Thursday, December 30, 2010

MUSLIMAT POWER!!!!!!

kalau dulu masa sy muda2 selalu je sy dengar slogan ini kat mana2..mule2 dengar tu rasa macam poyonye,tapi lama kelamaan slogan itu perlu untuk membina karektor muslimat sejati "kak izah",hahahahaha..Apa yang saya nampak penggerak muslimat sekarang perlu lebih pantas dan cepat mungkin dari tindakanya,perlakuanya dan juga percakapanya.Saya ambil contoh,jika ada arahan "ok sila berkumpul katsini,saya amat harap sangat2 janganlah nak menyinggah2 dan teruslah kepada melaksanakan arahan supaya apa sahaja pergerakan berjalan lancar,sekali dengar zuuuppp...terus blah!ok boleh x??kalo diri jenis segan,kita mungkin kena fikir segan2 yang melambatkan akan menimbulkan kesusahan dan pembuangan kemasaan.Muslimat juga seharusnya dah amik tau isu2 luar ni bagi memudahkan kita untuk sangkal pendapat dangkal mungkin dari golongan feminisme,SIS dan banyak lagi.Bayangkanlah kalau kita masih mengekor ditakuk lama,siapakah yang akan mengantikan yb2 mantop sperti Nurul Izah,Dr.Lo'Lo,Rosmah Mansor dan sebagainya.Amik yang baik je ok?


Pakaian muslimah korang adalah cantik,teruskan menutup aurat secara sempurna walaupun pelbagai hinaan manusia yang didengari yang paling penting adalah pandagan Allah terhadap diri muslimat itu sendiri.Sikap manja harus dibuang,kalo tak nanti kono lompang,hehehehe...sakit oooo.Kelembutan dalam ketegasan hati dan tegas dalam berpendirian adalah sangat molek dah tu,just go on dengan pendirian dan ketegasan dalam berbicara n kalo nak manja2 sangat pun nantilah dengan suami korang or kawan2 perempuan je k.Sementara bujang ni,baik kita cari pengalaman-pengalaman menarik dan sediakan diri kita untuk ditarbiyah.Besar benda yang nak dibawa ni,bukan masa lagi kita nak main2 dah,musuh makin lama makin licik dan bersikap macam mangkok.Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar,medan tempur kita luas lagi-lagi nak dekat PRK ni,usaha perlu dilipatgandakan.Berinisiatif sendirilah untuk membantu gerakan Islam dan membantu sahabat2 yang lain.Saya mungkin bukan golongan yang layak untuk memberi kata- sebegini kepada muslimat-muslimat diluar sana,tap saya tak kisah sebab inilah yang saya cuba sampaikan jauh dilubuk hati saya,cuma kelemahanya saya tak pandai menukilkanya dengan kata2 yang berpuisi.Ni sume geng2 saya yg sy akan ingat sampai bila2..lap u all

huuuuhh..budak2 zaman sekarang
kempen jangan tak kempen..mari turun beramai2 selepas ini..on time ok
xde kereta beraircond pun x kisah...kan3x
Nama dia Nurul Mardhiah Kamaruddin tahun3 kos statistik..beliau akan muncul disekitar dunia UKM tak lama lagi,gedeboommmm!!!yg sepah2 kat belakang tu menandakan Nurul Mardhian Kamaruddin seorang yang sangat bz orangnye,comel kan?hurmmm....





Monday, December 27, 2010

MATI...

Saya ambil gambar ni masa saya kat RJ akk saya,die bgtau significantnye replika kayu nisan n ada nama kita even yg masih hidup utk kita bersedia apa yang patut.Fuuuhhh...meremang bulu roma gua 

Takut?
relaks...tarik nafas dalam2,kita muhasabah kembali apa maknaya mati ini.Apa yg saya faham tanpa merujuk mana2 kamus dewan,mati adalah kita telah terputus nyawa dari jasad,tidak bercakap,tidak melihat  tapi mendengar dan merasai apa yang dilakukan org lain atau makhluk lain kepada kita namun kita tidak berhak dan tidak mampu membalas dengan sebarang reaksi.Seram ke?rilek lagi..mati adalah satu benda yang pasti tap kita tak tahu bila.Saya ambil contoh,ada yang bermusafir sehingga ke Felda Koyan daerah Raub Pahang dari bangi dan pulang kembali ke bangi pun masih selamat tidak meninggal dunia.Tapi pernah dengar tidak cerita,tak sampai 10 minit perjalanan seseorang itu boleh meninggal dunia.Semua ini adalah ajal,tap ingat bukan ajal yang dibuat2 seperti membunuh diri,kerana membunuh diri itu adalah haram.So,janganlah buat perkara2 yang menjerumsukan diri ke lembah pembunuhan diri.

Persoalanya disini,adakah kita sudah bersedia menghadapi mati?Amal ibadah,hutang piutang,tanggungjawab dan amanah,dosa kepada Allah dan manusia serta sebagainya sudah kita betul2 settelekan.Dah jadi ahli gerakan selepas saringan dari Allah,adakah betul2 kita melaksanakan amanah yang sepatutnya dibuat,sudah diberi ilmu pengetahuan mengenai apa sahaja,adakah sudah kita mengaplikasikanya dalam kehidupan sebenar?Sudah yakin  kita akan masuk syurga dan dapat menjawab persoalan malaikat di alam kubur nanti?saya sendiri tak dapat nak bagi jawapan yang pasti sambil diri berusaha membuat segala yang patut ,meninggalkan apa yang patut dan melarang apa yang patut.Usaha kena ada,putus asa jangan sekali dan pape hal,Allah adalah yang paling teratas dari segalanya...ko ni sarah cakap boleh aaah,buat tengok macamne!!Saya manusia hina yang biasa tidak mempunyai apa2 yang sebetulnya milik saya kerana saya yakin,hatta rambut,kuku malah jantung saya ini adalah milik Allah yang dipinjamkan sebentar kepada saya untuk melaksanakn tugas sebagai khalifah dan yang pasti, buat atau tidak tugasan itu,saya akan disoal didalam kubur nanti.

Yang meninggal,akan tetap pergi dari dunia..yang masih hidup,life must go on..(betul ke grammer ni?)

Ingat mati,ingat sakit,ingatlah saat kau sulit,ingat2x hidup cuma satu kali..
(Wali band)

Tuesday, December 21, 2010

Yang kau ni dah kenapa???

Hadoyaii..
rasa geram aah dengan sapa2 yang nak marah2 x tentu pasal,tau tak marah tu memenyampahkan?...eeeeeiii bnde yang tak perlu dimarah jangan nak marah,cakap elok2 sudah,adakah saya tengah marah?yes of coz sbb sy antara salah seorang yang dimarah,kena marah secara direct?sy x kisah sbb senang nak jawab balik..kena marah secara maya ni membuatkan sy rasa malu dengan orang lain...x bleh ke menghargai sket pendapat org lain,nak bangkang pun x boleh ke cakap elok2,saya ada hati dan perasaan walaupun kadang2 saya buat2 tidak berperasaan,masalah hati je semua ni,so what?sy ada hati,tap saya berapa kali dengar jangan kerana merajuk dengan seorang mangkok perjuangan Islam ditinggalkan,sorry terkasar bahasa pulak,at least mangkok boleh digunakan untuk hirup sup ayam or mangkok tepen/mangkok tingkat yang bleh letak nasi n lauk pauk bagi kat jiran sebelah.


Tiada niat lain dalam penulisan ini melainkan untuk memberi kesedaran pada saya dan orang lain untuk pandai2 menahan marah,saya x kisah kalo korang nak marah dengan Bush,UMNO,UPCO or whatever,tap dengan sahabat,dengan pimpinan kita kena beradab.jangan ada niat nak marah seseorang tu untuk memalukan dia,selagi boleh tak marah tanpa memalukan as well as pendapat kita dilontarkan,buatlah apa cara sekalipun.Saya bagi contoh,Katakanlah kita menegur sikap sahabat,janganlah tegur kat wall Facebook,nnti malulah kawan kita dengan orang lain..kan boleh je bag mesej atau sms.Maruah beb....macamnilah,kita andaikan kita berada kat tempat member kita tu,apakah rasanya?haaaa rasakan!!

Cukuplah sekadar itu luahan hati dan sanubari ini,kerja islam banyak,sem ni unit pun byk,saya harus tenang dan cool dengan macam 2 provokasi musuh,Pilihan raya Umum pun mcm x lama lagi,harap2 dapatlah saya mengundi parti kesayangan saya selepas beberapa kali gagal mendaftar sebagai pemilih.Macam2 propaganda buruk ,hangit,pekung n busuk yang musuh sedang mainkan,kita?janganlah jadi macam mereka nanti kita tidak ada bezanya dengan mereka padahal apa yang kita bawa ini adalah amanah Allah yang paling bersih,suci,tulus dan adil.Wallauhalam n maaf jika kata2 dalam post ini agak tidak cool,sometimes we win ,sometimes we lose..cuba teka ayat mana ni?

