Tuesday, May 22, 2012

politik matang VS politik bangang

Opss sorry..jika perkataan bangang yang lahir dari minda saya ini akan membuatkan golongan-golongan baik dan suci rasa terkedu,seperti biasa saya akan abaikan.Matlamat akhir yang penting bagi memahamkan golongan marhean lebih besar dari melayan kerenah-kerenah sekelompok kecil yang lebih mengambil berat isu-isu kecil berbanding matlamat memberi penerangan sewajarnya kepada golongan ditipu dan memampuskan golongan penipu dan pembuli.

Siri demostrasi yang kerap diadakan membuka satu lembaran baru kepada tahap demokrasi dan intelektual rakyat Malaysia.Majoriti terpaksa diambil kira dalam beberapa siri demostrasi kali ini apabila ada sekelompok kecil membuat senaman mangkok dihadapan rumah ambiga dan siri2x membuka pasar malam.sama2x kita meletakkan jari di kepala otak untuk berfikir. BERSIH 4.0 yang menolak BERSIH 3.0,2.0 dan 1.0 dgn hujah dangkal seperti kerugian peniaga,kerosakan harta benda,tear gas telah merebak dan menyebabkan berlakunya pencemaran udara (ni sindiran),longkang tersumbat,lubang-lubang tikus dicemari airwater canon dan menyebabakan kekurangan polpulasi tikus di KL dan macam-macam lagi.Silalah dengan hujah anda itu dan berikan satu bentuk hujahan hebat bagi menujah kembali 8 tuntutan Bersih dan barulah kami diam.ada??korang xde....percayalah,kerana ia masih berlaku dan berlaku dengan berlaluasanya.

Datang pula,debat antara KJ (ketua pemuda BN) dgn Rafzi Ramli (pakar strategi PKR) yang bagi saya membuka satu lembaran positif lakaran politik di Malaysia selepas apa yang berlaku dan yang tidak berlaku tetapi dilebih sensasikan oleh media arus perdana.Come on!!!hentikan menipu kerana anda akan kantoi menipu x sampai 24 jam bilamana media alternatif mengemukakan bukti yang anda menipu,dan kami yang membaca bedekah2x ketawa kerana anda kurang bijak menipu dan kelihatan bodoh.Tercabut usus ketawa dengan cara begini.Timbul balik siri fitnah, kali ni orang lain dimangsakan selepas isu video Anwar Ibrahim senyap sepi dek angin halilintar kuasa rakyat yang dah jelak dan muak dengan isu lucah dari akhbar-akhbar perdana yang sangat berpronografi.Benda-benda tak elok ni selalunye x lama..maka,nantikan sahaja kejatuhan akhbar-akbhar ini bilamana rakyat Malaysia mula berfikir dan mencari bahan bacaan yang matang dan bukanya bangang.

Himpuan sejuta belia,apa kata mufti??halal??haram??atau Halam??adooiii..saya sedar saya bukan orang cerdik ilmu agama atau alim  dan tidak boleh berfatwa seperti mufti2x di Malaysia,namun anda bukanlah golongan ma'sum yang tidak boleh ditegur dan saya ingin menegur tolonglah bersikap adil dalam membuat fatwa.Saya kira sudah masanya ada antara fatwa yang boleh untuk abaikan kerana ia fatwa 'periuk nasi".Menentang sikit dasar pemerintah,tetrtutuplah periuk nasi ataupun ada pasir termasuk dalam nasi susah untuk dimakan dan perlu banyak kerja nak mengeluarkannya,buat apa nak susah hidup.Rumah disediakan,kereta,anak-anak dan isteri yang cantik.Cukup dan bersyukurlah,maka lakukan sahaja apa yang disuruh,dan haramkan sahaja jika perlu untuk diharamkan dan diamkan sahaja benda yang disuruh diam,settle dan pulang kerja jam 5 petang kembali dengan rutin biasa kehidupan.Nikmatilah hidup kalian dan pandai2x lah jawab selepas tidak lagi hidup nanti,ye lah kubur kan lain2x...





5 comments:

Armiza Aris said...

setelah melihat, mendengar dan meneliti video debat ptptn (kat youtube je k) dgn niat utk mndengar dgn adil dr kedua2 pihak,nak buang jauh2 rasa berat sebelah, tp apakan daya makin lama makin aku malu utk mgaku sekampung dgn KJ. maaf lah

Siti SArah Ahmad Rusli said...

orang kampung ekau haa mija..ekau tarbiyah lah dio bagus2x

nurulsyamila said...

hey, orang kampung u hensem la mija..ahak!

beb, ur penulisan mantap ler!!

Siti Sarah Ahmad Rusli said...

hensem x hensem..hujah kena best,baru berbaloi kehensemenye punn..tq k.mell,kalau x best komen tau,pedas,sweet sour ke apa je I terima :-)

Armiza Aris said...

tau xpe kak mell n sarah. kalau hensem ckp menyakitkn hati nk buat ape. terus xhensem dh.hehe