Saturday, May 21, 2011

Kasih Sayang

Sempena dengan Nur Kasih The Movie yang dijanka meletup dipersada seni tanah air Malaysia,suka untuk saya berkongsi sedikit pendapat saya mengenai kasih sayang.Mengapa seseorang itu teringin berkhawin?mengapa bersusah payah ingin berkongsi hidup dengan seseorang dalam jangka waktu yang panjang?mungkin kebiasaan diri dikelilingi dengan keluarga yang banyak memberikan diri mereka kasih-sayang,so tak salah ia aingin meneruskan sikap kasih sayang dengan siapa yang berkenan dihari,sedap mata memandang dan sebaginya.Tapi,ketahuilah perkhawinan bukanlah satu perkara yang mudah,simple.Ia memerlukan komitmen,tanggungjawab dan duit (sebab nak buat kenduri dan hantaran).Menulis atas dasar baru sahaja melepasi perkhawinan abang saya :-).Hanya yang betul-betul bersedia dan mendapat hidayah sahaja yang boleh melansungkanya.Saya salute dengan mereka.

Berbalik pada perkataan kasih sayang,sangatlah penting menerapkan perasaan itu dalam hati tidak kiralah kepada keluarga,sahabat,haiwan dan juga alam sekitar.Dan satu perkara asas yang sangat-sangat penting untuk kita berkasih sayang kepada Allah dan sentiasa mengigati Nabi Muhammad kita.yakinlah bahawa kasih sayang Allah adalah sangat betul,tidak beragenda dan Subhanllah tidak terucap oleh kata-kata saya yang banyak nistanya ini.Mengapa memaksa diri untuk disayangi dan menyangi kalau kita tahu bahawa sekali kita kepada Allah beribu-ribu kali Allah akan dekat dengan kita.Yakin dan bersangka-sangka baiklah dengan dugaan,harapan dan pelbagai perkara yang best.Sejak tinggal dirumah dengan ibu bapa,saya sangat bersyukur kerana dianugerahkan keluarga yang sangat happy walaupun kadang2 ada sedih dan sebaginya.Semoga ibu dan ayah saya teruta,anya emak saya dapat menerima takdir yang menimpa keluarga kami dengan perasaan redha dan kami akan dapat mencari ikhtiar penyelesaian masalah2 yang menimpa.Benar ayat Allah bahawa:-


Al-Ankabut ayat 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”


Dari scene filem Nur Kurang Kasih Sayang
Perjalanan masih jauh

Berpaksikan ayat Al-quran ini hendaklah diri kita kuat dalam menerima dugaan Allah ini,Janganlah berputus harap dengan kasih sayang Allah yang mungkin akan disalurkan melalui kasih sayang seorang emak,ayah,kawan,suami,isteri,adik-adik,abang,kakak,makcik pakcik dan sebagainya.Akhir kata,saya mengucapkan tahniah dan selamat menghadapi alam berumah tangga kepada sahabat seperjuangan saya di UKM iaitu ila n amar dan hafiz n nisa.Tahniah untuk kamu 2 pasangan sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang berani menyuburkan kasih-sayang didalam Islam.Maaf kerana tidak dapat memenuhi jemputan perkhawinan korang dua.

Saturday, May 14, 2011

wow!!Latihan Industri yang bisa mengubah paradigma ku berfikir


Kepada pembaca yang saya kasihi sekalian...sekian lama jari-jari ini malas menekan papan kekunci mengupdate blog.Dalam entry kali ini,suka untuk saya kongsi serba sedikit apa yang saya perolehi melalui Latihan Industri (LI) saya di MARDI Hilir Perak Teluk Intan.Tak sampai sebulan pun tempoh saya berLI disini,namun pelbagai perkara menarik,meletihkan,rasa nak mati,excited,rendah diri malu dan sebagainya.Terbukti kata-kata yang sudah bekerja bahawa alam pekerjaan sama sekali lain dari zaman kita kat kampus dulu,ayat macam dah grade kan?hehehe...pe2 pun LI ini sangat banyak mengubah diri saya kepada yang agak kurang displin dari segi masa pandai pulak saya memaksa diri berpagi2,siapkan report dan benda yang paling lemah adalah pengurusan masa.Saya sebenarnya dapat kekuatan untuk berpagi apabila ada yang sayangkan saya mengejutkan saya pagi2 that is my mom n my dad.Ayah juga kata,tak ubah3 perangai liat bangun pagi,mungkin hampir 4 tahun dah tinggalkan zaman bersekolah yang nak tak nak kena bangun jugak..wow!!!rasa cam nak berkepit ngan my family after grade ni.Rasa macam dah sebati diri ini dengan Teluk Intan,rse cam....nk stay sin je.hehehe :-)

Bekerja dari dalam lab,ke ladang,nusrey betul2 memberi saya satu kekuatan dan keinsafan bahawa penyakit malas yang saya terajui sekian lama harus dihentikan serta -merta!!Ada abang2 n akk2 yang berpanas,berpeluh membuat kerja bagi membesarkan anak2,menguruskan keperluan diri dan rumahtangga.Sangat bersungguh-sungguh dan ikhlas terpancar setiap kali melakukan kerja..yang positif saya akan lihat untuk memberikan saya kekuatan,yang negatif saya akan buat tak nampak n abaikan je.Dengan kenaikan harga gula termasuklah lain2 keperluan lebih kesian saya kepada orang-orang kampung disekitar yang bekerja diladang yang besarnya lebih kurang 400 ekar.Berdepan dengan pelbagai hidupan berbisa dan menggelikan seperti kumbang yang ada tanduk tu (beso x hengat),tebuan,lipan,ular dan kalau bernasi baik nampaklah babi hutan tap buat masa ini saya dah terserempak dengan lipan,biawak,burung cam bangau tap entah nme die pe,dan biawak yang Masyallah beso.Tak termasuk sakit kepala berpanas bawah cahaya matahari,ya Allah...saya yang baru sehari bawah matahari dah rasa cam ape ntah,ni kan pekerja2 lain yang bertahun2 dengan cuaca Teluk Intan yang sangat panasnya.Sampai satu tahap apabila saya mencangkul tengah-tengah panas dan ada terjumpa lipan,rasa cam nak suruh je lipan tu sengat saya dan kalau saya pengsan leh lah berteduh kejap....hahahah,teringat balik rasa gedik pulak :-)

So,saya nak share gambar2 sekitar kawasan saya LI dan pembaca ketahuilah kalau kita rasa susah ada lagi yang lebih susah dari kita,dan yang rasa cam senang n suka menolong.Tolonglah golongan-golongan pekerja ini supaya hak mereka sebagai rakyat Malaysia tidak diketepikan.Bersungguhlah dalam memberikan mereka keadilan sosial.



sakinah amik data..patah leher mendongak

sume perlu diukur dengan kejituan..dulu malas masuk lab,skrg hari2 terpaksa menghadap lab

take a break..kopi bujang dr lab


nilah peneman saya sepanjang LI..namanya Nurul Sakinah budak USM..sekali pandang muka die teringat pada my ex- bos :-).Skrg dalam proses menganalisis sampel kelapa parut.


Petang2 kalau x buat apa2 saya akan menolong wak rahim membungkus santan yang lebih untuk mmbuat VCO (Virgine coconut oil)

En.mizi.."saerah,ni x betul ni..buat balik"..sejak bile nme aku saerah ni..hahaha layannnn..about  150 sumenye,hambek ko!



rempit menjadi sebati dalam jiwa ini,sehinggakan tergolek sbb laju sgt dalam jalan yg  mcm ni...sape rse die hebat sgt jom kite try kat jalan ladang ni,hehehe
Pn.Faridah yg sentiasa baik n pandai pujuk kalau saya tengah termenung jauh kepenatan
'Akan ku usahakan tanah ini'...'monolog dalaman  yg poyo selepas mmbuat linening pokok kelapa