Monday, January 28, 2013

Maka..pergi jugalah ke Tasik Kenyir


Assalamaualaikum,

apa kian nak cerita sangat pasal tasik kenyir ni? bukan nye tempat beragenda dan di luar negara ataupun oversea. Tapi sebagai orang yang penuh dengan nilai estetika dan kesenian ini, saya suka nak bercerita serba sedikit mengenai tasik kenyir ini dan mungkin memberi idea kepada orang yang jenis suka berjalan ketempat-tempat yang indah melihat ciptaan Allah. Sebenarnya, dalam Malaysia ni dekat 6- 7 tahun selepas saya menonton cerita Romantika 9 September yang dillakonkan oleh Syarifah dan Arwah Hani Mohsain saya dah mula menamkan cita-cita untuk ke tasik kenyir. Dan bila sahaja diberitahu oleh ayah saya yang pejabatnya Mardi Hilir Perak nak ke tasik kenyir atas lawatan kerja, saya jadi excited nak ikut sekali walaupun masih ragu2x sebabnye ia adalah lawatan kerja. Mana lah boleh anak2x nak menyibuk sekali kan. Nak dipendekkan cerita, pada mulanya saya yang excited betul nak ikut, jadi tawar hati nak ikut konon2x nak pegi temuduga kerja. Pergilah saya bertemuduga dan saya gagal dan temuduga tersebut. Sedih juga, sebab ulang-alik teluk intan ke kl dan banyak kali untuk temuduga tapi tiada yang sangkut. bagi membawa hati yang lara ini, kebetulan ayah nak ke tasik kenyir minggu yang sama itu, saya bertekad melupakan sekejap agenda penting iaitu pilihanraya umum dan  mencari kerja dan membawalah diri ini ke tasik kenyir. Ada hikmah semua ni, atleast saya dapat bersama ayah dan emak berjalan-jalan ke tempat jauh, duduk bersembang dengan ayah berjam-jam selama perjalanan didalam bas sebab kami duduk berdua (ayah saya minta saya cerita banyak pasal beliau di blog pula kali ni) selamat membaca ayah hehehehe... melihat keindahan alam ciptaan Allah dan menenagkan sedikit fikiran kusut mencari kerja ini.

Saya upload gambar dan akan ceritakan serba sedikit ok:-

So, ia bukanlah lawatan kerja semata-mata.juga macam hari keluarga sebab ada yang bawa anak kecil, isteri dan ibu mertua (ayah saya bawa mak mertuanya, maktok saya)

Disebabkan lambat sampai, kami sepatutnya beramai-rami menaiki houseboat yg mcm bot cite anaconda tu, tapi dapat naik bot laju ke sana sbb nk tolong2x masak (konon je lah)

Ni serba sedikit pemandangan diambil dari atas bot semasa dalam perjalanan dari jeti jawi ke pulau taman tropika, tempat projek Mardi yang kami nak pergi ni

yang sedang beri taklimat tu, Dr. Razali ketua projek kat pulau ni, dah duduk tempat gini..takpayah nak formal sgtlah kan, sempoi je siap hisap2x rokok..hahaha xleh blah

Saya duduk sebelah abang bwa bot, merangkap medium pengimbangan bot (paham2x je lah)
btw, naik not ini hanya dalam 30mint sahaja

ni antara yang hadir, amik2x gambar lakon2x biasalah tu

Aceli bukan pergi sahaja ok, ada kerja kena buat iaitu tanam pokok di kawasan pulau..benih2x kelapa ni dar mardi hilir perak n memberi khidmat menanam disini dan sebagai timbal balik, pengurusan dr kenyir bagi tempat tinggal semalam

pemandangan nya

huda pun melakukan kerja menanam ( ye sila percaya)

dapur serba sederhana, tapi apa semua yang dimasak semua licin..dan sejuk, lapar, penat bila bercampur baur maknana adalah kunci penyelesaian

bersantai selepas memerah keringat menanam pokok..good job!!

inilah kapal filem anaconda  secene waktu malam

ini pula waktu pagi

pemandangan house boat dari tingkat atas sekali..harga satu malam adalah RM1500.00 ada 8 bilik dan boleh memuatkan kira2x 40 orang. So kalo pembaca teringin nak santai atas bot2x ni yang ada semua kelengkapan, toilet, dapur, katil dan sume2x lah boleh cari kawan2x sewa bot ni awal2x k.. dan waktu malam korang memancing lah..kalau penat memancaing terjun pakai life jacket mandi tasik (dalam sangat so hati2x ye) dan perjalanan naik bot ini dalam 1 jam ++

mak tok dgn mak saya..sume tanya maktok saya, "makcik tak penat ke  jalan jauh2x pe sume., tapi   maktok sy ni mmg jenis kaki jalan dari muda2 anak sepuluh lagi suka bermusafir..so, bila dah biasa samapai tua pun Insyallah takde masalah

huda n maktok layan blues perjalanan pulang dr pulau d tasik kenyir balik ke jeti

mak ngan ayah dalam wedding shoot, pe korang ingat baru2x kawen je ke nak amik2x gambar outdoor segala

keadaan anaconda boat ataupun houseboat

kau pergi.~~~pergi~~~~
(frust tak dapat kerja tasik kenyir tempat ku membawa diri)
 "mak, adik pergi dulu"
free2x kena marah lepas tu







Lain2 gambar yang menarik:-







Sunday, January 20, 2013

Jangan meratah lauk itu..

Lauk selalunya sinonim dengan nasi
jarang sangat jika orang kita makan nasi tanpa lauk
dan jarang juga makan lauk sahaja tanpa nasi
ada benar pelajaran ini yang diajar oleh orang-orang tua kita dahulu-dahulu
lauk dan nasi jika dibandingkan banyak perbezaan
lauk lebih mahal dari nasi
nasi lebih mengenyangkan
namun tidak sedap jika tiada bersama antara dua ini
tiada enak makan nasi tanpa lauk
hatta lauknya hanya sambal belacan, telur goreng yang letak kicap manis dan sedikit ulam

itu lauk biasa namun bila dimakan bersama nasi panas
sambil perut yang kelaparan
ia lauk yang paling sedap dan mengenyangkan
lagi sekali, kenyang kerana makan bersama nasi

sekarang jadi lain, makanan itu bukan lagi yang perlu mengenyangkan
yang punya banyak duit suka makan sesuatu yang nampak mereka kaya
yang miskin apa yang ada asalkan mereka kenyang
dan miskin terus bersyukur dengan apa yang mereka dapat makan
yang kaya jadi lagi tidak peduli
asalkan makanan mereka sedap dan ditempat mewah
itu sudah cukup
rasa cukup dengan apa yang mereka makan
rasa puas apa yang dihidang depan mata
tidak memikirkan ada pihak memonopoli lauk dan nasi

ikan, sayur, ayam, beras dan semua jenis makanan makin lama makin mahal
alasan sang penguasa, minyak naik
taraf hidup makin tinggi
rakyat makin ramai
omongan itu diterima baik ramai rakyat
bersangka baik dengan perubahan harga makin lama makin naik
jenayah berleluasa bilamana susah sangat nak dapatkan duit hanya untuk makan
tapi tak ramai fikir,sebabnya asalkan mereka kenyang


bagi aku cukup!!
cukup dengan segala penindasan!
cukup dengan golongan kapitaslisme meratah lauk2x kami!
dan memberi hanya memberi kami nasi!
pemberian yang cebisan diragui keikhlasan dan mahal harganya!
dek kerana monopolis syarikat kroni!
takut orang miskin ini nak membeli beras 10kg!
beli hanya 1-3 kg satu-satu masa!
walau harganya masih sama, tapi nampak murah sikit!
beras timbang!
kesian...!

Ubah Sekarang!!!
PRU-13

~Sarah Jevo~