Wednesday, November 25, 2009

Obama = propaganda zionis

Baru-baru ni saya ada menonton satu rancangan tv yang membincangkan perubahan yang dicanangkan oleh Obama...ramai penduduk dunia terutamanya penduduk Islam telah mempunyai satu prespektif baik terhadap Obama atas sebab sumber mengatakan Obama adalah keturunan dari keluarga Muslim..dan kebanyakkan penduduk Indonesia amat bangga tatkala presiden Amerika itu pernah membesar di Indonesia.

Pemilihan Obama sebagai Presiden Amerika  pada mulanya agak menyenangkan hati saya,dek kerana perasaan bersangka baik terhadap seseorang yang mempunyai latar belakang Muslim.Berbalik pada rancangan tv yang disiarkan di Tv 1 itu,wartawan yang menyediakan laporan itu ada menyebut sejak Obama memerintah, lebih ramai tahanan dari kem Guantanamo telah dibebaskan,namun apabila ahli panel yang dijemput untuk membincang perubahan lebih banyak bertindak sebagai safe player yang kebanyakkanya butir2 pengucapan beliau lebih menjurus kepada kebaikan dan perubahan yang dibawakan Obama dan apabila satu2 pemanggil itu ada bertanya soal Amerika Is Amerika,siapapun presidenya dasar kekejaman dan monopoli yang telah pentadbiran White House amalkan sejak lama dahulu tidak akan berubah.Dan ahli panel itu seperti biasa,akan mengutarakan satu bentuk jawapan yang diawang-awangan an tidak jelas for short...lebih kepada ingin menipu penonton dengan putar belit dan ulanagan ayat yang sama.


Ternyata   prancangan secara halus telah digunakan bagi mengembalikan keyakinan dunia terhadap US dan lebih2 lagi,US kini berhadapan dengan krisis ekonomi paling teruk dalam sejarah..bagi saya,US tidak akan akan ke fasa perubahan untuk menjadi sebuah badan kuasa yang lebih jujur,dan bagi negara-negara membangun masih diketogerikan sebagai 'wanita simpanan',apabila diperlukan barulah digunakan.Kita seharusnya sedar akan kekejaman dan kegilaan kuasa US yang juga merupakan rakan baik Israel,tak kiralah apa saja yg dilakukan Israel pasti akan disokongnya....

geram,benci dan panas hati melihat ada kalangan rakyat Malaysia seakan-akan terhegeh-hegeh bermegah kerana ada orang US menyedari kehadiran orang Malaysia itu,kita sebagai rakyat Malaysia yang perihatin,seharusnya lebih bijak mengatur strategi bagi membendung negara kecintaan kita ini dan kesucian agama Islam dijaga dari terus dihina dan dipergunakan oleh makhluk yang kejam ini.

No comments: