Tuesday, March 29, 2011

bacalah selagi belum dibuta hurufkan....

Saya baru selesai membaca sebuah novel picisan yang biasa2 terdapat dipasaran.Novel2 yang kadang-kadang membawa pembaca hanyut kedunia yang direka penulis.Tapi saya masih berpendapat,semuanya bergantung kepada bagaimana peminat novel lagi2 seperti saya mengambil ikhtibar dalam sesebuah novel yang ditulis.Bagi ahli gerakan Islam,novel2 picisan jika dibaca mungkin kelihatan agak 'sayuq'.Tapi, saya berpendapat 'sayuq' itu perlu kadang-kala cuma jangan melebihi sehinggakan meninggalkan bahan bacaan yang lain.Kalau kita makan sumber serat sahaja setiap hari,tubuh badan tentunya tidak dapat berfungsi dengan baik,begitu juga novel2 sayuq seperti ini jika selalu dan sangat kerap,otak pasti berfungsi dengan tidak betul lama-lama menjadi lembab dek kerana kegilaan membaca novel-novel picisan seperti ini.Saya bukan pengkritik novel seperti ini,cumanya pembaharuan perlulah ada lagi-lagi bab apabila mamperkenalkan watak utama.Ayat standard,sepolan2 memliki wajah yang comel,putih mulus,hanya secalit lipstik mengambarkan kejelitaanya.Come on lah,try a new word, somthing like this sepolan2 sangat baik hatinya,wajahnya memaparkan kemurnian hati kerana sering kala tersenyum tatkala menerima apa sahaja bentuk ujian dari Allah.Barulah kecantikan itu dapat dilihat dari sudut mempunyai hati yang baik.Ke mcmne???

Selalunya novel2 seperti ini akan saya baca tatkala di promote oleh kawan-kawan.Dan nahtijahnya,saya akan dapat menghabiskan membaca dalam satu malam sahaja tetapi tidaklah buku haraki,perjuangan,fiqh,sejarah dan sebagainya.Ini kerana,mungkin buka2 seperti ini sangat berat untuk difahami.Walaupun berat,ia bukanlah alasan untuk terus meninggalkan buku-buku yang lebih berguna untuk mendalami ilmu sedalam-dalamnya dan kita tahu cara menghadapi realiti kehidupan yang sebenarnya.Jika payah sangat nak paham buku-buku berat seperti ini,kumpul 4-5 orang buatlah bedah buku.At least tak dapat semua,dapat sikti2 isi yang penting pun dah kira ok.Nak lebih bersemangat dalam kegiatan membaca ni,beli sebanyak buku yang boleh lagi-lagi kebetulan kalo dijual harga murah,susun elok2 walupun tak baca lagi tap beli je..Insyallah semangat membaca itu akan datang secara tidak langsung.

Dalam hati ada taman daun kaduk ...."mode tesis tak settle2"



Apa yang ingin saya tekankan,apa yang kita baca itulah kadang-kala mempengaruhi cara dan gaya kita berfikir.Mantop bahan bacaan,maka mantoplah kepala otak masing-masing,sayuq bahan bacaan maka sayuqlah kepala otak masing-masing.Sekali lagi,tidak salah membaca sesuatu yang ringan-ringan,namun latih diri dan kepala otak membaca sesuatu yang berat kadang-kala diluar pencapaian manusiawi sejagat.Lagi best,dalam meeting ke perjumpaan dengan kawan2 ke apa berkongsilah sesuatu mengenai apa yang pernah kita bacakan dan mungkin hasil perbincangan dengan mereka yang ahli,pengalaman2 hidup dan sebagainya.Pendek kata,USRAH kena jalan.^ _ ^

2 comments:

Anonymous said...

salam..
ak tengok sekali gambaq ni macam mak ak pon ada..
memang sebijik ko dik..
oo tu ke daun kadok..
jangan petik je..eksperimen buat tau..

Siti SArah Ahmad Rusli said...

like mother like son..hahaha