Wednesday, October 21, 2009

Fuuuh..ni kes berat niih

Semalam saya ke satu perjumpaan bersama sahabat-sahabat seangkatan...banyak yang dibincangkan sepanjang perjumpaan yng berlangsung lebih kurang 2 jam tuuh..brain strom pnye brain strom akhirnya dapat lah 2 resolusi..hmm agak best gak sbb kbnyakkn kmi ni sume satu batch..so kuranglah segan silu peserta2 perjumpaan untuk mngeluarkan pendapat masing...

brain strom yng hnya dapat di jalankan dalm 20 minit mmberi byk pandangan dan tolakan pandangan yng best laah senang cite...nak je hbis tetibe ketua kami yng dikenali sbg Mad pun bangun..


pastu die bgtau..kwn2 de bace surat khabar tak??kbutalan plak sy dah lme tak bukak pape..sume diam n nmpak sgt yg len jenis mngadap buku study je,almaklumlah dah nk exam,berbalik pd Mad..di kte kwn2 tau tak yng brapa ramai anak luar nikah telah dilahirkan, ? dan peratusan tertinggi adalah dr kalangn remaja yang menuntut d IPT...kwn nak tau lg tak hampir 50 % kwn2 kte kat luar tuuh dah melakukan hubungn seks sebelum berkhawin .for short, berzina...


statistik tepatnye sy tak ingat bpe pratus yang Mad ckp..nnti kalo rajin chek balik ahh kat paper.
Masalah besar tahap kronik niih,anak luar nikah yang dilahirkan makin lme akn mnjadi kebiasaan..sy nk ceeritakn stu kisah yng berlaku dpn mate sy sendiri apbila seorg yg sy kenal dan agak rapat dgn sy swaktu d sekolah dulu telah mengandungkan anak luar nikah dan dgn selambenye mnghantar kad jemputan khawin kpd kami stu kelas utuk mnghadiri majlis perkhawinan mereka..sy amat terkilan dan marah apabila mereka mnganggap dosa berzina itu akn terhapus tatkla mereka brkhawin..


siap bleh ckp dgn sempoinye..sarah jemput ahh dtg rumah,de kenduri..walau sy kuat makan skalipun,sorry ahh sy nk jejak kenduri org yg tak rse berdose dgn dosan zina nyee...panjang nafas sy tarik mse mngahadap muke n perut die yg agak kelihatan tuuh..smoga Allah mmberi kekuatan untk sy berhadapan dgn manusia sprti ini..


sy pd waktu itu tak ingat lain..hnyalah ingat hukuman hudud yang bru kmi blja ktika itu..bagi yg belum khawin sebatan 100 kali dan bg yng dah khawin rejam smpai mati...kalo pmbaca nak tau si lelaki itu adalah suami dan ayah kpd 5 org cahaya mata..

sedih mngenangkan nasib dan malu yang terpaksa di tanggung anak2 dan punca ayah yang tak bertanggungjawab inilah mugkin faktor anak2 kini lebih bebas pergaulanyee..pada yang akan mnjadi suami @isteri @ayah@ ibu ingatlah bahawa nak2 itu amanah dari Allah dan ktelah bertanggungjawab mendidik,menjentik atau memujuk anak2 niih...jika manjakn pun agak2 ahh..nk marah2kan pun sume kne agak2..Sesungguhnya Allah tidak suka kepada yang berlebih-lebihan


Renung2kan dan selamat beramal

3 comments:

mardhiah_taj said...

assalamu'alaikum

adikku pada pandangan akk yg tak seberapa ni.
mungkin adik boleh ambil perdekatan lain dalam menangani mad'u unik seperti ini..kenapa kalu post seperti ini org xcenderung memberi komen tapi bab2 lain laju..as daieu must be flexible. mybe not now but we can learn tobe a full daie with a big impact.right?? ini hanya cetusan minda akk.

Saya bagi soalan. Kita ini dengan Nabi Adam, siapakah yang lebih hebat lagi?
Nabi Adam itu Nabi, pernah hidup dalam syurga, dicipta langsung oleh ALLAH SWT, dan malaikat-malaikat pernah sujud kepadanya. Tapi, tahukah kamu apa yang terjadi kepada baginda? Bukankah baginda tertipu oleh syaitan? Bukankah baginda diturunkan ke bumi kerana tertipu denga syaitan?
Jangan ingat, dalam kehidupan kita, hanya ada manusia, tumbuhan, dan haiwan sahaja. Dalam kehidupan kita, ada syaitan yang telah bersumpah untuk menyesatkan kita dengan bersungguh-sungguh. Syaitan yang telah berjaya menipu Nabi Adam, syaitan yang telah berjaya menyesatkan jutaan abid.
Mari kita perhatikan firman ALLAH SWT dalam Surah An-Nur juga pada ayat 21.
“ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kau mengikuti jejak langkah syaitan. Maka sesungguhnya dia(syaitan) mengajak kamu mengerjakan perbuatan keji dan mungkar…”
Manusia pula, sifatnya lemah. Sebentar di atas, sebentar di bawah. Iman manusia itu juga sifatnya naik dan turun. Maka, bagaimana kita hendak menyelamatkan diri kita daripada hasutan tipu daya syaitan, jika kita sendiri melemahkan diri kita, sengaja berbuat kemungkaran? Bagaimana hendak menjaga keimanan, ketaatan kepada ALLAH jika kita sendiri yang membuka pintu untuk syaitan menghasut kita?

mardhiah_taj said...

