Saturday, November 7, 2009

Kita tak bagus,kalau hanya tahu membenci

Assalamualaikum..baru-baru nii saya de membuat entry mngenai masalah anak luar nikah dan perasaan saya berhadapan dengan seorang kawan saya ini.....saya amat tersentuh apabila satu komen ikhlas dari kak Mardhiah Taj untuk saya,dan ini amat menyedarkan saya yang saya bukanlah orang yang lebih mulia berbanding sahabat saya itu..kepada pembaca sekalian mari kita renugkan komen ini untuk kita bermunasabah kembali adakah tugas daie ini sudahkah kita laksanakan dengan sebetulnya (termasuk saya yang perasan nii mengambil ikhtibar)


adikku pada pandangan akk yg tak seberapa ni.



mungkin adik boleh ambil perdekatan lain dalam menangani mad'u unik seperti ini..kenapa kalu post seperti ini org xcenderung memberi komen tapi bab2 lain laju..as daieu must be flexible. mybe not now but we can learn tobe a full daie with a big impact.right?? ini hanya cetusan minda akk.






Saya bagi soalan. Kita ini dengan Nabi Adam, siapakah yang lebih hebat lagi?


Nabi Adam itu Nabi, pernah hidup dalam syurga, dicipta langsung oleh ALLAH SWT, dan malaikat-malaikat pernah sujud kepadanya. Tapi, tahukah kamu apa yang terjadi kepada baginda? Bukankah baginda tertipu oleh syaitan? Bukankah baginda diturunkan ke bumi kerana tertipu denga syaitan?


Jangan ingat, dalam kehidupan kita, hanya ada manusia, tumbuhan, dan haiwan sahaja. Dalam kehidupan kita, ada syaitan yang telah bersumpah untuk menyesatkan kita dengan bersungguh-sungguh. Syaitan yang telah berjaya menipu Nabi Adam, syaitan yang telah berjaya menyesatkan jutaan abid.


Mari kita perhatikan firman ALLAH SWT dalam Surah An-Nur juga pada ayat 21.


“ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kau mengikuti jejak langkah syaitan. Maka sesungguhnya dia(syaitan) mengajak kamu mengerjakan perbuatan keji dan mungkar…”


Manusia pula, sifatnya lemah. Sebentar di atas, sebentar di bawah. Iman manusia itu juga sifatnya naik dan turun. Maka, bagaimana kita hendak menyelamatkan diri kita daripada hasutan tipu daya syaitan, jika kita sendiri melemahkan diri kita, sengaja berbuat kemungkaran? Bagaimana hendak menjaga keimanan, ketaatan kepada ALLAH jika kita sendiri yang membuka pintu untuk syaitan menghasut kita
 
“ Ish, susah la…” Alasan anda yang terakhir bukan?



ALLAH akan bayar kesusahan anda yang sedikit ini, dengan syruga yang kekal abadi, penuh dengan kenikmatan, malah perkara-perkara yang anda tidak pernah impikan pun ada di dalamnya. Apa lah sangat kesusahan yang ada di dunia ini?


Dan, perhatian kepada mereka yang mencela, mengutuk, memboikot, menghina sesiapa yang telah terjebak dengan ikhtilat ini, saya nasihatkan, hentikanlah.


“ Aku dah tegur dia 10 kali, dia tak mahu dengar jugak. Jadi aku boikot la”


“ Aku nampak dia pegang tangan dengan makwe dia, aku cela lah. Mana boleh biar orang macam tu senang. Nanti dia terus lagi buat dosa. Nanti dia ingat dia betul”


Ya kah? Begitukah caranya menegur?


Jika benar, maka pada hari lelaki arab kencing di dalam masjid, maka Rasulullah SAW akan membiarkan sahabat-sahabat baginda memukul lelaki itu. Jika benar, maka pada hari Saidina Umar meminta izin kepada Rasulullah SAW untuk memenggal kepala ketua munafik, Abdullah ibn Ubay ibn Salul, maka Rasulullah SAW akan membenarkan. Jika benar, maka Rasulullah SAW tidak akan mengajak penyembah berhala – syirik, menyekutukan ALLAH, kufur kepada ALLAH, dosa yang teramat besar – untuk kembali kepada ALLAH SWT.


