Tuesday, July 12, 2011

Sebuah Kisah Benar (BERSIH 2.0 9 Julai 2011)

Di suatu malam yang hening,dia tunduk kepada Allah memohon perlindungan dari Allah dan berdoa semoga Allah membenarkan dia untuk turut serta dalam perhimpunan Bersih2.0 di Kuala Lumpur.Alhamdulillah berkat usaha,doa dan tawakal, ayah dan ibunya menigzinkanya untuk ke medan BERSIH 2.0. Dan lebih menarik,ibu nya juga sanggup menemaninya ke Kuala Lumpur.Perjalanan yang seharusnya 3 jam menjadi 5 jam akibat 5 sekatan jalan raya yang mereka berdua tempuhi.Paling dahsyat apabila roadblok yang ke 5 ketika ingin memasuki Kuala Lumpur.Kemarahan jelas diwajah,namun atas tekad dan iltizam ingin turun ke BERSIH 2.0 mereka berdua sabar dan tenang sambil mendengar alunan muzik didalam kereta.

Sesampai sahaja ke rumah abangnya,telah kelihatan kakak dan 4 rakan-rakanya yang telah tiba lebih awal dengan menaiki bus dari Melaka.Mereka juga mempunyai niat yang sama.Usai solat langsung tidur dan terjaga untuk solat subuh.Mengemaskini diri dan peralatan-peralatan untuk ke perhimpunan aman BERSIH 2.0 seperti garam,tuala,air,sedikit duit dan sebaginya.Bawa apa yang perlu kerana masing-masing faham kepenatan untuk berhimpun ini adalah dahsyat. Tepat 8.15 pagi setelah selesai berdoa yang diaminkan beramai-ramai mereka mulai gerak menaiki train.Destinasi yang dipilih adalah Stesen Keretapi Kuala Lumpur.Sampai disana dia menjumpai pula rakan-rakanya,rindu sudah lama tidak berjumpa namun masih terlalu awal untuk ditangkap sebelum ke perhimpunan kerana ada sahaja mata-mata yang memerhati.Senyum sahaja lah pengubat rindu,sembang pun hanya mampu sikit-sikit sahaja.

Lebih kurang 30 minit, 2 beranak dan kakaknya itu menunggu di stesen keretapi.Tiba-tiba bunya meminta untuk menemani menjamu nasi.Kelaparan barangkali,dia pun ikutlah ibunya kemana sahaja ibunya jalan.Ruangan jalan kosong dan hanya dipenuhi dengan trak-trak polis,dia agak hairan kenapa ibunya macam biasa sahaja padahal kebarangkalian mereka berdua ditangkap adalah tinggi kerana memang dia selalu dengar bahawa polis akan menangkap sesiapa yang berada dalam group yang kecil,dengan keyakinan yang disalurkan kepada Allah,kedua anak -beranak itupun berjalan-jalan disekitar Kotaraya,Petaling street dan pasar seni.Si anak mula berfikir dan bersangka tidak baik dengan ibunya..dalam hati berkata "ibu aku ni tak nak bagi aku join perhimpunan ke?tu yang bawa aku jalan-jalan ni"...urmmm,setelah beberapa minit berjalan mereka berdua berehat sambil diperhatikan mata-mata nakal yang berwalkie talkie.Dia pun mulalah berbicara,'ibu jom kita masuk KTM balik,peserta macam dah nak keluar je tu".Si ibu yang cerdik tengah call kakaknya yang masih berada d KTM itu,suasana dalam telefon amat bingit,kakaknya mengatakan ramai yang ditangkap.Dia pun excited,"jom laah ibu pergi tengok",cepatah-cepatlah"...Ibunya memujuk,"kalau kita kesana dan kita ditangkap akan rugilah jumlah peserta BERSIH nanti,kalau nak ditangkap pun biar perhimpunan dah habis nanti".Si anak akur dan menyesali perbuatan sangkaan buruk kepada ibunya tadi.

Dalam menunggu dan melihat-lihat peserta perhimpunan,abangnya juga yang merupakan unit amal bidan terjun telah datang menemui ibu mereka.Abangnya berpesan,'kau dengan mak je tau",jaga mak ni.Dia senyum dan mengangguk tanda faham.Maka bermulalah mereka bergerak mengiringi para peserta perhimpunan,dush,dush,dush terdengar bunyi tembakan gas pemedih mata FRU,dekat sahaja dengan ibunya dan Alhamdulillah arah angin tidak memedihkan mata ibunya,baru sahaja dia ingin ambil tear gas itu untuk dibaling kedalam sungai,telah ada seorang lelaki yang terlebih dahulu melakukanya.Ketika itu,ibu sedang menolong seorang wanita dalam lingkungan umur 40 tahun yang termuntah-muntah akibat gas yang dilemparkan.Selepas peserta perhimpunan menukar laluan,mereka berdua pun ikutkan sahaja.Dalam hati dia berbisik,tak ramai lah pulak orang ni..adoooiii.Dalam berjalan dan berjalan,ibunya duduk sebentar,dan ibunya mengatakan "awak pergilah join lagi,ibu dah tak larat..nanti kita jumpa di KTM ok.Dia akur dan tidak memaksa,orang tua biasalah kalau penat dan sakit lutut jika berjalan jauh.Selepas salam ibunya,dia berseorangan mengikuti peserta himpunan lain dan sampailah didataran MyBank.Subhanlallah,dia terkejut begitu ramai manusia.Ya Allah,Ya Allah,Ya Allah perkataan yang dilafazkan tanda kesyukuran.

Dalam perhimpunan sedang dijalankan,terdapat laungan BERSIH!!BERSIH Pilihanraya!!!dan banyak lagi,dia agak sedikit kehadapan kerana ingin mengambil gambar FRU-FRU yang sedang berkumpul.1)Water canon mula dilepaskan,orang berlari 2)peserta kembali lagi berhimpun dan water canon lagi 3)dia telah kehadapan tup2x kali ini water canon sekejap dan dush 10-20 x barangkali tear gas dilepaskan,agenda tolak menolak melepaskan diri berlaku,dia blur dimana tear gas itu pergi...Masyallah,selepas merasai kepedihan dan kesesakan nafas baru die sedar dia amat-amat dikelilingi tear gas.Dia lambat berlari menyebabkan dia paling kebelakang,dadanya sesak sukar bernafas,dia ada athma..lututnya lemah berlari mencari udara segar,tiba-tiba ada seorang lelaki meraut kepalanya dan menutup kepala dan mukanya dengan tangan.Die kenal bau itu,sah abangnya.Abangnya menjerit,"garam,garam mana garam,adik aku ada athma ni,tolong -tolong mana garam"..dengan kebijakan abangnya die membawa adiknya masuk ke puduraya dan ke dalam kedai kecil yang belum bertuan,abangnya tutup grill pagar itu dan kebetulan ada 2 orang mengikuti jejak abangnya itu.Adiknya masih gagal bernafas seperti baisa,sakit dada adiknya untuk bernafas,abangnya mulai risau..dia melakukan apas sahaja untuk mengelakkan adiknya pengsan,kepala diketuk-ketuk sedikit.Alhamdulillah sesak nafas mulai redha,athma adiknya mula menyerang dan alhamdullilah bawa inhelaer.Abangnya menangis memohon keampunan Allah atas kesakiktan yang dia tanggungi itu.Sungguh mengharukan.Lega dan mereka terus ke perhimpunan lagi.

