Thursday, January 20, 2011

10 Muwasiat Tarbiyah...

Assalamualaikum...

Mungkin ramai yang dah tau n myb ada pembaca yg belum mngetahui mngenai perkara ini.Sebelum saya bercerita panjang mengenai tajuk pokok ini saya suka nak berkongsi dengan pembaca semua bahawa satu ilmu baru yang saya dapat dari cikgu silat saya abg mek ada mngatakan bahawa,kalau kita nak orang lain dengar nasihat kita,kita kena anggap nasihat yang kita bagi tu adalah untuk diri kita sendiri.Ini bermaksud,kita pun x perlu jadi sempurna untk mnasihati org lain,cuma timbulnya ikhlas dalam mnasihati org jika apa yg kita cakapkan tu untuk diri kita juga.Dari situ saya memahami sesuatu bahawa tugas nasihat-menaihati ni bukanlah tugas ustaz2 dan ustazah sahaja,tap ia tugasan semua orang.yang berlainan mungkin cara sahaja,apa2pun kita menghargailah orang yang sayang kat kita dengan menasihati kita tap manusia ni macam2 niat mereka,berhati2lah dalam mnerima nasihat.Hidup ini banyak propagandanya....

kembali kepada tajuk 10 muwasiat Tarbiyah adalah:-
1)Aqidah yang sejahtera
Tidak menyekutukan Allah dgn sebarang perkara lain.Tidak takut pada ancaman lain selain dari ancaman Allah.Tidak mengharapkan kpd sesuatu lebih daripada mengharapkan pada Allah.Tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh menimbulkan masalah akidah.Tidak mendekati perkara-perkara yang boleh mensyirikan Allah.

2)Ibadah yang sahih
Kalau solat 5 waktu tu dah takde masalah lagi.menganggap semua perkara yang dilakukan kerana Allah adalah ibadah.teguh pendirian.Suka melakukan ibadah.

3)Akhlak yang mantap
Tidak dengki dan iri hati kepada sahabat perjuangan yang lain.Suka membantu.Hormati orang tua tap bukan semua orang tua yang menzalimi kita anak muda (aiseehh).Tidak menzalimi kucing dan haiwan lain.Ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran selain dari ganjaran pahala.Tidak menjatuhkan orang yang memperjuangkan agama Allah.

4)Luas pengetahuan
Banyakkan membaca seperti surat khabar,blog2,utusan meloya,harakah,Aku Terima Nikanya dan tidak lupa buku2 haraki (sy mngantuk baca buku mcmni).Pergi ceramah2 PAS,UMNO,di dewan senat,masjid2 dan sebagainya..pendek kata ada je majlis ilmu balun.

5)Sihat tubuh badan
Jangan manjakan sangat badan tu.Lawan sakit tap kalau dah sakit cari ikhtiar cepat2 seperti amik ubat,amik nubulizier,jumpa doktor,berehat dibilik dan sebaginya.Amalkan senaman2 ringan seperti berjalan kaki.Sukakan keadaan diri yang berpeluh kerana peluh itu tandanya sihat.Jaga pemakanan,jaga kebersihan diri dan bilik.Disebabkan saya belajar pasal sabun...sabun yang digunakan perlulah dalam kuantiti yang sedikit,sebab apa??tu laah lain kali amiklah kos oleokimia mesti korang tau kenapa..

6)Mampu berdikari
JANGAN MANJA SANGAT!!!!!ikhtiar macamna nak ke sesuatu destinasi pada waktu yang tarikh yang ditetapkan walupun mempunyai masalah kenderaan,jangan mengahrapkan bantuan orang lain akan datang tanpa kita meminta bantuan sebab orang lain ada hal mereka sendiri,bijak menahan lapar (ni paling susah).Anggaplah kalau dicampak kemana pun kita mampu hidup bermaksud jangan nak pikir sensetif sangat langgar je.Tak try maka x tau.Akhirnya nikmati hidup anda.

7)Melawan nafsu
Nafsu ni bukan hanya tertakluk kepada nafsu syahwat,ia juga tergolong sekali nafsu tidur,makan dan perkara2 yang membuang masa dan bermalas-malasan.Control diri supaya tidak terlalu mengikut nafsu,Rasa terikut sket ightifar banyak2.Buatlah perkara2 yang menarik untuk mengelakkan diri terjerumus kedalam lembah kenafsuan..huuuuuu,,payah cerita bab nafsu ni sebab ia lebih dahsyat dari hasutan dan bisikan syaitan.

8)Sangat menjaga masa
Datang meeting  or dating ontime.datang kempen dan apa2 event mesti ontime.Kelas pun kena datang ontime (yg ni pun susah).assigment dihantar pada tarikh n masa yang ditetapkan (sy selalu terlebih ).paling penting...waktu solat 5 waktu tu pun seboleh2nya ontime,kadang2 terlajak sebab tertidur or pernah terlupa..xpe dimaafkan tap kena ganti balik n bertaubatlah kita takkan ulanginya.....

9)Tersusun urusanya
bab ni...saya susah nak terangkan sebab saya punya urusan main ikut kepala otak dan cara saya ni tak bagus n tak betul langsung.Seboleh2nya rancangan perjalanan urusan nak buat apa sebelum tidur tu,kalo boleh catit dalam diari.nak lagi skema...buat white board kecil dalam bilik n letak colour2 sket supaya kita lebih bersemangat.pandai2 lah korang saya x tau nak ulas apa dah.

10)Bermanfaat kepada orang lain
jangan pentingkan diri sendiri.Turun demo kerana ia bermanfaat kpd org lain kalo minyak dan harga barang lain dah turun dgn kita join demo tu.Belajar menyusahkan diri untuk menolong orang lain.Kat ibu bapa dan keluarga pun macamtu,kalau dah kerja jangan lupa kirim2 duit kat mereka jangan bakhil sangat perangai tu,ate buruk rhupenye......

Itu sahaja kot,x jadi nak bertukar serius dalam post kali ini x tau kenpa..nak ckp lebih pun x boleh sbb pape hal ia bergantung kepada sikap individu itu sendiri.

Saturday, January 15, 2011

Kembali berjumpa sahabat surau Al-Irfan Kolej Matrikulasi Labuan

k.azma x matang,yg lain ok



Alhamdulillah saya panjatkan kehadrat Allah S.A.W kerana memberi saya kesempatan sekali lagi mengjoinkan diri ke satu program yang saya tunggu2 selama ini.Perjumpaan semula dengan geng2 Sabah yg sangat saya rindui.Bahasa mereka,budi pekerti,ke"sweet"an dan sebagainya.Apa yang digariskan pada perjumpaan pada sesi kali ini banyak menggariskan keperluan kita berdakwah lagi2 dibumi Sabah dan isu murtad yang majoritinya adalah rakyat Sabah.Sedih,cuak dan terkejut mendengar realiti masalah2 murtad ini dan saya seru untuk kita yang beragama Islam untuk tidak menyalahkan golongan pendakwah dari agama lain kerana mengikut kajian seorang penceramah yg dijemput dan  juga merupakan seorang muallaf menceritakan bahawa banyak masalah birokrasi tatkala seseorang itu memeluk agama Islam dan golongan ini kembali murtad apabila agama Islam itu sepatutnya menjadi agama rahmat seakan2 memberi bala kepada mereka atas sikap orang Islam itu sendiri.Macamne??pandai2lah kita fikir macamna orang Islam yang sepatututnya membuat tugasan seperti yang diajar oleh Islam mengetepikan ajaran itu lantas menjadi fitnah kembali kepada agama yang indah ini.

Buat pertama kalinya dalam hidup saya,saya menjejakkan kaki masuk kedalam sebuah gereja dikawasan sentul.Disana kami 10 orang semuanya pergi menemui paderi yang bertugas dan kebetulan ada seorang paderi rakyat Malaysia.Ini kerana agak suspen jika paderi yang berbangsa farnce itu yang akan kami temubual..masak aku nak faham.Apabila masuk ke kawasan gereja itu,semua mata pengguna jalan raya memandang pelik kepada kami,fuuuhhhh...masalah jugak,tap niat kami hanyalah ingin menemui bual seorang yang ahli dalam agama Kristhian dan ia merupakan salah satu medan dakwah yang terbaik dari kita kerana ia telah pun merobohkan benteng ketakutan untuk kita lebih terbuka berdiskusi mengenai perbezaan agama ini.Apa yang penting adalah hormati mereka dan jangan sesekali memulakan provokasi.Itu lah yang sering diingatkan oleh ketua pengarah,jangan provok dulu ye..melainkan sudah diporovok pandai2lah menggunakan kebijaksanaan masing2.group kami ke gereja,satu lagi group pergi ke kuil Buddha.

Malamnya merupakan satu sesi tazkirah yang disampaikan oleh abang pe ntah nama die,saya lupa.Merupakan seorang muallaf dari Pitas.Apa yang saya ingin kongsikan disini adalah,penceramah itu sangat lawak kerana bila die buat orang gelak muke die selamba je...tension saya tengok keselambaan muke brader ni...eeeiii geram.
Saya amat berharap dapat merialisasikan impian saya untuk menetap lama di Sabah walupun mak ayah saya sudah di Teluk Intan,Saya merancang dan berdoa dan sudah semestinya Allah lah yang menentukan segala-galanya.Sudah berdoa,kot2 dibuka ruang untuk merialisaikan doa itu...jangan tunggu lama2 rebutlah.Insyallah dengan penuh takzim,saya ingin kesana semulaaaaaa............



Surau Al-Irfan Kolej Matrikulasi Labuan
Wassalam.

Monday, January 10, 2011

Duit kat mne2 pun boleh cari

Assalamualaikum...

2 3 minggu ni saya asyik memikirkan mengenai duit.Adakah saya bermata duitan?sebenarnya saya mmg agak bermata duitan krn brmata duitan yang beragenda adalah sangat perlu.tap bak kata seorang senior sy,duit katmna2 boleh cari,so yakin dan bersabarlah mencari rezeki di bumi Allah ni.Bagi yang sudah bertunang,of coz lah telah ditetapkan hantaran yang perlu diberi kpd pihak wanita walaupun si ayah mengatakan terpulang,terpulang dan terpulang...tapi terpulang ada maknaaaa......huhuhuhu .Yang dah nak mendirikan rumah tangga saya ucapkan tahniah,kpd yang masih mencari2 relax kalo dah doa tu kat Allah,usaha tu kenalah ke arah tu.(ini lah budak tahun akhir,kawen3x ish3x....).Tutup pasal hal kawen kekawenan ni, kite sembang balik mengenai duit yang ada kat mana2.Sebenarnya satu je kita kena pegang iaitu,yakin lah bahawa Allah itu jua pemberi rezeki kpd hambanya.Banyak cerita kan kita dengar,dia usahalah macamne pun x kaya2 jugak,tap ada sorang hamba Allah ni,usaha usaha jugak ada je lorong rezeki yang Allah bagi pada dia.Alangkah bertuahnya kalau kita tergolong dalam golongan yang kedua tu.Tapi sebagai orang Islam kita mungkin dah biasa dengar terjemahan ayat Al-quran yang bermaksud:-

