Saturday, October 23, 2010

Muslimah..hanya pada nama

Assalamualaikum..

Tajuk blog tiada kena mengena dengan Muslimah Marsi.hehehehe...Negara dikejutkan dengan penganjuran busana muslimah IFF.Rata-rata blog telah mengemukakan pandangan tidak kurang yang mengkritik dan ada juga yg bertindak sbg pembela Datin Rosmah bini najib (BN).Kebanyakan pereka fesyen dan orang yang hadir ke festival itu merupakan pecinta fesyen namun malangnya akibat daripada alasan mencintai fesyen itu ,menjadikan ada antara umat Islam yang hadir melupakan kesucian agama sanjungan kita ini Islam.Sedikit2 tulisan islamik yang ditempel di dada model yang cantik,seksi lagi mengoda seakan-akan tidak kena.Sesuatu benda suci timbah dengan hal yang tidak suci,subhat atau haram maka kesimpulanya kesemua hal itu wajib dielakkan.Analogi yang saya boleh bagi,daging babi yang dimasak asam pedas adakah boleh untuk kuah asam pedas itu kita makan.Dan jawapanya adalah tidak!!!!!



Mereka yang bukan Islam sememangnya tidak faham atau buat-buat tidak faham dengan senstiviti ini.Yang Islam kebanyakanya bersikap terlebih toleransi hal-hal yang berkaitan dengan agama.Wanita Islam kini juga kurang menjaga aurat,cara mereka berpakaian seolah bertelanjang.Ya mereka masih menutup kepala namun tudung yang dikenakan tiketatkan dibahagian leher untuk menampakan bentuk leher yang jinjang,menjadikan kepala seperti bonggol unta,menampakan telinga itu baru bahagian tudung.Jika diturunkan sedikit pandangan bahagian dada sengaja diketatkan bagi menampakan bentuk-bentuk,alor gajah,alor star dan sebagainya seluar lagi payah nak describe.pakaian yang jelas tidak mematuhi piawaian Al-Quran dan hadis.Astaghfirullahalzim...perkara ini berlaku tidak jauh dari kita,ibu,akak,adik dan juga kawan-kawan kita.Ingin mengeur bimbang mereka akan berkecil hati,maka gunakanlah method2 dakwah yang dirasakan sesuai.Tidak salah untuk berfesyen,kerana saya juga meminati rekaan-rekaan fesyen masa kini tap ssewajib-wajibnya biarlah ia menutup aurat dan bukanya membalut aurat ate burok bebeno hendok melihatnye (practice nk jd org teluk intan).

Sudah masanya untuk kita sama-sama memperjuangkan kembali kecantikan muslimah-muslimah kita ini dengan bersama-sama "say no to ketat,sendat dan melekat".Carilah baju-baju yang fasionable dan gaya seniwistic itu ada dinmana-mana tidak semestinya dengan memakai pakaian yang biasa wanita-wanita Islam/muslimah sekarang gayakan.Gelarkan diri kita wanita-wanita Islam semua sebagai muslimah untuk kita lebih yakin dan seronok untuk berpakaian mengikut syarak.Jangan malu membuat kebaikan kerana Allah sukakanya walaupun ada mulut2 longkang manusia mempertikanya.Jalan perubahan masih ada,carilah dan berusahalah kerana saya juga wanita biasa.

No comments: