Tuesday, May 28, 2013

Bersyukur dan Sabar...

Assalamualaikum..

Manusia yang hidup atas dunia ni memang tidak lari berjuang demi kehidupan masing-masing.Bila sudah mendapat apa yang dihajati pasti ada hajat lain yang akan datang dan datang sehinggalah manusia itu mati. Fitrah bahawa manusia itu tidak pernah rasa puas dengan apa yang dimiliki. Faktor tidak merasa puas itu banyak, mungkin sikap bersyukur itu masih belum mencapai satu tahap yang patut dicapai kerana bersyukur itu bukan perkara mudah walaupun setiap orang mukmin yang beriman itu keistimewaan yang Allah berikan adalah sifat syukur. Semua orang Islam boleh diistilahkan garenti akan ada sifat syukur cumanya banyak dengan tidak je. Bukan untuk didoktrin umat Islam ini supaya tidak berusaha keras, cumanya bila sudah berusaha dan mendapat apa yang diberikan kita patut bersyukur. Penghalang sifat syukur juga boleh terbit bila kita selalu melihat ada insan yang lebih berbanding kita. Punya isteri cantik, punya kereta mewah, rumah besar, sentiasa disayangi dan pendek kata kehidupan yang sempurna gitu  antara sebab ramai antara kita tidak bersyukur dengan apa yang sudah kita miliki. Kaedah mudah dari saya, abaikan je...tapi itu pun susah juga.aahh..ada satu cara, caranya melihat video2x peperangan di Syria dan mengikuti perkembangan  lain-lain negara Islam yang bergolak dan dari situ akan terbit satu perasaan kasihkan saudara kita disana dan perkara-perkara sempurna di Malaysia akan kita tak rasa nak kejar sangat. Saya bukan cemburu atau apa, cumanya bila hal berkaitan dunia yang selalu di bincang dan sangat berlumba-lumba untuk dilaksanakan saya jadi susah hati. Isu fesyen, baju anak-anak, dekorasi rumah,  makanan yang sedap-sedap dan macam-macam lagi keinginan nafsu yang muncul secara terus-menerus.

Saya manusia biasa, yang berusaha untuk mensyukuri segala nikmat yang Allah bagi walaupun kadang-kadang kita tak sedar pun  itu nikmat Allah. Astaghfirullahazim..kerana terlalu mengejar kesempurnaan, keindahan lain yang Allah bagi kita boleh terabaikan. Manusia memang tidak lari dari sifat lalai dan leka cumanya kita memang kena banyak Istighfar atas dosa-dosa yang kita lakukan dengan sengaja ataupun tidak sengaja. Bersyukur Allah bagi perasaan kasih, bersyukur Allah gerakkan hati untuk berusaha lebih demi Islam, keluarga dan diri sendiri, bersyukur Allah bagi makanan yang mengenyangkan, bersyukur Allah beri kesedaran mengenai umat Islam dan banyak lagi. Ada dalam satu ceramah ni saya dengar, Ustaz Nazmi Karim ada pesan (saya suka gile ceramah2x ustaz ni)
"Korang jangan ingat, korang datang ceramah majlis ilmu ni sebab korang yang nak datang, bersyukurlah Allah yang gerakkan hati dan mudahkan korang nak datang sini dan buat pahala"..
Tak tepikio saya benda begitu, kurang kesufian nampaknye...

Dan bila sedih, kecewa dan menangis atas kekalahan, kekecewaan, kerejectan, kehinaan, malapetaka dan banyak lagi..sifat lain yang perlu ditanam adalah SABAR.Tadi pergi kuliah Maghrib di An-Nur ust ada terangkan Hadis Nabi Muhammad S.A.W (sama2x kita salawat ke atas Baginda) mengenai sifat sabar orang mukmin.Saya cedok balik penerangan ustaz bahawa, keistimewaan lain orang mukimin yang Allah bagi juga adalah sabar. Jika frust, jarang orang Islam amik pendekatan terjun bangunan, bila tak dapat kerja jarang orang Islam pergi bakar pejabat yang ditemuduga dan bila ditolak jarang juga umat Islam menolak balik...selalunya adalah SABAR....memikirkan dan membuat cara lain untuk meneruskan kehidupan. Ayat saya suka adalah, boleh bersedih menangis tetapi jangan putus asa, hidup mesti diteruskan. Bila sudah usaha, doa juga sudah tetapi masih hajat itu tidak dimakbulkan, percayalah Allah sangat sayang dengan hambanya itu.

