Wednesday, June 27, 2012

Situasi yang kian berubah

Assalamualaikum..

Syukur kepada Allah kita masih lagi bernyawa dan mempunyai masa untuk memperbaiki amalan dan bertaubat dengan dosa yang telah dilakukan.Lagi tambah manisnya bila pengumuman mengenai kemenangan Ikhwanul Muslimin di Mesir.Ketika mengikuti perkembangan revolusi rakyat Mesir terasa mereka sangat dizalimi dan kandang-kandang saya jadi lupa bahawa Allah akan menolong mereka bila melihat kekjaman tentera Husni Mubarak merobek nywa-nyawa pejuang yang tidak bersalah.Allah..rasa bersalah bila kadang-kadang rasa tak tahu cara ingin dibuat bagi menumbangkan pemerintahan zalim.Tapi itulah, jika hati rasa lain teruslah berjumpa orang alim mendengar kata-kata nasihat dan ceramah motivasi bagi meningkatan lagi tahap keimanan kita kepada Allah dan perlu yakin bahawa pertolongan Allah itu pasti akan tiba.Situasi kemenagan yang ditunggu-tunggu oleh semua pecinta keadilan.Saya yakin kerajaan yang baru ini akan membuat apa sahaja yang memberi kebaikan dan keadilan kepada rakyatnya.

Perubahan situasi juga berlaku pada saya bilamana ditawarkan berkerja sebagai guru di sebuah sekolah rendah. Saya hanya tahan sehari sahaja bilamana saya rasa nak pitam bila mengajar budak-budak tu. Saya  rasa mahu sangat berhenti disekolah itu dan berusaha mencari kerja lain tapi tidak dipanggil-panggil walaupun memohon untuk jawatan kerja di tol berdekatan dengan highway rumah saya. Ingin dilihat bekerja dan tidak duduk sahaja kerana malu dengan parents yang sentiasa menghulurkan duit kepada anaknya ini. Dah 23 tahun tapi masih menerima duit dari mak ayah, walaupun mereka mampu je tapi saya malu.fuyyoo!! tercabar keayuan.Tapi, ditakdirkan Allah k.zan sekali lagi call saya kot2x ada yang nak menggantikan saya, dan terkeluarlah ayat "sarah, je ye mengajar lagi"..susah lah nak cari orang rushing-rushing"..maka, saya yang lembut hati dan mudah dipujuk ni (lagi-lagi dipujuk jurujual) mula ke arah seolah-olah mahu kembali mengajar di sana. Dengan nasihat dan bimbingan dari k.zan, k.mell yang pernah mengajar 7 bulan dahulu menaikkan semanagat saya untuk bertahan disekolah itu. At least mencari pengalaman dan mendidik diri bersabar dengan budak-budak yang secara kenyataannya saya tak suka budak-budak yang tak matang sebab adik-adik saya sumenye matang-matang dan mudah mendengar kata.Huhuhu..budak2x Bangi ni, budak2x bandar dan pernah merasa mengajar keluarga yang keEnglishan sedikit.Saya ni orang kampung biasa2x, manalah nak biasa dengan situasi penuh kemodenan ini.fuyyoo!!

Tapi Alhamdulillah, dengan tunjuk ajar dan cara-cara menarik diajar saya mula dapat mengatasi rasa nak pitam yang mula-mula dulu. Rasanya mungkin saya terlalu gementar berhadapan dengan anak-anak ini yang menjadi satu beban amanah yang terasa begitu berat dibahu saya.Mungkin terbiasa dengan ayat mentarbiyyah dan bukanya sekadar mengajar dan kali ini adalah anak-anak yang baru darjah satu.Besar juga perngorbanan guru-guru sekolah agama saya dahulu dimana permulaan membaca Al-Quran, mengenali sirah-sirah nabi dan disanalah saya dididik dan jika fikir-fikir balik banyak lagi ingatan dari mereka yang saya ingat.I love u ustazah-ustazah terutamnaya ustazah ketika saya darjah enam yang memeluk saya begitu erat bila saya ada menziarahi beliau ketika kematian suaminya. Tergamam saya dan kawan-kawan lain dan terasa best rasa disayangi ustazah itu kerana dalam kelas serius habis ^ _^.

Wassalam......




Thursday, June 14, 2012

hanya berbudi bahasa,why not?

Assalamualaikum..

Sejak akhir-akhir ini saya sekali lagi ditimbuni dengan isu hubungan antara lelaki dan wanita.Jika ia hubungan mahu dikawenkan saya tiada masalah sebab dah konfem nak disatukan menjadi suami isteri, ia agak memeningkan kepala saya dengan isu remeh temeh iaitu melibatkan perasaan yang tidak jelas dan timbul akibat persepsi dan bukanya teori.Ya..saya akui dalam dunia ni bukan semua perkara perlu diteori kan tapi suka satu perkataan "bebas jangan sampai terbabas,patuh jangan sampai jumud".ke salah??lebih kuranglah ayat tu.Isu ikhtilat yang saya kira ia isu furuq dan sebagai ahli jemaah should be dah paham sendiri la,kalau boleh x payah dibahaskan panjang lebar dengan semua orang lagi-lagi dengan ahli jemaah yang lain juga dan lagi boleh jika tidak berpuas hati tegur sahajalah berhadapan.

beginilah saya rasa jika isu begini mulai dibincangkan secara beramai-ramai, tidak menolak utk dibincangkan secara peribadi


Pendapat saya, bukan semua orang berperasaan seperti kita berperasaan. Saya tidak boleh memaksa untuk orang lain berperasaan seperti saya, dan kita tidak boleh memaksa untuk orang lain berperasaan sempurna seperti kita. Ia sangat merimaskan bilamana keluar meniti di dinding-dinding FB yang memohon diampunkan dosa mereka kerana tidak dapat memberikan hidayah kepada sahabat lain, di berikan pengajaran pada yang lain dan paling teruk sindiran sesama sahabat. Memang tidak dapat lari jika mengatakan ini nasihat untuk saya dan sebagainya jikalau waktu yang tidak tepat dipanjangkan status itu, maka orang yang buta hatinya sahaja tidak merasa bersalah dan mulalah episode masam bermasam muka.haddoiii..masalah hati yang boleh mengugat kestabilan gerak kerja jemaah. Saya akui, bila dapat menyertai satu himpunan atau program yang ada orang yang sangat berpengalaman (pakcik2x yang dah tua) dan faham dengan perjuangan, mereka tiada erti kata kecil hati jika sesama sahabat, jika bergaduh bergaduh yang memeberi satu kata putus untuk kelangsungan jemaah. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula dalam mencari resolusi bagi sesuatu perkara yang penting dan bersifat cepat tindakanya. Jika perkara begitu hendak dibahaskan, hendak di debatkan, jika perlu untuk digaduhkan saya dengan rasa bersyukurnya teruskanlah sebegitu.

Tetapi ,jika mulai sahaja  melibatkan isu remeh, isu yang banyak khilafnya, banyak pula kata-kata keagamaan yang timbul dari orang yang tidak selayaknya berfatwa, maka..peninglah kepala saya yang rendah ilmu agamanya ini.Allahurabbi..keihklasan mula diragui bilamana masing2x ingin mengangkat ego dan sahabat masing-masing. Saya juga suka orang menyokong saya tapi saya harus belajar menreima orang yang menentang saya atau tidak menyokong saya. Masih belajar apa itu lapang dada dan ia adalah tahap pertama dalam turutan ukhwah.Geli jugak asyik dok  sebut ukhwah2x kalau terlalu kerap dalam keadaan banyak perkara lain yang perlukan difikirkan strateginya, nak cari duit lagi, kerja lagi, kawen lagi..haaa ambeekk!!
Boleh sahaja nak dibincnagkan, tapi janganlah menjadi pirority orang yang mengakui ahli jemaah ini. Jika dah rasa ok, maka teruskanlah jika ada kelompangan dan masalah maka, dinasihat-nasihatkanlah atau ditangan-tangankanlah.Mudah dan jangan disusahkan..cubee tennnnanggg~~~~(macam kumpulan sepah cakap kalau boleh dengar jawa2xnye sket)


Saya suka satu perkataan ini,why not? ataupun , kenapa tidak? Bila kita selalu memberikan persoalan ini kepada diri kita, percayalah secara sedikit-sedikit sifat psoitif tu akan mula menular (ckp pasal positif2x ni teringat Prof Muhaya hehehe...wanita sempurna) contoh: ada lorang yang lain jantina yang senyum kepada kita, buat baik kepada kita, sangat ambil berat tentang kita dan jangan mudah untuk bertanya "ehh kenapa dia ni??kenapa nak baik sangat ni..so..soalan kenapa, kenapa ,kenapa yang selalu dikeluarkan. Maka, selepas ini keluarkan sahaja perkataan why not?? dan habis persoalan disitu dan teruskan kehidupan dengan gembiranya. Tapi kalau dah lebih2x sampai jam 3 pagi pun bajet nak kejutkan tahajud, xpayahlah....yang tu memang ada udang disebalik mee. Tapi boleh jadi juga utk d why not kan sebab mungkin dalam proses nak mengurat cuma tak tahu cara yang betul dan kuliah Ustaz Azhar Idrus banyak,share kan sahajalah..jangan terus dihukum dan dilabel tidak jaga Ikhtilat, haremmmm dan sebagainya.

"Insan cemerlang datangnya dari akal yang sihat yep.. yep....hati yang bersih yep..yep.."..


Mungkin banyak kritikan kepada penulisan saya ni, saya alu-alukan dan Insyallah saya berlapang dadanya untuk menerima kritikan tersebut.kalau rajin komen lah ye ^_^

Tuesday, June 12, 2012

Ummah yang dilupakan…..

Post ini saya ambil dari sebuah blog iaitu http://zainurrashid.com,


Sekiranya kita melakukan tinjauan di kalangan umat islam hari ini dan bertanya mengenai umat Islam yang tertindas, nescaya kita akan mendapat jawapan Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya dan sebagainya. Namun tidak ramai di kalangan kita yang menginsafi terhadap permasalahan umat Islam Rohingya.
Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik dan meluas di tangan junta tentera Myanmar (Burma).
Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Ireland (ICHR), seorang pakar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan oleh kerajaan junta tentera terhadap minoriti Rohingya yang tinggal di daerah Barat Myammar mungkin merupakan antara jenayah terhebat terhadap kemanusiaan di abad ini.

Permasalahan mereka telah telah diabaikan selama bertahun-tahun dan tiada sebarang tindakan yang sistematik telah dilakukan untuk membantu mereka meneruskan kehidupan sebagai masyarakat manusia yang normal.

Siapakah umat Islam Rohingya?

 


Umat ​​Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.
Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.

Apakah nasib mereka?
Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.


 Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :
a)      Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.
b)     Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan
c)      Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.
d)     Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran


e)      Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan
f)       Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar
g)      Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.
h)     Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.

Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 ribu di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka

Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan besar, mereka mula mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan harapan untuk mendarat di suatu tempat sebagai pelarian politik, ekonomi dan agama.

Ada di kalangan mereka yang mendarat di Thailand, Malaysia, Indonesia dan sebahagiannya di Australia. Namun kebanyakan mereka telah ditolak mentah-mentah oleh semua negara ini.


Bahkan ramai di kalangan ‘orang bot’ yang mendarat di Thailand telah dihalau semula ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut enjinnya agar mereka terus hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju.
 

Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau kebuluran di tengah laut.

Tiada siapa yang mahukan mereka ! Bahkan negara-negara yang mendakwa mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan bahawa seolah-olah umat ini ‘tidak ada harga’ kepada mereka.




Umat Islam Rohingya telah memohon diberikan status ‘Pelarian Sementara  Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga negara-negara lain bersetuju untuk mengambil mereka buat sementara. Indonesia dikatakan akan mempertimbangkan permohonan mereka untuk tinggal di Acheh buat sementara.

Kalau bukan kita, siapa lagi ?

Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Mereka telah ditindas buat sekian lamanya dan kini sebahagian daripada mereka telah pun mendarat di Malaysia bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan kemanusiaan daripada saudara seaqidah mereka.

Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabdaan Rasulullah saw yang bermaksud,

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

Beberapa saranan :
  1. Kerajaan Malaysia seharusnya mengambil inisiatif untuk menjuarai isu umat Islam Rohingya samada di peringkat antarabangsa dengan menyuarakan permasalahan kronik ini di persidangan OIC, PBB, WHO, ASEAN dan sebagainya.
  2. Badan-badan kerajaan di peringkat nasional dan negeri seharusnya mengambil tanggung-jawab kerana semakin ramai di kalangan umat Islam Rohingya yang telah mendarat bagi mendapatkan perlindungan di Malaysia. Mereka adalah pendatang yang jauh lebih baik untuk dibantu jika dibandingkan daripada kebanyakan pendatang Afrika yang kerap melakukan kekacauan di sana sini terhadap masyarakat temnpatan mahupun sebahagian daripada pelancung dari beberapa Negara yang terlibat dengan aktiviti pelacuran.
  3. NGO dan badan kebajikan yang ada di Malaysia harus mengambil bahagian bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh pelarian Rohingya yang sangat memerlukan bantuan di sudut sosial, ekonomi, kesihatan, pendidikan terutamanya di kalangan anak-anak mereka.
  4. Kalau rakyat Malaysia begitu perihatin dan pelbagai NGO telah ditubuh bagi menangani masalah umat antarabangsa seperti Palestin dan lain-lainnya, kenapa kita kita mengagihkan sedikit tenaga dan bantuan kepada saudara seaqidah yang kini terdampar di negara kita sendiri.
  5. Orang ramai di Malaysia seharusnya mengambil peluang menunjukkan keperihatinan terhadap isu kemanusiaan yang kronik ini dengan membantu meringankan bebanan kehidupan demi masa depan mereka.
  6. Kita juga boleh membantu dengan mendoakan keselamatan dan masa depan mereka serta mengambil tahu perkembangan semasa terhadap keperitan umat yang berpanjangan ini.

 

 jadilah orang Islam yang merasai kesakitan orang Islam yang lain.teruskan kecaknaan kita dalam mendepani isu masyarakat muslim yang sangat menyedihkan..

Sunday, June 10, 2012

Kalau sudah tidak ikhlas baik tinggalkan terus..

Sesuatu pekerjaan yang diberikan kepada kita dalam keadaan kalau boleh kita nak tolak sangat, tapi tak tolak sebab nak mudahkan urusan sahabat kita a.k.a kesian. Saya selalu melalui perkara ni, dan tidak berani untuk menolak. Saya rasa ia merupakan satu dugaan kepada saya apabila orang banyak meminta tolong kepada saya dan jika dilihat jika saya menolak sekalipun, saya yakin sahabat2x saya tidak akan berkecil hati jika ada penerangan yang jujur dari hati ini. Tatkala mendapat satu pekerjaan guru ganti sementara sahaja dan itu ada  seakan2x mendapat satu beban tugas seakan2x menyiapkan 10 jurnal. Benda yang saya tak berapa hebat dan x berapa gemar iaitu tugas mengajar. Allah, jika dengan silibusnya, perlu mengisi rekod perlukan ketelitian yang sangat hebat. Mesti ramai rasa x lah susah mana pun. Hidup bersistem yang diamalkan kurang saya sukai lebih2x lagi jika saya tidak bersistem, anak-anak murid akan merasa bahanaya. Oooh sungguh berat masalah itu. Saya agak berminat sesuatu kerja yang saya buat, saya usahakan dan jika tidak mencapai KPI saya yang dipertanggungjawabkan dan bukanlah orang yang tidak bersalah itu.

Agak pelik pemikiran ini, tapi inilah yang saya rasa tatkala membuat kerja-kerja aktivis suatu ketika dulu. Penat ya sangat penat, keluar tak ikut masa, tido mana yang saya suka, makan apa yang ada dan penat yang memang tak hengat. Sifat main langgar dan kurang bersistem ini memang perlu dikikis sebab ia tidak mengikut peraturan kehidupan yang telah digariskan. Mungkin ada yang boleh menolong, ya maybe...Keikhlasan juga penting bila ingin ke sesuatu tempat dan bukanlah hanya dalam pekerjaan sahaja. Jika rasa berat untuk ke sesuatu majlis atau program kerana risaukan kerja lain yang tak settle, ada yang perlu dibaca sempena exam dan lain, better tinggalkan melainkan kita bijak mencari sifat mujahadah untuk kesana juga. Risau2x sampainya pun tidak, amarah yang mengundang.


Best gile gambar ni sempena Euro 2012..n aceli saya sokong Poland...kenapa Poland? sebab saya tengok dia as a tuan rumah  masa main lawan greece amat bersemangat walaupun mereka bukanlah team yang kuat

Thursday, June 7, 2012

Kenapalah nak berdendam dengan orang miskin

Sang penguasa yang mempunyai harta dan pangkat telah mula memainkan peranan mereka.Kali ni peranan kejam yang mereka cuba-cuba laksanakan.Mungkin dahulu juga pernah, tapi kali ini ia dilakukan secara terang-terangan. Saya melihat dari skop sikap mereka kerana bagi saya walau macamna besar pun sesuatu organisasi itu yang lengkap dengan sistemnya, ada hitam putih maklumatnya namun jika hati dan sikap orang didalam organisasi penguasa itu busuk dan mangkok, maka dengan orang miskin sekalipun mereka sanggup berdurjana untuk berdendam dan membuli.

Isu PTPTN.Saya rasa ramai yang tahu apabila UNISEL telah dibekukan PTPTN mereka. Apabila Kerajaan Pakatan Rakyat a.k.a parti pembangkang di Malaysia tetapi ada 4 negeri menjadi Kerajaan memberikan satu cadangan dan siap dengan tindakan kearah supaya kerajaan UMNO Barisan Nasional mempertimbangkan lantas melaksanakan cadangan itu. Tunjuk Perasaan telah dilakukan, siri occupy telah lama berlangsung, debat juga ada disiarkan cumanya masih ada rakyat yang kurang mendapat asces internet sahaja yang agak slow mengenai apa yang ingin dibawakan Pakatan Rakyat ini lagi-lagi isu PTPTN. Maka terbitlah kata-kata "pe kejadahnya dah berhutang tak nak bayar,kalau gitu nak buat demostrasi lah untuk loan kereta n rumah aku dilupuskan".."dasar mahasiswa tak kenang budi".."mangkok punye manusia..tut..tut...tut..".Dan ternyata hujah marah-marah begitu semua tak boleh pakai bilamana melihat perdebatan KJ (ahli perlimen berkelulusan Oxford yang berani berdebat) n Rafizi Ramli (Ketua Strategi PKR yang sangat cool) berbahas isu ini.Maka, saya kira ia lebih berguna dan sangat berguna untuk menolak komen-komen sindiran dan makian yang tiada arah tuju dan hanya bersifat emosi semata-mata. Loan kereta, sah2x lah ko kena bayar sebab ia bukan hak yang boleh diberi percuma.Pendidikan perlu diberi percuma dan kita boleh try, tak percumakan semua pun at least jangan dimahalkanya membabi buta / mem'pig' blind.

Tindakan yang boleh saya katakan sebagai memulaukan segelintir kelompok manusia yang sedang belajar kebetulan di negeri Pakatan Rakyat pegang nampak sangat lee kejam nye. Bayangkan, anda orang kaya yang mempunyai beras yang banyak dan syarat untuk membeli beras anda hendaklah orang yang hanya angguk-angguk geleng-geleng sahaja dengan anda. Maka, alkisahnya ada orang miskin ingin membeli beras itu dan kebetulan orang miskin itu berjiran dengan seorang musuh anda.Anda sanggup melihat dia bersusah payah as well as dendam kesumat anda terhadap jirannya terlaksana.Jika dia mati kelaparan gara-gara anda tidak menjualkan beras kepadanya, mudah sahaja kata anda..ADA AKU KISAH??? gile kejam orang begitu dan analogi ini saya tujukan khas kepada kerajaan UMNO Barisan Nasional yang bermain tarik tali dengan orang miskin kerana bagi saya pelajar lagi-lagi pelajar Universiti adalah golongan miskin yang sedang berjuang dalam akademiknya tanpa ada income tetap melainkan ada buat partime tetapi saya kira bukan semua berkesempatan melakukan kerja sambil study sepenuh masa di universiti.Kami pun naik turun bus sahaja, dan yang berduit sedikit dapatlah beli motor kecek2x ngan mak ayah dengan wajah yang malu, yang kaya sikit bolehlah dapat kereta yang kaya lagi boleh dapat suami macam hajar..hahahaha,xde kena mengena walaupun hanya niat mengenakan beliau sahaja ^_^

