Sunday, January 31, 2010

Gambar-gambar kezaliman ke atas hak mahasiswa..

Biar Gambar Berbicara..PRK UKM


29 Jumaat 2010, Jumaat di UKM

Solat jumaat ke x ni?


Berbaris sebelum gempur mahasiswa

Rempuh............






Hero mahasiswa
Hanya doa senjata kami

Sejarah terburuk PRK UKM. Kali ini membuktikan kebenaran bukan hanya berlawan dengan Aspirasi, malah lawan kami ialah pentadbiran dan FRU!

http://tintaduat.blogspot.com/2010/01/kempen-besar-besaran-bongkar.html

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid
www.tintadakwah.blogspot.com

sape yg baik sgt tuuh..baik korang turun tgk dan alami sendiri..tak tau ahh kalo korang masih lg bleh bersangka-sangka baik terhadap penzalim-penzalim ini...

TAKBIR..ALLAHUAKBAR!!

KEMPEN BESAR-BESARAN : BONGKAR PENYELEWENGAN PRK UKM


Assalamualaikum,

Berkenaan Pilihan Raya Kampus (PRK) UKM baru-baru ini yang banyak berlaku penyelewengan, pihak kami telah membuat aduan secara profesional. Namun, aduan kami hanya dibakul sampahkan. Justeru, saya menyeru sahabat-sahabat yang mempunyai ruang seperti blog, FB dan lain-lain, sila "publish"kan penyelewengan-penyelewengan ini secara besar-besaran. Biar semua orang tahu bahawa ada sekumpulan manusia yang sedang menindas mahasiswa di UKM.

Yang pasti, di akhirat nanti akan saya tuntut satu persatu dari setiap orang yang merupakan PENINDAS, pendokong kumpulan penindas, penyokong dan mereka yang berdiam diri tatkala melihat penindasan. Kalau kamu yakin di pihak yang benar, jangan takut dengan ayat saya ini.

Kepada pimpinan ASPIRASI dan CCC yang kononnya bijak mahu mengajar kami supaya menggunakan pendekatan "nego" dalam menyelesaikan masalah, jangan anggap kami bodoh. Jangan anggap kami selalu demontrasi sahaja. Kami sudah banyak kali "nego". Saya bersedia berdebat dengan mana-mana pimpinan ASPIRASI dan CCC dalam isu ini kerana kamu sudah banyak kali menipu mahasiswa lain terutama tahun satu dalam hal ini.

Mesti ASPIRASI akan kata "ini fitnah!". Ya, saya cabar kamu bawa kes ini, kita tribunalkan secara terbuka. Mana tahu, kamu boleh membawa kes ini ke tribunal yang kami juga inginkan kerana kamu ada KABEL BESAR.....

Ayuh sahabat-sahabat, rancakkan kempen ini..... Sebarkan.....


ADUAN KESALAHAN DALAM TEMPOH PEMBUANGAN UNDI DAN PENGIRAAN PERJALANAN BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UKM SESI 09/10.


Berikut adalah antara tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar di beberapa Kolej Kediaman.


Kolej Keris Mas.

1) Bermula jam 9 pagi salah seorang pelajar Fakulti Pengajian Islam Tahun 2 telah diberikan kertas undi bagi kerusi Fakulti Pengajian Islam tahun 3 sedangkan tiada pertandingan untuk kerusi Pengajian Islam tahun 2 kerana Menang Tanpa Bertanding. Merujuk kepada Perkara 29 Peraturan Pemilihan, calon yang menang tanpa bertanding akan diisytiharkan tiada pertandingan akan dijalankan. Tindakan ini jelas menyalahi peruntuntukan ini yang boleh dianggap sebagai berniat jahat tujuan mengelirukan pengundi dan seterusnya menunjukkan ketidakcekapan Jawatankuasa Pelaksana kolej ini.

1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1.

2) Pihak Felo telah memberikan arahan kepada JAKSA Kolej untuk membuka Kaunter SPKG yang telah menimbulkan keraguan dan ketegangan antara calon dan wakil wakil calon yang bertanding. Alasan yang digunakan untuk perkara ini adalah setiap siswa/I perlu mendaftar di kaunter SPKG tersebut dahulu sebelum mengundi dengan alasan pemberian merit untuk pelajar yang turun mengundi. Ini adalah dikira sebagai penyalahgunaan kuasa oleh felo felo untuk tujuan yang salah. Merujuk kepada Perkara 48(3)(a) Peraturan Pemilihan , adalah tidak dibenarkan untuk mewujudkan pondok pondok panas sepanjang hari pengundian. Tindakan Felo felo dan JAKSA ini jelas telah melanggar peraturan dan menimbulkan ketegangan yang gagal di tangani walaupun aduan telah dibuat kepada Jawatankuasa Pelaksana peringkat kolej.

3) Tindakan diatas juga telah menimbulkan pertelingkahan yang buruk antara calon dan wakil calon dengan pihak Pegawai Keselamatan peringkat atasan sendiri iaitu Ketua Pegawai Keselamatan yang merupakan Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP merujuk kepada Perkara 5 (2)(i) yang bertindak bias atau berat sebelah selepas gagal menangani isu ini sehingga jam 5.00 petang.