Sedikit analogi untuk menutup entry saya kali ini..Bila saya naik moto waktu-waktu petang selepas hujan, saya   akan memandang langit. Dan terpegun melihat pelangi penuh dari hujung ke hujung yang cantik dan indah sekali. Hujan yang mulanya saya anggap sebagai sesuatu yang susah  kerana boleh membantutkan program saya nak keluar rumah menaiki motor dalam keadaan hujan walaupun renyai-renyai. Tetapi, atas faktor kena keluar juga untuk urusan penting hujan itu diredah dan ketika itulah kelihatan pelangi dan saya terus jadi seronok melihat keindahan pelangi itu.Maka, saya perlu lalui hujan untuk melihat pelangi dan ternyata hujan yang mulanya saya lihat susah itu adalah sesuatu yang menyenagkan dan pelangi itu memang ternyata menyenangkan.
Korang faham tak??pendek cite..Allah bagi dugaan pun, aceli ia sesuatu yang baik bila kita mengutip hikmahnya dan selepas diduga itu, keindahan Allah turut akan bagi pada kita walaupun awalnya sudah kita ambil hikmah dan kebaikan dari dugaan sebelum ini.Maksudnya, dua-dua itu adalah kebaikan..Sayang nya Allah kat hambanya ni, tak boleh lawan dengan apa pun.

ce korang layan buless sekali sekala, dan amik mood untuk buat falsafah sendiri..serius best, pastu korang share ngan kawan2x korang..kalau saya k.mell mangsa kejiwangan ^_^

With Love
~Sarah Jevo~


Monday, May 20, 2013

Adam Adli..

Assalamualaikum,

Saya tak pernah bercakap panjang dengan dia. Tapi saya tahu insiden dia menurunkan bendera Najib Razak di bangunan UMNO dulu-dulu. Pastu ditambah lagi dengan demo di depan UPSI yang mendapat kritikan yang agak memberansangkan dan banyak lagi. Secara peribadi, saya pernah berjumpa face to face dengan mamat ni ketika dia dimasukkan dalam lokap Tanjung Malim dan saya yang semangatnya ajak kawan-kawan UKM pergi tengok keadaan dan bersoladariti disana dengan kawan-kawan mahasiswa lain, di Occupy Dataran Merdeka yang ada samseng jalan kebun gi rosak-rosakan khemah. Dia nampak macam rakyat biasa, hisap2x rokok makan dan minum juga biasa. Tapi luar biasanya, dia seorang yang berani. Ada yang lebih berani dari dia?ye memang ada.. Saya sokong hatta kamu dari UMNO dan ISMA sekalipun, dan saya juga tak kisah bersoladariti dengan orang lain untuk at least menyokong tindakan berani sesiapa sahaja yang melawan kezaliman. Sifir saya mudah, bila melibatkan manusia yang sanggup berkorban untuk menentang kezaliman dengan keberanian yang Allah anugerahkan pada susuk tubuh itu, maka selagi ia tidak bercanggah dengan syarak saya akan menyokong mereka.

Apa yang saya sedih adalah, bilamana ada yang menyindir, memperkecilkan malah berseronok atas kezaliman yang telah dilakukan ke atas orang yang menentang kezaliman seperti mamat ini. Saya berfikir banyak kali, dan berfikir... tadaa!!!!keluar satu benda, pemikiran saya tidak serumit itu dan saya masih tidak faham keperluan ayat-ayat melekehkan yang  keluar.Ya..betul, jalan perjuangan tidak ditaburi dengan bunga-bungaan tapi masalahnya yang jalan tidak ditaburi dengan bunga-bungaan juga antara yang memperlekehkan.Nampak tak permainan dia? Sebagai orang yang rasa bertanggungjawab untuk membantu rakyat marhean yang berlambak lagi di luar sana, yang mengundi dan SABAR walaupun ada penipuan dalam PRU, harga barang boleh jadi naik mendadak, hutang negara kembali meningkat dan banyak lagi kerisauan. Kumpulan radikal seperti ini diperlukan at least menjadi pencetus rakyat marhean diluar sana untuk tahu yang ada susuk tubuh untuk sanggup dikorbankan demi kepentingan rakyat lain.

Ada juga saya tidak mempersetujui  kata-kata Adam Adli, tetapi adalah lebih menghinakan bila saya mendiamkan diri bila melihat Adam Adli dizalimi kerana menentang kezaliman. Musuh saya sekarang bukanlah Adam Adli, tapi penzalim di atas sana yang hanya menggunakan hukuman ke atas mereka yang menentang.Musuh sudah jelas, saya tak perlu menambah musuh lagi, cukup dengan satu musuh yang nyata. Dan yang lain saya sebut mad'u iaitu orang yang perlu didekati.So..come on, orang-orang PAS, jiwa kita mesti tenang, minda kita kena positif, fikiran kita harus laju untuk mematahkan serangan dari musuh sebenar berbanding dok bising-bising dengan golongan mad'u.

Saya mendoakan, saudara Adam Adli untuk kuat dan tabah mengharungi dugaan yang tak putus-putus menimpa kamu, Allah tetap bersama selagi kamu sentiasa mengigati Allah.Solat jangan tinggal, rokok jangan hisap jaga kesihatan dan lawan tetap lawan!!!kalau diikutkan kronologi dugaan beliau, saya kira ramai dah maklum mahasiswa UPSI ini mengambil TESL dan digantung pengajian selama 3 sem gara-gara menurunkan bendera Najib Razak.Korang ada??xde weyhh...saya yang extend setahun pun dah kena macam apa ntah..berat dugaan, sabar ye bro..ramai menyokong perjuangan kamu termasuklah saya dan k.mell..





With Love
-Sarah Jevo-

Sunday, May 12, 2013

Hampir dua bulan...

Assalamualaikum..

Hampir dua bulan saya tidak menjengah blog sabutkelapatua.blogspot.com ini. Alasan ingin terlalu komited dengan kerja yang baru saya dapat sebelum ini.Petugas untuk Pilihan raya Umum. Mulanya, niat untuk bekerja disyarikat-syarikat besar memang ada tapi entah kenapa sentiasa gagal dalam temuduga.Maka, saya berfikir kembali, apa yang tidak kena dengan pekerjaan yang saya mohon ini. Dan mendapat satu email, untuk bekerja sebagai petugas membantu PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama dulu.Lama jugak menanti sama ada diterima atau tidak kerana pada mulanya mereka hanya ingin petugas lelaki. Saya redha dan mengiklankan sahaja pekerjaan itu kepada kawan-kawan lelaki dari UKM dan tempat-tempat lain.Tapi, rezeki Allah saya mendapat menjadi petugas namun agak ditentang oleh ibu bapa. Saya tekad, sebab saya sendiri berdoa kepada Allah untuk saya diletakkan pada posisi yang dapat membantu jemaah untu PRU13 ini. Bila sudah berdoa, dan Allah lorongkan pula jalannya, takkan kita  kita mahu berputus asa jika ada sedikit kesalahfahaman itu. Saya tekad, keluar dari rumah walaupun agak keberatan kerana ibu bapa belum memberi izin. Ikhlaskan hati, tawakal pada Allah yang saya keluar rumah ini untuk bekerja bagi jemaah PAS.SMS dikirimkan untuk menyejukkan hati mak dan ayah. Alhamdulillah, diterima baik dan sedikit warning-warning itu biasa ^_^. Maka, 'berhiburlah' saya dengan pekerjaan baru itu.Mengundang lelah kerana berulang alik menaiki bus mengangkut beg laptop yang beratnya hampir 3.5 kg setiap hari.Tapi Alhamdulillah, perjalanan kaki selama 40 minit setiap hari selama 3 minggu membantu saya mengurangkan berat badan hampir 5 kg. Ia sesuatu yang memberi impak positif bahawa berat badan sebenarnya boleh dikurangkan kalau kita rajin bersenam. Sebab saya bukan golongan yang suka berdiet kerana ia seakan-akan melanggar norma penghidupan.oh come on..ada makanan depan mata dan sanggup menahan lapar hanya untuk mengurangkan berat badan?? memang tak lah..

Namun, ada rezeki lain  Allah beri. Ayah membelikan saya satu motor second hand berjenama honda wave 125 gara-gara kesian kot anak dia dah 'kurus' hehehe..sudah ada motor, aktivi senaman 40 minit setiap hari tidak lagi dilakukan. Memecut motor juga senang, kerana tuntutan kerja kali ini perlu sehingga malam. Maka,  risau ditinggalkan bus jika pulang lewat agak terubat. Nak kata disini, semua yang Allah beri sangat ada hikmah. Kita yang kena pandai cari hikmah itu.Perkara lain harus difikirkan untuk kembali bersenam secara konsisten dan menjadi sihat untuk terus berjuang.Dan dimudahkan lagi dengan dibenarkan tidur di pejabat kerana waktu itu juga saya jadi fobhia pulang malam sebab nampak orang accident depan mata dan hanya pulang kerumah sekali-sekala sahaja. Dah macam cite jepun je tidur kat pejabat tapi nicelah not bad.Kerja habis lewat macamne pun ok bila rumah tumpangan hanya satu tingkat atas dari tempat kerja.Orang PAS memang cool, siap ada bawa anak kecil bermalam di pejabat dan tidur secara berjemaah dengan kami-kami ini.Time tengok keadaan tu, termenyayi lagu Sunnah Orang Berjuang by Nada Murni.

Kerja-kerja dilalui dengan biasa.Namun, kerja yang biasa itu diselami dengan satu perasaan yang luar biasa. Perasaan yang lama saya tak hadapi selepas pelbagai perkara sedih jadi depan mata mengenai hubungan antara wanita dan lelaki. Tapi, saya ingatkan diri dengan satu perkara yang sentiasa dipesan oleh sahabat saya iaitu "selalu bersedia untuk ditolak, dari diterima"..saya rasa tak salah untuk saya berkongsi dengan pembaca sebab perkara itu memang lumrah.. Cumanya, saya takkan cerita panjang-panjang sebab biarlah ia kekal rahsia setakat ini sahaja. Almaklumlah, dengan dunia sekarang ini, suami isteri pun melepaskan rindu dan cinta mereka melalui facebook tanpa menghiraukan perasaan orang bujang macam saya..tapi bak kata Prof Muhaya, minda positif dari jiwa yang positif dan saya cuba menjadi sepositif itu Insyallah.Tetibe minat motivasikan sebab dulu tak suka..dah boleh jadi suka gara-gara ayat seorang kawan Facebook "gua tak jual motivasi"..well, manusia itu bisa berubah.


Dalam kisah saya ni, saya juga nak kongsikan kepada pembaca kaedah merawat sedih yang mendalam adalah dengan mencari perkara yang mengembirakan. Kalau rasa duduk rumah benda yang seronok maka terperaplah dalam rumah, kalau rasa pergi surau dengar ceramah agama seronok, maka pergilah, kalau rasa menangis sebelum tidur dapat mengembirkan maka menangislah sebelum tidur dan bangun pagi itu Insyallah akan ada satu kekuatan baru. Siapa tak sedih bila pilihanraya kali ini UMNO dan Barisan Nasional kembali memegang kerajaan persekutuan. Malam ketika perkara itu diumumkan najib yang duduk bersebelahan dengan Rosmah, saya yang waktu itu sangat mengantok kerana tak cukup tidur malam sebelum hari pengundian itu jadi tak boleh tidur. Saya jadi kasihan pada rakyat yang akan memikul kebobrokan UMNO Barisan Nasional. Saya sedih sampai menangis dalam tidur. Saya berfikir, mengapa masih ada rakyat yang mengundi UMNO Barisan Nasional, Allah...sedih tapi yang pujuk saya mak saya yang call saya tengah-tengah malam. Naluri ibu kan, dia tau anak-anak dia sedang bersedih..La Tahzan Innilllamaa'na...Sedih takpe, tapi jangan putus asa. kalau difikirkan kembali TGNA yang dah tua begitu sampai sekarang masih belum merasai kejayaan. Apatah lagi kita yang masih muda, perjalanan masih jauh, banyak perkara yang boleh dilakukan, banyak muslihat yang harus dipatahkan, banyak kehancuran yang harus dihentikan dan banyak jiwa yang harus diselamatkan.

Wahai anak muda,
kembalikan jiwa kentalmu,
naikkan roh Islam mu
kurangkan kemalasan mu dan
terus bergerak menaikkan panji Islam.
 (ok.. dah semangat belum?)

Pandai-pandailah kita nak buat apa pula kali ini. Biar pengalaman mengajar kita  dan hidup mesti diteruskan.Baru-baru ini saya ke Melaka dengan kawan-kawan untuk muhasabah PRU 13 kate penganjur k.aisyah..tapi banyak muhasabah lain yang saya dapat dari GBDC (Geng Berjuang Demi Cinta) kali ini..hahaha korang memang terbaik dan nanti kita mandi laut lagi same2x dan melawat tempat bersejarah yang lain lagi k ^_^