Siapa ajar kamu untuk boikot orang berdosa?


Adakah kamu hendak beratnggungjawab jika orang berdosa itu terus melarikan diri daripada cahaya ALLAH akibat pemboikotan, celaan, hinaan kamu kepadanya? Bagaimanakah kamu akan menjawab di hadapan ALLAH bila orang larut dalam dosa kerana membecin tindakan kamu itu berkata: “ YA ALLAH, aku jauh dari hidayah KAU sebab si fulan ni ajak orang boikot aku, hina aku, cela aku. Aku benci kepadanya, sebab itu aku jauh dari hidayah KAU”


Apakah yang kamu hendak menjawab bila ALLAH tanya: “ Kenapa kamu berputus asa dengan hambaKu ini? Sedangkan AKU tidak pernah berputus asa untuk mengampunkan hamba-hambaKu?”


Apakah yang kamu belajar daripada Nabi Nuh yang terusan berdakwah selama 950 tahun? Bagaimanakah kammu belajar daripada Rasulullah SAW yang terus mendoakan kebaikan walau dibaling batu sehingga terperah darahnya?


Kamu panggil kamu golongan kebenaran? Mengajak kepada kebaikan? Maka kenapa kamu mencela-cela, menghina-hina, memulaukan mereka yang memerlukan lagi teguran kamu, nasihat kamu, bimbingan kamu?


Da’ie jenis apakah kamu?


Menegur ada caranya. Hikmah. Bukanlah hikmah ini berlembut semata-mata. Tetapi hikmah ini kena dengan caranya, ada stepnya, ada gayanya, kena dengan keadaan, sesuai dengann sasaran. Bukan semua manusia boleh ditegur kasar, bukan semua manusia boleh ditegur lembut. Da’ie perlu mempunyai kemahiran menilai.


Jika tidak, apa guna ilmu waqi’? Untuk tahu politik sahaja kah?


Jika tidak, apa guna ta’aruf? Sekadar hendak kenal biar boleh menghukum kah?


Kalaulah Rasulullah SAW berputus asa ketika baginda dibaling batu dengan teruk di Ta’if, maka iman dan ISLAM itu tidak sampai kepada kita hari ini. Maka siapakah kamu yang hendak berputus asa dengan sikap seorang hamba biasa?


“ Dia budak agama, takkan tak faham-faham lagi?”


Habis, Nabi Adam juga tertipu dengan syaitan. Apakah kamu hendak menyatakan Nabi Adam itu tidak faham? Ka’ab bin Malik, sahabat Rasulullah SAW juga pernah tidak pergi beperang kerana terleka dengan dunia. Maka apakah kamu hendak menyatakan kamu lebih faham ISLAM daripada Ka’ab bin Malik?


Tegurlah dengan sebaik-baik teguran. Jangan kerana kamu, manusia jauh daripada rahmat ALLAH. Da’ie tugasnya menyeru. Hakim baru tugasnya menghukum.


Sama-sama kita muhasabah.


rujukan -langit ilahi-




terimakasih Kak Mardhiah..luv u so much


Disebabkan ada beberapa orang sahabat saya tidak ada dlm gambar di atas,maka saya mengambil keputusan untuk upload gambar dibawah..



bergumbira dan bersukarialah kamu semua....hahahaha,ambik mu

6 comments:

Anonymous said...

waa jeles2!! nape la aku ni slalu xde jodoh ngan pmf ni.. isk isk...
slalu terlepas peluang bergmbr... (T_T)

aida

Siti SArah Ahmad Rusli said...

aida...aida...ko tu keje kuat sangat,nk brgambar pun tak sempat..take a rest okaay...kurus aku tgk ko niih,mkn nasi ye aida..hehhehehe

Anonymous said...

kak azma pon xda..huhu

Siti SArah Ahmad Rusli said...

Dah ade gambar kan??layannnn.......

Zulgeologist said...

terbaik la.. mmg kena kena dekati golongan yg gitu.. jgn salahkan diorg..

aida mmg kurus
sarah mmg x kurus

haha

Siti SArah Ahmad Rusli said...

zul...zul..
ko tak prnah berubah...

huhuhuu,mcm ahh lme beno aku knl ko kan??pe pe pun..c u in court
haha