Cukuplah kamu memperkotak katikan hati dan perasaan orang miskin, mereka nak makan pun susah dah kamu lakukan begini. Bukanya mahu menolong, malah mengejami mereka pula. Apakah dalam hati kamu wahai penguasa?? tegar melihat rakyat miskin menderita asalakan diri kamu puas mengenakan orang yang menegur kamu? ya rezeki memang ditangan Allah, dan ingat ditangan Allah jugalah kamu akan dihisab seadil-adilnya tatkala dilihat menzalimi orang yang lebih susah, yang lebih miskin dan pendek cerita bukanlah penguasa seperti kamu.Rasakan balasanya, jika bukan didunia pasti di akhirat kelak. Ingat!!boleh jadi kamu rasa jaguh d dunia sementara ini, dan Allah jugalah sejaguh-jaguhnya dalam memberi balasan baik dan buruk kepada hambanya.Kepada yang bukan penguasa tetapi menyokong tindakan kejam penguasa..berubahlah, kita jadi orang yang baik dan sayangkan orang-orang susah. Beniatlah untuk membantu mereka dengan apa sahaja ruang sekalipun.

Keyakinan saya mengenai satu perkara adalah orang jahat dan kejam tak akan lama. Jika diteliti dalam drama-drama dan filiem-filem juga, orang jahat pasti kecundang melainkan drama korea The Princess Man dimana orang jahat masih berkuasa tetapi last sekali dia menyesali perbuatanya dan berterima kasih pada isterinya yang tidak membunuh anak gadisnya dan menantunya..cite ni best giler.

Aceli, saya agak sayu memikirkan jika ada lagi orang diluar sana puas hati dengan kekejaman..sedih
 dok,seyes


Analogi gambar hiasan: sang peguasa sedang bergame-game kan rakyat dibawahnya dengan dasar PS 2 yang dibawa mereka sendiri


Gambar diatas tiada kaitan dengan kekejaman kepada orang miskin walaupun game itu berunsurkan tembak-menembak dan berbunuhan antara satu sama lain.

Tuesday, June 5, 2012

Siti Hajar Yussof..ada cerita tentang kamu :-)

Assalamualaikum..

Seronok membaca kisah dalam blog Harith Faisal mengenai sahabatnya Al-Amin,maka..saya kira saya juga berhak untuk bercerita serba sedikit mengenai seorang sahabat saya ini,Siti Hajar Yussof yang baru melangsungkan perkhawinanya dengan lelaki pilihan hatinya.Alhamdulillah selesai dia dengan kehidupan barunya sebagai isteri orang,dan saya menerima hakikat kami tidak akan dapat lagi sesengal dulu ketika masih single mingle.Nak kemana pun tiada halangan melainkan halangan syariat.Allah indahnya hidup ketika itu.Hakikat yang saya terima dengan sedikit linangan airmata tatkala dia sah menjadi isteri orang dan jugak waktu mengucapkan bye2x dimuka pintu rumahnya di Kelantan.Aceli x nak lah nangis2x masa hari bahgia dia,tapi nak buek camno..hati gua juga ada taman kadang2x.

Perkenalan saya dengan hajar macam biasa,tapi kami mula rapat dan knowing each other bila terlibat dengan satu organisasi GMUKM.Kat situ saya belajar banyak dari hajar.Ketika menguruskan kempen setiap minggu,masing2x ada cadanganya,ada kepala otaknya tapi tak tau lah kenapa saya dengan hajar buat kerja bersama2x seolah2x kami satu entiti yang sama..apa yang saya setuju dia akan setuju dan yang saya tak setuju dia akan tak setuju.Ada jugaklah 2 3 perkara kami tak sama pendapat,tapi dengan keberanian masing2x untuk jujur sesama sendiri menyebabkan smooth je perjalanan kerja walaupun kadang2x kelam kabut.Adooi..susah sebenarnya untuk saya tidak bergaduh dengan partner kerja,tapi dengan dia..Alhamdulillah.Jika bergaduhlah saya dengan orang atas,dia akn mem'back up' saya.Pastu dah tinggal kami berdua,baru dia sound "lain kali ko kena gini..gini..gini'...depan org ramai dia cuba mempertahankan ego saya.best aaah pendek kata.walaupun dah pukul 2 pagi, ketika sedang ada masalah saya hanya perlu type..hajar~~~~ dan dia faham saya perlukan dia untuk sama2x settlekan kerja.

