Wednesday, July 11, 2012

Dosa Semalam

Tengok pada tajuk dah macam dalam novel-novel popular dipasaran.Mengundangkan diri saya untuk kembali mengupdate blog jika-jika masih ada yang sudi untuk membaca.Terimakasih saya ucapkan.Dosa?jika disebut soal dosa, siapa yang terlepas dari melakukan dosa.Tiada shiapapun (stail senatron indonesia) yg terlepas dari melakukan perkara yang mendatngkan dosa.Hanya nabi Muhammad sahaja manusia yang ma'sum dan terlepas dari melakukan perkara dosa.Saya bukanlah alim dalam bab-bab menterjemahkan apa itu dosa, namun dari penglihatan saya sendiri saya melihat setiap orang berpotensi melakukan dosa mengikut tahap keimanan diri masing-masing, Jika didengar kata-kata ulama terkenal, ahli-ahli sufi yang memberikan ceramah sangat menekankan soal hati dan kehalusan jiwa. Dan jika dibandingkan dosa yang mereka tegurkankan pada anak-anak didik mereka ataupun teguran pada diri mereka sendiri, saya dapat bayangkan perasaan dan rasa kehinaan mereka yang tidak mencapai tahap sebegitu rupa. Niat yang salah sahaja sudah tegur apatah lagi yang telah membuat kesalahan yang mulanya diniatkan itu.

Tahap manusia itu lain-lain, tahap ilmu, kekayaan, kesedaran, kecantikan dan apa sahaja semuanya berlainan. Ia berbalik bagaimana kita membentuk diri ini dari menginsafi dosa yang pernah kita lakukan. Dosa maksiat kepada Allah, itu tidak kira dosa kita pernah meninggalkan solat dahulu kala, puasa kalau ada, menderhaka kepada ibu bapa, mungkin pernah menyakiti perasaan orang yang baik dengan kita dan mugkin ada kita terlupa dan teralpa. Kesedaran yang timbul tatkala sudah melakukan dosa juga lain cerita, ada manusia yang sudah melakukan dosa dia sangat menginsafi dosanya dan berazam tidak mahu mengulanginya lagi, dan jika ia berulang kembali ia akan kembali bertaubat, dan berulang ia bertaubat sehinggalah dia mati dan keyakinan dirinya bahawa Allah itu Maha Pengampun dan Mengasihani hambanya. Ada juga manusia tatkala melakukan dosa, terus terbuai dengan dosanya kerana rasa dirinya cukup berdosa dan tak boleh nak buat apa dah. Dan percayalah, itu satu sifat yang merugikan diri sendiri kerana kita sendiri tidak berusaha melupuskan dosa dengan cover up balik melalui kebaikan-kebaikan yang masih boleh dibuatkan.Apa yang bagus mengenai dunia sekarang adalah dii dalam Facebook banyak manusia yang dahulunya terkenal dek kerana lakonanya yaa..pendek kata artis yang telah mengakui kesilapan mereka dahulu dan berusaha menjadi yang terbaik disisi-sisi Allah dengan membantu masyarakat melalui mana yang mereka mampu.Mungkin dengan bagi ceramah, mengubah penampilan mereka kepada yang menutup aurat juga satu ibadah, menyampaikan kebenaran lagilah Subhanallah..Maka, saya kira berilah mereka peluang dan jangan menjadi seolah-olah mesin melabel di kilang-kilang pemprosesan makanan bahawa si A ini pendosa dahulu, si B ini pendusta, si X ini pemaksiat..udoh-udoh leee kite ni pun bukanya bagus sangat nak mengutuk mereka yang berbuat kebaikan.



Insafi dosa yang kita lakukan semalam untuk menjadi manusia yang lebih berusaha mengharapkan keredahaan Allah. Dan dalam doa juga, saya pernah diajar bahawa untuk membanyakkan doa-doa supaya Allah mengampunkan dosa-dosa kita selain doa-doa mendapat jodoh, dimurahkan rezeki, mendapat cahaya mata, diberi kekayaan, disiapkan tesis. dimudahkan urusan dan banyak lagi doa-doa yang bersifat inginkan kesempurnaan dalam diri.Ia sangat memberi pengajaran bahawa jika ada dugaan yang sangat berat terhadap diri kita ia mungkin datang atas sebab dosa kita dahulu kala, mungkin niat untuk berbuat dosa atau apa-apa sahaja yang bekaitan dengan dosa. Tujuan utama adalah menganggap setiap dugaan itu pasti berhikmah dan hikmah wajar dikutip oleh orang-0rang yang beriman setiap kali ditimpa musibah.Then, let be a  person with iman, Insyallah....

dan kesimpulanya..doa ini best
 "Ya Allah, ampunilah dosa-dosa yang kami lakukan sekali, juga-dosa-dosa yang kami lakukan banyak kali, Ya Allah ampunilah dosa-dosa yang kami lakukan secara terang-terangan, juga dosa-dosa yang kami lakukan secara tersembunyi. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa yang kami lakukan dengan sengaja dan juga dosa-dosa yang kami lakukan dengan tidak sengaja.. Ya Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..Amin..


Berdoalah kepada Allah semoga diberikan jalan terbaik untuk kita semua..


(Ps: kesedihan jerman kalah dgn Italy d Euro baru-baru ini memberikan kesan emosi yang cukup mendalam, mungkin melihat kesungguhan jerman yang terlalu namun tiada gol utk kesungguhan itu melainkan fenalti)