,tap sukar melupakan.saya tak dapat menipu diri sendiri dengan menyorokkan kekecewaan dengan lawak2 yang direka khusus utk mengubati hati yang terluka..kenapa perlu terluka,sedangkan mereka berhak untuk tidak menepati apa yang saya pohonkan..mereka semua berhak untuk tidak melayan apa yang saya pohonkan..saya manusia yang tidakmempunyai kesenangan itu,dan disebabkan kesukaran itu..saya memohon sesuatu dari mereka lagi sekali saya ulang mereka berhak untuk tidak melayanya..jadi kenapa mesti saya bersedih,sedangkan saya tidak berhak berbuat begitu..kerana saya juga manusia biasa yang mempunyai hati ,perasaan dan juga nafsu..tapi saya berakal untuk tidak membuat sesuatu yang hilang akal,mungkin semua ini tarbiyah dari Allah untuk saya..kadang2 kita lupa semua ini adalah tarbiyah dari Allah..kesusahan itu satu tarbiyah dan kesenangan itu juga satu tarbiyah..

Kenapa saya menulisnya didalam blog,meminta simpati??not at all..saya suka perkataan Its okaay,kerana maksud tersiratnya adalah semua yang terjadi pasti adalah hikmahnya..kita merancang dan Allah menentukan,kita berharap sesuatu yang baik,dan harapan itu bukanlah seperti yang kita harapkan.nak salahkan siapa??jangan salahkan sesiapa,ia adalah antara kita dengan Allah....jgn salahkan sesiapa kerana mereka berhak untuk membuat apa yang mereka suka,mereka mempunyai kelebihan disitu daripada saya..takkan nak marah dengan kelebihan yang mereka ada,terima segala kekurangan sarah..itu sifat meraikan orang lain dan meraikan diri sendiri...sabar itu sifat mahmudah..kita harus bersabar,jangan mengadu  dan marah-marah ia sifat yang tidak baik @mazmumah..penuhkanlah diri dengan sifat yang bai..kerana Allah mencintai hambanya yang memiliki sifat mahmudah..jadilah orang baik dan bersihkanlah hati..

Saya sangat sukakan orang yang berhati baik,kerana saya ingin menjadi orang yang baik hati..saya ingin menolong sahabat2 saya semampu upaya saya,saya inginkan keikhlasan dalam membuat sesuatu selama hidup di dunia,saya ingin mmencintai ilmu..karana saya takut menjadi hamba Allah yang rugi,saya takutkan api neraka,saya takutkan mati dalam keadaan sia-sia dan lastly saya sayang emak dan ayah saya.....sesungguhnya Allah adalah paling mengerti apa yang baik untuk hambanya..Wallahualam

Saturday, April 17, 2010

Masalah tidur yang dahsyat...



 Anak b.lan (pnyelia silat ) tido...

 Mungkin ramai yang rasa apalah sangat dengan masalah tido niih..bg saya ia adalah masalah yang paling dahsyat n dugaan yang saya rasa SUSAH sangat untuk settlekan...susah tido awal,menyebabkan tido lambat sangat2 sampai pukul 4,5 atau kadang2 disebabkan nk solat subuh on time tido lepas  subuh  then bangunnya Mashallah lambat...terlepas benda2 penting...Ya Allah saya sering bertanya kenapa saya jadi macam niih kat kwn2 saya,tap mungkin dorang tak mengalami so susah untk terangkan,saya mengalami masalah ini semenjak masuk UKM...dlu kat matrik malam kol 12 tuuh letak je kepala kat bantal ok je lena...bangun Alhamdulillah takde masalah...semenjak menjadi pelajar UKM kebiasaan yang menyusahkan saya dan menyebabkan ramai geram atau marah dengan saya,tabiat buruk yang makin lama makin menjadi...jika betul2 ada sesuatu yang penting untuk dilakaukan pada waktu pagi,saya akan sanggup tidak tido the whole night utk tidak terlajak tido,dah berapa kali saya mengabaikan tanggungjawab saya jika ia perlu dilakukan pada waktu pagi...saya sangat sedih,sangat,sangat sedih..takde yg lebih menyedihkan apabila buka je mata dari tido then tgk jam dan baru teingat ada benda yang kita terlepas...masa telah berlalu,nak menyesal tak guna..


Banyak petua sepanjang tabiat nii makin lama makin takleh diselmatkan ,lagi2 kalau terlepas benda2 penting,muka frust mmg takdapat nk disorokkan,anatara petuanya adalah tido awal,so bangun pun awal..tetapkan kebergantungan kita pada Allah untuk Allah yng mengejutkan kita pada waktu yang kita hayati..jika bergantung pd alarm..alaramlah,kita trjaga@dengar atau tidak brgantung pd alarm..jika bergantung pd manusia yg mengejutkan mungkin ya kadang2 bleh kadang2 manusia,biasalah pelupa......saya ingat cara ayah saya kejut anak2 perempuan dia..kalau dh matahari tinggi tak bangun2,ayah masuk bilik then buat2 tido sebelah kami adik beradik perempuan..kteorang naik segan,then terus bangun pastu mulut mengomel2 sbb ayah kacau tido kteorang...tap itulah saya rasa cara ayah saya bangunkan kami...dan kami semua mmg terus bangun..pastu kalau nk sambung tido ke apa,tunggu ayah turun dlu..Ya Allah..rindunya saat dikejutkan mak ayah untuk bangun p sekolah...berani kalau tak bangun,ayah sangat tak suka anak2 dia ponteng sekolah kalau takde alasan kukuh..tap sekarang dh berjauhan dengan family....hidup kene lebih berdikari,masa perlu diaturkan dengan bijaksana...bak kata ayah,pandai2lah korang hidup...mmg kena pandai


Semoga saya memperoleh faktor sebenar kenapa tabiat nii ada kat saya sejak masuk UKM..kena cari balik cara nk settlekan masalah ini,byk caranya bergantung pada Allah adalah kunci utama...yang lainya mmg saya kene ikhtiar sendiri...saya betul tak sengaja jika tidak melaksanakan tanggungjawab saya jika ia perlu dilakukan pada waktu pagi............so sad to say this :-(


Anak sapa laa nih??

Thursday, April 15, 2010

GALILEO sebuah drama terhebat yang pernah saya tengok..seyes




Disini saya mengucapkan ribuan terimaksah kpd Mija krn memeprkenalkan cerita GALILEO..mulanya lepas exam PIK tad saya terasa nak rilek2 malamnya...cari punya cari mija lak saya jmpe kat PMFST..so minta aah cite pape yg die de dlm laptop...mule2 die nk bg boys over flower cite Korea,tajuk die je saya tak berkenan sbb tau ending die mac sayuq2 gitu,ok je kalo nk layan tap ntah nnti kot...so,Mija bg lah cite Jepun ....Galileo nii mcm cite penyiasatan,mungkin bese kot kite tgk cite siasat2 cam C.S.I,24 hour,prison break,Bones dan byk lg cite2 omputih lain..apa yg saya suka dengan cite Jepun nii adalah huraian dalam cerita tuuh...mungkin kes ini nmpak bese tap huraian dan dialog yg kita takleh miss menyebabkan cerita2 gini amat memerlukan ketelitian...bak kata org tua2,mak mertua jalan belakang pun tak perasaan haaa smpai mcmtuuh skali..n nasib bek blum bermakmertua lg..heheheh..ok ok..bg saya cam cete2 jepun Date Note,Ultramen,dan byk lg adalah kemeleretan cerita itu..mungkin tak bagusnya kita menonton lama sangat..Tap seriusly Galileo amat mmberi kita ilmu....huraiannya siap dgn eksperimen fiziknya,dgn gaya yg cool2 gitu mmg mnyebabkan saya jatuh cinta balik terhadap fizik..huhuhu apa leh buat kalo dak kimia nii mmg takde amik subjek lain selain kimia n math skit2..kire subjek fizik n bio mmg tak jmpe utk 3 tahun niih..it okaaay


Saya amat menyarankan utk member2 diluar sana menonton cite2 genre begini..ia kadang2 mmberi satu semnagat,ya mungkin tak se cool watak dalam drama..tap tak salah kalo nk aplikasikan cara dorang2 niih bekerja dalam kehidupan kita..apa yg kita tonton amat mmpengaruhi kehidupan ...so dr layan cite KCB1 n KCB2 "je",layanlah gak cite2 gini okaaay..at least kite akan de satu ilmu baru,cayelah cakap saya...dirumah pun ajarkan adik2 kita untuk tidak menonton drama2 yg bese (mcm abg k.aishah buat)..maksudnya kita tau ending die apa..haaa mcmtuu lah..tgk cerita yg mnyebabkan kita fikir why,when,who or whatever laaah..so,tq mija..suke sgt cite tuuh

Tuesday, April 13, 2010

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor

Konfem Tan Sri Zaid Ibrahim sebagai calon dari Parti Keadailan Rakyat mewakili Pakatan Rakyat yang akan bertanding d Hulu Selangor..ikhlas dari HATI saya agak tidak bersetuju dengan calon ini,salah satu sebab adalah beliau dari UMNO dan baru sahaja meletakkan diri dalam PKR..status beliau sebagai orang baru amat merisaukan saya kerana kegiatan lompat parti yang makin kerap kita dengar dari calon PKR dan beliau sememngnya kurang berpengalamn dalam berpolitik dr front PKR..tap itulah isihati saya selaku org yang risau dengan apa yang berlaku sekarang..dan saya amat berharap kepercayaan yang diberikan parti kepada Tan Sri tidak akan dicalari dan semoga pengundi di Hulu Selangor bijak mengundi.........HIDUP!HIDUP!HIDUP RAKYAT!!!!

Sunday, April 11, 2010

ستي سارة أحمد روسلى

ستي سارة أحمد روسلى

cam cantik lak tulisan jawi niih..mungkin gara2 p Pusat Kesenian Islam anjuran kelab iqra Kolej Ungku Omar baru2 niih..belajar seni khat..aceli sy bru tau camne nk tukr p tulisan jawi,entry nii just nk gitau pasal tarikh2 exam n subjek yg akan  d ambil bg sem niih..harap2 takde laah subjek yg trpaksa sy ulang utk sem niih sbb sem lepas trpaksa mngulang satu paper..kimia organik 2,camne aah member2 lain leh cakap paper tuu senang..kalo senang korang kene ajar aku sem depan smpai aku dapat A okaay,alang2 mengulang biar A terus..peeh!!!...seriau aku ngan kimia organik selepas titik hitam itu melanda jiwa,


 12/4= Sebatian Oleokimia
 15/4= Pengurusan Industri Kimia
17/4=Amali Minyak dan Lemak
 20/4= Kaedah Pemisahan
 26/4= Penentuan Struktur Molekul
 27/4= Biosintesis Minyak dan Lemak
 29/4=Perkembangan Produk Oleokimia
Doakan saya dapat menjawab paper2 nii dengan penuh bergaya..Insyallah dengan doa korang semua mudahlah saya mengigati apa yg telah Allah ajarkan kepada saya okaay...so kita smbunglah kerja balik...Wassalam

Tuesday, April 6, 2010

Perjalanan dari Kajang ke UKM..penuh pancaroba

Kol 9 malam ada meeting di rumah persatuan,so dalam kol 8 dh siap2 nk gerak balik ke UKM dr rumah saya Kajang..keluar rumah then terus ke motor..masalah terbaru,signal rosak..mmg dah lama dia rosak,tap kadang2 ok kadang2 buat hal..tap kali niih mmg tak berfungsi langsung..lampu meter pun buat hal...arrgh abaikan sbb dekat je pun....masuk highway then amik kputusan ikut jalan kampung Sungai Ramal Dalam sbb cam dah hujan rintik2...teruskan juga perjalanan dengan beg baju yg baru d basuh d rumah d dlm bakul n bwa laptop kat beg blakang.....

Perjalanan diteruskan sampai lah masuk jalan ke Hotel Eqotorial tuuh..hujan lebat teramat sangat..helmet yg tiada penutup muka menambahkan kesukaran melihat jalan...sebelah pegang handle sbelah tangan lg lap2 mata akibat pedih kene hujan..takleh jadi,laptop plak kat belakang..risau kalo laptop masuk air..dan buku2 akan basah lencun..oh no,motor diberhentikan dtepi jalan...suasana sunyi menemani saya,Insyallah takde apa2 sbb tgh hujan kan,memujuk diri supaya bersabar.adjust apa yg patut prjalanan d teruskan dalam hujan lebat..hujan lebat ya amat dan motor d bwa penuh berhati2 sbb jalan byk lopak2 air..mmg tak nmpak apa time tuuh,main redah je..nmpak kolej Al-Marbawi berhenti jap....hujan pun cam nk benti dah...keringkakan apa yg patut then perut pun jd lapar...apa yg sy ingat adalah  Restoren BBB Tomyam,dr sana nk ke BBB tak jauh pun..tetiba ada satu kereta meluru laju dr depan,sy mmperlahankan motor menuggu segala kemungkinan.......BUUSSSSHHHHHH,air dr lopak2 yg berbau pekung ya amat hinggap tepat pd muka dan baju...nak je gua mencarut atas  motor tuuh,tap sabar kena ada beb..hilang terus mood nk pekena tomyam...Astagfirullahalazim,nasihat bg yang ada kereta jangalah buat begitu kepada penunggang2 motosikal niih,dah laah naik moto,kene gitu plak...tak baik tau,

so tgh tensen2 atas motor tetib rasa nk ikut jalan jauh nk balik UKM..nk amik angin malam,tetiba saya tak tau jalan mana yg saya ikut..tiba satu selekoh yg berbukit,motor tetibe mati...laaa pehal lah plak motor evergreen aku niih..start punye start takleh nak hidup gak...baru sy tau rupe2nye beg besar d bakul telah tertolak kunci ke bahagian off enjin....haaai 40ribu x start pun tak hidup moto cik sarah oooi,pusing2 akhirnya smpai gak jalan kuar..Berhenti d trafighlight,gedebush kene lagi sebijik lopak air dr satu kereta...kali nii taklah sepekung lopak air yg pertama,senyum control wajah ku sbb de kete seorang makcik bertelekung d sebelahku..pandangan kesian dia lemparkan untukku..senyuman  saya ukirkan kpd makcik tuuh tap.dalam hati hanya Allah yang tahu..

Akhirnya sampai jugak ke UKM...dan meeting yang kol 9 tuuh mmg konfem aah sy tak dapat datang sbb dah lambat sangat..Itulah kadang2 perkara yang kita harapkan itu tak semuanya seindah harapan...walaupun peristiwa ini mungkin pernah terjadi kepada ramai penuggang motor disana maybe kita bleh ambil perkara2 ini sebagai muhasabah diri kita..mungkin adalah salah saya hari nii sebagai contoh tidak turun perjumpaan UPTD d FST..minta maaf kepada sahabat2 yang mencari saya,alasan tak beberapa kukuh diberikan kerana sudah kerap tidak turun ke program jemaah..minta maaf ye kawan2 kepada yang terasa dengan kata2 saya selama ini..kadang2 itulah,perkara yang kita rasa betul..padahal ia adalah maksiat di sisi Allah..moga sahabat2 sekalain selalulah mengigatkan saya kerana saya hamba yang lemah dan perlukan peringatan tidak lain dari kamu semualah ye...Kesimpulanya,Jadilah pemandu yang berhemah dan bagi pmbonceng motosikal berhati2 lah dijalan raya kerana menigikut statistik (kos mar) penuggang motor paling ramai dan mudah untuk terlibat dengan kemalangan.

