Friday, November 26, 2010

Kesenangan juga adalah ujian dari Allah

Rasa sayu membaca kisah Siti Esah yang merupakan sahabat saya dari Kolej Ungku Omar yang sama2 mnjadi PACA ketika PRK lepas.Beliau telah meninggal dunia dalam kemalangan pulang ke kampung di Kelantan.Kisah kepayahan keluarga Siti saya terbaca d blog GAMIS baru2 ini kerana seorang ibu tunggal yang baru kehilangan seorang anak sulung dan berusaha membesarkan anak2 kurniaan Allah.Ramai sahabat2 saya yang merupakan dari golongan susah dan ramai juga sahabat2 saya dari kalangan orang yang senang dan berada.Kesenangan yang Allah bagi perlu dilihat sebagi satu ujian bagaimana untuk kita menguruskan duit,ke mana kah duit itu disalurkan,adakah hanya untuk kepentingan kita dan keluarga sahaja,adakah digunakan untuk jalan Islam dan sebagainya.Cerita pasal duit,ia merupakan isu yang agak sensitif..ada yang suka dilihat kaya,ada yang rasa hina dilihat miskin dan ketahuilah semua yang berlaku ada hikmahnya antara kita sedar dengan hikmah itu atau tidak je.

Payah saya nak tulis entry ni,sbb saya rse ia x dapat diluahkan dengan kata-kata.sampai sini sahaja k///

Wassalam

Monday, November 8, 2010

jauh di lubuk hati saya:saya sangat2 sedih

Assalamualaikum..

Maka dengan ini konfem ayah saya akan dipindahkan ke Teluk Intan Perak,tiada lagi Telipok,Tebobon,Kg.Mikrowave,Kg.Kinapulidan,Tawau,Pulau Larapan dan sebaginya di negeri Sabah.Sebuah negeri yang banyak mengubah hidup saya,sebuah negeri yang mengajar saya erti bersyukur,negeri yang memperkenalkan saya dengan jalan dakwah ,negeri yang mempertemukan dengan pelbagai kawan2 saya yang sangat cool,negeri yang saya tidak bosan untuk pergi berjalan dan macam-macam lagi.Mula-mula berpindah ke Sabah saya tidak excited mana,melainkan pada waktu itu terasa seronok menaiki kapal terbang buat kali pertama.Rasa bosan berkenalan dengan budak2 Sabah,saya sombong,kerek dan malas nak layan kwn2 baru saya.Saya pelik,kenapa semua nak tegur saya.Kalau dahulu sekolah di Kajang,lagi kau budak baru xde bndenye nak kena tegur2 olh senior n kwn2 lain.Saya sangat pelik,kenapa dorang ni peramah sangat,mula2 mmg saya agak dipulau d Sekolah Kebangsaan Agama Inanam,SEMAI kerana muka kerek nak mam....hahahaha kelaka teringat hal mule2 msuk skolah kat situ.Lama kelamaan semua itu berubah,kwn makin ramai,makin lah nakalnya..selalu kuar dr sekolah,ponteng prep dan mcm2 lagi..budak2 mmg pelik.

Berpindah ke sekolah harian krn ada masalh kesihatan,not bad laaah.Memang lagi best kerana kat sekolah tu saya belajar mendekati kawan2 non muslim.Dorang ok je,open minded..simple xde nak kecoh2 hal2 remeh,pendek kata tedalah bah kesemangatan sangat.Belajar datang usrah,belajar berdakwah dengan non muslim d Bandar KK,jadi atlet,masuk pertandingan debat,pantun dan sebagainya.Alhamdulillah saya antara yang terlepas dari cinta-cintun monyet,mula2 teringin tetibe rasa poyo pulak nak couple2 nii..geli je.Matang jugak saya masa budak2,yang tercouple masa korang sekolah bermakna korang kurang matang,hahahaha.Masuk Matrik di Labuan join usrah JIM selama setahun lagi mengajar saya menghargai ukhwah,tap something is missing..xde pulak ceramah PAS kat Labuan ni kot2 nak pg,rupa2nya ada cuma saya je tak tau.Its okay bah.Ulang alik naik kenderaan laut,feri,speed boat n airplane.Semua pernah rasa,enjoy sangat.De sekali tu naik speed boat dan kebetulan ombak kuat,speed boat tu rse cam nak terbalik,air laut membsahkan baju dan beg laptop.cuak?hnya Allah yang tahu.