4) Tindakan mewujudkan Kaunter SPKG ini juga telah dikesan dengan tujuan yang menyalahi Peraturan 48(3)(b) dan (c) yang mana Kaunter tersebut telah digunakan untuk berusaha meraih undi kepada pihak pihak tertentu dan juga bagi tujuan mengedar senarai nama nama calon yang bertanding. Kewujudan kaunter SPKG ini telah disahkan oleh YDP JAKSA kolej ini iaitu Saudara Faizul Imran Bin Nadzri melalui notis yang di cop olehny dan ditampal di dinding Kolej berkenaan.

5) JAKSA kolej Keris Mas juga telah bertindak memakai baju yang sama berlabel “Aspirasi” bagi tujuan meraih undi dan memberi tekanan kepada para pengundi, Calon dan Wakil Calon sepanjang tempoh hari pengundian. Perkara ini telah melanggar Perkara 48(2) yang melarang menunjukkan identiti yang melambangkan identiti sebuah kumpulan seperti pakaian, tanda nama dan lain lain. Perkara ini telah diadu dan dibantah kepada Ketua Pusat Undi iaitu Pengetua Kolej sendiri oleh calon calon tetapi tidak dapat diselesaikan malahan tekanan diberikan kepada Calon yang mengadu dan membantah.

Kolej Burhanuddin Helmi.

1) Pihak JAKSA kolej bersama beberapa kumpulan pelajar telah bertindak mengedarkan senarai nama nama calon kepada pelajar pelajar Tahun 1 sebagai tekanan meraih undi kepada pengundi. Pelajar adalah dilarang untuk memancing undi sepanjang hari pengundian dengan merujuk kepada Perkara 23 Buku Panduan Calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2009. Walaupun perkara ini telah dibantah oleh Calon dan Wakil CAlon, namun perkara ini masih lagi berterusan berlaku dan Wakil Calon dan Calon pula yang diberi tekanan apabila membuat bantahan.

2) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1


3) Semasa proses pengiraan undi dijalankan, Pengetua sebagai Ketua Pusat Undi telah melakukan tindakan yang meragukan Calon dan Wakil Calon yang mengira undi. Tindakan Pengetua Kolej iaitu Prof.Madya Dr.Kadderi Md.Desa.

Kolej Tun Hussin Onn.

1) Pengundi pengundi tahun 3 Fakulti teknologi dan Sains Maklumat telah tidak dibenarkan untuk mengundi atas alasan kerusi yang dipertandingkan adalah bagi pelajar tahun 1 dan 2 sahaja. Mereka hanya diberikan 1 kertas undi sahaja iaitu bagi memilih Caloon Umum.

2) Semasa Pengiraan Undi dijalankan, tiada penyelarasan untuk memisahkan undi yang rosak. Ada diantara kertas undi yang rosak diterima tanpa sebab yang munasabah dan tanpa persetujuan daripada calon wan wakil kira undi calon.

3) Terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi meraih undi disekitar kawasan kolej dengan menunjukkan identity perkumpulan dan berusaha mengedar risalah senarai nama calon sepanjang hari pengundian.

Kolej Ibrahim Yaakob.

1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1.

2) Salah seorang pelajar tahun 2 Fakulti Sains dan Teknologi hanya diberikan kertas undi bagi memilih calon kerusi umum sahaja tanpa diberikan kertas undi Fakulti. Tindakan ini telah menimbulkan keraguan kepada pengundi, Calon dan wakil calon di kolej berkenaan.

Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka.

1) Pusat pembuangan undi ini telah dibuka lewat iaitu sekitar jam 8.20 pagi. Ini telah menimbulkan masalah kepada pelajar pelajar yang ingin mengundi. Tempoh waktu pembuangan undi adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.



Secara umumnya, terdapat banyak salahlaku yang ditelah dikesan yang dilakukan diperingkat Kolej Kediaman dan kebanyakan daripadanya gagal ditangani dengan baik oleh Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi. Kebanyakan tindakan ini telah memberikan tekanan kepada para pengundi, Calon dan Wakil Calon sepanjang tempoh Pengundian dan Pengiraan Undi yang berlangsung semalam bersamaan 28 Januari 2010. Masalah catatan nombor siri ini berlaku hampir di kesemua kolej kediaman yang dikawal oleh Pengetua pengetua tetapi perkara ini tidak berbangkit sama sekali di Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka yang diuruskan oleh Jawatankuasa Pelaksana daripada Fakulti fakulti.

Atas sebab-sebab inilah dan banyak sebab-sebab yang lain yang tidak dikemukakan diperingkat kami merasakan perlu melakukan beberapa tindakan,baik dari segi rundingan dan majlis-majlis penerangan kepada mahasiswa terutamanya.

Kepada mahasiswa sekalian, marilah kita terus menyatakan sokongan kita menolak kezaliman dan penipuan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu dalam mencatur politik kampus saban tahun

Friday, January 29, 2010

Kalau orang zalim terhadap kita..pe nak buat??

Pilihanraya kampus sudah pun berakhir..puak aspirasi berbangga dan telah melaungkan...Aspirasi menang dan menang lagi!!namun pihak GMUKM masih terus membantah dengan keputusan ini,secara umumnya saya melihat dari penamaan,kempen,pembuangan undi,pengiraan undi sehinggalah pengumuman keputusan nampak agak berjalan dengan baik...kenapa sy cakap baik??sbb baik untuk aspirasi bukan untuk gmukm.

Penamaan calon GMUKM berarak dr KTHO ke Pusan..kat sin no problempelbagai slogan dan kata2 telah dilemparkan keduadua belah pihak..hidup mahasiswa,lembu cucuk hidung,kesian dia antara kata2 dr GMUKM,dr Aspirasi,jgn tidur,inilah barisan kita lagu tentera2 tuuh..so untuk penamaan nmpak adil bg ke2-2 belah pihak.

Start kempen..untuk berkempen di fakulti masing2 mmg okay je..walaupun kebanyakkan PMF dipegang olh dak2 GMUKM..pihak aspirasi juga menggunakan pendekatan yang sama sepertimana GMUKM berkempen ke dewan2 kuliah..tanpa sebaang halangan..malah diajak untuk mengikuti satu petang menifesto anjuran pentadbiran dan de gak calon aspirasi yang tak datang..dari segi poster pihak GMUKM mmg hold out gile..byk duit2 kami semua terpaksa digunakan..kami tidak ada sebarang peruntukan khas seperti mna budak2 aspirasi...untuk berkempen di kolej2..haai haram tak diberi..saya ke kolej KBH untuk mengambil gambar aktiviti berkempen calon..tiba2 seorang rakan GM bernama amir menyuruh sy mengambil gambar prbincangan pengetua kolej dgn pihak GM..sy dimarah dan diugut jika mengeluarkan gambar ini dimana2 awak lah yang sy akan cari..ditanya motif knp sy ambl gambar..sy menjawab ini utk mnunjukkan dak GM de wat prbincangan ngan pentadbiran...sy tahu prbincgan ni takkan kemana...dalam proses pengetua tu nak provok kami bertiga saya,wan aizuddin dan stu brader ni ..(lupe nma die) de seorang penghuni KBH baik pnye kipas pengetua pun mengadu "dr.dr..de dak GM berkempen bg2 flyers,tak bercop plak tuuh"..

sy tgk muke die dgn penuh kmenyampahan..lelaki pe jenis ko nih..mngadu bagai ank kecik ngan pngetua..mmg malang sape jd bini ko,tak macho langsung..yucks..tap tuu dlm hati je,pengetua tu pun cakap..'xpe panggil security'...mmg baik cra die nk amik hati pngetua,konon2nye dielah paling syg dgn KBH..kepala dongga..kat sini nmak sgt pngetua ni ambil ksempatan trhadap abgguard,takut dgn dak GM,abg guard yg jd mangsa.pastu dalam mmbebel2 pngetua dgn kami brtiga sy pun mminta diri utk blah dr tmpat meeting tuuh..bosan dgn krenah pengetua yg bajet baik...BOLEH BLAH!!!


mlm sbelum PRK,kami dak2 GM yg siswi berkonvoi nek moto utk kempen kali terakhir,nak masuk ke kwasan kolej2 pun tak dibrkn..d jaga olh security2 guard yg tak bertauliah..brlaku sikit prtengkaran mulut..ikutkan hati nk je aku tumbuk muke dak seko2 nih mnggunakan buah serang..tap SABAR kene byk beb..anak org tuuh,bertekak pnye bertekak dgn press2 motor dpt gak kami lalui zaaba..nak edar flyers ..haram tak dbenarkan..sy pun tak tahu hukum pe yg dorang pakai..

lagi satu mangkok tepen...mse shahril ingin meminta tandatangan pengetua kolej KUO utk borang PACA..mamat ni taknak lak sign dgn alsan die nk jmpe sorang2 bru die sain..esoknye dtg lah kami 29 org sumenye..die taknak sign gak dgn alasan nak satu borang..dan borang tuuh sbnrnye dh takde utk tahun niih..Samsu Adabi nk borang yg skrg dah takde,maksudnya nk stu bnde takde kpd ada...BODOH PIANG!!..tap dgn keprofisionalan Fikah tlh jmpe TNC HEPA..dan akhirnya Samsu nk gak sign..mse mengundi sy brtnya seorang first year PACA.."dik,mse adik nk dapat name atg PACA ni,adk de jmpe pengetua tak mintak2 sign'..die ckp takde....sbb sumnye dh diuruskan olh ktua jentera ASPIRASI Akmal nmenyee.MANGKOK ke tak kalo gini...

nnti sy sambung lg,nk mkn kat BB jap ngan kwn2 senagkatan

Tuesday, January 26, 2010

Kawan-kawan..undilah calon anda dari GMUKM

Fasa penentu sudah tiba..disini saya menyarankan untuk kawan-kawan kampus UKM sekalian untuk mengundi calon-calon berintegriti,berdedikasi dari Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia..bukan calo sistem,bukan lembu di cucuk hidung..tap calon mahasiswa untuk anda,anda,anda semua



Calon Umum Tahun 1 Dan 2 (Layak diundi oleh tahun 1 & 2 sahaja)


CALON NO. 3 : Mohd Nazri Bin Mohd Tahir


CALON NO. 6 : Siti Zaharah Binti Ramli


CALON NO. 7 : Mohd Fariq Fitri Mohd Saleh


CALON NO.8 : Mohd Hafiz Bin Abdul Razak


CALON NO.10 : Muslimah Binti Marsi


CALON NO.11 : Muhammad Hilmi Bin Ramli


Calon Umum Tahun 3 Dan 4 (Layak diundi oleh tahun 3 & 4 sahaja)

CALON NO. 2 : Muhammad Syafiq Bin A Aziz


CALON NO.3 : Muhammad Faiz Bin Ismail

CALON NO.5 : Nabilah Binti Mohamad Maiyidin

CALON NO.6 : Alia Suzana Binti Asri

CALON NO.9 : Rabunah Binti Ahmad



Calon Fakulti


Fakulti Sains Dan Teknologi

Tahun1&2
CALON NO.4 : Aiman Zhafri Bin Amiruddin
CALON NO.5 : Muhammad Hanif Bin Mohd Razali

Tahun3&4
CALON NO.3 : Khairul Aiman Bin Sahrom
CALON NO.4 : Mohamed Hakim Bin Zulkafli



Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat

CALON NO.1 : Zulhilmi Bin Zainuddin



Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina

Tahun1&2
CALON NO.2 : Muhammad Harith Bin Abdul Kadir

Tahun3&4
CALON NO.1 : Sarzliana Bt Soaidin@Johari



Fakulti Undang-undang

CALON NO.2 : Ou Yong Koh Beng



Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

Tahun1&2
CALON NO.1 : Nur Sahila Binti Sapi'e
CALON NO.5 : Nurazidah Binti Mashan

Tahun3&4
CALON NO.1 : Nur Rahmah Binti Omar



Fakulti Pengajian Islam 

Tahun3
CALON NO.1 : Nik Ahmad Shafie Bin Raja Daud



Fakulti Pendidikan

Tahun1&2
CALON NO.2 : Wan Ahmad Fahmi

Tahun3&4
CALON NO.1 : Khairul Anuar Bin Mat Lazim



Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan

Tahun1&2 
CALON NO.2 : Woon King Chai
CALON NO.4 : Muhammad Hilman Bin Idham

Tahun3
CALON NO.1 : Mohd Hariszuan Jaharudin



Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu

Tahun1&2
CALON NO.1 : Muhibbuddin Bin Rakhibi

Tahun3&4
CALON NO.2 :
 Nur Ili Binti Mohamad Tarmizi



Fakulti Pergigian

CALON NO.1 : Nur Azira Binti Zahadi



Fakulti Farmasi

CALON NO.1 : Mariah binti Zakaria



Fakulti Perubatan

Tahun1&2
CALON NO.1 : Nasiha Binti Omar



STUDENT POWER!!
WE HOPE,WE CHANGE..


luv u all..harap kita bersahabat kerana Allah,dan semua yang kita lakukan kerana Allah
ikhlaskan hati,tetapkan niat..yang penting kerja jalan..

Friday, January 15, 2010

Jodoh..satu benda yang subjektif. ^-^

Persoalan Jodoh termasuk perkara yang berada dibawah bab takdir dan telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak azali lagi. Memahami masalah jodoh hendaklah dengan kefahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang diajarkan oleh Rasulullah agar kehidupan kita dilalui dengan pertunjuk yang sahih dan mencapai keredhaan Allah SWT.

Salah Faham Berkenaan Jodoh


Saya sendiri pernah tersalah faham di dalam bab jodoh, ianya berlaku kepada saya sewaktu masih muda remaja dahulu dan sibuk mengejar cinta serta mengharapkan jodoh yang istimewa dan akhirnya memang saya mendapat jodoh yang benar-benar istimewa.

Saya berkahwin dengan seorang gadis arab, anak perempuan seorang ulama sunnah di Yaman. Sewaktu itu saya cukup bergembira dan merasa sangat berbangga.

Walaubagaimanapun Allah lebih menyayangi saya.

Allah swt befirman : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (Al-Baqarah : 216)

Allah mengehendaki kebaikan kepada saya dengan menganugerahkan kepada saya sebuah perceraian sehingga melaluinya saya dapat memahami erti sebuah jodoh dan perkahwinan.

Tanpa penceraian tersebut nescaya saya tidak akan mengetahui dan memahami maksud jodoh sehingga ke hari ini.

Alhamdulillah.

Saya diberi izin oleh Allah SWT untuk berkahwin kali kedua apabila seorang bapa yang soleh menawarkan anak gadisnya kepada saya. Ketika itu wujud perbalahan di dalam jiwa saya yang membuatkan saya berfikir panjang ini disebabkan sebagai seorang ustaz (ketika itu sudah bergelar ustaz) saya memikirkan untuk mencari seorang gadis yang sempurna, wanita yang hebat dan mampu mengubati hati saya yang terluka dan cedera akibat perkahwinan terdahulu.

Kali ini mahu mencari yang paling comel, paling gebu, paling sempurna sehingga saya gariskan ciri-ciri isteri idaman saya yang persis bidadari.

Allah menyebut di dalam Al-Quran bahawa Syaitan akan menyesatkan manusia dengan pelbagai cara antaranya ialah dengan angan-angan yang memperdayakan : "Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka." (Al-Baqarah : 216)

Allah befirman : "Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka." (An-Nisa : 120)

Alhamdulillah, sekali lagi Allah memberikan kebaikan kepada saya dengan mendapat nasihat dan pertunjuk berguna daripada ulama-ulama sunnah di Yaman. Kata mereka, Allah tidak akan memberikan "bidadari" kepada anda di dunia tetapi di akhirat. Jadi jika anda mahukan wanita yang bertaraf bidadari di dunia maka kahwinilah dengan niat yang betul, jalanilah kehidupan rumahtangga dengan betul, jadilah suami yang betul dan InsyaAllah isteri anda akan menjadi bidadari di akhirat.

