Sunday, June 26, 2011

Untuk yang bencikan BERSIH

Assalamuailaikum...

Terseronok membaca kata-kata baik yang dilemparkan oleh golongan-golongan yang baik untuk janganlah kita ke perhimpunan BERSIH 2.0.Saya tidak kisah jika larangan itu dari golongan2 yang tidak baik,namun saya akui golongan yang baik dan membawa kepada jalan yang baik harus faham mengapa BERSIH 2.0 masih ingin diteruskan.Ini pendangan peribadi saya,bukanlah terpengaruh dari mana-mana anasir dan mungkin sedikit maklumat yang boleh saya kongsikan.Mengapa ia dilakukan,dan apakah yang dituntut BERSIH 2.0..tiada nada provok hanya sekadar perkongsian..awal2 saya nak menyatakan jika ingin kritik,kritiklah..jika ingin komen,komenlah saya akan bersikap terbuka dalam menerimanya.

Tersebut merupakan antara tuntutan BERSIH 2.0...
1) BERSIHKAN SENARAI PEMILIH
2) PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL
3) REFORMASI UNDI POS
4) AKSES MEDIA BEBAS DAN ADIL
5) MASA KEMPEN 21 HARI
6) KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
7) HAPUSKAN RASUAH
8) HENTIKAN POLITIK KOTOR


Tuntutan ini nampak baik,niat mereka baik kerana inginkan keadilan dalam pilihanraya yang akan datang.Namun isu yang saya faham,mengapa perlu berdemostrasi?Adakah tiada cara lain,ataupun mengapa tidak hanya di stadium-stadium atau dewan-dewan besar supaya ia kelihatan elok dan tidak menjejaskan lalu lintas dan peniaga2 yang ingin berniaga.Jika difikirkan secara logik,adakah melaksanakan perhimpunan didewan sama dengan demosstrasi dijalanan.Impaknya berbeza.Orang sentiasa fikir,demostrasi adalah satu perkara yang ganas,ingin meluahkan perasaan marah dan sebaginya.Bagi saya,siapa memulakan provokasi ia harus bertanggungjawab.Ini krana, saya yakin rakyat Malaysia tidak lagi larat untuk mengumpat dikedai-kedai kopi menyatakan hak mereka,ketidakpuasan hati mereka.Dan adakah orang-orang kampung ataupun orang-orang bawahan ini berani untuk bersua muka dengan golongan-golongan atasan jika mereka adalah suara minoriti??konfem dipulaukan,dan apakah ada cara lain untuk golongan seperti ini??saya tidak ingin menyentuh bab-bab golongan atasan yang bergaji 3 -4 ribu,suasana rumah dan kerja yang penuh konduksif kerana mereka tidak memerlukan selain dari gaji setiap bulan,makan pakai yang cukup dan lain kerana mereka serba-serbi mencukupi.Bagaimana golongan yang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang,tiada duit yang boleh disimpan kot2lah ingin menyimpan kerana wang gaji yang cukup-cukup makan.Maka,golongan ini lah yang perlu ditemuramah,golongan inilah yang perlu diberi perhatian kerana rakyat negara ini rata-rata berpendapatan sederhana dan kurang ataupun miskin papa kedana.


Saya bukan nak belagak,dalam meniti kehidupan saya telah 3 -4 kali bertukar tempat tinggal dan perpindahan saya bukanlah di Putrajaya,Kuala Lumpur dan bandar-bandar pencakar langit yang kalian banggakan.Saya ulang,saya pernah tinggal di Sabah,adik saya ada di Sarawak,saya pernah di Kajang dan kini di Teluk Intan Perak.Saya ingin banggakan kebendaaan pencakar2 langit di Kuala Lumpur namun itu dimatikan dengan kedaifan rakyat-rakyat kampung.Saya ingin banggakan dengan keamanan Malaysia,namun ia dimatikan dengan gejala rasuah pemimpin tertinggi Malaysia.Saya ingin berbangga dengan kemodenan cara hidup di Malaysia,namun ia dimatikan dengan siri pemfitnahan kepada Anwar Ibrahim sejak 1998 lagi..Apa lagi yang saya boleh banggakan???jika asas utama dalam Islam itu dipandang sipi malahan tidak dipandang barangkali.Saya yakin,jika nikmat itu Allah akan kurniakan kepada golongan-golongan yang dipilh namun jika bala yang diturunkan Allah kerana kemungkaran sesuatu negara,saya yakin hatta para ulama,golongan agamawan dan sesiapa sahaja akan menerima bala Allah itu kerana mereka tidak berusaha untuk menentang kemungkaran di kawasan mereka sendiri.Saya takut memikirkan perkara itu,saya takut golongan-golongan baik ini dijadikan kayu ukur untuk bala menimpa kerana mereka faham namun mereka takut untuk meluahkan kebenaran.

Saya yakin,demostrasi ini bukanlah titik mula.Ia adalah cara terakhir selepas siri rundingan meja bulat gagal menemukan kepuasan hati pencinta keadilan ini.Mengapa perlu berpanas berpeluh menyusahkan diri? Menghadiri demostrasi jika niat golongan yang cintakan BERSIH ini hanya inginkan keadilan dalam pilihanraya.Maka,saya menyeru jika kamu masih bencikan BERSIH,haruslah kamu berfikir  2 3 kali jika masih mahukan diri dan negara dalam keadaan kotor lagi menjijikan dengan sesuatu isu dimainkan bagi menutup sesuatu isu sehingga tiada isu yang mendapat penyelesaian dan orang bersalah difitnah sejijik itu.Hentikan politik kotor,hentikan isu video seks,hentikan rasuah,hentikan..hentikan dan mampuskan semuanya itu kerana saya yakin jika rakyat yang baik itu berpadu tenaga memampuskanya ia akan berjaya.Percayalah janji Allah bahawa Islam itu pasti menang,tidak lain hanya Allah dan Rasul matlamat tertinggi kita..Salam BERSIH dari saya.(x payah jawab salam ni :-))








4 comments:

♥ AISHAH JOHAR ♥ said...

terbaik la kak.. =)
takbir!!!!

Siti SArah Ahmad Rusli said...

hai...kite kenal eh?jemput datang BERSIH 2.0 ok :-)

♥ AISHAH JOHAR ♥ said...

saya kwn adik akak.. aishah..
kalau kt kl mmg nak trn, tp kat bintulu la..xdpt nak join..

Siti SArah Ahmad Rusli said...

ooh..bagus2x,teruskan menulis untuk warga sarawak..free2x turunlah rumah kiteorng