Sunday, March 13, 2011

Tsunami itu berlaku lagi...

Ya Allah...

Sungguh Allah itu Maha Berkuasa atas tiap sesuatu.Sekali lagi dunia digemparkan dengan Tsunami yang saya yakin pasti meremang dan hampir menitis airmata melihat ombak2 itu seakan2 membersihkan dosa2 yang dilakukan oleh penduduk dunia.Kecepatan ombak yang boleh disamakan dengan kelajuan kapal terbang iaitu 400 km/jam.Siapa yang boleh lari tatkala dah melihat ombak sebegitu mengejar kita dari belakang.Sebagai orang Islam,baik benarlah kita mengambil ikhtibar dari bencana alam sebegini.Pelbagai hikmah yang dapat kita amik seperti contoh,jika Allah ingin mengurniakan nikmat,nikmat itu diberi kepada orang yang terpilih.Namun,jika Allah ingin menurunkan bala,ia datang tanpa mengira terpilih atau tidak seseorang itu.Jika diturunkan bala dalam kita berkeadaan sedang beriman pada Allah,maka Alhamdulillah.Tapi yakin sangat ke bahawa nanti dah nak meninggal,diri kita masih beriman.Nauzubillah...

Saya takut mengulas panjang perkara sebegini.Kerana saya sorang manusia yang hina tanpa ilmu agama yang mendalam.Saya bukan golongan sufi,alim ulama dan sebaginya.Tapi,itu semua tidak menghalang untuk kita sama-sama mendalami ilmu Islam yang Mashallah sangat banyak ini.Apa lah salahnya,dengan bencana2 sebegini kita melihat dari sudut keagamaan selain mempelajari ilmu sains,geografi dan mengenai reaktor nuklear yang dikatakan bocor dan tercemarlah alam sekitar dengan kesan radiasi.Teknologi2 yang dibina manusia sendiri mungkin juga mampu mendatangkan bencana kepada negara sendiri.Pelbagai sudut boleh dikupas,jadilah manusia yang sentiasa mencari untuk mengetahui kebenaran tanpa rasa jemu.Ilmu sangat banyak,maka banyakanlah membaca,bertanya,berusrah dan sebaginya.Ya Allah....tiada kata mampu diucap melihat kejadian yang Engkau saksikan dihadapan mata kami ini,maka ampunkanlah dosa2 kami Ya Allah....

No comments: