Manusia yang hidup atas dunia ni memang tidak lari berjuang demi kehidupan masing-masing.Bila sudah mendapat apa yang dihajati pasti ada hajat lain yang akan datang dan datang sehinggalah manusia itu mati. Fitrah bahawa manusia itu tidak pernah rasa puas dengan apa yang dimiliki. Faktor tidak merasa puas itu banyak, mungkin sikap bersyukur itu masih belum mencapai satu tahap yang patut dicapai kerana bersyukur itu bukan perkara mudah walaupun setiap orang mukmin yang beriman itu keistimewaan yang Allah berikan adalah sifat syukur. Semua orang Islam boleh diistilahkan garenti akan ada sifat syukur cumanya banyak dengan tidak je. Bukan untuk didoktrin umat Islam ini supaya tidak berusaha keras, cumanya bila sudah berusaha dan mendapat apa yang diberikan kita patut bersyukur. Penghalang sifat syukur juga boleh terbit bila kita selalu melihat ada insan yang lebih berbanding kita. Punya isteri cantik, punya kereta mewah, rumah besar, sentiasa disayangi dan pendek kata kehidupan yang sempurna gitu antara sebab ramai antara kita tidak bersyukur dengan apa yang sudah kita miliki. Kaedah mudah dari saya, abaikan je...tapi itu pun susah juga.aahh..ada satu cara, caranya melihat video2x peperangan di Syria dan mengikuti perkembangan lain-lain negara Islam yang bergolak dan dari situ akan terbit satu perasaan kasihkan saudara kita disana dan perkara-perkara sempurna di Malaysia akan kita tak rasa nak kejar sangat. Saya bukan cemburu atau apa, cumanya bila hal berkaitan dunia yang selalu di bincang dan sangat berlumba-lumba untuk dilaksanakan saya jadi susah hati. Isu fesyen, baju anak-anak, dekorasi rumah, makanan yang sedap-sedap dan macam-macam lagi keinginan nafsu yang muncul secara terus-menerus.
Saya manusia biasa, yang berusaha untuk mensyukuri segala nikmat yang Allah bagi walaupun kadang-kadang kita tak sedar pun itu nikmat Allah. Astaghfirullahazim..kerana terlalu mengejar kesempurnaan, keindahan lain yang Allah bagi kita boleh terabaikan. Manusia memang tidak lari dari sifat lalai dan leka cumanya kita memang kena banyak Istighfar atas dosa-dosa yang kita lakukan dengan sengaja ataupun tidak sengaja. Bersyukur Allah bagi perasaan kasih, bersyukur Allah gerakkan hati untuk berusaha lebih demi Islam, keluarga dan diri sendiri, bersyukur Allah bagi makanan yang mengenyangkan, bersyukur Allah beri kesedaran mengenai umat Islam dan banyak lagi. Ada dalam satu ceramah ni saya dengar, Ustaz Nazmi Karim ada pesan (saya suka gile ceramah2x ustaz ni)
"Korang jangan ingat, korang datang ceramah majlis ilmu ni sebab korang yang nak datang, bersyukurlah Allah yang gerakkan hati dan mudahkan korang nak datang sini dan buat pahala"..
Tak tepikio saya benda begitu, kurang kesufian nampaknye...
Dan bila sedih, kecewa dan menangis atas kekalahan, kekecewaan, kerejectan, kehinaan, malapetaka dan banyak lagi..sifat lain yang perlu ditanam adalah SABAR.Tadi pergi kuliah Maghrib di An-Nur ust ada terangkan Hadis Nabi Muhammad S.A.W (sama2x kita salawat ke atas Baginda) mengenai sifat sabar orang mukmin.Saya cedok balik penerangan ustaz bahawa, keistimewaan lain orang mukimin yang Allah bagi juga adalah sabar. Jika frust, jarang orang Islam amik pendekatan terjun bangunan, bila tak dapat kerja jarang orang Islam pergi bakar pejabat yang ditemuduga dan bila ditolak jarang juga umat Islam menolak balik...selalunya adalah SABAR....memikirkan dan membuat cara lain untuk meneruskan kehidupan. Ayat saya suka adalah, boleh bersedih menangis tetapi jangan putus asa, hidup mesti diteruskan. Bila sudah usaha, doa juga sudah tetapi masih hajat itu tidak dimakbulkan, percayalah Allah sangat sayang dengan hambanya itu.
Sedikit analogi untuk menutup entry saya kali ini..Bila saya naik moto waktu-waktu petang selepas hujan, saya akan memandang langit. Dan terpegun melihat pelangi penuh dari hujung ke hujung yang cantik dan indah sekali. Hujan yang mulanya saya anggap sebagai sesuatu yang susah kerana boleh membantutkan program saya nak keluar rumah menaiki motor dalam keadaan hujan walaupun renyai-renyai. Tetapi, atas faktor kena keluar juga untuk urusan penting hujan itu diredah dan ketika itulah kelihatan pelangi dan saya terus jadi seronok melihat keindahan pelangi itu.Maka, saya perlu lalui hujan untuk melihat pelangi dan ternyata hujan yang mulanya saya lihat susah itu adalah sesuatu yang menyenagkan dan pelangi itu memang ternyata menyenangkan.
Korang faham tak??pendek cite..Allah bagi dugaan pun, aceli ia sesuatu yang baik bila kita mengutip hikmahnya dan selepas diduga itu, keindahan Allah turut akan bagi pada kita walaupun awalnya sudah kita ambil hikmah dan kebaikan dari dugaan sebelum ini.Maksudnya, dua-dua itu adalah kebaikan..Sayang nya Allah kat hambanya ni, tak boleh lawan dengan apa pun.
ce korang layan buless sekali sekala, dan amik mood untuk buat falsafah sendiri..serius best, pastu korang share ngan kawan2x korang..kalau saya k.mell mangsa kejiwangan ^_^ |
With Love
~Sarah Jevo~