Thursday, September 6, 2012

Pukul dua pagi..

Assalamualaikum...

Malam makin larut, mata agak letih minta ditidurkan namun ketika itu jugalah hati ini bergelojak ingin menemukan sesuatu di Youtube.saya mula merungkai kembali video-video kecurian, belasah membelasah bagi menngambil sedikit dan tidaklah banyak mana. Mungkin ramai dah maklum yang saya baru-baru ini dirompak ketika berseorangan dekat rumah di kajang dan tujuan saya menulis ini supaya pembaca tidak kisahlah lelaki atau wanita untuk lebih berhati-hati dalam kehidupan yang penuh dengan muslihat ini.Saya amat harapkan doa dari pembaca kepada saya semoga saya tidak lagi menghadapi peristiwa hitam ini.

Mungkin kehilangan laptop acer yang saya beli dari zaman matrikulasi , beg duit  pemberian mak yang harganya RM3.50  yang saya dah pakai 4 tahun bersamanya juga RM170.20 koleksi duit raya saya  dan hp jenama motorola yg ada kamera dan dah terkopek2x pun key pad nya itu tidaklah kehilangan sebanyak mana. Namun, banyak perkara yang saya nak kongsikan kepada pembaca sekalian, iaitu:-


1) Jangan mudah mempercayai orang lain
-Apabila sesi brainstorm ayah dan saya dibuat mengenapasti apa punca saya dirompak adalah, saya terus mempercayai bahawa seorang lelaki yang tidak dikenali berseorangan tanpa apa-apa alat membaiki dan hanya menaiki motor adalah agen dari Indah Water dan ingin membetulkan tandas rumah saya dan kebetulan pada waktu itu sedikit rosak. Kalau tidak betulkan pun, aceli boleh je digunakan lagi tapi saya terus mempercayai mungkin mak ayah saya ada call mereka untuk datang rumah.Sifat bersangka baik yang tak baik langsung.Tanpa usul periksa kad kuasa dan apa yang perlu dibuat seperti telefon mak ayah minta kekonforman betulkah mereka ada hantar orang ke rumah dan sebagainya tidak saya lakukan.

2) Jangan buat apa-apa perkara kalau jenis perangai tu, lepas tidur mesti mamai yang tahap gaban
-Ambil masa jika lepas bangun dari tidur untuk berfikir kembali secara waras.Memang perasaan yang sedang mengantuk dalam keadaan tiba-tiba sahaja pintu rumah diketuk dengan kuat dan seolah-olah sedang rushing nak siapkan sesuatu perkara. Ambil baju yang menutup aurat, buka pintu dan terus suruh masuk. Sangat tak waras pemikiran itu.

3)Perkara asas...macamna wanita boleh benarkan lelaki yang bukan muhrim masuk kedalam rumah dalam keadaan anda berseorangan dirumah??
Perkara (3) ini ayah paling marah. Perkara asas dan sangat asas.Teruk saya dimarahi waktu itu tapi diam sahaja sebab memang saya bersalah.Tak terfikir langsung waktu itu, dan abang saya keluarkan kisah sirah dimana seorang isteri yang tidak membenarkan orang lain masuk kerumah walaupun dia mengenali tetamu tersebut kerana tidak meminta izin dari suaminya...tapi yang ini saya balas "tapi aku belum ada suami".. jawapan yang ingin melepaskan diri dari terus dileteri ^_^.. dan dia tidak mengaku kalah dan terus menasihati mengenai mak ngah kami yang merupakan seorang isteri kepada pendakwah tabligh yang lagi sering ditinggalkan suami yang keluar 40 hari dan sebagainya.Pandai je jaga diri..

Ya mengaku memang salah saya, tapi Alhamdulillah, saya dari dahulu lagi jika ada sesiapa datang masuk rumah ingin membaiki apa-apa sebelum ini, saya dah prepare pisau ditempat yang saya tahu dan mudah untuk ambil jika berlaku apa2x...perompak yang mati dirumah mangsa rompakan dan setahu saya mangsa rompakan tidak akan dikenakan hukuman jika membunuh perompak didalam rumah.Tapi ketika rumah saya dirompa, aceli saya tak sedar pun saya dirompaki akibat leka menolong mengemas kawasan dapur selepas diminta tolong oleh perompak tadi dengan katanya "adik, tolong kemas ya, nanti kawan saya yang lain akan datang, kosongkan kawasan ini'..saya pun menjawab "ohh, ok"..selasai je kemas, pergi ke ruang tamu melihat kawasan tempat letak barang2x tadi kosong dan lesap bersama-sama motor penjenayah..              mangkok betul!!! hidup2x saya ditipu...

Nasihat terakhir saya, berhati2x ye kawan2x..keep on berjumpa dengan orang ramai supaya kita lebih memahami manusia yang pelbagai itu

Wassalam......

5 comments:

Anonymous said...

nangis aku baca citer hang sara..
tp jauh disudut hati Alhamdulillah Allah pelihara diri dan nyawa hang..

InsyaAllah selepas ni rumah kne la selalu bg dengar ayat Al-Quran..semoga malaikat menjaganya..kerana sifat malaikat itu tidak makan, minum dan tidur melainkan berzikir dan beribadat kepada Allah SWT..

Kejadian ini aku pon amik ikhtibar..gate rumah aku pon akan start kunci pkul 11 malam..

Siti SArah Ahmad Rusli said...

ko janganlah nangis kak..insyallah duduk teluk intan buat smntara ni adalah hijrah yg terbaik utk aku dan our family, free2x balik teluk intan masak makaroni bakau letak keju

Anonymous said...

Uishh.....bahaya tu. Skrang ni mcm-mcm stail penyangak buat. Boleh kata deme pon upgrade cara2 merompak. AlhamdulIllah ko x diapa-apakan penyangak tu. Thnx 4 info....sekurang2nya aku lebih berhati2 di masa akan datang.

Melissa Ahmad said...

Macam bace blog tips mempertahankan diri b!!!

Alhamdulillah, nothing bad happen to you. Cuma takpela benda berbentuk material tu, boleh dicari kn..

Lebih berhati2 ye b after this, nasihat for me n d others jgk.. Berwaspada, jgn mudah percaya org, biasakan utk siasat dlu.. Walaupun dgn org yg kita rapat sekali pun..

Love u,
Melissa Ahmad =)

Siti SArah Ahmad Rusli said...

thanks kengkawan..lepas ni kita kena pupuk sifat berani untuk membentras jenayah, ada gaya affendi pengalisis jenayah tu x ^_^