Sunday, August 14, 2011

Ramdahan kali ini,saya dicampakkan disni..

Alhamdulillah..hampir 16 Ramadhan berjaya kita lalui,Al-Fatihah kepada Muslimin muslimat yang telah pergi menemui Ilahi dalam jangka waktu Ramadhan ini.Mengenakan blog yang begitu merindui ziarah dari saya ini,ingin saya berkongsi sedkit mengenai Ramadhan saya kali ini.Alhamdulillah,kawasan puasa kali ini hanyalah dirumah,dirumah dan dirumah.Langsung tidak kemana untuk separuh Ramadhan kali ini melainkan ke masjid,surau berdekatan,ke kedai,ke sekolah adik dan begitulah hari2nya.

Nak kata bosan,saya tak rasa bosan kerana agak lama lebih kurang 4 tahun sy meninggalkan kesibukan menguruskan rumah macam saya pernah buat dalam masa selepas SPM.Duduk rumah,apa yang tak seronoknye..mempelajari ilmu yang tidak dapat d UKM.Kesabaran menunggu adik pulang dari sekolah,masa ambil adik kena tepat.Kalau jam 5 tu 5 laah..kalau lambat dia akan buat muka atau die jalan kaki n buat muka jugak,dan bila yang dia tak buat muka adalah ketika kita terpacak jam 5 (sekolah agama ) dan jam 1 (sekolah kebangsaan).Baru darjah dua,dan diajar puasa n Alhamdulillah sepanjang ni hanya sekali die tak puasa itupun lagi setengah jam nak buka sebab dia menangis kelaparan.Kesiankan,bagi die buka n pujuk dengan mengatakan,huda buka puasa waktu sabah iaitu jam 6..cover lah tu,kalau tiada kata2 dorongan muncung panjangnya boleh disangkut hanger.nama pun budak2x..Rasullulah sangat mencintai budak2x dan sebagai umat nabi..kita juga harus menyangi kanak2x walaupun saya ni x lah pandai sangat nak bermanja2 dengan kanak2x yang baru saya kenal kerana selalu tampil berwajah serius ketika berhadapan dengan mereka.Amat jauh dengan sifat Nabi yang begitu suka bermuka manis dengan kanak2x.

Bab memasak juadah berbuka,not bad laah.Bagi saya kalau dah umur tu 22 tahun masih tak pandai masak..amat rugilah golongan itu.Bukan semua resepi perlu ada dalam kepala otak.Memasak ni macam buat eksperimen..pegi gooGle..cari resepi ataupun p youtube type kita nak masak apa...dan ikutlah caranya.Dan sedikit pengalamn buruk semasa saya menolong ayah memasak rendang,sejumlah 1 kg kerisik kelapa buatan ayah telah sy curhkan kedalam rendang,ingatkan banyak itu nak pakai...ayah gi dapur maka kenalah saya sebijik dua marahan.Alhamdulillah,ayah banyak bersabar dengan perangai anak2x..saya pun kali pertama memasak rendang.Lain kali tak tau tanya,jangan buat pandai je kan dah rendang tu jadi hitam.Dengan kebijaksanaan ayah mengouter rendang ia masih boleh dimakan.Itu lah sekali,masakan saya diherdik..hahaha lawak pun ada..tap ia tidak mematahkan semangat untuk terus turun ke dapur memasak,mengemas dan sebagainya.Begitu lama saya tidak sesibuk itu,selalunya lapar p kedai vrooommm..order2x,makan,sattle..Alhamdulillah Allah mencampakkan saya ke rumah Ramadhan ini utk berbakti kepada keluarga walaupun rindu dengan suasana Ramdahan dengan kawan2 kampus....adik2x yang tak matang pun masih seronok dilayan :-)


pe lagi,dirumah..banyak masa boleh dihabiskan dengan perkara2x yang kita sukai.Cerita pasal rumah saya tidak ingin ketinggalan mengucapkan selamat berpindah ke rumah baru kepada sakinah,rosilina dan kawan muslimat lain yang bakal mendirikan rumah tangga yang akan berpindah ke rumah baru kamu.Berkahwinlah dahabat2x jika rasa mampu dengan berkhawin...sangat2x tahniah dan saya seronok mendengar perkhabarn gembira ini ^_^.Untuk saya dan yang lain2x yang masih belum berkhawin dan masih mencari2x satu ayat dari Drama 'Stanza Cinta"..jangalah mengharapkan kepada manusia kerana belum tentu harapan itu dipenuhi atau dikecewakan,maka berharaplah dengan Allah kerana sesungguhnya Allah paling mengetahui siapa yang baik utk kamu dan agama kamu,maka banyakkan berdoa ye kawan2x dan saya juga.

Ikhlas dari saya kepada semua pembaca.