Friday, February 24, 2012

Syria...banyak benda kita boleh belajar

Assalamualikum..

Saya kadang-kadang sanggup tidak tidur sepanjang malam gara-gara ingin mencapai kelajuan internet untuk menonton video2x berkaitan dengan Syria.Bebezanya isu Syria dan Sarah,berbezanya fikiran saya dan Syria,berbezanya kerisauan saya dan kerisauan Syria..sangat berbeza sehingga sampai satu tahap terfikir bahawa apalah aku ini sangat di sisi Allah berbanding para Syuhada  dan para pejuang disana.Mempertaruhkan nyawa sekalipun untuk Islam.Dan adakah saya sampai tahap boleh mempertaruhkan perasaan sekalipun.Pergghh!!sangat berbeza..lemahnya saya,kerdilnya saya dan sikitnya peranan saya.Cukupkah bekalan saya untuk akhirat nanti?23 tahun yang sudah saya lalui,cukupkah untuk bekalan akhirat selama-lamanya?Persoalan yang tak mungkin terjawab..Keyakinan yang dipasakkan adalah setiap orang berperanan dalam isu Syria dan isu umat tak kiralah mereka di mana sekalipun.

Adakah saya di UKM,tidak dapat melakukan apa yang dilakukan rakyat Syria mempertahankan kesucian agama Allah..Jika caranya tak kena dengan waqi' atau keadaan.Maka,saya selalu ingin tekankan supaya saya  harus mempunyai iltizam,cita-cita dan keBERANIan seperti mereka.Tak takut kepada benda lain melainkan Allah.Ada pertanyaan semasa usrah saya dahulu,saya pernah tanya,macamna nak jadi berani?..naqib saya jawab 'berani ni tidak ada pada semua orang,dan orang yang nak jadi berani dia kena mencabar dahulu dirinya membuang sifat takut lagi2x ketakutan yang tidak berasas.Dari sana saya belajar turun ke sesuatu tempat contohnya demostrasi,ke tempat gelap seorang diri tampal poster,join perkara2x yang tak ramai nak suka,berhadapan dengan musuh dan banyak lagi.Allah...saya memang merasa gementar,jantung berdegup kencang ketika pertama kali nak lakukanya tapi lama-lama ia menjadi kebiasaaan dan ternyata tiada apa yang perlu ditakutkan.Dan berani macamna pun tawakal dan kebergantungan kepada Allah harus ada dan sentiasa takut2x berani kita itu ditukar dengan sifat riak dan takkabur.Nauzubillah..


Teruskan mengorek isu Syria,teruskan usaha menghafal Qunut Nazilah untuk dibaca di solat fadhu,ringankan tangan share kebenaran isu Syria kerana TV arus perdana sangat bias dalam menyampaikan isu ini,menangislah melihat anak-anak Syria yang tidak berdosa dibunuh dan dicederakan.Cuba letakkan diri kita pada situasi mereka. Insyallah sifat kemanusiaan dapat dipupuk dari belas kasihan kita pada orang lain maka dengan sendirinya kita akan bencikan sesuatu yang zalim macam UMNO..hehe

Monday, February 20, 2012

Fikir dan fikir..

Salam

Tahniah kepada pelajar-pelajar UKM  yang baru memasuki sem 2,tinggi atau rendah result terimalah seadanya.Saya yakin ada sahabat lain yang menghadapi ujian yang lebih besar dari mengejar dean list dan sebagainya.Allah akan menimpakan sesuatu ujian yang kita dapat lalui,bersabarlah dan teruskan hidup ok.

 Masuk sem 2 ini,saya secara biasanya mula terasa berat kepala memikirkan tugasan yang tiba-tiba menimbun.Mencabar minda memikirkan sesuatu diluar kotak menjadikan kadang-kadang terasa  diri melayang,rasa badan merewang-rewang,perut berrbunyi-bunyi minta diisi,kata-kata arahan mula kedengaran,banyak termenung seakan-akan memikirkan sesuatu padahal tidak tahu nak mula dari mana,mencari hiburan bersama kawan-kawan dan kadang-kadang terberhenti tersenyum dengan sendirinya dan banyak lagi  perangai pelik bin ajaib terjadi.Bak kata orang,mulut boleh menipu tapi lirikan mata tidak sekali-kali.Sering ditegur,'k.sarah ni ada yang tak kena ni'..saya x suka orang melihat saya ada masalah kerana apalah sangat masalah saya jika dibandingkan dengan masalah sahabat-sahabat lain.

Allah..saya masih sedih memikirkan ada sahabat yang berkira2x akan extend tanpa  dipinta,diugut diberi E oleh penyelia Tesis, diminta tukar kos akibat pointer terlalu rendah, sahabat-sahabat  yang kehilangan orang tersayang,mencari kerja sampingan untuk membiyai pengajian dan macam-macam dugaan lagi untuk mereka.Cuba meletakkan diri fikiran ini dalam minda mereka,jika saya ditempat mereka apa yang akan saya katakan?apa yang saya perlukan?apa yang saya harapakan?apa yang tak perlu saya dengar dan macam-macam lagi.Maka,berserahlah kepada Allah atas urusan yang kita tak tahu nak selesaikan macam manam atau tak tahu nak mulakan dari mana

Carilah tempat yang boleh menenagkan hati dan fikiran anda

Sunday, February 12, 2012

Bagus jugak Facebook ni..

Assalamualaikum..

Cukup belagak untuk saya mengupdate blog yang kian bersarang dengan pelbagai spesis persoalan yang saya baca cuma diabaikan.Mengikut perkembangan semasa Facebook dilihat mudah menyampaikan hasrat hati,isu semasa dan macam2x lagi.Tapi,satu masalah besar adalah hanya klik share..sume settle,itu kerja saya semanjak dua menjak ini bagi tidak mengupdate blog.pendek kata,kerja orang pemalas tapi berkesan sebab memupuk minat membaca.

Semenjak dua menjak ini jugalah,saya mengetahui hal perkembangan semasa dunia melalui FB.Revolusi Mesir,Tunisia,di Syria dan banyak lagi negara,dari pengetahuan saya 0 mengenai isu ini sehinggalah ada sesuatu yang boleh saya lakukan iaitu mendoakan mereka dan memeberi kesedaran kepada freind list saya yang macam-macam jenis perangai dan latar belakang.Berbincang isu berat dengan golongan yang cakna isu walaupun saya hanya banyak membaca pandagan-pandagan mereka dan benarlah orang yang tahu ni tidak sama dengan orang yang tidak tahu.Jika dirumah,saya mendengar berita dunia di TV1 dan jika dicomparekan dengan berita yang saya tahu dari Facebook amat berlainan,maka tidak hairanlah orang yang hanya menonton TV tidak sama dengan orang yang asyik menghadap Facebook.

Sedikit hal mengenai bukan kenegaraan,adalah isu bercinta dalam Facebook.Yang dah kawen saya rasa seronoklah dengan post2x mereka pasal isteri/suami/atau anak masing-masing tetapi saya masih berpendirian bukan semua perlu diceritakan dalam facebook dan kalau nak tahu ia perkara yang bagus untuk diceritakan atau tidak adalah lihat Facebook orang-orang tua yang mungkin sudah berkawin 20 or 30 tahun.Perkara apa yang mereka selalu bualkan,dan ternyata jarang sekali masukkan hal rumahtangga mereka.Mereka nampak mister kerana berahsia hal ini dan saya suka kemisterian itu.Bukan nak jeles,walaupun jeles tapi agak2 je lah ye ^_^.Bagi yang bercinta,benda salah tetap salah..Ustaz Azhar dah banyak kali pesan..gambar kawen pun x payah lebih2x inikan pulak dengan pakwe ataupun makwe.HARAM its HARAM!!korang nak kawen ke lepas ni,nak berpisah ke,tunang korang ke tetap xde hukum yang mengatakan boleh bermanja-majaan,berpegang-pegangan dengan pasangan yang bakal dinikahi ataupun hanya sekadar suka-suka.

Tu je lah buat masa ini,kita cerita panjang lagi lepas ni ok..yang penting Facebook ni jgn buat kita leka sangat..bak kat pepatah Melayu saya,man-man aah

tata!!