Tuesday, June 5, 2012

Siti Hajar Yussof..ada cerita tentang kamu :-)

Assalamualaikum..

Seronok membaca kisah dalam blog Harith Faisal mengenai sahabatnya Al-Amin,maka..saya kira saya juga berhak untuk bercerita serba sedikit mengenai seorang sahabat saya ini,Siti Hajar Yussof yang baru melangsungkan perkhawinanya dengan lelaki pilihan hatinya.Alhamdulillah selesai dia dengan kehidupan barunya sebagai isteri orang,dan saya menerima hakikat kami tidak akan dapat lagi sesengal dulu ketika masih single mingle.Nak kemana pun tiada halangan melainkan halangan syariat.Allah indahnya hidup ketika itu.Hakikat yang saya terima dengan sedikit linangan airmata tatkala dia sah menjadi isteri orang dan jugak waktu mengucapkan bye2x dimuka pintu rumahnya di Kelantan.Aceli x nak lah nangis2x masa hari bahgia dia,tapi nak buek camno..hati gua juga ada taman kadang2x.

Perkenalan saya dengan hajar macam biasa,tapi kami mula rapat dan knowing each other bila terlibat dengan satu organisasi GMUKM.Kat situ saya belajar banyak dari hajar.Ketika menguruskan kempen setiap minggu,masing2x ada cadanganya,ada kepala otaknya tapi tak tau lah kenapa saya dengan hajar buat kerja bersama2x seolah2x kami satu entiti yang sama..apa yang saya setuju dia akan setuju dan yang saya tak setuju dia akan tak setuju.Ada jugaklah 2 3 perkara kami tak sama pendapat,tapi dengan keberanian masing2x untuk jujur sesama sendiri menyebabkan smooth je perjalanan kerja walaupun kadang2x kelam kabut.Adooi..susah sebenarnya untuk saya tidak bergaduh dengan partner kerja,tapi dengan dia..Alhamdulillah.Jika bergaduhlah saya dengan orang atas,dia akn mem'back up' saya.Pastu dah tinggal kami berdua,baru dia sound "lain kali ko kena gini..gini..gini'...depan org ramai dia cuba mempertahankan ego saya.best aaah pendek kata.walaupun dah pukul 2 pagi, ketika sedang ada masalah saya hanya perlu type..hajar~~~~ dan dia faham saya perlukan dia untuk sama2x settlekan kerja.

Fikrah dia dengan perjuangan mmg A1,sebab tu masalah kefahaman mengenai perjuangan dia orang pertama saya rujuk Al-maklumlah kondisi rumahnya yang berada di Kelantan,dekat pulak tu dengan markas,tambahan anak imam dan subuh tak pernah lambat.Pernah sekali tu,kami rasa nak boikot satu kempen, yaa... anjuran kami juga atas tanda protes kepada 'seseorang"..namun masa atas motor kami bincang2x kot2x nak sengaja lambat2x terus dibatalkan hasrat bilamana dia mengatakan "Sarah,kalau penggerak pun dah buat hal macam apa yang kita sedang niatkan ni,apatahlah lagi yang hanya datang tatkala dapat SMS"..niat buruk itu terus dimatikan dan memecut laju ke tempat program.Subhanallah,maha suci Allah..

selepas dikawenkan dan kami x sampai hati membiarkan dia dibawa pergi..geleng2x kepala je laki dia tgk perangai korang
Ketika BERSIH 2.0,hajar jugalah yang merupakan pencetus kepada revolusi saya memujuk mak ayah untuk membenarkan saya pergi bila mendengar dia yang nuuu kat Kelantan nu sanggup datang ke KL untuk himpunan ini,saya yang kat Teluk Intan x kan nak berpeluk tubuh je bilamana ada yang sanggup bersusah payah menambah crowd.Alhamdulillah dimudahkan dengan bantuan rakan lain yang konon2x nak ambil saya dengan kereta tapi last2x Allah lembutkan hati mak n ayah saya dan yang paling best mak saya sendiri yang drive kereta dari teluk Intan utk ke BERSIH 2.0 bersama2x..sekali tak dapat dipujuk,kenalah berkali2x baru nampak kesungguhan dan doa jangan tinggal k ^_^

tetibe jadi nak share balik

Kerana itulah saya tetap berdegil nak jugak ke majlisnya walaupun pada mulanya mak ayah saya sms dan bantah kehendak saya..sifat degil yan teamat sangat menyelubungi setiap bait2x sms dengan skill siasah yang diajar dan Alhamdulillah akhirnya dibenarkan juga.Love u dad dan ayah pun mengeluarkan kata2x.."awatlah hang ni ketegaq sangat..nak p pi lah,tapi mak hang nak kirim barang kat Kota Bharu"..angkat kening sambil berkata,settle!!

Itu sahaja cerita saya kali ini,diharap rakan2x lain saya jangan kecil hati bila post ni khas ditujukan kepada hajar sahaja sebab dia je yang baru kawen,korang kena kawen dulu baru saya buat post special untuk u oaalss.Dan hakikat yang terpaksa diterima itu saya akan berlapang dada kerana sesugguhnya syurga seorang isteri itu adalah dibawah telapak kaki suaminya..kepada hajar jadilah isteri yang taat dan mengembirakan hati suamimu kerana aku yakin korang berdua sangat secocok dan sepadan menerajui rumah tangga dengan ilmu  amal Islam masing2x Insyallah..jangan lupa ilmu mantik dalam mentarbiyyah jemaah yang ko yakin selama ini..boleh punye,no hal lah..hehehehe.


   

sebelum kawen..siap peace2x lagi

emy suka Kelantan..saya suka tgk sawah padi walaupun kawasan sawah sanagt panas atas pelepasan gas metana dr proses pernafasaan anearob padi


3 comments:

nurulsyamila said...

ishhh..tak sabar plak nak baca entri tajuk,

Nurul Syamila Marlan..ada cerita tentang kamu :-)

mmg kena tunggu kawen ke baru ade post cmni?
tak rock la gini..haha

Siti SArah Ahmad Rusli said...

ni entry penguat semangat korang sume..x sabar kan?pe lagi mulekan langkah aahh

nurulsyamila said...

langkah apenye lagi sarah oiii.. dah macam2 step i wat tau.

haha.. ok, thanx atas semangat, sokongan dan dokongan yang diberikannn..

WHY NOT???