Wassalam

Sunday, April 4, 2010

Kisah d Ulu Yam,Program Silat Cekak Ustaz Hanafi bersama Alumni

Program yang hnya 2 hari,tapi program santai yang dihadiri oleh kami2 member silat UKM dan juga alumni2 yang sudi datang..perjalanan hr sabtu yg yg sangat on time bg saya,dah tahu perangai Amirul yg sangan panctual mnyebabkan kmi yg menumpang ketenye bertekad taknak bg dia tunggu..saya sgt suka,tepat kol 7 die dh sms soh ready,peeeh,mantooop,kami berhenti singgah d rumah persatuan d Bangi gak untuk tunggu yg lain n dak2 laki p pasar beli barang2 utk program...lena gak aah sy ngan k.miza tido smentara tunggu dorang yg lain..jam 9.30pg siap2 sume brang kami pun brtolak

sampai ke kwasan yg ingin d tujui,sbuah rumah comel 2 tingkat yang seni binanya tak ubah cam cite2 korea..sgt sweet n yg paling best blakang rumah tuuh de air sungai..yg air sungai tuuh yg sy tak tahan..dak2 laki mule mandi brsma abng.lan dan 2 anaknya..tunggu pnye tunggu then dorang pun  naik,so saya apa lg,tukar bju then terjunlah ke dalam sungai..ank abg.lan teman sy mandi sungai.....agak2 nye laah brape lma sy berendam..nk dekat 3 jam gak aaah,berenang,terapung d bwa arus,selam2 terjun2 dan byk lagi..almaklumlah kat sungai tuuh hnya ada saya dan 2 budak tuuh je..wow sangat seronok,puas hati aku..petang tuuh lepas siap2 sume kami pun cr kait buah kelapa..susah gak tgk dak2 laki kait buah tuuh..n paling takleh blah afiq,dengan kain pelekatnya die naik tangga then henjut tangga tuuh penuh semangat sbb nk tarik buah kelpa...pastu buah tuuh cam nk jatuh kat pale die..die dgn automatiknya tutp muke die gune tangan then terjun dr tangga...saya yng ada d tempat kejadian dan melihat life adegan itu mmg takleh nk tahan ketawa...sakit usus aku menengoknya..pas die jatuh rahman n ikhwan provok die nk bg CPR...mmg takde kne mengena langsung..kejadian yg melanda afiq mmg kami jadikan cerita hangat sepanjang berada d sana..

Malam tuuh bbq..makanan die jgn cakap..dengan sedap nyee,bnyak lg...sume nyee kekenyangan..so sy n k.miza brsama2 k.linda dok2 bwah pokok blakang rumah sembang2 lepak2 nagn memeber2 lain..angin sepoi2 bahasa mmbuatkan kami terlelap bawah pkok...port sy time tuuh atas buaian..peeh mmg syahdu sgt sbb tenang dok2 bawah pokok mlm2 gitu,dekat kol 2.30pg de plak org ke belakang,then soh kami msuk dlm..kne berleter sket,tak kisah yg penting seronok..hehehehe

sok paginya sy mandi lg sungai tuuh..kali ini tak leh lma sngat sbb kne masak,masak plak ngan akak2 alumni..hbis semua petua dperturunkan.kne bebel itu prkara biasa..nk yg terbaik bese aah tuuh,tap xpe kami mnerimana sbg salah satu cara ingin belajar...sedap makan tengahari tuuh..siap2 kemas sume kami pun tumpang kete kak.teng balik UKM..spanjang perjalanan dr Ulu Yam ke UKM,saya tido sbb penat n kenyang n berecond..mmg nikmat

Secara tak langsung program santai gini boleh mngeratkan lg silaturrahim antra kami dan alumni..post ini secara tak langsung bertujuan untuk sy mnyertai atau mengorganize program begini untuk program budak Jemaah yg saya kasihi nanti..Wassalam

Thursday, April 1, 2010

Kenapa bah kau berubah..kenapa bah??

Lirik lagu yg sering dimainkan d corong dan lohong...benar takkan bohong,bila rinduuu,terkenang mu sayangggg (lagu Faboluscat)...saya mula merepek nampaknya,perubahan apa yang saya canagkan disini,berubah itu perlu,tap macamna nak berubah dan apa yg perlu d ubah mungkin ramai yang tak tau...kalo menyebut pasal sikap,nk berubah mnjadi sstu yg lebih baik ataupun nk brubah sikap mnjadi jahat pun bukanlah mudah,saya tak ingat ayat ni dr sapa..kalo ada yg tau bgtau ya...ayat tuuh mmberitahu,aku percaya jika mulut gua ini berubah tempat,tap susah untuk aku percaya jika manusia itu berubah perangai...kesimpulan yang saya dapat dr ayat niih,manusia mmg susah nk berubah.

Saya bagi contoh,kalaulah mmg perangai die jenis yg kuat tido,adakah dia akn berubah kalo dia tak tido??jawapanya tak,sbb ramai yg dh tau dia kuat tido,dan apaila dia tiba2 tak tido dan kwn2 sekelilingnya pasti akn mngeluarkan prkataan yg berbaur...eh,ko dh bangun atau mungkin eh eh..joyah,aku mengigau ke apa..wlaupun sinis,tap kesisnisan itu sepatutnya d ambil serius oleh penguat tidur itu,so,lepas niih kalau nk tido ke apa agak2 laah ye..byk bnde lain kita dapat buat dgn mnggantikan masa tido tuuh dgn prkara yg lebih berfaedah,kalau dorang tnya..kenapa bah kau berubah...bg je senyuman ikhlas kpd si penanya..tap dlm hati rsa nk sekeh je,(xpe bru brniat nk sekeh blum sekeh lg) ,heheheh

Kalau kita melihat peubahan dalam konteks yg lebih besar,tidak lain tidak bukan..isu politik,ntah laah,sy nii bukn lah hebat sgt ilmu2 politik niih,tap mungkin d besarkan dgn suasana politik yg turun naik,baik jahat dan sebgaianya mnyebabkan sy suka mngulas lg2 isu politik..bru2 nii sy brsembang dgn seorang shabat silat sy,apabila sy brtnya mngenai front politik beliau..dia mngakui bhawa dahulunya bliau tidak suka dgn PAS utamanya sbb kawasan   penematnya adalah kwsan  kuat BN..tap bila die dtg UKM n strt dengar ceramah dlm youtube..dia mngakui tlh swing ke arah PAS..pndekatan yg berlainan dan sikap pemimpin itu mnjadi punca...perubahan yg saya kira amat memeberangsangkan..mahukan sstu perubahan,dan brusaha mncari agen prubahan itu..iulah guna agen penerangan dan tv rakyat (youtube) harus diguna semaksima mungkin...walaupun ia tak meluas,sekurang-kurangnya adalah agen penerangan di situ almaklumalah media arus perdana yg telah d bonekakan..


Akhir kata atau nk best lag akhir kalam dr saya..jika ingin berubah,berubahlah kepada yg lebih baik dan ia sememanganya senang shaja...cume istiqamah dan mendahului perubahan itu yang susah...so,apa yg senangnya??xde yg senang dalam dunia niih,dah jgn penigkan kepala anda..post ini tidak lain hanya ingin menceritakan tentang lagu stacy. ^ - ^.