Monday, December 27, 2010

MATI...

Saya ambil gambar ni masa saya kat RJ akk saya,die bgtau significantnye replika kayu nisan n ada nama kita even yg masih hidup utk kita bersedia apa yang patut.Fuuuhhh...meremang bulu roma gua 

Takut?
relaks...tarik nafas dalam2,kita muhasabah kembali apa maknaya mati ini.Apa yg saya faham tanpa merujuk mana2 kamus dewan,mati adalah kita telah terputus nyawa dari jasad,tidak bercakap,tidak melihat  tapi mendengar dan merasai apa yang dilakukan org lain atau makhluk lain kepada kita namun kita tidak berhak dan tidak mampu membalas dengan sebarang reaksi.Seram ke?rilek lagi..mati adalah satu benda yang pasti tap kita tak tahu bila.Saya ambil contoh,ada yang bermusafir sehingga ke Felda Koyan daerah Raub Pahang dari bangi dan pulang kembali ke bangi pun masih selamat tidak meninggal dunia.Tapi pernah dengar tidak cerita,tak sampai 10 minit perjalanan seseorang itu boleh meninggal dunia.Semua ini adalah ajal,tap ingat bukan ajal yang dibuat2 seperti membunuh diri,kerana membunuh diri itu adalah haram.So,janganlah buat perkara2 yang menjerumsukan diri ke lembah pembunuhan diri.

Persoalanya disini,adakah kita sudah bersedia menghadapi mati?Amal ibadah,hutang piutang,tanggungjawab dan amanah,dosa kepada Allah dan manusia serta sebagainya sudah kita betul2 settelekan.Dah jadi ahli gerakan selepas saringan dari Allah,adakah betul2 kita melaksanakan amanah yang sepatutnya dibuat,sudah diberi ilmu pengetahuan mengenai apa sahaja,adakah sudah kita mengaplikasikanya dalam kehidupan sebenar?Sudah yakin  kita akan masuk syurga dan dapat menjawab persoalan malaikat di alam kubur nanti?saya sendiri tak dapat nak bagi jawapan yang pasti sambil diri berusaha membuat segala yang patut ,meninggalkan apa yang patut dan melarang apa yang patut.Usaha kena ada,putus asa jangan sekali dan pape hal,Allah adalah yang paling teratas dari segalanya...ko ni sarah cakap boleh aaah,buat tengok macamne!!Saya manusia hina yang biasa tidak mempunyai apa2 yang sebetulnya milik saya kerana saya yakin,hatta rambut,kuku malah jantung saya ini adalah milik Allah yang dipinjamkan sebentar kepada saya untuk melaksanakn tugas sebagai khalifah dan yang pasti, buat atau tidak tugasan itu,saya akan disoal didalam kubur nanti.

Yang meninggal,akan tetap pergi dari dunia..yang masih hidup,life must go on..(betul ke grammer ni?)

Ingat mati,ingat sakit,ingatlah saat kau sulit,ingat2x hidup cuma satu kali..
(Wali band)

2 comments:

Ahmad Tajuddin Abdullah said...

ini EKSTRIMM!!!

Siti SArah Ahmad Rusli said...

ekstrim tang mne ata?cube awak perhalusi lagi statement tu..hehehe poyo je ayat