Daripada Ibnu Umar r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal kepimpinannya. Pemimpin adalah yang bertanggungjawab memimpin dan akan ditanya perihal yang dipimpin olehnya. Seorang lelaki adalah pemimpin dalam keluarganya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpin dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Buruh adalah pemimpin dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Jadi setiap seorang dari engkau semua itu adalah pemimpin dan tentu akan ditanya perihal kepimpinannya. " (Hadis sahih Muttafaq 'alaih)

Syeikh lalu menceritakan perihal Umar RA yang turut mengalami masalah rumahtangga, bahkan rasulullah sebaik-baik manusia juga menghadapi masalah yang sama sekaligus menyedarkan saya "Mana ada manusia yang sempurna."

Diriwayatkan bahwa seorang pemuda datang ke rumah Umar bin Khatthab Radhiallahu 'anhu hendak mengadukan keburukan akhlak isterinya. Maka ida berdiri di depan pintu menunggu Umar keluar. Lalu dia mendengar isteri Umar bersuara lantang pada suaminya dan membantahnya sedangkan Umar diam tidak membalas ucapan isterinya. Pemuda itu lalu berbalik hendak pergi, sambil berkata : "Jika begini keadaan Umar dengan sifat keras dan tegasnya dan dia seorang amirul mukminin, maka bagaimana dengan keadaanku ?".

Umar keluar daripada rumahnya dan melihat ada orang beredar dari rumahnya lalu memanggil pemuda itu dan berkata : "Apa keperluanmu wahai pemuda ?" Dia menjawab : "Wahai Amirul Mukminin, pada mulanya aku datang hendak mengadukan keburukan akhlak isteriku dan sikapnya yang membantahku. Lalu aku mendengar isterimu berbuat demikian, maka aku pun kembali sambil berkata :"Jika demikian keadaan amirul mukminin bersama isterinya, maka bagaimana dengan keadaanku ?" maka Umar berkata : "Wahai saudaraku. Sesungguhnya aku bersabar atas sikapnya itu kerana hak-haknya padaku. Dia yang memasakkan makananku, yang membuatkan rotiku, yang mencucikan pakaianku, yang menyusui anak-anaku dan hatiku tenang dengannya dari perkara yang haram. Kerana itu aku bersabar atas sikapnya". Pemuda itu berkata : "Wahai Amirul Mukminin, demikian pula isteriku". Berkata Umar "Bersabarlah atas sikapnya wahai saudaraku ..." [Kitab Al-Kaba'ir oleh Dzahabi hal. 179]

Janganlah Melihat kepada Keburukkan Seseorang kerana tidak akan wujud Pengakhirannya tetapi lihatlah kepada Kebaikan yang akan membolehkan Kita menumpang dan menikmatinya.

Saya lalu terus bersetuju untuk mengahwini seorang gadis mentah, muda seusia 17 tahun untuk menjadi isteri saya tanpa teragak-agak. Alhamdulillah, setelah beberapa tahun kini dialah bidadari saya yang merupakan wanita paling indah yang pernah saya temui.

Anda yang bertanggungjawab "berusaha" menjadikan pasangan anda sebagai bidadari atau lelaki soleh yang anda inginkan melalui usaha berterusan dan perjuangan melaksanakan hal tersebut beroleh pahala.

Berdasarkan carta jodoh di atas ANDA akan mendapati bahawa JODOH kita sebenarnya sudah DITAKDIRKAN iaitu bermaksud ianya sudah ditetapkan oleh ALLAH SWT semenjak azali lagi.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya: Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda: "Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya." (Sahih Muslim, Kitab Takdir, no: 4781)
Tidak kira apakah jalan yang anda gunakan untuk berkahwin maka ianya sudah pun ditetapkan oleh yang demikian mengapakah kita harus menggunakan JALAN yang HARAM sedangkan dengan JALAN yang HALAL pun kita boleh mendapatkannya ?

Janganlah mencelakakan diri kita dengan memilih jalan yang haram dan berdosa kerana kelak kita akan menanggung akibatnya di akhirat.
Kenapa bimbang belum mendapatkan jodoh ?

Apakah anda akan ditakdirkan akan berkahwin atau ditakdirkan tidak akan berkahwin TERNYATA sudah tidak sepatutnya dipertikaikan lagi kerana ianya SUDAH DITETAPKAN dan hal tersebut tidak berubah.

Jadi mengapa bimbang dan risau ? Orang yang beriman kepada Takdir maka tiada kebimbangan dan kerisauan di dalam jiwa mereka kerana menyakini segala sesuatu sudah pun ditetapkan.

Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya dari Abu Darda r.a dari Nabi s.a.w bersabda, ‘Tidak sekali-kali masuk ke dalam syurga (Allah), orang yang mendustakan takdir (Allah).’ (lihat: Silsilah hadis Sahihah, nombor 675).

Apa yang perlu anda risaukan ialah bagaimana harus berusaha, jalan yang perlu dipilih agar memenuhi PERINTAH ALLAH itu sahaja.

Siapakah Pasangan Anda ?

Anda tidak perlu TAKUT siapakah jodoh anda kerana pasangan anda sudah pun ditentukan oleh Allah SWT dan apa yang perlu anda lakukan ialah untuk berusaha mendapatkan calon yang soleh dan solehah sebagai memenuhi PERINTAH ALLAH dalam keadaan anda penuh sedar dan yakin ianya sudah ditetapkan.

Anda berusaha semata-mata kerana mahu memenuhi perintah Allah. SWT.


Memilih jodoh yang baik

Berdasarkan carta di atas, maka anda diharapkan dapat memahami bahawa Kehendak Allah yang disukai dan diredhai-Nya (Iradah/Kehendak Syar'iyah) dapat diketahui oleh kita dengan ILMU berdasarkan Kitab dan Sunnah.

Manakala Kehendak Allah yang menyebabkan berlakunya segala sesuatu, yang mengizinkan terjadi tiap-tiap perkara (disebut Iradah/ kehendak Kauniyah) tidaklah bermakna ianya disukai dan diredhai oleh Allah SWT.

Tiada sesiapa termasuk anda dan ulama dapat mengetahui siapakah lelaki atau wanita yang sesuai atau baik untuk anda. Mr. Right atau Mrs. Right tidak akan dapat diketahui oleh Kita selama-lamanya tanpa WAHYU di sisi.

Allah swt befirman : "(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib ,maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu." (Jin : 26)

Memandangkan Rasulullah telah wafat maka tiada sesiapa lagi boleh mengetahui siapakah yang lebih sesuai untuk kita dan siapakah pula tidak. Majoriti orang "menyelidik", "mengkaji" latar belakang calon pasangan masing-masing dengan tujuan "merisik" mencari calon yang paling sesuai dan terbaik.

Hakikatnya hanya ALlah yang mengetahui, boleh jadi setelah dikaji "di dalam makmal"maka didapati seorang wanita itu baik untuk kita atau sebaliknya namun setelah berkahwin dan hidup bersama maka dia kemudiannya berubah hati dan menjadi jahat serta menyeleweng.

“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.”

(HR. Tirmidzi)


Hati manusia boleh berubah ibarat pantai.

Jangan membuang masa mencari Mr. Right atau Mrs Right sehingga mengabaikan tanggungjawab kita yang banyak. Masa kita terhad, maka perlu dipergunakan semaksima mungkin di dalam gerak kerja ibadah kita seharian.

Kita harus perlu sentiasa TEGUH di atas Perintah ALLAH SWT.

Aisya ra., berkata, “Nabi SAW sering berdoa dengan mengatakan, ‘Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk selalu taat kepada-Mu.’(hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Abu Syaibah)

Ambilah iktibar dari Kisah Ummu Habibah (Ummul Mukminin), Ramlah binti Abu Sufyan yang telah mengahwini Ubaidullah bin Jahsy, seorang muslim seperti beliau. Tatkala kekejaman kaum kafir terhadap kaum muslimin, Ramlah hijrah menuju Habsyah bersama suaminya. Disanalah beliau melahirkan seorang anak perempuan, yang diberi nama Habibah. Dengan nama anaknya inilah beliau dijuluki (Ummu Habibah).

Allah menguji beliau dengan situasi yang dahsyat apabila suaminya murtad daripada Islam sewaktu berada di Habsyah dan berusaha memurtadkannya. Beliau tetap istiqamah di atas Islam dan akhirnya berpisah dengan suami tercinta kerana agama. Hal ini akhirnya menjadi PELUANG kepadanya untuk menjadi Ummul Mukminin apabila beliau kemudiannya dipinang oleh Rasulullah SAW. Rasulullah bertemu dengannya pada tahun ke enam atau ke tujuh Hijriyah. Waktu itu Ummu Habibah berumur 40 tahun.

Islam Mengizinkan Lelaki Mukmin berkahwin dengan Wanita Ahli Kitab
"Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal (pula) bagi mereka. (Dan dihalalkan mangawini) wanita yang menjaga kehormatan* diantara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar mas kawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik. Barangsiapa yang kafir sesudah beriman (tidak menerima hukum-hukum Islam) maka hapuslah amalannya dan ia di hari kiamat termasuk orang-orang merugi.” (Al-Maidah : 5)

Mengapakah Allah mengizinkan lelaki yang beriman mengahwini wanita ahli kitab ? Jawapannya kerana persamaan Aqidah di antara kita dan mereka. Perbezaan di antara ahli kitab dan umat Islam ialah berkait masalah syariat demikian yang dimaksudkan dengan keizinan bolehnya berkahwin di antara lelaki muslim dan ahli kitab iaitu mestilah ahli kitab yang memiliki kepercayaan Aqidah yang sahih dan benar berdasarkan kitab samawi terdahulu bukannya merujuk kepada ajaran Yahudi dan Kristian yang SYIRIK dan mensyirikkan Allah di dalam ajaran mereka sehingga menjadikan mereka orang musyrikin dan bukan lagi ahli kitab.

Di dalam “Sahih Bukhari” terdapat sebuah riwayat yang berasal dari Abdullah bin Umar r.a. bahawasanya ia pernah ditanya tentang perkahwinan antara lelaki muslim dan wanita nasrani atau yahudi, Abdullah bin Umar menjawab : “Allah mengharamkan wanita musyrik dikahwini oleh lelaki muslim, Aku tidak tahu syirik apakah yang lebih besar daripada seorang isteri yang mengatakan bahawa Tuhannya ialah Isa, padahal beliau itu adalah salah seorang dari hamba Allah s.w.t. Jika ia tidak mengatakan hal itu, ia tetap dipandang sebagai wanita ahlul kitab, walaupun ia meyakini kesucian Isa al Masih atau meyakini kesucian bondanya Maryam atau meyakini kesucian roh kudus dalam bentuk yang berlainan dari kepercayaan orang muslim; selama ia tidak menyekutukan Allah”. (hadis Sahih Bukhari)

Hal ini membuktikan bahawa Islam menganggap perkahwinan itu cuma alat dan tools untuk merealisasikan perjuangan dan tuntutan ibadah bagi menyalurkan keperluan fitrah manusia ke arah yang halal.

Lantas untuk orang yang sedar akan segera memahami bahawa adalah tidak perlu untuknya mengambil masa yang lama untuk memberi respon kepada jemputan atau pinangan perkahwinan apabila dirinya dipinang jika cara dan kaedah yang digunakan adalah menurut syarak.

Manfaatkan sahaja peluang dan rezeki yang diberikan untuk digunakan ke jalan Allah SWT.

Semuanya berbalik kepada diri kita sendiri apakah kita sebenarnya mahu atau mampu menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah bukan melihat kepada orang lain untuk dijadikan alasan di atas kegagalan kita.

Asiah merupakan isteri Firaun, tetapi dia berjaya menjadi wanita yang solehah dan memasuki syurga Allah.

Allah befirman : "Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman." (At-Tahrim : 11)

Manakala Isteri Nabi Luth pula merupakan ahli neraka sekalipun suaminya ialah Rasul dan Nabi.

Allah befirman : "Kecuali isterinya. Kami telah menentukan, bahwa sesungguhnya dia itu termasuk orang-orang yang tertinggal (bersama-sama dengan orang kafir lainnya)." (Al-Hijr : 60)

Allah befirman : "Maka Kami selamatkan dia beserta keluarganya, kecuali isterinya. Kami telah mentakdirkan dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan)." (An-Naml : 57)

Hal ini sebenarnya bertitik tolak kepada ILMU dan kefahaman yang sahih menurut KItab dan Sunnah untuk menyedari kewajipan dan peranan kita di dalam agama.

Tugas anda ialah berusaha mengikut cara yang sahih dan menjalani ibadah dengan segigih mungkin kepada Allah SWT manakala bakinya berserah kepada Allah untuk menetapkan keputusan di atas usaha kita.

Kita sudah berusaha dan akan terus berusaha, resultnya bukan urusan kita.

LINK ASAL:
http://ustaz.blogspot.com/2009/10/salah-faham-umat-islam-berkenaan-jodoh.html








Kategori: Fiqh dan Muamalah
Pertanyaan:
Assalamu’alaikum wr. wb.
Ustadz, Ana sudah sering baca buku bertema keluarga yang termasuk di dalamnya pernikahan, tetapi ketika dihadapi ternyata cukup rumit juga. Yang ana tanyakan, bagaimana kita bisa tau siapa jodoh kita? maksud dari sekufu dalam beragama? bagaimana cara mengetahuinya serta pertanyaan apa saja yang harus diajukan? bagaimana kita bisa tau jawaban dari istikhoroh? Ada yang bilang, jika ijab qobul sudah berkumandang maka kita baru tau itulah jodoh kita, apakah harus seperti itu, bukankah itu hal yang sangat riskan? mohon bimbingannya Ustadz. Jazakumullah khoiron.
Jawaban Ustadz:
Wassalamu’alaikum warohmatullohi wabarakatuh.
Bimbingan yang sempurna dalam hal ini adalah nasihat Rasul kita Muhammad, “Nikahilah olehmu wanita itu karena empat perkara; karena kecantikannya, karena kekayaannya, karena keturunannya, karena agamanya, pilihlah yang agamanya bagus, niscaya kamu akan beruntung.”
Kedua, melakukan sholat istikharah, tahunya jawaban istikharah adalah dari segi kemudahan dan tidak ada hambatan yang begitu sulit, sebagaimana yang disebutkan dalam hadits doa istikharah tersebut, yaitu kita mohon kemudahan pada Alloh, kemudian hati jadi mantap untuk memilih apa yang kita inginkan, kalau Alloh tidak menakdirkan maka hal itu berarti tidak diridhoi Alloh, dari sini kita tahu jawaban istikharah. Adapun cara-cara lain yang Anti tanyakan, Ana gak bisa jawab sebab hal itu tergantung kepada pribadi masing-masing orang, apa yang mau ia tanyakan. Boleh jadi ia akan bertanya tentang jenjang pendidikan, penyakit yang pernah diderita, jumlah saudara, profesi, pengalaman, pengajian yang selalu dihadirinya, dll.
***
Penanya: Winna
Dijawab Oleh: Ustadz Ali Musri


iya iya laah omonganya gaya indonesia gitu,,tapi sy harap kita dpt berkongsi ilmu ya...
wassalam

Tuesday, January 12, 2010

hari ini dalam sejarah


salam kwn2...12 jan 2010 mungkin satu perubahan baru telah dilaksanakan d UKM..tetiba satu poster ceramah umum yg mengandingkan abg Sarfa (TYDP PMUKM) abg hafiz n abg syafiq..yoo ooo je,telah saya jmpe dan dgn bersemangatnya ajak lah member2 lain...mule2 pelik sbb nape tmpat bg ceramah ni de plak org tgh siap2kan banner..dalam hati terfikir,dorang ni nk wat ceramah ke tak??tunggu pnye tunggu akhirnya smpai gak finalis2 yg djemput...abg hafiz n abg syafiq pun duduklah tap abg Sarfa yg btul2 sy nk tgk die brucap tak muncul lak...mungkin de faktor peribadi mngapa die tak dtg..mungkin sakit perut,sakit gigi atau apa saja kemungkinan....sy yg bwak kamre pun amek lah gambar2 sekeliling..so tgk lah gmbar niii


kwn2 bersemangat mndengar ceramah


bro2 berbaju hitam

bro berbaju hitam lg..napelah kamre sy de gmbar adik aniq niih??

Tuan security mnjalankan tugas dgn penuh berdedikasi




1 tmpt duduk menuggu abg sarfa,namunnn.....

 
org ramai mmbanjiri..meraikan ruang pidato dgn semangat demokrasi

tap yg tak bestnye mse sy amik angle sini..de plak abg2 tu cakap..'ooh ko amik gambar eeh,weeyh amik gambr bdk niih..'tujuannye provokasi je

kamre aku...sukati aku ahh nk amik gmbar katmne pun..huhuhu




Tuan security mengawal..tap mrk amat terbuka kali ini...respect ahh kat abg2 guard kite!!



Thursday, January 7, 2010

Momentum

menurut hukum fizik momentum adalah......pandai2 aah korang cari,dah lama tinggalkan ilmu fizik padahal kalo dulu mse skolah,cikgu fizik sayalah yang paling cool didunia,2 orang cikgu lelaki yang sentiasa mengaplikasikan fizik dalam kehidupan...saya ingat lagi satu kisah,ketika saya dan rakan2 perempuan saya sedang berjalan tetiba cikgu fizik ketika saya ting 4 cikgu ihram cuba menghalang perjalanan kami dengan meletakkan sebelah tangan di dinding  dengan menundukkan kepala kebawah sambil silangkan kaki...(ala2 gaya nak ngurat yg macho)..kami pun tersipu-sipu malu....pastu tetibe je cikgu tu cakap,"sarah cuba awak kirakan daya untuk gaya mengurat saya ni",mmg sewel laah time tuuh..terbahak2 kteorang ktawe...dalam kelas die cakap  kehidupan kite semuanya ada fizik,termasuklah stail mengurat....tapi cikgu tu ckgu praktikal kteorang time tuuh...kalo smpai form 5 die mngajar fizik,alamatnya susahlah dak2 kelas kteorang nk fokus sbb cikgu ni lawak gileer....


cerita tuuh selingan je..kat sini nak ceritakan momentum perubahan mahasiswa...so nak kongsi gambar teruslaaah...hmm...pelik tap benar,mengikut cerita2 PRK lepas mmg susah nk buat perhimpunan ni sbb akan de org kacau ,tap kali nii pihak keslamatan just provok bese2 n takde ahh sampai nk tarik brader speaker GMUKM kteorang...so ini adalh satu perubahan demokrasi yang menarik..jom saksikan:


Saturday, January 2, 2010

Kita tak diberi pilihan,tapi kita dah diberi tanggungjawab..so??pe cer

terpanggil untuk membuat post kali ini selepas sudah lama tidak mendengar  nasyid-nasyid perjuangan...terlupa katner simpan folder nasyid shoutul harakah ni...asyik layan lagu indie jee...hampeh betul.

sebagai student universiti...kite mesti nak yang terbaik...lebih-lebih lagi soal pointer...kalo yg slalu dapat 2 point mesti teringin al least nk capai 3,kalo dah dapat 3 at least nk try naikkan sampai dapat JPA...kalo dah lepas JPA try nak dapat Dekan lak..pas dapat Dekan nak capai 4 flat laaak...sume ni lumrah...lago-lagi kalo kite tgk member2 lain berfight nak naikkan pointer....termasuklah saya...sape taknak pointer tinggi,tapi ketidaktinggian pointer bukanlah dialasankan dengan gerak kerja,mmg diri sendiri tak pandai nak bahagi mase....kadang2 sedih melihat sahabat2 yg lebih tinggi pointrnya mengeluh kesah seperti tiada jalan keluar untuk pandai2 cr jalan naikkn pointer..dan jalan keluarnya....meninggalkan terus gerak kerja...

kita hidup mmg diberi pilihan..tapi kerja dakwah,menentang kezaliman,buat baik kat orang,tak pentingkan bukanlah satu2 benda yang kita bleh pilih nak buat ke tak tap tu mmg dah tanggungjawab kita sebagai umat Islam..Ajaran Islam mengajar kita untuk mematuhi arahan Allah tanpe perlu ada keraguan yg sengaja ditimbulkan syaitan utk kita,helllo.... kite ni hamba Allah yang hina okaaay,kita just menumpang je kat dunia niih...kita tak berhak mempersoalkan apa yang di suruh Allah pemilik dunia dan akhirat diri ini.

Tapi dalam soal nak paksa atau tak...kita kena sama2 fikir...mungkin selain memikirkan pointer kita...apakah salah kalo kite fikirkan pointer kwn2 kite laak..nak ukhwah sangat kan...haaaa ni laah salah satu nk pupuk ukhwah Islamiyah yang korang diajar2 dulu.

Benda2 ni walaupun nampak remeh (masalah hati) tap amat mencabar sesuatu gerakan itu...kite kne ingat jgn exclusivekan diri tuuh...biarkan diri 'dipergunakan' untuk Islam...penat,dimarah,dipaksa.didoktorin,dihalang atau apa sahaja..ni sume dugaan dari Allah untuk kita lebih mengigati Nya...mesti ramai tahu kan yang Allah takkan menguji sesautu kpd hambaNya kalo kite tak mampu...kite bleeeh pnyee,perbanyakkanlah berdoa kat Allah..think positive,buat kerja n jgn fikir byk sgt...lanyak je


Wallahualam....