Monday, February 28, 2011

Cerita seorang yang bernama "X"

Assalamualaikum...
pejam celik pejam celik,mata kita masih terbuka,nikmat hidup yang Allah bagi masih dapat kita lalui.Kali ini saya teringin nak bercerita mengenai seorang budak yang saya klasifikasikan beliau dengan nama 'X'.Beliau merupakan seorang budak yang sangat degil orangnya.Ketika masih bersekolah,setiap apa yang diaturkan untuk 'X' ni ikut,ada je bantahan mungkin ada yang terkeluar dari  mulut beliau,ataupun mungkin hanya akan memberontak didalam hati.Sejak kecil lagi,beliau dididik dengan ilmu agama yang agak sempurna oleh ibu dan ayah 'X' ni.Ketika disekolah menengah,tingkatan satu...'X' ni sangat suka mempersoalkan tindakan guru sekolahnya yang kadang2 suka mendenda pelajar,mungkin sebab lewat,fly dan sebgainya.Bagi 'X' perkara2 kecil begini tidak perlu didenda pun melainkan hanya diberi teguran dan mungkin nasihat.Apa yang 'X' sangat pantang ketika itu adalah jangan sesekali mencabar kesucian agama beliau iaitu Islam.Kawan2 yang tidak solat,akan dimarahinya sehingga yang tidak solat tu akan solat dalam keadaan menangis2,malu punya pasal.'X' pernah dibenci oleh rakan2 sekolah beliau kerana suka sangat menegur orang.Orang2 yang 'X' akan tegur adalah golongan yang tidak menutup aurat,bercouple,tidak solat dan lain2.Kalo ada pelajar yang bergaduh,'X' dengan selambanya akan mengatakan..urmmm mereka perlukan pergaduhan kadang-kala untuk menentukan siap salah dan siapa benar.

Kalau difikirkan,tahap kematangan 'X' adalah terlebih matang  yang tidak sesuai dengan umurnya.Namun,ada segelintir guru-guru yang melihat 'X' ini sebagai seorang yang unik walaupun dalam kedegilanya.Dipilih mewakili sekolah dalam banyak perkara.Tindakanya membuatkan seorang ustaz cuba mendekati 'X'.Maka ustaz itupun bertanya,'X' apa benda yang paling awak suka?maka,'X' pun menjawab...saya suka kalau orang bukan Islam peluk agama Islam dan orang Islam mengamalkan ajaran Islam.Tersenyum ustaz tadi mendegar kesukaan 'X'.Maka dengan melihat potensi yang ada pada 'X' maka ustaz tadi pun mengajarkan 'X' pelbagai benda, termasuklah usrah.'X' menjadi seorang yang sangat lain selepas menjalani proses pentarbiyahan.'X' diajar perkara2 yang perlu untuk menjadi seorang pendakwah iaitu sikap toleransi.'X' disuruh cuba dengan masyarakat luar,baru 'X' faham...Untuk berdakwah adalah penting untuk kita mngenali mad'u ataupun golongan sasaran siapa kita ingin dakwahkan.'X' bertukar menjadi orang yang paling bertoleransi dalam menyampaikan bait2 penjelasan mengenai Islam.Sikap degil 'X' makin lama makin dapat dikontrol dengan peredaran zaman.Dalam dapat dikontrol itu juga,sikap degil 'X' tidak dapat dibendung kadangkala menyebabkan ada orang yang 'X' sayang naik marah.Tap 'X' juga seorang manusia biasa yang semakin hari semakin banyak perkara-perkara yang perlu 'X' selesaikan.Amanah yang ada pada 'X' sebagai seorang pejuang agama Allah kadangkala memberikan beliau satu fitnah yang besar kepada beliau.

Pernah 'X' menangis memohon pertolongan Allah,dan ternyata Allah tidak akan meninggalkan hamba-Nya yang mengigati Allah.'X' merintih sayu apabila merasakan beliau berada disatu jalan mati yang tiada lorong keluar.Namun,dengan pertolongan Allah dan berkat usaha 'X',seakan-akan terdapat satu cahaya bagaikan menemukan 'X' dengan jalan keluar.Cintanya 'X' kepada agama Allah menyebabkan masalah2 yang 'X' hadapi bagaikan terlupus satu -persatu berkat kesabaran dan ketabahan 'X'.'X' kini makin meningkat dewasa.maka orang dewasa tidak lari dari menghadapai pelbagai masalah.'X' berusaha menjadi yang terbaik untuk agamanya,keluarganya dan masyarakat.Beliau bangun dan menepis segala kebencian manusia yang pernah membencinya demi mengharapkan kecintaan Allah terhadapnya.'X' perlu kuat menghadapi semua yang berlaku didunia yang sementara.Ini kerana 'X' bimbang beliau tidak dapat berehat tatkala berada di neraka jahanam kerana terlalu bersenang-lenang,berfoya-foya dan menolak konsep amal makruf nahi mungkar ketika beliau masih hidup didunia.Beliau hanya mengharapkan rehat tatkala beliau sudah meninggal dunia itupun jika tidak dilibas,disoal malaikat dan diseksa dalam alam kubur.Nauzubillah...'X' begitu takut menghadapi kemungkinan-kemungkinan itu dan justeru itu,'X' tidak jemu-jemu mebuat perkara yang boleh meningkatkan ketakwaan 'X' kepada Allah dan mengharapkan keredhaan Allah sepanjang hidupnya di dunia.

Siapakah 'X'??Teringin menjadi 'X'?? atau x teringin langsung??saya pulangkan kepada pembaca....


(-_-)

Tuesday, February 22, 2011

TADAAAAA!!!!! terkejut kew??

Assalamualaikum....

terkejut,cuak,gumbira dan sebagainya dengan kemenagan GMUKM pd PRK kali ini. PRK tahun ni tidaklah sepanas tahun lepas..mungkin sbb pentadbiran dh tak berani nk bodoh2 kan mahasiswa mcmne dorang buat tahun lepas....tap dalam puji2 pun ada sedikit ketidaktelusan mengenai 2 calon yang bertanding walhal dorang tak pegi pun bengkel calon dan ironiknya dorang dapat sijil bengkel calon dan boleh bertanding menjadi calon......amik ko xde titik,perkara ni telah dibantah pada jam 10 pagi kalo saya tak silap surat bantahan berjaya diprint.Namun??apakan daya bantahan tidak dilayan...urmmmm,banyak benda2 yang GMUKM nak buat tetapi dihalang sebagai contoh berkempen.Disuruh berkempen di teko ayah pin KTHO.."bak kata u.nazri x kan kami nak berkempen dengan ikan2 di kolam tu"..terlupa lagi satu..disuruh berkempen dalam kafe yang tengah xde orang...so,berkempenlah dengan kerusi2 dan meja2....hadooooiiiiiyai!!!pikirlah sket wahai kwn2 Satu Malaysiaku.

Dalam kita menghadapai pilihanraya ni,kempen adalah benda standard...kempen nak kenalkan calon  yang bertanding,bgtau kat orang ramai mengenai maniefesto dan pengundi2 of coz nak tau,sapelahhhh yang nk jadi wakil untuk apa2 masalah mereka akan datang.So.....sape2 pun boleh berkempen,lek bah....kempen je pun n bukanya penggerak2 or calon2 GMUKM boleh ada dekat tempat pangkah untuk suruh pengundi pangkah diorang..kan...kan..kan... ke macamne??apa masalah sangat dengan berkempen ni??ce cite ..ce cite...

Kempen yang kurang dibenarkan,masa kempen yang mungkin boleh dipendekkan tapi dipanjangkan dengan karenah2 birokrasi dan felo2 yang menjerit...calon2 GMUKM penipu!!!!saya kecewa dengan awak semua!!!So,ko ingat kiteorang tak kecewa dengan sikap korang,pikir kecewa korang je..kecewa kiteorang???ada korang pikir...xpe masalah hati je tu,boleh diabaikan yang penting dasar perjuangan kita dan apa sebenarnya kita nak bagitau budak2 UKM bahawa berGM Lebih Baik adalah lagi penting dari melayan kekecewaan seorang felo yang mementingkan periuk nasi sendiri je.

Saya juga sangat terharu,melihat jentera2 GMUKM mahupun Aspirasi bertungkus lumus menyiapkan poster,banner dan berbagai2 flyers untuk pada PRK kali ni.Dengan berjaga malamnya,pusing2 UKM kot2 ada yang akan potong banner or nak membuat onar,seyesly saya respek dengan kesungguhan kalian baik di GMUKM mahupun Aspirasi.Mungkin ada jentera2 Aspirasi dari KBH yang saya minta tolong jagakan poster kiteorang telah menjagakan poster kiteorang untuk satu malam dan malam keduanya ghaib ditelan zaman.Saya tak tuduh sesiapa...tapi yang penting poster yang saya dan kawan2 saya tampal dan penat2 kitaorang minta cop telah dicabut sebegitu sahaja....sabar...sabar.....grrrrrrrrr,agak makan dalam tap xpelah semuanya pasti berhikmah kerana apa hikmahnya??kami sangkut poster selepas subuh pulak...so,pendek kata lepas subuh jangan tido,sebab rezeki Allah bg banyak masa pagi2 tu.

Masa2 PRK inilah dapat melihat sahabat yang sanggup tidak tidur malam (tap tido siang sekejap) untuk melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan,paling kesian apabila melihat mana dapat letak kepala,kat situlah dapat melelapkan mata.cool lah korang.Dalam menjalankan kerja2 macamni pasti akan ada  suara2 pemberi nasihat.itu pun saya suka.Almaklumlah fasa2 nak PRK ni semuanya dalam kepala otak,kadang teremosi,termarah,tertinggikan suara,terbaling benda dan macam2 lagi..tapi Alhamduliilah semua sahabat2 amat memahami dan kadang2 terus direct bagi nasihat kat saya...terimakasih banyak2 sebab saya bukanlah manusia yang sempurna,kadangkala ada marahnya,sedihnya dan perasaan yang bercampur baur...sorry erk,takde niat lain selain ingin memenagkan Islam :-)

GMUKM pun dah dapat majoriti dalam MPP kali ni,PMUKM punya bilik boleh digunakan sebagai bilik operasi menggantikan kesuraman dan kelesuanya sebelum ini.Tahniah kepada yang memang dalam pertandingan dan takziah kepada anda kerana anda adalah pemegang amanah dari Allah untuk melaksanakan misi dan visi yang telah "kita" persetujui selama ini.Kepada yang bukan calon,tolong2 lah kawan2 korang ni ye..dorang ni dah public figure,tolong2 lah apa yang patut jangan tinggalkan mereka terkontang kanting dibawa arus perdana V6.Akhir kata dari saya,maaf segalanya dan teruskan membuat kerja untuk mahasiswa dan mahasiswi UKM.STUDENT POWER!!!!!!

saya aceli segan disuruh bagi ucapan mlm tu,lain kali kalo nk suruh sy berucap bgtau awal2  untuk saya prepare pantun,syair dan sebagainya tau - _ -


With love ~Sierra~

Friday, February 11, 2011

Blog Aspirasi vs TSB vs GMUKM vs NadiUkm

Salam satu Aspirasi...

Kalo saya bagi salam macam ni,korang nak sambut macamne?adakah salam dua aspirasi ataupun salam satu aspirasi kembali..pendek kata udah2 lah tu kita buat macam biasa k. Assalamualaikum dan kepada yang non-muslim salam sejahtera at least adalah idea sket korang nak sambut salam saya ni.

Berbalik kepada tajuk,yang saya rasa dah beberapa kali saya komen mengenai Aspirasi,bolehlah tgk post2 saya yang dulu..mungkin post2 dulu banyak komen mengenai individu dalam Aspirasi tap kali ni,saya nampak individu2 tetringgi dalam aspirasi agak gagal membentuk satu paduan gaya aspirasi yang mantap dan jitu.Mengapa saya berkata begini,ini kerana jika dibaca post2 dalam blog2 aspirasi agak kurang mencerminkan apa yang Aspirasi ingin bawakan.Selalu mengambil kata2 yang agak keanak-anakan dan tidak memberikan satu bentuk penulisan yang membumi.Kenapa saya kata penting untuk semua itu dalam blog,kerana kamu jarang menegeluarkan risalah penerangan mengenai agenda aspirasi yang dibawakan dan adalah penting untuk blog itu dilihat sebagai satu kuasa media yang boleh memberi pengaruh.Tapi lihatlah kerja yang boleh dikatakan sebagai "cincai" yang dilaksanakan ini.

Blog aspirasi hanya diupdate ketika fasa Pilihan raya kampus akan tiba.Jika blog GMUKM diupdate mulalah akan ada suara2 sumbang menyatakan GMUKM buat kerja tidak ikhlas walhal mereka sendiri tidak membuat kerja dan mungkin malas atau tidak tahu untuk update apa didalam blog.Saya ambil contoh lagi...dalam NadiUkm menulis mengenai masalah2 yang berlaku dalam UKM,selepas 2 3 hari barulah blog2 Aspirasi mahupun TSB akan mengambil maklumat dari NadiUKM dan diolah2 baik punya...tadaaa!!settle masalah.padahal kita tak tahu NadiUkm ni sape punya....tiba2 muncul tahun lepas,mengeluarkan berita2 yang boleh dikatakan update.Adakah peranan NadiUKM sebagai salah satu penyaluran maklumat kepada pelajar UKM tinggi???dan berapa ramai yg membaca blog ini setiap kali ada  post terbaru?Siapakah nadiUkm sendiri?Bagaimana mereka boleh mendapatkan sesuatu maklumat tidak kiralah di kolej (yg dipegang Aspirasi) mahupun di Fakulti (kebanyakkn di pegang GMUKM).Pendek kata,pada pendapat saya ia baik untuk Aspirasi dan GMUKM untuk atleast ambil langkah cepat secepat team2 nadiUKM walaupun GMUKM punya blog lebih berupdate berbanding Aspirasi hehehehe..

Tujuan saya menulis entry ini tidak lain selain bertujuan untuk kita yang mempunyai ideologi politik yang berlainan untuk mengamalkan sistem kebebasan media yang penuh beretika.Bukanlah bebas2 tap tiba2 nak mencarut maki hamun tanpa usul periksa.Jika ditanya mengapa mencarut dan maki hamun???tiada pulak lah jawapannya...dan saya amat berharap untuk mahaiswa mahasiswi semua jika ada jemputan untuk membuat debat secara terbuka,tolonglah dengan gentleman dan machonya datanglah ke jemputan itu.Kadang2 saya tertunggu2 jugak front2 dari Aspirasi untuk sama2 berpidato dengan front2 GMUKM di Sudut Pidato di ceruk UKM yang tak ramai orang lalu tu (bersyukurlah sarah oooiiii at least ada jugak pentadbiran UKM buatkan sudut pidato untuk student.."bersyukur eehh" )




mengapa 4 blog ini...salah satunya saya link kan ke 4 4 blog ni dalam blog saya,dan saya rasa ia antara yang di updatelah jugakkkk..kalo pembaca nak senaraikan blog2 front mahasiswa  UKM yang agak diupdate suggestkanlah k

Sunday, February 6, 2011

Semuanya adalah ketentuan Allah

Assalamualaikum...