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11


So,dengan keyakinan yang tinggi kita pacakan dengan ayat Al-Quran ni bahawa nak taknak kite kne usaha bro.Usaha mcmne??terpulanglah byk kerja2 menarik yang menjana duit seperti daftarkan org,recyle,jual nasi lemak,jual donut,jual cream puff tart,kerja kat tabung haji dan yang terbaru kerja dengan lect yang ajar kita buat power point,semak kertas dan sebagainya.Rasa2nya semua perkara2 diatas adalah kerja yang halal.Kerja yang haram pulak kena dijauhkan seperti kerja mnyebarkan risalah fitnah,kerja mengampu membodek,cr duit dgn rasuah,jual rokok hisap rokok dan apa sahaja brkaitan dgn rokok dan sebagainya...masing2 dah besar pndai2lah cari nas2 kalo bergerak kerja menentang gerak kerja Islam ni apa cer?huuuu...saya ni bukanlah hebat tang hukum hakam,tap mna yg saya tau n saya yakin selepas mndengar program2 ilmu sy try berkongsi dalam blog,tap kalau ada yang tidak berpuas hati silakan bagi komen,tap alangkah bahagianya saya kalo sertakan nama sbb sy mmg suka berkenalan dgn kawan2 baru.

Akhir kata dari saya,cintailah gerak kerja Islam dan yakinlah bahawa apa sahaja pekerjaan yang kita buat bagi menjana duit dengan niat ikhlas suci murni kerana Allah ia merupakan ibadah dan jalan jihad sambil tidak melupakan jihad2 yang lain.Walaupun ikhlas itu seperti nyamuk adeas didalam balang air bewarna hitam di malam yang kelam ia tidak kelihatan namun penyakit denggi boleh merebak jika ada air yang bertakung.huh???ada kena mengena ke,abaikan..so anggaplah kalau dah melakukan kerja tanpa mengharap apa2 balasan selain mngharapkan org lain turut bekerja sebab sayangkan orang lain tu,dah ikhlas laaah tuh,dah2x jangan gadoh lg.hehehehe...^ _ ^

maaflah ye,busy sket semenjak bermenjak-menjak ni..banyak pulak jemputan dinner..kalau terkerek minta maaf awal2 k


Wassalam
~with love~
sierra

Tuesday, January 4, 2011

Minyak naik lagi...aku mula membenci

Assalamualaikum..
Kemungkinan minyak akan dinaikkan lagi,x sampai beberapa bulan ia dinaikan,Kerajaan UMNO Barisan Nasional kembali menaikan lagi harga minyak.Aku sebagai orang yang bukanya anak tauke balak,bukanlah pemilik bank terbesar Malysia dan dunia amat berasa tertekan dengan penindasan kerajaan kepada rakyat malyasia seperti aku.Mungkin aku lebih bertuah dibandingkan dengan orang yang mencari makan dengan menjual nasi lemak,menjadi tukang kebun di sekolah,cleaner,permain gitar,dan ramai lagi rakyat yang mencari makan ala kadar mengikut kemampuan masing-masing.Golongan sebegini masih berlambak-lambak lagi di Malaysia,dan sebagai seorang pelajar universiti yg konon2nya dikatakan perlu bersyukur dengan PTPTN itu,JPA dan lain2 biasiswa adakah pernah korang terfikir ada dr kalangan pelajar juga yang partime kerja sebab nak bagi kat mak ayah sket duit PTPTN itu bagi membantu keluarga yang sangat dhaif.Fikir2kanlah yang bukan semua orang sesenang orang yang senang.Yang miskin lagi jatuh papa kedana,yg kaya bertambah kaya,yang golongan pertengahan?adakah korang masih ok?huuuhh...sudah2lah dibodohkan,sudah2lah digula2kan..kita rakyat yang berhak menentukan hala tuju negara ini.

Projek2 lain berjuta2 disalurkan kedalam bajet.Projek ingin menolong rakyat,projek menaikan gaji pekerja dan lain2 projek yang betul2 membantu rakyat??mne bro,mne??jangan bagi kat krono je,kroni tu je nanti yang senang,rakyat yang kesian ni,mcmne??hadoooiiii......