Friday, October 29, 2010

Sifat baik hati

Salam

Dalam meniti arus kemodenan,makin lama norma2 simple seperti baik hati kurang terdapat dalam hati dan sanubari penduduk bumi.Kalau saya free,saya suka melihat video2 peperangan,penyembelihan manusia,manusia di robek perutnya,gambar ibu mengandung dibunuh dan anak masih terdapat dlm perut tap sudah kaku kematian,melihat video 2 org kanak2 ditembak kaw2 oleh tentera US d Iraq dan mujur terdapat askar US yg masih baik hati menolong anak kecil itu tatkala berperang dengan maut,manusia dibelasah kerana mencuri,rompakan bersenjata dan sebagainya.Dahsyat kan hobi masa lapang saya,tap sy xleh tgk vidoe2 hantu kalo xde teman hahahaha...pelik bin ajaib.

Itulah keadaan dunia sekrang,sifat baik hati yang sepatutnya ada kat semua orang dah lupus,pupus,hapus dan mampus dalam sanubari ramai orang.Macamna nak pupuk sifat ni,baik hati bukan bermaksud bodoh..sy harap pembaca faham dengan satement ni.Baik hati yang saya war2kan katsini bukanlah seperti situasi...najib membentangkan bajet 2011 dengan mengatakan isu2 remeh seperti kelambu,seluar dalam,bedak talkum dan sebagainya dan kita dengan baik hatinya mengatakan,waaaaaaa PM kita sangat mengambil berat.NO!!!!!!! salah tahap gaban aaah kalo nak baik hati macamtu,xde maknaye.

So,saya seyesly sangat suka dengan orang2 yang baik hati ni..baik hati dapat di describe seperti buah jatuh kat supermarket then de org tolong angkatkan,de org nk melintas di garisan zebra dan ada yang berhentikan motornya,org dalam kesusahan ditolong,barang member tertinggal kita tolong bawakan,member xde duit nk mkn bwalah die p kenduri kat masjid kalo kite xde duit nk belanja die, nak tumpangkan motor selagi terdaya motor tu nk naik nek bukit KIY,FST,Fpend dan Zabba and banyaklah perkara2 yang baik hati yang boleh saya nampak.Saya nak sangat jadi org baik,tap kadang2 kata2 saya kasar dan tulisan2 saya mengkritik sape2 laah mnyebabkan org kata "mulut longkang" tap entahlah saya xleh tahan aah dengan manusia2 yg nmpak baik tap zalim pd hakikat.Saya akn terus berusha dan brusaha mnjadi seprofasional yang mungkin kepada semua orang..manusia tida betulnya setiap kali tindakanya,mesti ada kekurangan,kecatatan,nafsu durjana,dosa dan noda.Apapun berusahalah menjadi manusia dan makhluk Allah yang baik hati k.

Sweet





VS

kerek

Monday, October 25, 2010

25 Oktober 2010..hari paling penuh dalam hidup

Assalamualaikum.....

Entry kali ni,saya nak buat santai2 je almaklumlah kepala masing2 tengah dok memikirkan exam,exam dan exam..

tepat jam 6 pg saya yang ketika itu tidur di bilik k.mell KIY dalam keadaan jaga dan x jaga,study punya pasal sebab 25 hb tu ada 2 paper utk dilangsaikan jam 4 baru mata dapat lelap.Golek punya golek maka bangunlah saya dan naik moto balik ke bilik kolej UO.Bersiap dengan cekapnya so bersedialah saya untuk ke exam,sampailah ke Dewan Gemilang menghabiskan 2 jam 30 minit mensettlekan subjek Kimia Alam Sekitar,urmmm not bad lahhh soalan dia.Bawa motor kembali ke UO,makan dan p dobi menghabiskan 2 beg baju yang (sape pnye ntah) then settle sumanya balik bilik study sket2 then tertidur tapi hati2 sebab 3.30ptg ada lagi exam.Keluar dari bilik menuju ke moto kesayangan..sudah...........kunci motor yang disekalikan dengan kunci bilik tertinggal dalam bilik.

Cool kan keadaan,tunggulah bus depan UO tu.."dah lama x naik bus" bisik hati saya,segalanya berjalan lancar cuma saya secara jujurnya tidak suka naik bus UKM lagi2 kalo yg naik tu sume tengah muka kelat nak pergi jawab exam,dalam hati bertekad nak balik jalan kaki dari DG ke UO n nak excersice skali.Paper yang ditakuti Teknologi Pemprosesan Oleokimia saya selesai menjawab kurang dari masa yang diperuntukan..banyak sebab kenapa saya keluar awal,1)saya dah siap, 2)saya tak tau nak semak apa dah,   3) xde idea nak tambah dalam penulisan, dan yang paling dahsyat 4)saya mengigil kesejukan dalam DG kerana tmpt duduk brhampiran dengan aircond ditambah dengan hujan yang amat lebat.Jalan kaki dari DG,jalan punya jalan sambil dengar radio ERA saya melintas garisan zebra,dekat situ ada satu adegan yg cukup membuat saya tersentuh.Seorang lelaki yang saya cam x cam memberhentikan motornya depan saya,dia ajak saya naik motor dengan dia??salah!!die berhentikan motor dia n bg saya jalan dulu,sweet..sbb saya kalo naik motor jarang nak berhenti kalau nampak de org nak lintas...huhuhu terpaku seketika tambah malu dngan sikap diri sendiri,senyuman ikhlas tanda terimakasih saya lemparkan,brader tad?x balas pun senyuman saya..hahahaha.

Tetiba rasa nak makan roti d zar bakery dalam masa yang sama mak n ayah call bgtau abg nak dtg UKM amik hp (hp abng hilang ,so mak kirimkan).Sebelum jumpa tu nak pekena roti atas dia tuna yang berharga RM3.00 dengan air kopi O,tgk2 roti kesukaan saya dah xde,so nak makan bubur, baru je amik mangkuk dah akk cafe tu buat2 nak mengemas...wuaaaaaa sabar je lah hati ni.beralih nak makan waffer seblah zar bakery,tunggu punya tunggu xde pulak org dalam kedai n perut dah berbunyi2.Jumpa dah ngan abng,borak punya borak kami beruda melangkah balik ke UO.Satu masalah mcmne saya nak amik hp abang padahal kunci bilik tertinggal dan ironicnya kunci spare dr pejabat pun disekalikan sbb sy x pulang2kn lagi.Try guna kad,dekat sejam jugaklah...peluh dah menitik2,rasa macam nak pengsan,lapar jangan cerita..sy pun buatlah adegan kungfu dekat pintu tu,x juga dapat buka,dekat sejam jugaklah....maghrib akhirnya,rasa nak menangis,stay kat surau UO,beraircond pulak,lagi lah mengigil jantung niih MasyaAllah.Abang lak hangin sebab die tunggu lama sangat,then try contect felo kot2x bleh tolong, namun tiada balasan sms diterima.Nak x nak kena usaha sendiri,saya ajak abang saya p bilik saya kot2 dengan sepakan seorang lelaki pintu itu bisa dibuka.cover line baik punya,ia lah kalau lelaki masuk blok perempuan,kalo salah faham ke apa x ke naya,tap ni kes darurat nak x nak kena minta tolong abang juga sepak.PANG!!!!!dengan sekali sepakan pintu berjaya dibuka,saya ketawa tak henti2..abang tgk keadaan bilik, membebel sket2 then online jap kami pun turn makan kat cafe UO.

Memang rasa penat sangat-sangat,tap kalau dah boleh update blog lepas apa yang berlaku tad,maksudnya Allah dah menutralkan balik keadaan penat tad menjadi x penat dah.X payahlah ye cerita apa yg dh jd pd tombol pintu.Selepas kejadian ini saya bertekad akan berusaha untuk turun training silat selagi boleh,daya sepakan saya lemah terbukti dengan kegagalan membuka pintu,Thumbs up to my brother sbb tolong walupun terpaksa masuk blok pompuan..ok lah tu,bila lagi kan,itu sahaja merepekan saya kali ni,wassalam n jumpa lg.

Saturday, October 23, 2010

Muslimah..hanya pada nama

Assalamualaikum..

Tajuk blog tiada kena mengena dengan Muslimah Marsi.hehehehe...Negara dikejutkan dengan penganjuran busana muslimah IFF.Rata-rata blog telah mengemukakan pandangan tidak kurang yang mengkritik dan ada juga yg bertindak sbg pembela Datin Rosmah bini najib (BN).Kebanyakan pereka fesyen dan orang yang hadir ke festival itu merupakan pecinta fesyen namun malangnya akibat daripada alasan mencintai fesyen itu ,menjadikan ada antara umat Islam yang hadir melupakan kesucian agama sanjungan kita ini Islam.Sedikit2 tulisan islamik yang ditempel di dada model yang cantik,seksi lagi mengoda seakan-akan tidak kena.Sesuatu benda suci timbah dengan hal yang tidak suci,subhat atau haram maka kesimpulanya kesemua hal itu wajib dielakkan.Analogi yang saya boleh bagi,daging babi yang dimasak asam pedas adakah boleh untuk kuah asam pedas itu kita makan.Dan jawapanya adalah tidak!!!!!



Mereka yang bukan Islam sememangnya tidak faham atau buat-buat tidak faham dengan senstiviti ini.Yang Islam kebanyakanya bersikap terlebih toleransi hal-hal yang berkaitan dengan agama.Wanita Islam kini juga kurang menjaga aurat,cara mereka berpakaian seolah bertelanjang.Ya mereka masih menutup kepala namun tudung yang dikenakan tiketatkan dibahagian leher untuk menampakan bentuk leher yang jinjang,menjadikan kepala seperti bonggol unta,menampakan telinga itu baru bahagian tudung.Jika diturunkan sedikit pandangan bahagian dada sengaja diketatkan bagi menampakan bentuk-bentuk,alor gajah,alor star dan sebagainya seluar lagi payah nak describe.pakaian yang jelas tidak mematuhi piawaian Al-Quran dan hadis.Astaghfirullahalzim...perkara ini berlaku tidak jauh dari kita,ibu,akak,adik dan juga kawan-kawan kita.Ingin mengeur bimbang mereka akan berkecil hati,maka gunakanlah method2 dakwah yang dirasakan sesuai.Tidak salah untuk berfesyen,kerana saya juga meminati rekaan-rekaan fesyen masa kini tap ssewajib-wajibnya biarlah ia menutup aurat dan bukanya membalut aurat ate burok bebeno hendok melihatnye (practice nk jd org teluk intan).

Sudah masanya untuk kita sama-sama memperjuangkan kembali kecantikan muslimah-muslimah kita ini dengan bersama-sama "say no to ketat,sendat dan melekat".Carilah baju-baju yang fasionable dan gaya seniwistic itu ada dinmana-mana tidak semestinya dengan memakai pakaian yang biasa wanita-wanita Islam/muslimah sekarang gayakan.Gelarkan diri kita wanita-wanita Islam semua sebagai muslimah untuk kita lebih yakin dan seronok untuk berpakaian mengikut syarak.Jangan malu membuat kebaikan kerana Allah sukakanya walaupun ada mulut2 longkang manusia mempertikanya.Jalan perubahan masih ada,carilah dan berusahalah kerana saya juga wanita biasa.

Tuesday, October 12, 2010

Tension?meh saya kongsikan cara mengatasinya

Assalamualaikum....
Mesti ramai yang selalu berhadapan dengan situasi tension,mungkin apa yang saya gariskan kat sini tidaklah setension mana bagi pembaca..tap ketahuilah nak taknak manusia ni memang akan rasa tekanan.tapi tekanan tu sume ada cuma ia besar ngan kecil je..

1)Rasa tertekan tatkala masuk kebilik,baju bertimbun tidak terbasuh
kaedahnya..tarik nafas dalam2..bau ruangan bilik anda,adakah ia berbau menyegarkan atau bau berkepuk2 baju yang banyak..kalo masih boleh bernafas xpe hold on dlu proses pembasuhan..kalo berlakunya kesukaran bernafas,asingkan baju yang ingin dicuci tangan dan baju yang ingin dibawa ke dobi..ataupun gunakan dobi  sepenuhnya atas kekangan masa yang tidak dapat dielakkan.gunakan 2 kali sekaligus mesin basuh..seelok2nya elakkan dtg ke dobi pd waktu kemuncak atau ramai org,kantoi laah nnti bju korang byk..datang pd waktu lepas subuh atau sebelum subuh.

2)meeting yang panjang dan "panas"
tenang dan tarik nafas dalam2,pikirkan apa kepentingan meeting ini.jika ia melibatkan sstu yg besar,bersabarlah dengan kepanjanganya dan berdoa semoga Allah mmberi ilham kpd ahli2 meeting utk memendekan prcakapan.bagi meeting yang agak panas seperti kita dibasuh,dihentam,disindir dan apa sahaja..tenang...dan kalo masih sukar untuk tenang,keluar sebentar dari meeting....amik angin malam atau siang,minum air..berborak2 dengan rakan2 dluar bilik meeting,gelak tawa sedikit..then masuk balik bilik meeting dengan semangat dan kekuatan hati yang baru.try mencatit agenda2 meeting dan mungkin juga ilmu baru untuk mngelakan rasa boring.Jaga eksperasi muka bagi mngelakkan kita dilihat sbg tidak menghromati ahli majlis meeting,respon dengan keadaan meting..atleast bg pendapat or apa shaja.Elakkan hanya berdiam diri dalam bilik meeting sebabnya bagi saya...baik korang takyah datang meeting.

3)tengah sedap2 tido terjaga gara digigit nyamuk
bangun..buka lampu dan cuba cari mana2 nyamuk yang ada..tampar nyamuk tu laju2 kerana menganggu waktu tidur anda dan percayalah jika dapat nyamuk yang berdarah2 lagi puas ati krn brkemungkinan darah itu adalah kepunyaan kita..rasailah kepuasan sebenarnya..HAHAHAHA (nada jahat),selepas itu cuba sambung tidur anda dengan beberapa langkah keselamatn contohnya pasang ubat nyamuk atau pasang lampu atau selubungi tubuh dengan selimut kalo keadaan cuaca yang mengizinkan.

4)ttiba rasa assigment yang melambak2
percayailah bahawa perkara ini bukan tension yg sebenar sbb mmg salah kita yang sellau menagguhkan kerja..haaa rasakanlah peninganya,xpe2 try buat one by one mngikut piroriti dan kesenangan..mulakan mne yg senang dan sikit kpd yang susah dan bnyak.korang pun dah besar so pandai2 lah ye...

Mungkin itu sahajalah kot yg saya dpt kongsikan bersama korang..bolehlah share mne2 teknik lain,dan yang penting selalulah ingat kat Allah k..salam sume

Thursday, October 7, 2010

Kita nak ubah apa sebenarnya??

Assalamualaikum..

agenda perubahan yang selalu dicanagkan??kita nak ubah apa sebenarnya??soalan itu pernah dilontarkan kak izah ketika saya,mar dan jun dalam perjalanan ke senaling Negeri sembilan baru-baru.perbincangan serius yang tak beberapa nak serius tatkala mar memulakan lawaknya dan mija dengan bergurau pulak dia..jun layannnnn,k.izah geleng2 kepala dan saya??dengan ayunya mengelakkan lawak mar HAR HAR HAR HARAKAH...

Tahun satu selalunya sering diugut bahawa kalau korang tak aktif kolej,kamu akan dibuang kolej..seyesly saya dah rasa nak termuntah dengar ayat niih,ni adalah modal lama dan lapuk yang sering digunakan orang2 tertentu tidak lain bertujuan ingin mengkuda-kudakan adik2 yang masih naif,suci dan adakalanya boleh dianggap sebagai lembu dicucuk hidung..maaf agak kasar bahasa ini,nak tau kenapa saya menggunakan ayat sebegini, kerana saya khuatir adik2 tidak meletakkan nilai rezeki itu diatas kehendak Allah..kita jangan lupa bahawa makanan,tempat tinggal,tempat belajar semua itu adalah rezeki dari Allah..Dan ia sama sekali salah dan TIDAK BETUL untuk kita mengaggap bahawa pengetua,felo dan jaksa2 yang menentukan arah tuju kehidupan kita.kebebrgantungan kita terhadap Allah yang memberi rezeki untuk dapat kolej atau tidak serba sedikit akan terlari dan terpesong.Ingtlah bahawa semua ini penentu samaada akidah kita mantap atau dapat digula-gulakan oleh manusia yang hampeh barangkali pada saya.

Mereka-mereka ini menggunakan kuasa yang telah diberikan untuk meng ugut2 dan kemudian mengatakan nasib kamu ditangan saya...pe sume nii ooi,xyah ckp bnde2 lain dlu aah..baru diugut buang kolej kita dh kecut,sanggup diguna2kan pada masa yang sama hati tu tidak tenteram mengenagkan kelembapan dan kepenakutan diri..ye saya akui,sifat berani bukan satu sifat yang boleh dipaksa2 untuk ada pada setiap orang,tapi jika ia melibatkan kebergantungan kita terhadap Allah goyah tatkala disergah dengan bnde2 kecik begini,saya menyeru untuk kita semua chek balik diri ini,adakah kita benar2 takutkan Allah ataupun kita masih boleh ditakutkan dengan manusia2 hampeh niih.

hampeh tak hampeh dorang ni mmg tak ramai yang tahu.Bila mereka berkata2 seolah2 mereka lah paling baik,putar belitkan persoalan adalah kepandaian mereka,berdolak dalih,takut berhadapan dengan kenyataan,merasakan sistem yang direka adalah yang palin baik padahal survey yang dilakukan tidak mengatakannya.Mentang2 ada kuasa,mereka lah raja merekalah diktator yang boleh melakukan apa sahaja.tapi mereka lupa bahawa Allah jualah yang mmberikan mereka kuasa itu,mereka sombong, angkuh dan pelbagai lagi perbuatan keji dan pada masa yang sama mereka mengatakan perbuatan mereka itu adalah benar.Sunggu kalian dalam keadaan yang salah..tap ingatlah bagi yang memahami situasi adalah menjadi tanggungjawab korang semua untuk membetulkan keadaan supaya ia tak menjadi lebih buruk.

Ketahuilah jalan taubat masih ada dan bagi yang berjuang,jalan perjuangan anda masih panjang...lupakan isu2 kecil untuk memperbetulkan isu yang besar2 belaka ni.

Wassalam
Siti Sarah