Fikrah dia dengan perjuangan mmg A1,sebab tu masalah kefahaman mengenai perjuangan dia orang pertama saya rujuk Al-maklumlah kondisi rumahnya yang berada di Kelantan,dekat pulak tu dengan markas,tambahan anak imam dan subuh tak pernah lambat.Pernah sekali tu,kami rasa nak boikot satu kempen, yaa... anjuran kami juga atas tanda protes kepada 'seseorang"..namun masa atas motor kami bincang2x kot2x nak sengaja lambat2x terus dibatalkan hasrat bilamana dia mengatakan "Sarah,kalau penggerak pun dah buat hal macam apa yang kita sedang niatkan ni,apatahlah lagi yang hanya datang tatkala dapat SMS"..niat buruk itu terus dimatikan dan memecut laju ke tempat program.Subhanallah,maha suci Allah..

selepas dikawenkan dan kami x sampai hati membiarkan dia dibawa pergi..geleng2x kepala je laki dia tgk perangai korang
Ketika BERSIH 2.0,hajar jugalah yang merupakan pencetus kepada revolusi saya memujuk mak ayah untuk membenarkan saya pergi bila mendengar dia yang nuuu kat Kelantan nu sanggup datang ke KL untuk himpunan ini,saya yang kat Teluk Intan x kan nak berpeluk tubuh je bilamana ada yang sanggup bersusah payah menambah crowd.Alhamdulillah dimudahkan dengan bantuan rakan lain yang konon2x nak ambil saya dengan kereta tapi last2x Allah lembutkan hati mak n ayah saya dan yang paling best mak saya sendiri yang drive kereta dari teluk Intan utk ke BERSIH 2.0 bersama2x..sekali tak dapat dipujuk,kenalah berkali2x baru nampak kesungguhan dan doa jangan tinggal k ^_^

tetibe jadi nak share balik

Kerana itulah saya tetap berdegil nak jugak ke majlisnya walaupun pada mulanya mak ayah saya sms dan bantah kehendak saya..sifat degil yan teamat sangat menyelubungi setiap bait2x sms dengan skill siasah yang diajar dan Alhamdulillah akhirnya dibenarkan juga.Love u dad dan ayah pun mengeluarkan kata2x.."awatlah hang ni ketegaq sangat..nak p pi lah,tapi mak hang nak kirim barang kat Kota Bharu"..angkat kening sambil berkata,settle!!

Itu sahaja cerita saya kali ini,diharap rakan2x lain saya jangan kecil hati bila post ni khas ditujukan kepada hajar sahaja sebab dia je yang baru kawen,korang kena kawen dulu baru saya buat post special untuk u oaalss.Dan hakikat yang terpaksa diterima itu saya akan berlapang dada kerana sesugguhnya syurga seorang isteri itu adalah dibawah telapak kaki suaminya..kepada hajar jadilah isteri yang taat dan mengembirakan hati suamimu kerana aku yakin korang berdua sangat secocok dan sepadan menerajui rumah tangga dengan ilmu  amal Islam masing2x Insyallah..jangan lupa ilmu mantik dalam mentarbiyyah jemaah yang ko yakin selama ini..boleh punye,no hal lah..hehehehe.


   

sebelum kawen..siap peace2x lagi

emy suka Kelantan..saya suka tgk sawah padi walaupun kawasan sawah sanagt panas atas pelepasan gas metana dr proses pernafasaan anearob padi


Monday, June 4, 2012

Musafir itu beri pengajaran

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah memeberi saya kekuatan fizikal dan mental untuk ke Kedah Himpunan Hijau baru-baru ini selepas menyiapkan kerja-kerja yang tidak tersiap.Saya bukanlah orang yang suka memberi alasan kerja belum siap  bilamana dapat tahu ada program penting yang perlu dihadiri oleh semua rakan jemaah.Dah tau program time-time tu jugak ada kerja itu tak dapat nak dielakkan masih boleh consider.Ke kedah kami melalui jalan-jalan lama melalui gerik dan kemudian ke Baling kedah.X banyak yang dapat diceritakan sebab tengah zzzzzz.....sampai ke Baling seakan-akan ada sesuatu yang menarik minat saya,iaitu kedai makan..tengah lapo,cari2x jumpe nasi..nasi di pagi hari lengkap dengan lauk..bukan mee,mee hoon or something like that,saya pun jenis meraikan sbb ayah saya ada cerita orang utara sarapan pagi mereka kena nasi dan lauk yang macam orang makan tengahari.Alhamdulillah saya seorang kaki bedal,dan makanlah saya dengan senang hatinya walaupun air tak sampai2x dek kerana ramai sangat orang dan makcik tu x cukup tangan.

Seusai makan,kami pun ke satu tanah perkuburan yang menempatkan para syuhada yang terkorban pada tragedi Memali.Banyaklah isu,yang mengatakn mereka bukan mati syahid lah apa lah..banyak sangat songeh saya dengan tetap pendiriannye melalui penceritaan seorang ustaz ketika itu,dan saya yakin syahid untuk mereka.Then kami pun sama2x lah membersihkan tanah perkuburan itu sambil dalam hati teringin,menjadi seperti mereka.mati syahid hidup mulia.Subhanllah

Terus ke Lata Bayu sebuah pusat rekreasi air tejun yang boleh dikatakan best walaupun saya hanya berendam di air yang cetek sambil memegang baby comel atas permintaan tolong ibunya,maka agak kurang bebas disitu.Melihatlah saya dari kejauhan air terjun yang sangat tinggi yang saya tak dapat ke arahnya akibat perasaan malu yang menebal.Kalau dengan family pergi ni,memang jadi je air terjun tu untuk ku duga.disebabkan pergi dengan rombongan,maka...saya pendamkan saja hasrat hati yang meluap2x keinginanya ingin mandi dikawasan air tejun itu.

Part paling best adalah mendengar kuliah Ustaz Azhar Idrus dari ketinggian paling atas di stadium.Sangat heaven okaaay..yang tak heaven nye adalah pulak mamat2x depan ni dok hisap rokok depan aku.Maka mulalah penutupan hidung dan kegelisahan dalam saluran penafasan ini.Disebabkan meraikan budak2x rokok yang turun kuliah ustaz Azhar Idrus,aku sabarkan sahaja gaya geram dan diulit gaya ketawa akibat kelakarnya ustaz berjiwa muda itu.Terbitlah sudah angan2x nak beli spek mata hitam macam ustaz azhar..nampak cool dan stylo.saya doakan lebih ramai lagi ustaz2x yang alim dengan ilmu dapat mengubah pendekatan supaya mudah masuk dengan anak-anak muda yang tiada arah jalan lurusnya dan mencari-cari ilmu agama dengan bahasa yang mudah difahami dan yang penting dapat menghiburkan hati jiwa yang kehausan ilmu agama ini.Barulah nak belajar rasa seronok dan beronok-ronok.

Malam belabuh,selesai jamak solat maghrib dan Isyak,kembali ke stadium mencari sesuap burger,mee hoon,nasi,waffle dan malangnya tiada rezeki saya melainkan cucuk2x yang satu seringgit tu.habis dan beratur panjang untuk mencari sesuap bendealah tu..sabo,tahan kelaparan juga satu tarbiyah..Allah.masuk kembali ke dewan dan mendengar ceramah2x best,kulihat lautan hijau penuh memenuhi stadium..WOW!!!!amazing,suka sangat namun sayu tatkala masa mencemburui diriku yang sukakan keadaan begitu..ooh PAS,ingin kusunting dirimu menjadi suri hidupku sepanjang hidup ini,sudikah dikau??


Doakan saya semoga terus dalam perjalanan perjuangan ini ^___^