Nikmati hidup....ingati akhirat


Tambahan penyataan;disebabkan ada yang memberi saya sms kerana rasa saya marah kat dia dalam post ini,percayalah...saya tidak marah kan siapa2 semua,anggaplah post ini sebagai langkah pengawalan marah yang terlebih dramatik dari saya ok?Sama2lah kita menjadi manusia setenang  mungkin bak kata pepatah,"air yang tenang jangan disangka tiada buaya".

Sunday, December 12, 2010

Siasah dan korang

Siasah pada asasnya ramai yang mengaitkan ia dengan politik.Tapi ramai tidak tahu dengan siasah kita dapat menolong orang yang dalam kesusahan,mengurangkan harga minyak,membantu golongan tertindas,berdakwah kepada bukan Islam,menghancurkan golongan2 yang mangkok dan banyak lagi.Kenapa ada sesetengah dari kita hanya memikirkan faktor politik semata-mata apabila mendengar soal siasah,ada agenda yang ramai tidak faham apabila pelbagai perkara pelik dan diluar pencapaian akal dilakukan.Bagi yang terang tang-tang bercanggah dengan syariat kompem2 lah kena tolak,bagi yang ada sebab dengan disokong nas2,pandagan ulama dan melalui sirah, perkara pelik bin ajaib tu kita kena terima.Baru2 ni saya ada mengikut bengkel siasah,dalam bengkel tu ada seorang penceramah menyebut..ya mmg dengan ilmu kita dapat menyebarkan pengaruh kita,tap bukanlah sebanyak pengaruh yang kita dapat sebarkan melalui kehebatan bersiasah.Saya bukan mencari alasan bersiasah sambil mengetepikan hal2 akademik almaklumlah baru2 ni result yang saya dapat mengundang kekecewaan ramai pihak,saya akui ketidak 4 flat (hehehe) saya itu adalah salah sendiri bukan kerana minat dan keperluan saya untuk bersiasah.Saya kurang pandai untuk memberi alasan selain mendiamkan diri mengubati luka yang lara.(layan perasaan naik komuter ke Selayang)Saya faham akan fitnah yang akan terjadi,tap....sy just nak minta maaf,sy x dpat meneruskan kata2 mngenai hal2 ini..hadoiyay,masalh perlu dipendam sekali- sekala

Dalam menghadapi pelbagai berita2 dalm negara Malaysia tercinta ini,adalah penting untuk kita mengkaji terlebih dahulu maklumat yang kita baca,dengar atau terfikir.Maklumat yang sahih amat susah untuk dikenalpasti melainkan kita betul2 bersusaha mencari dan bertanya pada yang ahli.PAStu kalo rse maklumat tu mcm sahih,lakukan sesuatu or bertindaklah mengikut maklumat yang kita dapat,barulah ia kelihatan betul or macho untuk kita memperjuangkan sesuatu.Jangan jadikan kerja2 Islam ni macam kerja partime,waktu lapang n boring2 baru nak turun bkerja Islam,tengah dok sedih2,hilang mood,result exam x bagus,kena marah,nangis2 time tu x rasa plak nak buat kerja Islam.Istiqamah kena ada...nasihat2 ni semua adalah ketepek kepada muka saya,nasib baik hanya ketepek secara ilusi kalo tidak mmg nampak dah berbirat2 kat muka ni.huh!!pedih hati mendegar pengisian berbetuk satu tusukan padu pada hati.Saya suka menyelitkan cerita,kalau kita rasamcm bagus or tengah rasa tak bagus or down,better kita bca Al-Quran dengan tafsir or dengar ceramah2 yang kaw2 dari ustaz or ustazah kat majlis2 Ilmu ataupun saya cadangkan tonton cerita Tanyalah Ustaz kat TV9 Dekat dihati PAS dengar tu baru kita akan terasa layak atau tidak untuk kita melakukan or tidak melakukan sesuatu perkara itu atau ayat standardnye bermuhaSABAH or muhaSARAWAK.

That all,Wassalam...doakan saya dapat buat eksperimen Tesis "Daun Kaduk Sebagai Antioksida Dalam Minyak Sawit Olein" dengan jayanya.TAKBIR!!!!!!