Apabila berfikir sejenak,kadang-kadang apa yang kita rancangkan tidak menjadi.Tidak kiralah apa rancangan sekalipun,mungkin rancangan ingin mengikuti program,rancangan jahat melawan orang yang lebih jahat,rancang perkhawinan,perancangan merahsiakan perkara dan pelbagai lagi.Sebagai seorang anak kepada ibu ayah,pelajar dalam jurusan Oleokimia,seorang yang mengaku sebagai penggerak agama Allah dan pelbagai lagi tanggungjawab yang disandarkan ke bahu ini,adalah menjadi kebiasaan yang meyakitkan apabila sesuatu perancangan itu tidak menjadi.Adalah lebih malang jika perancangan itu melibatkan orang lain.Pedih bukan??Memang pedih,tap apakan daya ayat biasa yang sering kita dengar...kita hanya mampu merancang Allah jualah yang menentukan.Nak tak nak Allah telah memberikan manusia itu pelbagai perkara yang tiada pada benda lain seperti perasaan,emosi,hati,akal dan sebagainya.Kita sebagai manusia tidak lari dari membuat kesilapan dan bukan namanya manusia jika semuanya sempurna bak kata orang kampung saya
 ~Wrong is life,no wrong,no life~.Tapi jangalah pula membuat kesilapan tanpa mengambil hikmah dari apa yang menimpa,pendek kata janganlah buat masalah berkali-kali..ok?

Apa yang saya cuba sampaikan disni adalah saya ingin bercerita sedikit mengenai cuti yang baru sahaja saya alami baru2 ini.Sebelum cuti sahabat saya kehilangan barang berharga ,saya rasa sedih teramat sehinggakan mahu betul2 mencari siapa pencuri itu then..belasah,tap menurut yang kena curi berkata,xpa....so,sy amat mengagumi sikap mengambil hikmah yang ditunjukan beliau.Sangat dapat menerima dan redha dengan ketentuan Allah ini.Semoga Allah membalas sesuatu yang lebih besar dengan sifat redha hamba Allah ni.Kedua nya makjang saya mengalami kemalangan yang agak dahsyat sehingga kan hampir terputus tendon yang menghubungkan kaki dan betis beliau,cara kemalangan itu amat simple kaki tersepit antara perahu dan jeti yang beliau naiki,kemudian zasssss.... kulit terbuka,darah mencurah-curah ternampak urat warna putih tu (kalau sapa yang biasa tengok kaki lembu ada bendealah ni).kejadian ini berlaku ketika beliau di Kemboja untuk makan angin.Alhamdulillah lepas dijahit dan doktor menyuruhh beliau berehat dan Insyallah akan kembali pulih.Perkara-perkara yang tidak diduga berlaku banyak dalam hidup kita,yang penting adalah cara kita bersabar dan mengatasi perkara-perkara itu.Dugaan banyak jenisnya,dugaan harta benda,dimarah,penyakit dan sebagainya.

Saya mencadangkan bersabarlah dalam kita menerima dugaan walaupun saya ni bukanlah jenis penyabar orangnya,tap x penyabar pun tak susah untuk kita menjadi jenis yang menerima.Nak menangis nak marah,nak merajuk ke apa..buatlah sebab kita semua manusia,tap janganlah buat ia lama kerana nabi Muhammad itu suka kepada orang yang sekejap marahnya dan cepat sejuknya.Cool ok.Jika rasa penulisan saya banyak yang melalut 1 2 bulan ni,awal2 saya minta maaf kerana tidak sempat memerhatikan dunia tatkala sibuk dengan urusan dunia yang menuju akhirat..perggghhh ukhwah fillah menuju jannah (^ _ ^)...Akhir kata dari saya,Hadapi hidup dengan senyuman (lagu DEWA 19)

Hadapi dengan senyuman 

Semua yang terjadi 
Biar terjadi . 
Hadapi dengan tenang jiwa 
Semua... Kan baik baik saja 

Bila ketetapan tuhan 
Sudah ditetapkan 
Tetaplah sudah . 
Tak ada yang bisa merubah 
Dan takkan bisa berubah 

Relakanlah saja ini 
Bahwa semua yang terbaik 
Terbaik untuk kita semua 
Menyerahlah untuk menang