Friday, May 15, 2009

salam hari pendidik

Mendidik tanggungjawab bersama,

Guru atau pendidik merupakan golongan tenaga pengajar yang biasanya dikaitkan dengan sekolah ataupun di universiti.Tugas pendidik yang merupakan tugas penting dalam mendidik anak bangsa adalah satu tugas yang dituntut dalam agama Islam. Sebagai seorang mahasiswa yang sering dikaitkan dengan tugas untuk belajar haruslah menukar paradigma itu .Ini kerana, dalam meniti arus pembangunan yang berubah dengan cepat kita harus peka dengan tugas sebenar seorang mahasiswa yang bukan sahaja belajar dari pensyarah atau buku-buku, namun tugas memberi tunjuk ajar juga haruslah seiringan.

Mungkin untuk pelajar yang belajar di fakulti pendidikan tidak mempunyai masalah dalam tugas-tugas sebegini kerana mereka mempunyai ilmu pengajaran yang hebat cuma ia dipraktikan atau tidak.namun sebagai mahasiswa yang dari fakulti lain haruslah mencari jalan memperbaiki diri untuk mendidik sahabat-sahabat kita di kampus khasnya dalam menjadikan ajaran Islam sebagai agama yang syumul iaitu menyeluruh.Tugas dalam menyampaikan dakwah Islam bukanlah hanya terletak pada bahu ustaz ustazah dari Fakulti Pengajian Islam, tapi merupakan tugas setiap mahasiswa yang mengakui diri itu Islam dan empunya iman di dalam hati,Insyallah.

Boleh ke kami nak bedakwah??persoalan ini sering timbul di kalangan mahasiswa yang tidak mempelajari Islam secara mendalam,namun tahukah kita semua bahawa dengan menegur atau menunjukan akhlak yang digarisakan oleh Islam ia juga merupakan satu bentuk dakwah secara halus dan dapat memberi momentum yang mendalam bagi pencari hidayah dari Allah. Dasar sekularisme yang semakin menjadi barah dikalangan mahasiswa haruslah dicantas habis-habisan dengan tindakan yang yang drastik dan realistik oleh pihak yang bertanggungjawab terutamanya pihak pentadbiran yang memegang autority di universiti.

Para pendidik khususnya haruslah tidak hanya berproksikan modul yang digariskan oleh pihak atasan swmata-mata ,namun harus mempunyai tanggungjawab untuk mengaitkan pembelajaran dengan konsep Rabbaniyah dan cuba menunjukkan bahawa Al-Quran merupakan kitab yang lengkap untuk kehidupan dunia dan akhirat.

Konklusinya, sempena hari guru pada 16 mei ini marilah kita bersama-sama mengambil amanah sebagai khalifah Allah S.A.W untuk berpesan-pesan pada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Waalhualam.

No comments: