Tuesday, May 29, 2012

Habiskan kerja anda..

Alhamdulillah

Saya tidak lama lagi akan menghabiskan sisa2x kehidupan saya di UKM ini yang sepatutnya habis tahun lepas.Akibat extend dan tesis, saya menyambung pergi ke kuliah2x dan berjumpa pensyarah-pensyarah yang mungkin marah kerana saya tidak seperti student-student mereka yang baik itu.Maaf kepada semua pensyarah-pensyarah kerana ada perangai yang saya suka buat yang kadang-kadang terleka urusan pengkuliahan.Ya..saya akui ia kesalahan saya atas pengurusan masa dan emosi yang tidak bijak.Saya manusia biasa,yang tidak lepas dari melakukan kesalahan.Cuma kesalahan itu jangan dilakukan berulang kali,cukuplah sekali dan mulakan hidup baru.Setiap perkara harus dipandang positif dan ambilah hikmahnya.Mungkin dengan extend,saya ada lebih banyak masa mengenali sahabat-sahabat,berjumpa kenalan baru dan dapat meluaskan ruang lingkup skop sosial dan belajar bekerja sambil datang kuliah dalam waktu yang sama dan juga teknik pengurusan rumah sebab dah tak duduk asrama.Not bad..dan saya sukakanya walaupun mulanya kelihatan agak mustahil dan payah.But at least kita cuba dan habiskanya.

Teringat satu pesanan ayah saya,kalau kami menyapu di rumah dan buat kerja separuuh jalan,maksudnya tak buang sampah yang disapu elok2x, tidak meletakkan kembali alas kaki dan lain2x..ayah akan cakap "ni,kalau buat kerja separuh2x jalan ni,nanti rombongan datang meminang dah sampai depan pintu dorang akan patah balik".Akibat doktranisasi pemikiran berlaku bertahun lamanya,kami adik beradik dah terbiasa melakukan kerja sampai habis dan agak janggal meninggalkan kerja separuh jalan walaupun take time.Benarlah,pendidikan itu bermula dari rumah. Kalau lambat xpe boleh lagi diterima,asalkan bertanggunjawab menghabiskanya.Nasihat yang sangat berguna buat saya dan sahabat pembaca.Semoga dimudahkan segala urusan yang tergendala selama ini, kita boleh berusaha melaksanakan,komunkasilah dengan Allah melalui doa maka Allah akan tunjukkan dengan siapa kita wajar untuk komunikasi dan diberikan Allah seseorang yang akan mudahkan urusan kita.Insyallah,ingatlah Allah banyak2x,setiap perkara,setiap langkah,setiap niat dan sebagainya.

Akan tenanglah hati orang yang selalu ingat akan Penciptanyar.Rezeki,jodoh dan ajal maut..kita berusaha dan Allah jugalah tempat sebaik2x untuk kita bersandar,bukan makhluk,bukan Facbook,twiter dan blog..hehe,dalam menulis ni,saya sedang  dengar lagu Albi Nadak..so saya sharekan dan kita sama2x layan k ^_^
                               





Friday, May 25, 2012

Ku ternanti-nanti

Satu persoalan menerjah mindaku
bila dan bagaimana
meneliti satu demi satu perkara yang sudah selesai
dan kembali berfikir bilakah waktu yang tepat untukku
ia benar-benar menguji kesabaran
lalu menjadi lebih sabar dari kebiasaanya
melihat daripada ia bukan sekadar perkara teknikal
bukan juga omongan kosong biasa aku dan teman-teman
harus ada seni menyelesaikanya
harus ada keberanian yang lebih berani dari kebiasaanya
harus ada tawakkal setulus Ikhlas kepada-Nya


Argghhh!!ingin sahaja aku persetankanya
apakan daya sebagai manusia biasa aku tidak dapat lari
lari dari realiti kehidupan yang sebenar
kemana lagi hendakku pergi
sudah lelah dan payah
teruskan juga dengan penuh komunikasi yang strategik



Tuesday, May 22, 2012

politik matang VS politik bangang

Opss sorry..jika perkataan bangang yang lahir dari minda saya ini akan membuatkan golongan-golongan baik dan suci rasa terkedu,seperti biasa saya akan abaikan.Matlamat akhir yang penting bagi memahamkan golongan marhean lebih besar dari melayan kerenah-kerenah sekelompok kecil yang lebih mengambil berat isu-isu kecil berbanding matlamat memberi penerangan sewajarnya kepada golongan ditipu dan memampuskan golongan penipu dan pembuli.

Siri demostrasi yang kerap diadakan membuka satu lembaran baru kepada tahap demokrasi dan intelektual rakyat Malaysia.Majoriti terpaksa diambil kira dalam beberapa siri demostrasi kali ini apabila ada sekelompok kecil membuat senaman mangkok dihadapan rumah ambiga dan siri2x membuka pasar malam.sama2x kita meletakkan jari di kepala otak untuk berfikir. BERSIH 4.0 yang menolak BERSIH 3.0,2.0 dan 1.0 dgn hujah dangkal seperti kerugian peniaga,kerosakan harta benda,tear gas telah merebak dan menyebabkan berlakunya pencemaran udara (ni sindiran),longkang tersumbat,lubang-lubang tikus dicemari airwater canon dan menyebabakan kekurangan polpulasi tikus di KL dan macam-macam lagi.Silalah dengan hujah anda itu dan berikan satu bentuk hujahan hebat bagi menujah kembali 8 tuntutan Bersih dan barulah kami diam.ada??korang xde....percayalah,kerana ia masih berlaku dan berlaku dengan berlaluasanya.

Datang pula,debat antara KJ (ketua pemuda BN) dgn Rafzi Ramli (pakar strategi PKR) yang bagi saya membuka satu lembaran positif lakaran politik di Malaysia selepas apa yang berlaku dan yang tidak berlaku tetapi dilebih sensasikan oleh media arus perdana.Come on!!!hentikan menipu kerana anda akan kantoi menipu x sampai 24 jam bilamana media alternatif mengemukakan bukti yang anda menipu,dan kami yang membaca bedekah2x ketawa kerana anda kurang bijak menipu dan kelihatan bodoh.Tercabut usus ketawa dengan cara begini.Timbul balik siri fitnah, kali ni orang lain dimangsakan selepas isu video Anwar Ibrahim senyap sepi dek angin halilintar kuasa rakyat yang dah jelak dan muak dengan isu lucah dari akhbar-akhbar perdana yang sangat berpronografi.Benda-benda tak elok ni selalunye x lama..maka,nantikan sahaja kejatuhan akhbar-akbhar ini bilamana rakyat Malaysia mula berfikir dan mencari bahan bacaan yang matang dan bukanya bangang.

Himpuan sejuta belia,apa kata mufti??halal??haram??atau Halam??adooiii..saya sedar saya bukan orang cerdik ilmu agama atau alim  dan tidak boleh berfatwa seperti mufti2x di Malaysia,namun anda bukanlah golongan ma'sum yang tidak boleh ditegur dan saya ingin menegur tolonglah bersikap adil dalam membuat fatwa.Saya kira sudah masanya ada antara fatwa yang boleh untuk abaikan kerana ia fatwa 'periuk nasi".Menentang sikit dasar pemerintah,tetrtutuplah periuk nasi ataupun ada pasir termasuk dalam nasi susah untuk dimakan dan perlu banyak kerja nak mengeluarkannya,buat apa nak susah hidup.Rumah disediakan,kereta,anak-anak dan isteri yang cantik.Cukup dan bersyukurlah,maka lakukan sahaja apa yang disuruh,dan haramkan sahaja jika perlu untuk diharamkan dan diamkan sahaja benda yang disuruh diam,settle dan pulang kerja jam 5 petang kembali dengan rutin biasa kehidupan.Nikmatilah hidup kalian dan pandai2x lah jawab selepas tidak lagi hidup nanti,ye lah kubur kan lain2x...





Thursday, May 10, 2012

Banyak yang saya suka.. (Part 1)

Assalamualaikum...
 
Hai,lama rasanya tidak mengupdate blog..xpe lah eh.Saya teringin nak kongsi apa sebenarnya yang saya teringin dan suka nak buat tatkala Allah masih memberi saya peluang untuk hidup dimuka bumi Allah ini.Pertama sekali,anggaplah tulisan saya kali ini sebagai satu pencetus semangat untuk lebih bijak menyusun agenda hidup supaya ia selaras dengan agenda2x yang pernah saya pelajari,diajari 3 - 4 tahun kebelakangan ini.Sahabat saya pernah bagitau,kalau kita nak jadikan impian kita itu satu kenyataan,why not sharekan apa yang kita nak dengan orang yang kita nak bagitau dan yang baik dengan kita.Mungkin mak atau ayah,abg,akk adiak2x kite n kawan2x..

Perkara yang benar2x saya suka adalah menjadi aktivis.Aktivis agama,aktivis alam sekitar,aktivis rakyat tertindas dan macam-macam lagi perkara yang berkaitan dengan menjadikan sesuatu kepada yang lebih baik atau maintainkan kebaikanya.Saya harap sangat untuk kita sama-sama kurangkan sifat melabel,menghukum tiada bukti dan hujah.Sayia rasa dengan dunia yang serba moden ini,pelbagai jenis sumber maklumat yang boleh dicari tunggu rajin dengan tidak je.Cara bantahan,protes,memberi pandangan dan lain2x akan kelihatan kreatif jika sifat aktivisme membrainstorm dan memeikirkan untuk melakukan sesuatu dan terjemahkanya kepada rakyat marhean dalam bentuk yang mudah difahami.Mengapa melakukan ini?mengapa bersusah payah?duduk dahaja dirumah masak nasi adalah satu bentuk arahan yang tiada intipati.Jika mengarahkan untuk duduk dirumah,mengapa menyusahkan diri mengapa pada hal-hal yang tertentu sahaja dan bilamana ia melibatkan sesuatu bentuk protes.So,x adil lah.

Jika melihat mengenai minat ini,mungkin ramai yang akan memandang sinis lagi2x bila pemikiran rakyat Malaysia masih takut2x untuk menyatakan perkara yang benar.Ya memang benar tapi ia amat pahit sepahit hempedu.Apa yang saya boleh lakukan adalah terus berusaha dan mencari ilmu yang banyak mengenai minat yang amat saya suka ini.Keluar dan turun ke masyarakat menjadi agen penerang harus mempunyai ilmu dan skill yang menarik.Proses Taribiyah aktivisme ini tidak akan dapat sesenag2xnye dalam buku2x or google2x tapi ia boleh didapati melalui pengalaman dan berapa jam kreadit kita pernah terlibat mukin start sket2x dan Insyallah nanti lama2x boleh menjadi kepada perancang agenda.Nampak cool tapi seriusly nak start dan mula untuk istiqamah adalah 2 perkara yang amat susah untuk dibuat.


Semoga saya dapat memenuhi impian kesukaan saya ini dan harap2xnya ia jalan terbaik yang diberi Allah untuk saya lalui..nyway,tq for reading ^_^..Salam

Jalan itu masih jauh