Friday, February 24, 2012

Syria...banyak benda kita boleh belajar

Assalamualikum..

Saya kadang-kadang sanggup tidak tidur sepanjang malam gara-gara ingin mencapai kelajuan internet untuk menonton video2x berkaitan dengan Syria.Bebezanya isu Syria dan Sarah,berbezanya fikiran saya dan Syria,berbezanya kerisauan saya dan kerisauan Syria..sangat berbeza sehingga sampai satu tahap terfikir bahawa apalah aku ini sangat di sisi Allah berbanding para Syuhada  dan para pejuang disana.Mempertaruhkan nyawa sekalipun untuk Islam.Dan adakah saya sampai tahap boleh mempertaruhkan perasaan sekalipun.Pergghh!!sangat berbeza..lemahnya saya,kerdilnya saya dan sikitnya peranan saya.Cukupkah bekalan saya untuk akhirat nanti?23 tahun yang sudah saya lalui,cukupkah untuk bekalan akhirat selama-lamanya?Persoalan yang tak mungkin terjawab..Keyakinan yang dipasakkan adalah setiap orang berperanan dalam isu Syria dan isu umat tak kiralah mereka di mana sekalipun.

Adakah saya di UKM,tidak dapat melakukan apa yang dilakukan rakyat Syria mempertahankan kesucian agama Allah..Jika caranya tak kena dengan waqi' atau keadaan.Maka,saya selalu ingin tekankan supaya saya  harus mempunyai iltizam,cita-cita dan keBERANIan seperti mereka.Tak takut kepada benda lain melainkan Allah.Ada pertanyaan semasa usrah saya dahulu,saya pernah tanya,macamna nak jadi berani?..naqib saya jawab 'berani ni tidak ada pada semua orang,dan orang yang nak jadi berani dia kena mencabar dahulu dirinya membuang sifat takut lagi2x ketakutan yang tidak berasas.Dari sana saya belajar turun ke sesuatu tempat contohnya demostrasi,ke tempat gelap seorang diri tampal poster,join perkara2x yang tak ramai nak suka,berhadapan dengan musuh dan banyak lagi.Allah...saya memang merasa gementar,jantung berdegup kencang ketika pertama kali nak lakukanya tapi lama-lama ia menjadi kebiasaaan dan ternyata tiada apa yang perlu ditakutkan.Dan berani macamna pun tawakal dan kebergantungan kepada Allah harus ada dan sentiasa takut2x berani kita itu ditukar dengan sifat riak dan takkabur.Nauzubillah..


Teruskan mengorek isu Syria,teruskan usaha menghafal Qunut Nazilah untuk dibaca di solat fadhu,ringankan tangan share kebenaran isu Syria kerana TV arus perdana sangat bias dalam menyampaikan isu ini,menangislah melihat anak-anak Syria yang tidak berdosa dibunuh dan dicederakan.Cuba letakkan diri kita pada situasi mereka. Insyallah sifat kemanusiaan dapat dipupuk dari belas kasihan kita pada orang lain maka dengan sendirinya kita akan bencikan sesuatu yang zalim macam UMNO..hehe

2 comments:

Anonymous said...

salam..oo kerja hang ekk sara hantar risalah..

teruskan mengudate isu ye..aku peminat no 1 blog ni.

Siti SArah Ahmad Rusli said...

Terimaksih kak..ko memang akk yg best sangat :-)