Sunday, January 20, 2013

Jangan meratah lauk itu..

Lauk selalunya sinonim dengan nasi
jarang sangat jika orang kita makan nasi tanpa lauk
dan jarang juga makan lauk sahaja tanpa nasi
ada benar pelajaran ini yang diajar oleh orang-orang tua kita dahulu-dahulu
lauk dan nasi jika dibandingkan banyak perbezaan
lauk lebih mahal dari nasi
nasi lebih mengenyangkan
namun tidak sedap jika tiada bersama antara dua ini
tiada enak makan nasi tanpa lauk
hatta lauknya hanya sambal belacan, telur goreng yang letak kicap manis dan sedikit ulam

itu lauk biasa namun bila dimakan bersama nasi panas
sambil perut yang kelaparan
ia lauk yang paling sedap dan mengenyangkan
lagi sekali, kenyang kerana makan bersama nasi

sekarang jadi lain, makanan itu bukan lagi yang perlu mengenyangkan
yang punya banyak duit suka makan sesuatu yang nampak mereka kaya
yang miskin apa yang ada asalkan mereka kenyang
dan miskin terus bersyukur dengan apa yang mereka dapat makan
yang kaya jadi lagi tidak peduli
asalkan makanan mereka sedap dan ditempat mewah
itu sudah cukup
rasa cukup dengan apa yang mereka makan
rasa puas apa yang dihidang depan mata
tidak memikirkan ada pihak memonopoli lauk dan nasi

ikan, sayur, ayam, beras dan semua jenis makanan makin lama makin mahal
alasan sang penguasa, minyak naik
taraf hidup makin tinggi
rakyat makin ramai
omongan itu diterima baik ramai rakyat
bersangka baik dengan perubahan harga makin lama makin naik
jenayah berleluasa bilamana susah sangat nak dapatkan duit hanya untuk makan
tapi tak ramai fikir,sebabnya asalkan mereka kenyang


bagi aku cukup!!
cukup dengan segala penindasan!
cukup dengan golongan kapitaslisme meratah lauk2x kami!
dan memberi hanya memberi kami nasi!
pemberian yang cebisan diragui keikhlasan dan mahal harganya!
dek kerana monopolis syarikat kroni!
takut orang miskin ini nak membeli beras 10kg!
beli hanya 1-3 kg satu-satu masa!
walau harganya masih sama, tapi nampak murah sikit!
beras timbang!
kesian...!

Ubah Sekarang!!!
PRU-13

~Sarah Jevo~

2 comments:

Anonymous said...

salam..aku ingatkan apa la tadi tajuk ni..ingatkan emak marah ko meratah lauk..takkan sampai berblog...ada yg nk kne sauk..upa2nya lauk PRU

Nurul Jannah said...

haha..comelnya tajuk dia..tertipu sudah..=)