Monday, April 11, 2011

Harusnya tindakan itu seperti orang dewasa

Assalamualaikum...

Siapa diantara kita yang masih merasakan diri itu budak-budak lagi??Saya merasakan saya seorang wanita dewasa semenjak saya tingkatan tiga.Walhal,pada waktu saya tingkatan satu ramai yang mengatakan wajah dan perangai saya seperti pelajar ting.4..So what sarah?? bajet nak bgtau ko ni matanglah ye..hahaha,xdelah,apa yang cuba saya sentuh,adalah lebih molek jika umur yang melangkaui 17 tahun keatas sikap dan perangai haruslah seperti orang dewasa.Saya ni pun x lah bagus sangat setiap masa.Dalam masa perlu untuk bersikap matang kita harus dan wajib mematangkan diri.Matang dan dewasa adalah berkaitan.Saya ingin berkongsi satu cerita,pada mulanya saya sangat tidak suka akk-akk ini memanggil kami adik-adik ketika saya tahun 1 di UKM.Saya agak menyampah dengan panggilan adik2 pada waktu itu,ini kerana bagi saya saya seorang dewasa yang tidak menggemari panggilan adik-adik itu,lagipun perbezaan umur hanya 1 2 tahun je ..lama2 dengan keadaan adik2 ni,perkara yang saya menyampah pada mulanya,saya yang buat pada waktu sekarang ni.Konklusinya...jangan membenci sangat kepada sesuatu tatkala perkara itu kita akan buat.Bersederhana saja.

Dewasa dalam perlakuan,percakapan,pemakaian dan sebagainya.Sentuh bab perlakuan,adakah orang dewasa akan melompat-lompat dikhalayak ramai,mestilah tidak.Cara jalan yang menunjukkan karismatik seseorang pemimpin,keayuan dan sebagainya.Urmmm..x pandai saya mengulas bab2 kedewasaan yang luaran ni.Bagi saya kedewasaan dari segi pemikiran dan pertuturan adalah lebih penting berbanding yang lain2 walaupun "we can judge the book by it's cover"..Matang menghadapi situasi yang membuatkan kita hangin,macamne cara nak melepaskan hangin kita berbanding hanya menyatakan perkataan kesat seperti "CELAKA","BENGAP" n what so ever..orang yang matang pasti berani,berani berhadapan menyatakan hasrat walupun hasrat itu berisiko.Berani untuk menyatakan ketidak puasan hati dengan cara yang betul,bergaduh,berbaik dengan penuh adab dan akhlak seperti mana yang diajar Islam.Islam ni dah syumul,pandai2 kita lah mencari ilmu2 manusiawi ini dalam kitab2 n Al-Quran.Jangan pula ada yang mengeluarkan ayat2 Al-Quran untuk kita bermuhasabah kita dah naik hangin,perangai ni sangat tak matang.Boleh dianalogikan seperti anak kecil yang menangis walaupun semua permintaan die telah dipenuhi,botol susu diberi,telah dibuaikan,telah diberi makan tapi masih menangis...ruapa2nya mengada2 meminta didokong 24 jam,banyak cantik ko.

bajet comel..hahaha
So..jadilah dewasa seiring dengan umur,amanah,tanggunjawab dan sebaginya..Kita sudah dewasa,akuilah kedewasaan kita ini.Akhir kata,gud luck final exam.

No comments: