Wednesday, November 25, 2009

Obama = propaganda zionis

Baru-baru ni saya ada menonton satu rancangan tv yang membincangkan perubahan yang dicanangkan oleh Obama...ramai penduduk dunia terutamanya penduduk Islam telah mempunyai satu prespektif baik terhadap Obama atas sebab sumber mengatakan Obama adalah keturunan dari keluarga Muslim..dan kebanyakkan penduduk Indonesia amat bangga tatkala presiden Amerika itu pernah membesar di Indonesia.

Pemilihan Obama sebagai Presiden Amerika  pada mulanya agak menyenangkan hati saya,dek kerana perasaan bersangka baik terhadap seseorang yang mempunyai latar belakang Muslim.Berbalik pada rancangan tv yang disiarkan di Tv 1 itu,wartawan yang menyediakan laporan itu ada menyebut sejak Obama memerintah, lebih ramai tahanan dari kem Guantanamo telah dibebaskan,namun apabila ahli panel yang dijemput untuk membincang perubahan lebih banyak bertindak sebagai safe player yang kebanyakkanya butir2 pengucapan beliau lebih menjurus kepada kebaikan dan perubahan yang dibawakan Obama dan apabila satu2 pemanggil itu ada bertanya soal Amerika Is Amerika,siapapun presidenya dasar kekejaman dan monopoli yang telah pentadbiran White House amalkan sejak lama dahulu tidak akan berubah.Dan ahli panel itu seperti biasa,akan mengutarakan satu bentuk jawapan yang diawang-awangan an tidak jelas for short...lebih kepada ingin menipu penonton dengan putar belit dan ulanagan ayat yang sama.


Ternyata   prancangan secara halus telah digunakan bagi mengembalikan keyakinan dunia terhadap US dan lebih2 lagi,US kini berhadapan dengan krisis ekonomi paling teruk dalam sejarah..bagi saya,US tidak akan akan ke fasa perubahan untuk menjadi sebuah badan kuasa yang lebih jujur,dan bagi negara-negara membangun masih diketogerikan sebagai 'wanita simpanan',apabila diperlukan barulah digunakan.Kita seharusnya sedar akan kekejaman dan kegilaan kuasa US yang juga merupakan rakan baik Israel,tak kiralah apa saja yg dilakukan Israel pasti akan disokongnya....

geram,benci dan panas hati melihat ada kalangan rakyat Malaysia seakan-akan terhegeh-hegeh bermegah kerana ada orang US menyedari kehadiran orang Malaysia itu,kita sebagai rakyat Malaysia yang perihatin,seharusnya lebih bijak mengatur strategi bagi membendung negara kecintaan kita ini dan kesucian agama Islam dijaga dari terus dihina dan dipergunakan oleh makhluk yang kejam ini.

Tuesday, November 17, 2009

Kembara Ibnu Sina

Mungkin saya belum terlewat untuk mengucapkan terimakasih kpd kwn FST dan Fasi2 yang byk mmbantu kami dalam merialisasikan program  ini..byk feedback positif yang diperolrhi dr adk2 tahun satu,dan sprti biasa kalau dlm bab jamuan mesti ada yg tidak berpuas hati...saya mengakui ksilapan saya  yg termasak lebih mauatan beras pd mkn mlm sabtu krn kesuntukan masa untk memasak 2 kali...dan nahtijahnya nasi termentah dan terlembik...thanks kpd Afdal krn menolong saya,ana ,izah syahidah dan rakan2 lain untuk memasak nasi..air tangan lelaki nii tak kurang hebatnya dan telah terbukti dalam mana2 chef terkemuka dunia merupakan golongan lelaki...so dalam post mortem baru2 niih,saya telah mencadangkan untuk melantik lelaki sbg pengarah jamuan..tidak ada langssung rasa ingin merajuk (de sikit je) tapi mungkin untuk memiirkan kebaikan program akan dtg,faktor jantina mungkin bleh dijadikan ukuran......ini penting untuk penambahbaikan program supaya nama baik sstu persatuan itu dapat dijaga...kami dr pihak jamuan sendiri telah berbincang semasak-masaknya pd hari kejadian untuk mengusulkan perkara nii...rasa agak rugi apabila sibuk didapur sehingga tidak dapat mendengar ceramah yang diberikan oleh pebceramah2 jemputan....ini adalah perkara biasa dalam mana2 program,namun saya yakin pasti ada hikmah disebalik semua niih...bagi mana peserta atau fasi atau ajk yang merasakan kami terlalu mengkiut perasaan...saya mohon maaf ,kerana niat kami hanya untuk memberikan yang terbaik untuk korang semua,namun atas sebab bbrapa faktor yang tidak dapat dielakkan..perkara yg mmberi impak negetif trhadap PMFST tidak dapat dielakkan....


Mohon Maaf sekali lagi dari saya selaku Bendahari dan Ajk Jamuan KIBSI atas keterkasaran bahasa,kekelatan  muka, dan pelbagai tingkah laku yang mengecilkan hati anda 2 semua...

yang benar...
Siti Sarah Ahmad Rusli
PMFST

Saturday, November 7, 2009

Kita tak bagus,kalau hanya tahu membenci

Assalamualaikum..baru-baru nii saya de membuat entry mngenai masalah anak luar nikah dan perasaan saya berhadapan dengan seorang kawan saya ini.....saya amat tersentuh apabila satu komen ikhlas dari kak Mardhiah Taj untuk saya,dan ini amat menyedarkan saya yang saya bukanlah orang yang lebih mulia berbanding sahabat saya itu..kepada pembaca sekalian mari kita renugkan komen ini untuk kita bermunasabah kembali adakah tugas daie ini sudahkah kita laksanakan dengan sebetulnya (termasuk saya yang perasan nii mengambil ikhtibar)


adikku pada pandangan akk yg tak seberapa ni.



mungkin adik boleh ambil perdekatan lain dalam menangani mad'u unik seperti ini..kenapa kalu post seperti ini org xcenderung memberi komen tapi bab2 lain laju..as daieu must be flexible. mybe not now but we can learn tobe a full daie with a big impact.right?? ini hanya cetusan minda akk.






Saya bagi soalan. Kita ini dengan Nabi Adam, siapakah yang lebih hebat lagi?


Nabi Adam itu Nabi, pernah hidup dalam syurga, dicipta langsung oleh ALLAH SWT, dan malaikat-malaikat pernah sujud kepadanya. Tapi, tahukah kamu apa yang terjadi kepada baginda? Bukankah baginda tertipu oleh syaitan? Bukankah baginda diturunkan ke bumi kerana tertipu denga syaitan?


Jangan ingat, dalam kehidupan kita, hanya ada manusia, tumbuhan, dan haiwan sahaja. Dalam kehidupan kita, ada syaitan yang telah bersumpah untuk menyesatkan kita dengan bersungguh-sungguh. Syaitan yang telah berjaya menipu Nabi Adam, syaitan yang telah berjaya menyesatkan jutaan abid.


Mari kita perhatikan firman ALLAH SWT dalam Surah An-Nur juga pada ayat 21.


“ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kau mengikuti jejak langkah syaitan. Maka sesungguhnya dia(syaitan) mengajak kamu mengerjakan perbuatan keji dan mungkar…”


Manusia pula, sifatnya lemah. Sebentar di atas, sebentar di bawah. Iman manusia itu juga sifatnya naik dan turun. Maka, bagaimana kita hendak menyelamatkan diri kita daripada hasutan tipu daya syaitan, jika kita sendiri melemahkan diri kita, sengaja berbuat kemungkaran? Bagaimana hendak menjaga keimanan, ketaatan kepada ALLAH jika kita sendiri yang membuka pintu untuk syaitan menghasut kita
 
“ Ish, susah la…” Alasan anda yang terakhir bukan?



ALLAH akan bayar kesusahan anda yang sedikit ini, dengan syruga yang kekal abadi, penuh dengan kenikmatan, malah perkara-perkara yang anda tidak pernah impikan pun ada di dalamnya. Apa lah sangat kesusahan yang ada di dunia ini?


Dan, perhatian kepada mereka yang mencela, mengutuk, memboikot, menghina sesiapa yang telah terjebak dengan ikhtilat ini, saya nasihatkan, hentikanlah.


“ Aku dah tegur dia 10 kali, dia tak mahu dengar jugak. Jadi aku boikot la”


“ Aku nampak dia pegang tangan dengan makwe dia, aku cela lah. Mana boleh biar orang macam tu senang. Nanti dia terus lagi buat dosa. Nanti dia ingat dia betul”


Ya kah? Begitukah caranya menegur?


Jika benar, maka pada hari lelaki arab kencing di dalam masjid, maka Rasulullah SAW akan membiarkan sahabat-sahabat baginda memukul lelaki itu. Jika benar, maka pada hari Saidina Umar meminta izin kepada Rasulullah SAW untuk memenggal kepala ketua munafik, Abdullah ibn Ubay ibn Salul, maka Rasulullah SAW akan membenarkan. Jika benar, maka Rasulullah SAW tidak akan mengajak penyembah berhala – syirik, menyekutukan ALLAH, kufur kepada ALLAH, dosa yang teramat besar – untuk kembali kepada ALLAH SWT.


Siapa ajar kamu untuk boikot orang berdosa?


Adakah kamu hendak beratnggungjawab jika orang berdosa itu terus melarikan diri daripada cahaya ALLAH akibat pemboikotan, celaan, hinaan kamu kepadanya? Bagaimanakah kamu akan menjawab di hadapan ALLAH bila orang larut dalam dosa kerana membecin tindakan kamu itu berkata: “ YA ALLAH, aku jauh dari hidayah KAU sebab si fulan ni ajak orang boikot aku, hina aku, cela aku. Aku benci kepadanya, sebab itu aku jauh dari hidayah KAU”


Apakah yang kamu hendak menjawab bila ALLAH tanya: “ Kenapa kamu berputus asa dengan hambaKu ini? Sedangkan AKU tidak pernah berputus asa untuk mengampunkan hamba-hambaKu?”


Apakah yang kamu belajar daripada Nabi Nuh yang terusan berdakwah selama 950 tahun? Bagaimanakah kammu belajar daripada Rasulullah SAW yang terus mendoakan kebaikan walau dibaling batu sehingga terperah darahnya?


Kamu panggil kamu golongan kebenaran? Mengajak kepada kebaikan? Maka kenapa kamu mencela-cela, menghina-hina, memulaukan mereka yang memerlukan lagi teguran kamu, nasihat kamu, bimbingan kamu?


Da’ie jenis apakah kamu?


Menegur ada caranya. Hikmah. Bukanlah hikmah ini berlembut semata-mata. Tetapi hikmah ini kena dengan caranya, ada stepnya, ada gayanya, kena dengan keadaan, sesuai dengann sasaran. Bukan semua manusia boleh ditegur kasar, bukan semua manusia boleh ditegur lembut. Da’ie perlu mempunyai kemahiran menilai.


Jika tidak, apa guna ilmu waqi’? Untuk tahu politik sahaja kah?


Jika tidak, apa guna ta’aruf? Sekadar hendak kenal biar boleh menghukum kah?


Kalaulah Rasulullah SAW berputus asa ketika baginda dibaling batu dengan teruk di Ta’if, maka iman dan ISLAM itu tidak sampai kepada kita hari ini. Maka siapakah kamu yang hendak berputus asa dengan sikap seorang hamba biasa?


“ Dia budak agama, takkan tak faham-faham lagi?”


Habis, Nabi Adam juga tertipu dengan syaitan. Apakah kamu hendak menyatakan Nabi Adam itu tidak faham? Ka’ab bin Malik, sahabat Rasulullah SAW juga pernah tidak pergi beperang kerana terleka dengan dunia. Maka apakah kamu hendak menyatakan kamu lebih faham ISLAM daripada Ka’ab bin Malik?


Tegurlah dengan sebaik-baik teguran. Jangan kerana kamu, manusia jauh daripada rahmat ALLAH. Da’ie tugasnya menyeru. Hakim baru tugasnya menghukum.


Sama-sama kita muhasabah.


rujukan -langit ilahi-




terimakasih Kak Mardhiah..luv u so much


Disebabkan ada beberapa orang sahabat saya tidak ada dlm gambar di atas,maka saya mengambil keputusan untuk upload gambar dibawah..



bergumbira dan bersukarialah kamu semua....hahahaha,ambik mu

Thursday, November 5, 2009

KITA COOL KEJAP ehh...


salam.mesti ramai yang dah nak habis exam kan..yang paper2 killer mesti dah nk hbis kan..tapi kata Sakinah Ropien kepada saya,"semua paper aku killer kot,tapi belum terbunuh je kat dewan exam tuu"..bleh plak ye,xpelaah sabar..ni nak kongsi gambar-gambar sepanjang satu sem smasa meminjam kamera ayah saya...sem dpn alamtnya beli kamre sendirilaah....


Ni time p shoping kat SOGO,sempatlah beli gas pemedih mata ngan air water canon
Interaksi PMFST bersama adk2 first year..yang bju biru tu En.Waliyuddin YDP PMFST,kenal?kalo tak kenal berkenalanlah dengan die






Ni sepanjang konvokesyen..PMFST diberi tanggungjawab untuk mensettlekan both2..so 1 minggu gak ahh mencanguk kat tapak pameran


Mom n dad kat konvo abg din


Post terbaik seorang graduan....(tension ke die ni?x tau ahh)

Ni dak2 Oleokimia buat lawatan rumah ank yatim kat Titian Kaseh


Ni dak2 GM tengah dok edar2 kurma time bulan Ramadhan

haai..dorang nii,dah laah tu..study je..takyah GM GM niih

laaa..edar lagi tuuh,karang de org tak puas ati nnti


Bukan sahaja mengedar..korang leh plak kumpul2 kat stadium bersenam-senaman,haai pakguard amik gambar tuuh

hmm..buatlah apa pun GM,niat nk merakyatkan GMUKM,kene laah buat semua nii.orang provok pe pun (termasuklah saya)..pedulikan..asalkan tau matlamat dan pe yang perjuangkan utk mahasiswa



Time Raya plak.....


tibe2 terjumpa maradonna bekas permain bola sepak argentina,skrg die nii coach Argentina kan??sempat gaak amek gambar die...





hehehee..adk nii,anak kepada nenek saya punya adik punya anak..so cucu sedara nenek saya merangkap anak kepada sepupu mak saya...bau-bau bacang,atau bau-bau mango ataupun bau-bauan dan asalkan bukan bau badan ..maaf merepek skit...

Okay, semoga dah cool.....

Tuesday, November 3, 2009

EN.KACAPERMATA VS EN.SARFAMS

Heboh dunia blog apabila En.Sarfarizmal selaku t.pres PMUKM mngeluarkan (copy n paste) kenyataan 15 dalil knapa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat perlu disingkirkan...syukur kerana sy merupakan kaki buka blog org dan sempat membaca sendiri entry itu dr blog SARFAMS dan perang cyber (bangga gile sbb skejap je En.sarfa publish) dan Alhamdulillah apabila tidak susah utk mncari blog empunya entry sebenar, Perang Cyber yang di linkkan olh En.Farid yg mrupakan org yg bertanggungjawab menjemput En.sarfa dan bloggers Perang Cyber dengan hormatnya untuk memperbahaskan isu pakatan Rakyat dan 1 Malaysia..

bagi sy pendekatan debat atau bahas ini bagus,bukan dalam mencari kesalahan,tapi dalam mencari titik persamaan (mmg tak aah)...tapi impak yang besar akan diperolehi dr hadirin yg hadir...debat yang berkaitan isu besar seperti ini harus ada,barulah apabila sesuatu program atau projek (lebih2 projek kroni) itu tidak hanya retorik dan lebih sy mnyampah melibatkan perbelanjaan wang rakyat yang besar.


Tak perlu takut dengan program debat ini,kerana saya yakin masing-masing telah mempunyai persediaan dan moral support dr penyokong-penyokong ..pada saya apabila En.Sarfa mengeluarkan entry ini walaupun beliau telah memohon maaf dan mendeletekan kembali slpas 1 hari dlm blog ,disini pd pendapat saya,itulah En.Sarfa.Dan En.Sarfa  tidak menyukai TGNA dan sekaligus tidak menyukai PAS dan sekaligus beliau adalah UMNO...so,perbezaan Pemahaman Politik En.Sarfa dgn En.Farid saya kira adalah bagus kerana masing-masing yakin dengan fahaman politik PAS atau UMNO...tak perlu diselindungkan lagi,kerana bak kata Pres GMUKN skarang,AUKU adalah akta lapuk.Dan saya kira,En.Sarfa yang juga merupakan penyokong mungkin pendokong UMNO pastinya tidak setuju dgn akta yang menghalang mahasiswa terlibat dengan politik luar kerana beliau nmpanya terlibat(lihat gambar2nya di (Mukabuku@facebook) apatah lagi En.Farid yang menurutnya,saya tidak pernah beriman dengan akta ini..(sy reka je ayt nii,tap itulah mksud die lebih kurang)...








VS



*pesanan=Ingat!!gambar diatas bukanlah ujian ketampanan,hanya ilustirasi semata-mata*