“ Ish, susah la…” Alasan anda yang terakhir bukan?
ALLAH akan bayar kesusahan anda yang sedikit ini, dengan syruga yang kekal abadi, penuh dengan kenikmatan, malah perkara-perkara yang anda tidak pernah impikan pun ada di dalamnya. Apa lah sangat kesusahan yang ada di dunia ini?
Dan, perhatian kepada mereka yang mencela, mengutuk, memboikot, menghina sesiapa yang telah terjebak dengan ikhtilat ini, saya nasihatkan, hentikanlah.
“ Aku dah tegur dia 10 kali, dia tak mahu dengar jugak. Jadi aku boikot la”
“ Aku nampak dia pegang tangan dengan makwe dia, aku cela lah. Mana boleh biar orang macam tu senang. Nanti dia terus lagi buat dosa. Nanti dia ingat dia betul”
Ya kah? Begitukah caranya menegur?
Jika benar, maka pada hari lelaki arab kencing di dalam masjid, maka Rasulullah SAW akan membiarkan sahabat-sahabat baginda memukul lelaki itu. Jika benar, maka pada hari Saidina Umar meminta izin kepada Rasulullah SAW untuk memenggal kepala ketua munafik, Abdullah ibn Ubay ibn Salul, maka Rasulullah SAW akan membenarkan. Jika benar, maka Rasulullah SAW tidak akan mengajak penyembah berhala – syirik, menyekutukan ALLAH, kufur kepada ALLAH, dosa yang teramat besar – untuk kembali kepada ALLAH SWT.
Siapa ajar kamu untuk boikot orang berdosa?
Adakah kamu hendak beratnggungjawab jika orang berdosa itu terus melarikan diri daripada cahaya ALLAH akibat pemboikotan, celaan, hinaan kamu kepadanya? Bagaimanakah kamu akan menjawab di hadapan ALLAH bila orang larut dalam dosa kerana membecin tindakan kamu itu berkata: “ YA ALLAH, aku jauh dari hidayah KAU sebab si fulan ni ajak orang boikot aku, hina aku, cela aku. Aku benci kepadanya, sebab itu aku jauh dari hidayah KAU”
Apakah yang kamu hendak menjawab bila ALLAH tanya: “ Kenapa kamu berputus asa dengan hambaKu ini? Sedangkan AKU tidak pernah berputus asa untuk mengampunkan hamba-hambaKu?”
Apakah yang kamu belajar daripada Nabi Nuh yang terusan berdakwah selama 950 tahun? Bagaimanakah kammu belajar daripada Rasulullah SAW yang terus mendoakan kebaikan walau dibaling batu sehingga terperah darahnya?
Kamu panggil kamu golongan kebenaran? Mengajak kepada kebaikan? Maka kenapa kamu mencela-cela, menghina-hina, memulaukan mereka yang memerlukan lagi teguran kamu, nasihat kamu, bimbingan kamu?
Da’ie jenis apakah kamu?
Menegur ada caranya. Hikmah. Bukanlah hikmah ini berlembut semata-mata. Tetapi hikmah ini kena dengan caranya, ada stepnya, ada gayanya, kena dengan keadaan, sesuai dengann sasaran. Bukan semua manusia boleh ditegur kasar, bukan semua manusia boleh ditegur lembut. Da’ie perlu mempunyai kemahiran menilai.
Jika tidak, apa guna ilmu waqi’? Untuk tahu politik sahaja kah?
Jika tidak, apa guna ta’aruf? Sekadar hendak kenal biar boleh menghukum kah?
Kalaulah Rasulullah SAW berputus asa ketika baginda dibaling batu dengan teruk di Ta’if, maka iman dan ISLAM itu tidak sampai kepada kita hari ini. Maka siapakah kamu yang hendak berputus asa dengan sikap seorang hamba biasa?
“ Dia budak agama, takkan tak faham-faham lagi?”
Habis, Nabi Adam juga tertipu dengan syaitan. Apakah kamu hendak menyatakan Nabi Adam itu tidak faham? Ka’ab bin Malik, sahabat Rasulullah SAW juga pernah tidak pergi beperang kerana terleka dengan dunia. Maka apakah kamu hendak menyatakan kamu lebih faham ISLAM daripada Ka’ab bin Malik?
Tegurlah dengan sebaik-baik teguran. Jangan kerana kamu, manusia jauh daripada rahmat ALLAH. Da’ie tugasnya menyeru. Hakim baru tugasnya menghukum.
Sama-sama kita muhasabah.
rujukan -langit ilahi-

Siti SArah Ahmad Rusli said...

terima kasih kak mardhiah,saya cume seorang pembenci kekufuran tapi saya tak tau nak mencegahnya dengan berkesan,Allah maha pemberi hidayah...selaku manusia saya mmg tak layak nak menganggap seseorang tu akan berubah kerana saya,saya harap Allah memberi keikhlasan pada saya...tapi saya amat tersentuh mmbaca blog ustaz Azizan mengenai 'ustaz periuk nasi'..dan kita semua tahu,permasalahan manusia hanya Allah yang boleh selesaikan kerana Allah yang mencipta manusia