Tempat-tempat menarik jangan cakaplah, Gunung Kinbalu,Pulau Manukan,Pulau larapan,Bohek Dulang,Simpang Mengayau,Mersilau dan pasar kat sabah paling best sbb seafood yg fresh dan murah2.Lobster je belum pernah makan sbb mahal sangat,Ingat nak jalan masuk Meliau Basin pulak,tap mcm x sempat je nk masuk hutan tu.Habis pusing dah Sabah ni,x tahan mmg korang akan muntah sbb jalanya yg bukan mcm katsni,penuh suspen dan pancaroba..perghhh kene pegi sendiri baru dapat rasa...

Pulau Bohek Dulang..kalo korang x jeles x tau aah nk ckp pe.hehehe

Coklat yang ada kat Labuan n langkawi kot..sedap?malas aah nak cite

member matrik..kalo ulang alik rumah n matrik Labuan suka naik feri ni sbb atas die kwsn lapang tidak berbumbung..sesuai untuk layan blues

Ok.Belakang tu adlah gunung..........

Minah yg sy peluk tu totok Sabahan,kalu kawen pun mak die soh ngan org sabah,hahahahaha 


Sedih meingigatkan yang saya akan pindah dari Sabah tap amat berharap kalau abang din dapat kerja sana,bolehlah berjalan lagi.waaaaaaa...sangat seronok dan beronok2.Yang bestnya adalah saya tidak perlu lagi menoggok kebosanan 2 jam 30 dalam filght lagi,jimat duit dan paling penting dekat dengan family,senang nak balik raya or what so ever.Urmm, dimana Allah campakan saya dan family setiap itu semua ada hikmahnya,semoga kami berbahagia selalu.

Saturday, November 6, 2010

Medan Muhasabah:Kekalahan Pilihan Raya Kecil

 
 
 
 
 
 
1. Keputusan pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi sedikit sebanyak membuatkan kita sedih apabila keputusannya tidak berpihak kepada kita [ Pakatan Rakyat ] di saat kita sangat dambakan kemenangan ke atas Barisan Nasional .

2. Namun kita tidak boleh berputus asa , jauh sekali untuk kecewa dengan perjuangan yang kita dokong setelah kita yakin bahawa perjuangan ini adalah benar dan suci . Justeru keputusan pilihanraya yang tidak berpihak kepada kita bukan bererti kita kalah atau menyerah kalah.

3. Sebaliknya kekalahan kita dalam pilihanraya kecil baru - baru ini membangkitkan kembali semangat untuk terus berjuang dengan memperbaiki segala kelemahan dan membetulkan segala kesilapan .

4. Sewajarnya kita bersikap positif dan senantiasa optimis terhadap masa depan perjuangan Islam yang kita dokong ini. Tanpa perlu kita saling tuding menuding atau salah menyalah antara satu sama lain , sebaliknya kenal pasti kelemahan dan kekurangan yang perlu diperkasa dan diberi nilai tambah untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang .

5. Kita selamanya tidak boleh bergantung kepada kelemahan musuh untuk mencipta kemenangan bahkan kita mesti miliki keupayaan sendiri untuk melakar peta kemenangan dan tentunya kita mempunyai keistemewaan tersendiri sebagai sebuah Gerakan Islam untuk mencapai matlamat perjuangan ini.

6. Tanpa memandang rendah pada tahap kekuatan dan kemampuan Barisan Nasional , kita jangan hanya menuding punca kekalahan dalam pilihanraya kepada mereka , kerana sifat mereka sebagai musuh politik kita , pastinya mereka akan melakukan apa sahaja demi mencapai kemenangan .

7. Persoalannya kenapa kita boleh dikalahkan oleh mereka sedang mereka juga boleh dikalahkan oleh kita. Sebagai contoh , pasca pilihanraya umum yang lalu [ 2008 ] , kita telah melalui 13 kali pilihanraya kecil dan kita Pakatan Rakyat memenangi 8 daripadanya iaitu Permatang Pauh , Penanti , Permatang Pasir , Bukit Gantang , Bukit Selambau , Kuala Terengganu , Manek Urai dan Sibu . Sementara Barisan Nasional menang 5 kerusi iaitu di Batang Ai , Bagan Pinang , Hulu Selangor , Batu Sapi dan Galas .

8. Senario pilihanraya kecil ini menyaksikan masing - masing parti mempertahankan kerusi yang telah di menangi masing - masing dalam pilihanraya umum kecuali kerusi Hulu Selangor dan Galas berjaya dirampas oleh Barisan Nasional sementara kerusi Kuala Terengganu dan Sibu berjaya dirampas oleh Pakatan Rakyat .

9. Realiti ini menunjukkan kedua - kedua parti tidak boleh berasa selesa dengan kemenangan yang dicapai apalagi untuk angkuh dan congkak dengan sokongan yang diperolehi , kerana politik moden hari ini jelas menunjukkan bahawa , sesebuah parti kini boleh menang dan boleh kalah dengan mudah . Bukan sahaja kerusi tetapi juga kerajaan . Buat masa ini secara realitinya telah ada 5 buah negeri yang mengalami pertukaran kerajaan malah kerajaan persekutuan juga hampir bertukar tangan apabila kini telah hilang majoriti dua pertiga . Termasuklah kerusi - kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan yang majoritinya beralih tangan kepada Pakatan Rakyat .

10. Ini adalah fakta yang mesti diinsafi oleh semua termasuk kita , walaupun kita telah berjaya mengekalkan kerajaan di Kelantan selama 20 tahun . Tempoh yang dipertahankan ini bukan untuk dibangga jauh sekali untuk berasa angkuh dan sombong , tetapi ianya diraikan untuk menimbulkan rasa syukur dan insaf betapa besarnya amanah dan tanggungjawab yang terpaksa dipikul sebagaimana ia dirasai pada hari pertama kita mengambil alih pemerintahan di Kelantan pada 1990 yang lalu.

11. Kita kalah di Galas dan Batu Sapi saat kita sedang siap menghadapi pilihanraya Sarawak dan juga pilihanraya umum kelak . Saya kira tidak perlu kita ratapi kekalahan yang diterima kerana ia tidak mungkin lagi merubah keputusan , sebaliknya fokus kepada persiapan strategik untuk memenangi pilihanraya umum ke 13 . Post Mortem yang teliti , benar dan jujur mesti dibentang untuk memastikan pergerakkan kita dihari esok berjalan lancar sebagaimana dirancang .

12. Usah kita berasa malu dan hina untuk mengakui kelemahan justeru ia tidak menghilangkan sedikit pun kemuliaan kita asal sahaja kita bermaksud lurus dan ikhlas. Malah ini bukan masanya kita mahu menilik "hidung tinggi" dan menggilap "kasut kilat" sebaliknya ini adalah detik dan ketikanya kita merendah diri , mengakui kelemahan , bersedia ditegur dan dimuhasabah serta apa yang paling penting ialah sedia berubah ke arah yang lebih baik .

13. Kita juga mesti realistik . Elakkan sentimen dalam membaca situasi dan jauhi emosional dalam merangka strategi. Mesyuaratlah dengan hati yang damai dan jiwa yang tenang tanpa pra sangka. Bawa jiwa yang setia pada jamaah dan wala' pada perjuangan Islam yang didokong. Bajai ukhuwwah dan rapatkan saff kita . Akur pada fakta dan bertindak dengan bijak berasaskan keputusan jamaei .

14. Sayugianya kita insaf bahawa kemenangan adalah kekal milik Allah swt. Allah jua lah yang akan menganugerahkan kemenangan tersebut . Apa yang kita mahu ialah kemenangan yang dikurniakan secara redha kepada kita bukan kemenangan yang diberi secara istidraj [ beri dalam murka ] .

15. Kekalahan kita di Galas dan Batu Sapi bukan pengalaman pertama yang dialami oleh parti tetapi sejak tahun 51 , entah berapa kali parti kalah namun tidak pernah pula generasi terdahulu patah hati dan semangat dalam meneruskan perjuangan sehinggalah ia diwariskan kepada kita hari ini . Ingatlah perjuangan ini tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak diasaskan pada hari ini . Bukan kita yang memulakan perjuangan ini , maka demikian juga bukan kita yang akan mengakhiri perjuangan ini .