Tiba di hospital bersalin cina,ada lagi gas yang disembur,kali ini dia telah bersedia dengan garam yang diberi oleh ahli perhimpunan.Hujan lebat,Pedih dimuka dikurangkan dengan air hujan rahmat Allah.Seperti biasa dada masih terasa sesak,namun disebabkan telah pertama kali kena,dia tahu mengawal pernafasan.Ikutkan hati ingin dia baling sahaja tear gas itu kepada polis,tap tidak kesampaian.Ada 2 tear gas berhampiran denganya,cuba meletakkan kedalam lecak2 air hujan,namun deruman kejar-kejaran polis dimatikan niat itu.Fuuhh..sipi je,bisik hatinya.Berehat didalam hospital bersalin,mengambil wuduk menggunakan air tadahan hujan dari longkang,solat zohor dan jamak asar sekali,almaklumlah dia sedang bermusafir.Usai solat zohor,peserta perhimpunan kembali ke jalan raya,kali ini ada bersama adalah YB Sivarasa.Dia mengatakan ok,polis bagi laluan,tup2x polis menipu dan menarik sivarasa masuk ke trak polis.Dalam kami duduk menanti keputusan..dush,dush,dush sekali lagi water canon dan tear gas.Kali ni dia lari ke arah gereja saint Joseph,ajk gereja membuka air paip untuk kami basuh kepedihan tear gas tadi.Bagus,lihatlah keperikemanusiaan disitu.Sedang berjalan,menuju entah kemana,segerombolan polis mengejar die dan kumpulan dari belakang..adegan lari-melari pun terjadi.Aaargghh,die dah sangat x larat,nafasnya tercungap2 berlari,bibirnya pucat kepenatan dan kekurangan air.Alhamdulillah ada kedai makan dikawasan itu,melepaskan penat,minum air dan mula bergerak berseorangan,Jumpa juga kawan dia yang lain,dalam 5 orang mereka mula berjalan untuk menaiki train,peserta himpunan lain suma sudah ke KLCC..jauh dan sangat jauh dari tempat kami.Dia berjalan kedepan sedikit sengaja kerana ingin melihat wajah -wajah abang-abang FRU,tiba-tiba seorang FRU dari dalam lori "Awak,minta air awak boleh?'..dia menjawab,"tak boleh ini air saya"."Alaaaa,kami makan dengan minum pun belum lagi tau"..dia menjawab,"itu bukan masalah saya".Selepas sahaja ayat itu terpacul dari mulutnya,seorang rakanya berdiri bauat-buat nak gertak sambil mengatakan "eeeiii...budak ni,"..dia hanya diam memerhati.Abang FRU yang minta airnya itu,pergi dan melambai-lambai sambil tersengih-sengih,dia mengatakan sesuatu tapi kurang kedengaran.Ingin sahaja dia menjerit,bagus kamu solat taubat!!!!!!!!!!!!!!!!!!aarrgghhhh!!!


Dalam perjalanan,dia dan rakan-rakan masih menemuai polis-polis yang menjerit-jerit dan buat-buat kejar para peserta yang masih berbaki sedikit-sedikit.tepat jam 5 selepas penat berjalan dia menaiki train utnuk kembali kerumah abangnya.Maka habislah satu hari yang panjang die ke perhimpunan BERSIH 2.0 itu.Berceritalah mereka anak-beranak bersama kawan-kawanya pengalaman mereka.Ia sesuatu perhimpunan yang amat menginsafkan bagi dia kerana ia bagaikan satu pengalam hampir ditarik nyawa akibat pernafasan yang tersekat-sekat.Sesungguhnya Allah,memudahkan ruang untuk dia merasai pedihnya mati dan bersediakan dia untuk mati.Subhanllah,perasaan bersyukur dipanjatkan kepada Allah kerana memeilihnya untuk turut serta dalam perhimpunan yang amat menginsafkan ini baginya.Ini baru tear gas,belum bom fosforus yang yahusi laknatullah berikan kepada rakyat palestien.Ya Allah jahanmkanlah penindas-penindas yang zalim kepada mereka yang dizalimi.


Antara gambar-gambar demo,dia paling suka yang ni..

5 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah..minta dgn Allah pasti Allah akan bagi..seronok juga citer ko ni..ak nk citer gak..tp takde blog..ajar ak sarah..

Siti SArah Ahmad Rusli said...

slow2x menulis..

AISHAH JOHAR said...

subhanaALLAH. beruntungnya akk dapat turun BERSIH. saya masih lagi xd kesempatan utk berjihad dlm perhimpunan mcm ni. semoga ALLAH SWT mempermudahkan kelak. syabas ya kak di ats smgt jihadnya.

Siti SArah Ahmad Rusli said...

Insyallah awak boleh,buatlah study kat cni ataupun anjurkan BERSIH2.5 kat bintulu,hehehe

AISHAH JOHAR said...

insyaALLAH.. mudah-mudahan diperkenankan ALLAH SWT :)