Sunday, March 25, 2012

Madrasah Seni..satu permulaan hidup yang baik

Alhamdulillah...

Jejak juga saya dan kawan saya jawahir dan syamila ke Madrasah seni baru-baru ini.Bengkel ini sederhana tetapi orang didalamnya hebat-hebat belaka.Bagaimana mereka mengajar cara untuk berfikiran kritikal sekritikal yang mungkin.Neuron-neuron kepala otak bersambung-sambung dengan laju dan menjangkaui batas pemikiran kebiasaan saya sehingga pada mulanya berasa pening.Tapi,seriusly saya suka.Salah seorang tenaga pengajar nya adalah bekas jurutera dan itu melebihkan lagi keinginan saya untuk duduk dan bersama-sama mereka bekarya atau brainstorm dalam bahasa Melayunya otakribut (Mansuhkan PPSMI).

Apabila ada satu sesi penerangan dan meluahkan apa yang kita sedang baca ia satu benda yang saya kira sangat menarik.Memetik satu benda dari rakan baru saya yang dikenali d FB dia ada bagitau..menulis ada kerja individu,kerana hanya kita sahaja tahu apa yang kita inginkan dan lain orang lain fikiranya lain pandanganya tapi kita akan bincangkan sama-sama untuk memberi penulis sesuatu idea.

Saya harus belaja apa sahaja bentuk penulisan yang boleh membawa kepada menyatakan kebenaran,apa yang ditulis haruslah benar dari situasi yang benar dari fikiran yang benar dan dari hati yang benar kerana kita semua cintakan kebenaran ^_^