Wednesday, August 25, 2010

Saya copy post ni dr blog seorang sahabat...selamat Exam mid sem

Bertawakkallah kepadaNya...


Bismillahirrahmanirrahim...

"ms tau kmu sembahyang,tp kenapa mesti di tuaran jg tmpt yg kmu pergi.dahlah esoknya kmu exam.kmu jalan jauh2 lg pergi sana.kalau ada apa2 berlaku mlm sblm exam tu sampai kmu tdk ready atau tdk sempat utk exm,sapa yg susah?kalau apa2 terjadi dan kedapatan oleh prof,kmu mau digantung pengajian?buat rugi duit mama bapa kmu nnti.skrg ni revision week. ms tdk mau ada sesiapun yang pulang kg dan keluar dari area kolej kediaman.kmu sepatutnya belajar dan bukan berjalan-jalan.lepas ini ms tdk mau lg dgr ada yg jln2 time revision week.kalau msh ada yg berani buat begitu lg,kmu tanggunglah akibatnya nnti"

Sedih..terkilan..selepas dilemparkan kata-kata sedemikian dgn nada yg agak keras dan tinggi oleh salah seorang lecturer di hadapan satu kelas... Teguran yang memberi maksud larangan untuk berjalan keluar ketika minggu belajar terus meresap ke dalam minda dan hati...
Minda terus berputar...berfikir dan hati sama-sama memahami...mencari hikmah disebaliknya...

Adakah menjadi kesalahan sekiranya kita ingin menziarahi orang yang baru kehilangan insan tersayang bagi sama-sama mengutus doa buat Allahyarham dan meringankan kesedihan keluarganya di tempat yang agak jauh walaupun kita akan berdepan dengan peperiksaan penting keesokan harinya????

Maaf atas pernyataan di atas.Saya tidak bermaksud untuk memburukkan mana-mana pihak dan bukan juga berniat menghebohkan atau meluahkan situasi ini kepada kalian. Kerana luahan yang terbaik adalah luahan kepada Allah Yang Maha Mendengar...

Saya sekadar ingin berkongsi dan mengajak kalian berfikir tentang hikmah disebalik kejadian ini...

Bagi saya,memang wajar seorang pensyarah menegur dan menasihatkan anak didiknya supaya tidak berjalan malam terutama sekali di saat-saat menghadapi peperiksaan kerana beliau mementingkan keselamatan anak didiknya..

Namun,apa yang mengecewakan ialah perkara baik yang seharusnya dilakukan dan melibatkan keagaamaan turut ditegah oleh beliau...

Pensyarah tersebut memang bukan orang yang beragama Islam dan beliau tidak memahami Islam dengan baik...Jadi,kita tidak boleh menyalahkan 100% terhadapnya...Sebaliknya,kita yang perlu mengambil iktibar daripada teguran tersebut...Sama ada kita akan terus mengikut tegurannya dengan tidak menghadiri apa-apa aktiviti atau ilmu keagamaan di saat-saat akhir peperiksaan atau mengabaikan teguran tersebut demi mencari keredhaan Allah.. 
Apa yang saya ingin tekankan di sini bukan mengenai pensyarah tersebut.Tetapi tentang TAWAKAL kita kepada Allah... 

Tawakal adalah kesungguhan hati dalam bersandar kepada Allah untuk mendapatkan kemashlahatan serta mencegah bahaya, bersangkutan dengan urusan dunia mahupun akhirat. Ibnu Abbas ra mengatakan bahawa tawakalbermakna percaya sepenuhnya kepada Allah.

Allah berfirman dalam Surah Ath-Thalaaq ayat 2-3;

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
"

____________________________________________________________________________ 

Saya dan rakan-rakan yang menghadiri kenduri tersebut sedar bahawa berjalan pada waktu malam itu tidak baik untuk keselamatan kami.Tetapi, kami yakin bahawa Allah akan sentiasa melindungi keselamatan dan mempermudahkan hamba-hambaNya menghadapi peperiksaan sekiranya niat perjalanan kita adalah untuk mencari keredhaan Allah...Yang penting kita mesti berdoa,pastikan kenderaan selamat digunakan,pandu cermat dan jalan secara berkumpulan terutama sekali muslimat...

Alhamdulillah,tiada apa-apa masalah yang berlaku sepanjang perjalanan kami dan kami dapat menjawab peperiksaan dengan baik...

____________________________________________________________________________

Masih ramai mahasiswa/siswi yang lebih takut untuk gagal dalam exam berbanding takutnya kepada Allah..

Melebihkan pembelajaran hingga lupa kewajipannya sebagai hamba Allah terutama sekali solat...

Ada juga yang menolak untuk menghadiri majlis ilmu atau aktiviti keagamaan kerana ingin menggunakan masa seadaya untuk persediaan exam semata-mata...

Bagi mereka yang faham akan perjuangan Islam,mereka tidak gentar akan peperiksaan walaupun mereka sibuk memperjuangkan Islam kerana mereka yakin bahwa Allah akan sentiasa menolong mereka..
"Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu menolong (agama) Allah,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." Muhammad:7

Kita juga sebenarnya tidak boleh bertawakal kepada Allah semata-mata tanpa perlu berusaha...

Dalam exam,kita perlu juga untuk mengulangkaji walaupun tidak sempat merangkumi semua topik yang telah dipelajari sekiranya kita sibuk menguruskan hal-hal keagaamaan...InsyaAllah sedikit topik yang sempat kita pelajari itulah yang keluar dalam exam...

Oleh itu,marilah kita bersama-sama sentiasa menghadiri majlis ilmu dan aktiviti keagamaan selagi kita mampu dan meningkatkan tawakal kepada Allah dalam apa jua keadaan...

___________________________________________________________________________

Alhamdulillah,teguran tersebut sebenarnya telah meningkatkan semangat kami untuk membuktikan bahawa orang-orang Islam itu lebih cemerlang berbanding 'mereka' dan orang-orang yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah akan sentiasa dipermudahkan segala urusannya...

Selamat menduduki peperiksaan untuk modul yang seterusnya pada hari sabtu ini buat rakan-rakanku yang dikasihi Allah sekalian... 
______________________________________________________________

Mari kita sedekahkan Al-Fatihah dan doa buat Allahyarham pak cik Bakri yang baru kembali ke rahmatullah..Allahyarham merupakan bapa kepada adik Zakir,salah seorang junior di sekolah saya...
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati......"(Ali 'Imran:185) 

Wallahu'alam.....

2 comments:

pensel kayu said...

teringat masa matrik dulu..ada kawan kehilangan nenda tercinta,mangsa tsunami kota kuala muda kedah..dia balik kampung,2,3 hari,balik mai,lecturer Muslimah marah..

yang mati tu nenek kamu,bukan kamu!

kami sekelas terpana dgn statement tuh..

Siti SArah Ahmad Rusli said...

bnde yg blum kene kat diri sndiri sbb tu tergamak kuarkan statement gitu...semoga kita tidak buat mcmtu kat org lain