Wednesday, June 8, 2011

Teruskan Hidup

Berbondong-bondonglah ucapan dan kata-kata yang dilemparkan,

ingin ku menepis apatah dayaku ini dan membiarkan sahaja ia terus menyelusuri telinga

tup jatuh pada hatiku

maka mengalirlah manik-manik berkaca dari mata yang terlalu menunggu untuk dibersihkan

seperti mana hati yang tertunggu-tunggu untuk disucikan dari bintik-bintik hitam yang sering timbul dan tenggelam

Ingin dimarah,tapi kepada siapa...apakah layak untuk aku memarahi sesiapapun

aku tidak betah malah lebih hina jika berani mengeluarkan walau sepatah kata-kata kesesalan

siapa aku untuk untuk ber'kalau' dan siapa aku untuk mencipta alasan

aargghhh!!!aku tidak mahu perjudikan masa depanku kerana aku khuatir ia membawa ke satu lubang

hitam,kelam dan bergelapan.

Berbondong-bondong perkataan yang tidak pantas untuk aku menolaknya semua

aku yakin menyesali perbuatan salah adalah baik

menyesali akan tindakan buruk juga baik

maka,apakah yang tidak baik?



menyesali,menyesali dan terus menyesali

merasakan hidup ini tiada gunanya

tiada guna buat ibu bapa

adik-beradik,sahabat-sahabat dan masyarakat

adakah benar tanpa diriku akan musnah hidup mereka?

sia-sia persoalan itu

tidak ada yang rugi tanpa diriku

namun aku yang rugi jika tidak berusaha berbakti selagi mampu bakti ini kucurahkan sehingga tiba ajalku nanti.

Maka,sebelum ajal adalah lebih manis untuk aku "TERUSKAN HIDUP"

5 comments:

adeq said...

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.Dan (salat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"
Al-Baqarah : 45

sabar + solat , sabar + solat , sabar + solat .

tinta srikandi said...

baru sedikit ujian yg diberikan, sudah banyak penyesalan dikeluarkan..

La tahzan sahabat, ujian sekecil ini ibarat kifarah dosa yg lepas, mungkin mengajar kita untuk masa akan dtg..
Teruskan perjuangan, teruskan hidup..
jgn pernah mengalah dgn kegagalan & ujian, tabahlah dan jgn pernah berhenti berdoa..

ada hikmah di setiap kejadian..
moga dipermudahkan, Allah & kami bersamamu...

siti nur syatirah said...

[mood result exam] k.sarah,yup.betul2x.prmulaannya,akn sedih,menangis,menyesal dlu...tp xguna meratap benda yg telah brlalu.huh.kadang rasa malu dgn diri sndiri xdpt cabar keupayaan diri dpt lebih dr itu.apatah lg dgn kwn2 lain.masa depan masih ada insyaAllah.Teruskan berjuang!

Siti SArah Ahmad Rusli said...

im just okaaay :-)

Anonymous said...

pyesalan atas kesalahan adlh baik . read it tinta srikandi
aizudin