Sunday, February 28, 2010

Sakit...

Assalamualikum..

Selepas mengeluarkan entry yg berbaur mengarut (kata zul),sy akn kmbali ke pangkal jalan (kta spupu mar)...huhuhu manusia dan sakit mmg tak dapat dpisahkan,kadangkala kita dpt agak bile kte sakit,contohnya dah tau sempot nk mkn gak cendol..haaa itu mmg cr penyakit...ataupun kita tak sangka kita bleh dpat sakit contohnya kemalangan jalanraya,terjatuh dr tangga,terlicin dr bilik air...ataupun terjatuh tangga bilik air..mcmmmmmm....adalah tuh


Kita sebagai manusia kene ambil stu inisiatif mcmne kte nk bermuhasabah dr penyakit niih,kte harus bersangka2 baik kpd Allah knp Allah mmberi kita sakit...de pndapat mngatakan sakit bleh mnghapuskan dosa2 kecil,dan dgn mndapat sakit kte mgkin dapat mngigati Allah dgn lebih...sbg contoh..sy tgh sakit kaki sbb terseliuh tahap 8/10..sakit die hanya Allah yg tahu..adakah elok kalo sy hanya menangis meraung2 sbb sakit tuuh..dah laah tak macho pastu org sekeliling pun akn rse eeei nk je aku bg chlorofom kat mulut die,itu dr kasarnya..tap dr hikmahnya adalah lebih elok jika sy menangis dan mengadu pd Allah smbil muhasabah balik diri...mungkin ada hikmah d sebalik sume niih

tujuan sy menulis entry ni buknlah utk sy blame org yg sakit sbg tak macho atau pe sja..tap sy lebih suke utk menasihati diri sy dan pmbaca sekalian utk kita mnerima sakit yg Allah bagi dgn redha..tap ihktiar pun kne laah ada..jmpe dokter,mkn ubat,tuam tmpt yg lebam heheheheh,ataupun melihat tmpt yg lebam,kebiruan dan berdoa smoga tak sakit lg....Usaha yg tinggi dan tawakal kpd Allah amat perlu sbg seorang pesakit..kpd yg tengah sakit2 sekarang,sy berbsar hati akn dtg menolong mn yg mampu..sbb sy pun kalo sakit mtk tolong org jugeeek..kte kwn kan kan kan

Wednesday, February 24, 2010

Kimia dan hidupku

Ainan mahasiswa berusia 10 tahun



Pada usia tujuh tahun, Ainan mula mendapat perhatian dunia kerana kepintaran luar biasanya dan menjadi kanak-kanak termuda lulus subjek kimia di peringkat GCE O-Level. Hari ini dia mengukir satu sejarah lagi apabila bergelar mahasiswa universiti.




"SEJAK kelahirannya dia merupakan bayi yang luar biasa. Apabila saya bercakap, dia memalingkan kepalanya kepada saya dan terus berhenti menangis," luah Valentine Cawley, 41, mengenai anak sulungnya, Ainan Celeste Cawley, 10.

Petanda lain mengenai kelahiran anak sulung Valentine turut dirasai oleh isterinya, Syahidah Osman Cawley, 30, seorang pelukis potret dan penulis.

"Ketika saya mengandungkan Ainan, berlaku gerhana matahari penuh. Saya dan suami dapat menyaksikan gerhana matahari tersebut bersama-sama," katanya.

Bagi mereka, semua itu merupakan antara petanda baik bahawa anak sulung mereka mempunyai keistimewaan.

Tekaan mereka ternyata benar apabila Ainan menunjukkan perkembangan yang luar biasa selepas kelahirannya.

Ainan mula merangkak pada usia empat bulan, berjalan ketika enam bulan dan berlari ketika lapan bulan. Malah, pada usia Ainan mencecah enam tahun, dia mula menunjukkan minat membaca buku kimia.



Kelibat Ainan membaca buku kimia disedari ibu saudaranya. Lalu ibu saudaranya bertanya kepada Ainan sama ada dia faham isi kandungan buku tersebut.

"Ya, saya faham apa yang dibaca," jawab Ainan ringkas.

Sejak itu, buku kimia menjadi santapan mindanya. Ketika kanak-kanak seusianya baru menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, Ainan pula sudah mendalami subjek kimia.

"Setiap hari Ainan akan menunjukkan kertas kerja kimianya kepada saya termasuk idea-idea kimia yang direka sendiri olehnya. Hasil yang ditunjukkan kebanyakannya menghurai mengenai simbol kimia yang begitu kompleks.

"Otaknya begitu pantas memberi tindak balas kepada subjek kimia," kata Valentine.

Setahun selepas mempelajari subjek kimia, Ainan menduduki ujian kimia peringkat O-Level ketika usianya tujuh tahun. Kanak-kanak berdarah Ireland di sebelah bapa dan Melayu Singapura di sebelah ibunya itu lulus ujian tersebut menjadikan dia manusia termuda mencapai rekod itu.

Kejayaan Ainan dicatatkan dalam Singapore Book of Records.

Sejak tahun 2007, nama genius muda itu sememangnya menjadi sebutan seluruh dunia. Beberapa rekod lain dicipta Ainan selepas itu seperti pelajar politeknik termuda di dunia.

Terbaru dia mencipta satu rekod lagi baru apabila menjadi kanak-kanak pintar kimia pertama di dunia yang mendaftar masuk ke sebuah universiti. Sejak awal tahun ini Valentine dan Syahidah memilih universiti di Malaysia, Kolej Universiti HELP di Pusat Bandar Damansara untuk menyambung pengajian Ainan.

Ini bermakna pada usia 10 tahun, Ainan sudah bergelar seorang mahasiswa. Kanak-kanak itu meneruskan pengajian dalam Ijazah Program Amerika.

Ainan di HELP


AINAN mampu menghuraikan simbol kimia yang kompleks.




Berdepan dengan situasi yang hampir sama dengan ibu bapa kanak-kanak genius lain, Valentine dan Syahidah sebenarnya sedikit bergelut dalam mendapatkan pendidikan yang terbaik buat Ainan.

"Kami berdepan dengan sistem pendidikan yang tidak sanggup membuat pengecualian untuk menampung keperluan Ainan.

"Ramai beranggapan kanak-kanak pintar tidak memerlukan bantuan khas, walaupun pada hakikatnya semakin pintar seseorang itu, semakin banyak yang mereka perlu pelajari," kata Valentine.

Sekiranya kanak-kanak genius dipaksa untuk menuruti sistem pendidikan konvensional, maka mereka akan merasa bosan, kecewa, sekali gus hilang minat terhadap pendidikan.

"Ainan menghadiri sekolah dasar selama tiga tahun di Singapura dan merasa bosan," cerita Valentine.

Bapa kanak-kanak genius itu merupakan seorang penulis, pakar fizik kerajaan, pengasas dan pengarang majalah Arts. Dia juga seorang artis persembahan yang pernah mendapat liputan saluran televisyen Cabel News Network (CNN) dan agensi berita, Reuters.

Mencari sebuah universiti yang dapat memberikan pendidikan terbaik kepada Ainan, usaha Valentine dan Syahidah akhirnya berlabuh di Malaysia. Mereka menghubungi Presiden Persatuan Kanak-kanak Bergeliga Malaysia (NAGCM), Zuhairah Ali, untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Dalam masa seminggu, Zuhairah telah mendapatkan tawaran daripada beberapa buah kolej dan universiti di Malaysia.

Mereka mendapati Kolej Universiti HELP paling sesuai untuk Ainan.

Selain menuntut dalam Ijazah Program Amerika Ainan juga akan mengambil kursus sains komputer, di samping meneruskan pengajian kimia, subjek fizik dan matematik peringkat A-Level.

"Dia juga akan mengambil subjek sastera liberal untuk menjamin satu latar belakang pendidikan yang luas serta sebagai persediaan menghadapi tugas dan cabaran akan datang. Program pembelajarannya akan berubah mengikut minat Ainan," kata Valentine.

Memudahkan lagi pemantauan Valentine terhadap anak sulungnya itu, dia bersetuju menerima tugas Penyelidik Psikologi di Jabatan Psikologi, Fakulti Sains Tingkah Laku di Kolej Universiti HELP.

Demi Ainan juga, Syahidah dan dua adik Ainan, Fintan Cawley, 6, dan Tiarnan Cawley, 4, juga menetap di Malaysia.




Fintan dan Tiarnan turut menunjukkan perkembangan kecerdasan minda yang hampir dengan Ainan cuma mereka memiliki kekuatan masing-masing dalam bidang berbeza.

Sementara itu, Pengarah Jabatan A-Levels Kolej Universiti HELP, Jahn Cheah, melahirkan rasa gembira dan bangga kerana memperoleh seorang pelajar genius di universiti itu.

"Kami akan pastikan Ainan menerima sokongan penuh terutamanya sebagai kanak-kanak istimewa yang memerlukan pendidikan yang berbeza. Kami pasti Ainan akan seronok menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baru di HELP," katanya.

Tiada makanan tambahan

Tidak terlalu bimbang dengan sajian makanan untuk Ainan di Malaysia, akui Syahidah tiada makanan khas atau istimewa diberikan untuk Ainan.

"Dia makan apa saja yang dia mahu. Apa yang saya tahu, Ainan sangat suka makan biskut cip coklat dan roti canai.

"Semasa saya mengandungkan Ainan, saya tidak mengidam makanan yang pelik-pelik. Saya mengandung normal seperti wanita lain," kata Syahidah.

Kanak-kanak pintar



Malaysia juga mempunyai kanak-kanak pintar. Adi Putra Abd. Ghani, 11, yang merupakan seorang kanak-kanak prodigi dalam bidang matematik di Malaysia.

Adi yang dilahir di Bagan Serai, Perak memiliki kepintaran dalam matematik sejak berusia lima tahun lagi.

Dia mampu mencetuskan formula-formula baru dalam bidang matematik yang hanya boleh dilakukan oleh profesor matematik di universiti sahaja.

Adi juga begitu mahir dalam bidang matematik terutamanya algebra, trigonometri, darab antara lima hingga enam digit.

Menurut Ketua Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Profesor Madya Dr. Jas Laile Suzana Jaafar, memang dari sudut psikologi beliau bersetuju terdapat faktor genetik dan persekitaran yang menyebabkan seorang kanak-kanak itu pintar.

"Kebanyakan kanak-kanak pintar disebabkan oleh faktor genetik. Namun begitu, jika ia ditambah dengan stimulasi, rancangan masa depan dan persekitaran yang sihat daripada ibu bapa mereka, kanak-kanak itu akan menjadi lebih pintar apabila mereka dewasa kelak," katanya.

Artikel ni sy ambil dr 
http://mujahidahwana.blogspot.com/
Subhannallah... Begitulah kebesaran Allah.
Saya mula mengenali kimia pada 16 tahun..sy cintakan ilmu kimia disebabkan Allah mmberi cikgu terbaik ketika sy 17 tahun..cikgu Tan Kim, d matrik subjek kimia antara yg sy dapat faham berbanding subjek lain...MashAllah,ilmu Allah Maha Besar..meningkat dewasa ilmu kimia makin luas utk diterokai...Ya Allah mudahkanlah hambamu ini utk memahami subjek yang berkaitan dengan kimia dengan mudah dan jadikanlah ilmu kimia mu ini untuk ku lebih bersemangat utk meneruskan hidup ini Ya Allah...jadikan aku mencintai ilmu kimia kerana mu Ya Alah..For all chemist,all the best...sy menulis ini untuk saya lebih menghargai ilmu yang telah Allah aturkan utk sy lebih mendalaminya,dan tulisan ini utk mmberi keyakinan kpd semua rakan2. yg mengambil kimia,techno kimia ,oleokimia,kejuteraan kimia,biokimia dan pe sje subjek yg de prkataan kimia.sush gak kimia niih kan,sabar je laah..huhuhuhu



.

Saturday, February 20, 2010

Alumni Surau Al-Irfaan Kolej Matrikulasi Labuan

Dapat maklumat dari abg saya pd 19 akan de satu prjumpaan Alumni Al-Irfan..mule2 rasa mmg malas nk pegi ataupun mmg tak nak pegi..terfikir jugak,pe lah alumni Irfan bleh bagi yang study d semenanjung,siap plan lg nk p Times Square hr jumaat tuuh,alasan nak tenangkan fikiran...target dlm diri nk bangun awal pagi supaya tak sayang duit kalo dh msuk time square,leh laah main lme2..tgk jam..Mashallah,dah lambat sgt,so planning nk dok bilik je...tetibe abg call ckp member die dtg UKM n akn amik saya..nak cakap malas nk pegi macam kejam sgt laah plak,so anggap laah ni mmg ketentuan Allah untuk sy p perjumpaan Almuni niih..

Brader tu pun jemputlah sy dan 2 org akak KML yg lain,sampai je tmpt program terus saya rasa sgt seronok,jmpe kwn2 lama KML...MashaAllah tak terbayang seronoknya saya msetuuh,sbb sy suke sgt adalah sy rindukan prcakapan dilek sabah dr orang yang alim2 niih..rse sangat comel dan cute..hahahaha,mmg dorang sgt sweet,lembut dan mcm2 lagi..sy bleh ktekan itulah prbezaan antara bdk J semenanjung yg mantop2 dan bdk2 J Sabah yg sangat sweet walaupun yg dtg ke prjumpaan itu bukanlah JIK semuanya,sgt tolerate n open minded...bestnye hidup ini


Proses brain strom bermula,dari situ bru sy nampak kepentingan Alumni Irfan ni sebenarnya..barulah sy tahu ada 4 org yang telah masuk Islam pd sesi lepas,bru sy tahu S.W.O.T setiap unit,bincang pnye bincang muhasabah pnye muhasabah,sy sgt2 bersyukur pd waktu itu kerana Allah memilih saya untuk ke perjumpaan ni,sbb tahun lepaas sy tak pegi pun.Esoknya kami mengadakan sesi perbincangan by unit,sy stu kumpuln dgn 2 orang dr tawau,sepanjang kami brbincang tak henti2 aku sengih2 sorang2 dengar bdk ni ckap sleng tawau,sgt cute jugaak..mengigatkan doraang ni dgn sahabat lama ..

tiba dah nak balik,Ust Zul soh kami2 sume buat kesimpulan n resolusi utk diri sendiri..tak pernah de org soh wat resolusi utk diri sendiri,sgt terpegun sbb pe yg kte ckp kte kne buat..so bg pnye bagi,de stu part yag sy tak lupe sbb ayat adk ni ketepek kne kat muke saya..adk tu ckp gini..kita kena bersyukur sebab Allah bagi kita sibuk dengan hal2 macamni,berbanding kalau kita diberi sibuk dengan benda2 lara'..ni lah ayat die sebijik,sbb saya salin ayat niih.. sbb teringat plak niat sy mule2 utk p times square,ngeg gak kte ni kadang2..byk2 lah istighfar ye kawan2 dan diri sy


itu lah excited die lebih sket,almaklumalah rindu kat sabah dah sgt niih...n saya harap Alumni Irfan akan terus berkembang dengan jayanya bagi mengikat tali silaturahim kita sesama Islam dan dalam menyambung perjuangan kita untuk memberikan kefahaman kepada non muslim di Matrik Labuan yg sy yakn oarang didalamnya berpotensi utk di tarik ke agama tercinta kita ini,Islam..bagi yg tak pegi..bah,rugilah ko sana,enda aku tau mcmna mo bilang lagi tau...

Wednesday, February 17, 2010

Unit Baitul Muslim (UBM) Kampus

Assalamualikum..

Tajuk UBM dengan saya memang agak ego untuk saya menulisnya,tapi atas kesedaran sivik yang tinggi saya disini ingin memberi komen yang mungkin agak sedap dan ada yang tak sedap untuk dibaca.Justeru saya memohon maaf awal2 jika ada perkataan yang agak tak best ok.

Perbincangan saya dengan akak-akak muslimat yang mungkin ada antara mereka lg setengah sem atau dah habis belajar dah pun kebanyakkannya meluahkan nada kecewa bila ditanya mengenai UBM kampus.Ramai yang mengatakan muslimin kampus lebih suka UBM dengan muslimat yang bukan dari kampus yang sama.Pemasalahan ramai muslimat yang masih belum mendirikan rumahtangga walaupun sudah habis study d UKM ini mungkin terjadi apabila muslimat itu sendiri sukar untuk mempercayai muslimin lain yang tidak bergerak kerja bersama sewaktu d kampus.Saya disini bukanlah ingin menguar-uarkan supaya wujud masalah hati antara muslimin dengan muslimat selepas ini,tap saya lebih cenderung untuk memahamkan pengerak di kampus iaitu muslimat selalunya tidak suka untuk 'melihat' seseorang yang bakal menjadi suami mereka adalah dari kalangan yang mereka tidak dikenali dan agak susah untuk memulakannya.Jadi siapa  yang mereka  kenal?tidak lain hanya lah muslimin di kampus masing-masing..

Ya memang mudah untuk mencari yang baik,tap susah untuk mencari yang faham.Katakan jika seseorang muslimat itu mendirikan rumah tangga dengan seseorang yang bukan pengerak,tidak kisahlah kampus atau d luar,secara logik nye laah adakah seorang suami yang tidak memahami akan membenarkan isterinya keluar pegi meeting kawasan atau sebagainya sampai larut malam,join demo,buat usrah di rumah dan banyak lagi jika si suami tidak memahami keperluan yang perlu di lakukan oleh muslimat yang merupakan pengerak kampus pada waktu dulu.Maka bagi saya, gerak kerja yang dipelajari di kampus akan terhenti dan juga mungkin sukar untuk membantu adik2 yang dalam menyambung perjuangan di UKM nnti.

Hal ini bukanlah masalah bagi muslimin kerana dengan siapapun mereka mendirikan rumahtangga mereka adalah ketua keluarga,mereka berhak untuk menghalang atau mebiarkan..Mungkin faktor sudah kerap berjumpa muslimat kampus sendiri menyebabkan tiada 'feel' utk ber UBM dengan sahabat sekampus,dan title bersahabat itu akan kekal bersahabat sampailah muslimat itu tak kawen2....jadi bagi saya sikap 'sell fish' harus dibuang oleh semua penggerak tidak kiralah muslimin atau muslimat dan khususnya muslimin.

Sistem UBM bagi saya memang langsung tiada masalah,mungkin hanya penambahbaikannya boleh dilaksanakan seperti orang yang menguruskanya adalah alumni yang sudah berkhawin dan mungkin lebih elok suami isteri itu adalah penggerak dan mungkin bukan dr suami isteri tap alumni yang sudah berkhawin dan merupakan penggerak pada waktu dulu.huh!penat takde noktah...

Saya sedar,saya bukanlah sesiapa untuk memaksa kerana saya faham ini adalah hal mengenai hati dan perasaan yang sangat sukar untuk di settlekan..tap bagi saya kalau semua dah faham tujuan UBM itu,percayalah perluasan dakwah melalui 'BULAN' akan dapat kita perluaskan di bumi UKM dengan membantu adik2 selepas ini ...justeru saya amat berharap untuk kita sama-sama berlapang dada dan jangan ada yang perli2 saya cakap saya ni jiwang ke apa..sebab saya ni mmg jiwang.hahaha..tapi  tolong ah sy tengah serius niih..

Akhir kata dari saya

MAJULAH UBM UNTUK 'BULAN PUTIH'...^ - ^

Tuesday, February 16, 2010

jalan-jalan cari pengalaman..


Menghabiskan masa 3 hari 2 mlm d rumah paklong hasyim d Pematang damar Laut pulau Penang agak best gak..lme tak jmpe family sebelah ayah sy d Penang..brjalan2 ngan sepupu rse cam best n nk share gambar2 skeet...

sepupu yg 'segaban' dgn ku


cendoi n ABC paling sempoi kat penang..

Sampai sja d KLIA trus cr bus utk ke Melaka,tap malangnya takde lak bus KLIA direct p Melaka..nk p Melaka sbb nk jmpe akak ku yang d rindui,Nurhamizah Ahmad Rusli..lme gile tak jmpe die padahal Melaka ngan UKM bukn jauh mne pun..hmm..die pun tgh LI skang..so sy pun p lah ke LCCT dlu..Alhamdulillah de lak bus direct p Melaka,tap masalahnye adalah higway sgt2 laah jam..hmm akk pun dh bpe kali sms bile nk smpai..die pun boring nk tunggu then bg cadangan utk kmi trus ke batu pahat hari tuu gak..die pun tgh cuti CNY..hmm cadangan yg hebat..walaupun badan dh penat sgt2 tap truskan  je laah dgn cadangn akk..

Samapai d Batu Pahat dah malam..so pe lg syahid lah kmi brdua dgn takde masalah pun..dekat rumah maktok akk byk brsembang pasal tmpt die keje..habis sume luke2 die tunjuk kat saya..sedih menegoknye..luke2 atas sbb beliau sdg LI d sebuah kilang mmbuat sayap kapal terbang d Melaka.luke2 akibat welding,pedih2 mata,mnceritakan bju2 yg berlubang akibat trkena percikan api dan byk lg..die yg amik Kos Kejuteraan Pembuatan Bahan d UTeM Melakaredha je dgn semua niih..takpe kak buln 4 ni hang dh hbis LI kan??sabar ye..

akak jugek de cerita pasal seorang supervisor yg mulut nye takbleh blaah..kasau bebenau..almaklumlah org melake..huhuhu..prkataan saral,songet dan byk lg laah byk kali singgah kat telinga akak sy..tap akak sy crita hati brader ni baik..n akn brkawin tak lma lg..harap2 lpas kawen die brubah laah ye..huhuhu

d sebakan skang sy tulis post ni mngunakan laptop die n skang sy kat rumh die kat Melaka n die skang tgh tido plak tuuh..so sy mngabil ksempatan utk upload gmbar tmpat die keje..
cool giler ko kak...



ni aku pandai buat...



Muslimat aktif..

Diharap akak akan brjaya mnghabiskan LI yg akn brakhir buln 4 niih..sabar ye kak..

*pesanan=jika emak telah atau sedang mmbaca blog adk..mak jgn ckp pape kat akak ye..hahahahah :->

Wednesday, February 10, 2010

Hukum Merayakan Hari Valentine buat Umat Islam

10 Feb 2010

http://duwex.wordpress.com
Boleh jadi tanggal 14 Pebruari setiap tahunnya merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh banyak remaja, baik di negeri ini maupun di berbagai belahan bumi. Sebab hari itu banyak dipercaya orang sebagai hari untuk mengungkapkan rasa kasih sayang. Itulah hari valentine, sebuah hari di mana orang-orang di barat sana menjadikannya sebagai fokus untuk mengungkapkan rasa kasih sayang.
Dan seiring dengan masuknya beragam gaya hidup barat ke dunia Islam, perayaan hari valentine pun ikut mendapatkan sambutan hangat, terutama dari kalangan remaja sekarang. Bertukar hadiah valentine, semarak warna pink, ucapan rasa kasih sayang, ungkapan cinta dengan berbagai ekspresinya, menyemarakkan suasana valentine setiap tahunnya, bahkan di kalangan remaja muslim sekali pun.
Perayaan Valentine’s Say adalah Bagian dari Syiar Agama Nasrani
Valentine’s Day menurut literatur ilmiyah yang kita dapat menunjukkan bahwa perayaan itu bagian dari simbol agama Nasrani.
Bahkan kalau mau dilihat ke belakang, sejarahnya berasal dari upacara ritual agama Romawi kuno. Adalah Paus Gelasius I pada tahun 496 yang memasukkan upacara ritual Romawi kuno ke dalam agama Nasrani, sehingga sejak itu secara rasmi agama Nasrani memiliki hari raya baru yang bernama Valentine’s Day.
The Encyclopedia Britania, vol. 12, sub judul: Chistianity, menuliskan penjelasan sebagai berikut: “Agar lebih mendekatkan lagi kepada ajaran Kristian, pada 496 M Paus Gelasius I menjadikan upacara Romawi Kuno ini menjadi hari perayaan gereja dengan nama Saint Valentine’s Day untuk menghormati St. Valentine yang kebetulan mati pada 14 Februari (The World Encylopedia 1998).
Keterangan seperti ini bukan keterangan yang mengada-ada, sebab rujukannya bersumber dari kalangan barat sendiri. Dan keterangan ini menjelaskan kepada kita, bahawa perayaan hari valentine itu berasal dari ritual agama Nasrani secara resmi. Dan sumber utamanya berasal dari ritual Romawi kuno. Sementara di dalam tatanan aqidah Islam, seorang muslim diharamkan ikut merayakan hari besar pemeluk agama lain, baik agama Nasrani ataupun agama paganis (penyembah berhala) dari Romawi kuno.
Katakanlah: “Hai orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang Aku sembah. Dan Aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang Aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku.” (QS. Al-Kafirun: 1-6)

Kalau dibanding dengan perayaan natal, sebenarnya nyaris tidak ada bezanya. Natal dan Valentine sama-sama sebuah ritual agama milik umat Kristiani. Sehingga seharusnya pihak MUI pun mengharamkan perayaan Valentine ini sebagaimana haramnya pelaksanaan Natal bersama. Fatwa Majelis Ulama Indonesia tentang haramnya umat Islam ikut menghadiri perayaan Natal masih jelas dan tetap berlaku hingga kini. Maka seharusnya juga ada fatwa yang mengharamkan perayaan valentine khusus buat umat Islam.
Mengingat bahwa masalah ini bukan semata-mata budaya, melainkan terkait dengan masalah aqidah, di mana umat Islam diharamkan merayakan ritual agama dan hari besar agama lain.
Valentine Berasal dari Budaya Syirik.
Ken Swiger dalam artikelnya “Should Biblical Christians Observe It?” mengatakan, “Kata “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang bererti, “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Maha Kuasa”. Kata ini ditunjukan kepada Nimroe dan Lupercus, tuhan orang Romawi”.
Disedari atau tidak ketika kita meminta orang menjadi “to be my Valentine”, berarti sama dengan kita meminta orang menjadi “Sang Maha Kuasa”. Jelas perbuatan ini merupakan kesyirikan yang besar, menyamakan makhluk dengan Sang Khalik, menghidupkan budaya pemujaan kepada berhala. Icon si “Cupid (bayi bersayap dengan panah)” itu adalah putra Nimrod “the hunter” dewa matahari.
Disebut tuhan cinta, kerana ia rupawan sehingga diburu wanita bahkan ia pun berzina dengan ibunya sendiri. Islam mengharamkan segala hal yang berbau syirik, seperti kepercayaan adanya dewa dan dewi. Dewa cinta yang sering disebut-sebut sebagai dewa Amor, adalah cerminan aqidah syirik yang di dalam Islam harus ditinggalkan jauh-jauh. Padahal atribut dan aksesoris hari valentine sulit dilepaskan dari urusan dewa cinta ini.
Walhasil, semangat Valentine ini tidak lain adalah semangat yang bertabur dengan simbol-simbol syirik yang hanya akan membawa pelakunya masuk neraka, naudzu billahi min zalik.
Semangat valentine adalah Semangat Berzina
Perayaan Valentine’s Day di masa sekarang ini mengalami pergeseran sikap dan semangat. Kalau di masa Romawi, sangat terkait erat dengan dunia para dewa dan mitologi sesat, kemudian di masa Kristen dijadikan bagian dari simbol perayaan hari agama, maka di masa sekarang ini identik dengan pergaulan bebas muda-mudi. Mulai dari yang paling sederhana seperti pesta, couple, bertukar hadiah hingga penghalalan praktek zina secara legal. Semua dengan mengatasnamakan semangat cinta kasih.
Dalam semangat hari Valentine itu, ada semacam kepercayaan bahwa melakukan maksiat dan larangan-larangan agama seperti berpacaran, bergpegang tangan, berpelukan, berciuman, petting bahkan hubungan seksual di luar nikah di kalangan sesama remaja itu menjadi boleh. Alasannya, semua itu adalah ungkapan rasa kasih sayang, bukan nafsu libido biasa.
Bahkan tidak sedikit para orang tua yang merelakan dan memaklumi putera-puteri mereka saling melampiaskan nafsu biologis dengan teman lawan jenis mereka, hanya semata-mata karena beranggapan bahwa hari Valentine itu adalah hari khusus untuk mengungkapkan kasih sayang.
Padahal kasih sayang yang dimaksud adalah zina yang diharamkan. Orang barat memang tidak dapat membezakan antara cinta dan zina. Ungkapan make love yang artinya bercinta, seharusnya sedekar cinta yang terkait dengan perasan dan hati, tetapi setiap kita tahu bahwa makna make love atau bercinta adalah melakukan hubungan kelamin alias zina.
Di dalam syair lagu romantis barat yang juga melanda begitu banyak lagu pop di negeri ini, ungkapan make love ini bertaburan di sana sini. Buat orang barat, berzina memang salah satu bentuk pengungkapan rasa kasih sayang. Bahkan berzina di sana merupakan hak asasi yang dilindungi undang-undang.
Bahkan para orang tua pun tidak punya hak untuk menghalangi anak-anak mereka dari berzina dengan teman-temannya. Di barat, zina dilakukan oleh siapa saja, tidak selalu Allah SWT berfirman tentang zina, bahwa perbuatan itu bukan hanya dilarang, bahkan sekedar mendekatinya pun diharamkan.
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (QS Al-Isra’: 32)
Wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tuesday, February 9, 2010

Hoi sarah!! x hbis2 p demo..

Perkataan ini sentiasa keluar dr mulut kawan2 sy tatkala sy mngajak mreka utk turun..hmm..xpe taknak turun aku tak paksa korang..so nk share gambar je laah k..
 

Mahasiswa @ putera lilin....oops,tak sengaja



Siswi hebat,aktif..mantap mantap mantap!!!



Di cancelori..tap org d sna hnya brlari2 tak tau pe nk buat..kalo dh salah mmg salah laah perasaan tingkah laku,air muka dan sebagainya..




sangat berharap dapat mmbeli kamre mcm brader2 ni ..eeei jelesnye



Muslimat power!!!



Bro Hilman yg cool....

Friday, February 5, 2010

BERDEMONSTRASi...Salah sgt ke??

Usai solat Jumaat..tibalah satu event kemuncak iaitu lafaz ikrar pejuang keadilan mahasiswa..mesti ramai dah tau apa yg dah jad slps pengumuman keputusan..dengan bantahannya secara berdemonstrasi,laungan2 semanagat,perbincangan,duit yg dikutip utk rayuan keputusan dan sebagainya.

Apa yg saya nk fokus disini adalah...berdemo,mcm2 jenis demo telah dlakukan,plbagai bentuk laungan semangat dan provokasi dicetuskan..semua itu tidak lain hanyalah untuk mengeluarkan pndapat dlm diri dgn cara yg lebih keras..sy takde masalah langsung kalau de org nk tunjuk perasaan..lg2 kalau sy tahu matlamat diaorang2 niih..okaay fine.kalo kadang2 laungan2 tuu agak nmpak tak sopan dan mungkin bleh menakutkan apa yg slalu d panggil adlah madu' 2 laah kononya....aceli lah kan..org yg d panggil madu' buknlah jenis makhluk yg mmbuat kezaliman dgn kita,bukn lah jenis  yg menindas,pembohong,pengugut,pmfitnah,jenis yg tak tau matlamat dan plbagai kebodohan dalam dan luar jangkaan..org sebegini kte patut mngelarkan mreka sbg musuh..musuh seharusnya di lawan,tap dgn syarat..bukan kita yg mmulakan nya...kita harus bijak merangka strategi utk melawan dan mnjatuhkan musuh..cara yg berhikmah tidak smestinya cara yg lemah lembut dan lembut gemalai..cara yg berhikmah pd sy adalah melawan kmbali seprtimana yg musuh mulakana..

sy bagi contoh..pd waktu dulu Tun Mahathir ada mengeluarkan statement kpd Tn.Guru Nik Abdul Aziz..lebih kurang mcmnih."kalau dah ustaz tuuh,cerita je laah pasal agama,tak payahlah cerita pasal politik"..slpas itu Tn guru mnjawab kembali kpd Tun Mahathir.."kalau dh kepakaran dlm bidang kurap ,cerita je laah pasal kurap...tak payah cerita hal lain"dlm dialek kelantanye lebih kurang gini kot "mu tu kalu dh ngaji hak kurap,mu nghoyak kurap je laah"...di sini kita bleh mngambil pngajaran bahawa stiap counter back  tuuuh adalah brsesuaian dgn apa yg musuh mulakan...takkan kalau dah musuh start menzalimi,kita masih bleh back fire dgn sstu yg tak setimpal...

Kita kena faham..dlm memikrkan strategi yg terbaik,bukn semua mmpunyai kepakaran sprti itu,olh sbb itu..sy mnasihatkan kpd diri sy dan rakan2 lain..berfikirlah sedalam-dalamnya sbelum mnghukum sstu tindakan luar jangkaan yg kadang2 dlakukan olh org2 yg kita fikirkan sgt lemah lembut,brsopan santun,mnutup aurat,baik hati dan plbagai lagi namun ia berubah sma skali apabila seseorang itu prgi brdemo dan melaung-laungkan kata2 yg agak kasar..

dan berdemonstrasi juga telah mmbuktikan bhawa sstu prkara yg gagal d meja rundingan dapat dselesaikan..contohnya isu PPSMI dan byk lagi..suara org yg turun brdemo adalah ddengari krn golongan ini mrupakan golongan yg berani dan tidak mementingkan diri sendiri...mungkin isu kesesakan lalulintas,org tak dpt brniaga,pelancong tidak lg dtg brkujung dan sbgainya hanyalah mudharat yg kecil brbanding kabaikan yg akn kita prolehi adalah lebih besar..

So kawan2..ramai2 lah turun berdemo,ini merupakan salah satu cara pedulisme kita kpd golongan yg ditindas dan kita juga dpt meraikan demokrasi..lastly..dont be sayo'..~ngeee~


 

  

Dua demo yg berbeza dalam hidupku..kita raikan prbezaan dgn daun saderi..weeeeee

selingan:-

*sy punye silat pun ada Demonstrasi...*

Thursday, February 4, 2010

Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM..mengajar erti perbezaan

Assalamualaikum...
Entry saya pd kali ini takkan sy selitkan perkataan2 kasar seperti bodoh piang,mangkok tepen dan sebagainya..sbb nnti de org tak suke,


PRK dah lepas..bantahan ditolak bulat2,perhimpunan aman telah dicemari dengan pelempang..opss!! kasar plak.. tamparan yang tak disengaja,pengarian olh FRU olh student2 yg muka suci lg baik dan plbagai lg kekejaman...semua itu mmberi sy satu gambaran bahawa kezaliman itu masih berleluasa,penindasan olh golongan atasan msh dlakukan,sikap ketidakpedulisme masih byk dan semua ini amat menguji kesabaran.Mereka boleh mngutuk dan menghina dgn plbagai hinaan sprti,tak tau brsyukur,terrorist dan plbagai andaian lain..terpulang lah kat korang..kalo just tgk tanpa merasai sndiri dan memahami mnggunakan otak yg dikurniakan..sy akn biarkan kamu terus begitu dan begitu dan sy hanya mampu brdoa smoga Allah mmbuka hati kamu2 skalian...sy tak prnah mmbenci kamu scra peribadi,sy cume bnci akan tuduhan tidak berasas yg dilemparkan.

Saya amat meminati Seni pertahanan diri dan sy agak aktif dgn sntiasa ke kelas silat cekak ust Hanafi stp 2 kali seminggu..apa yg ingin sy ceritakan dsini  ialah dalam kita brsilat plbagai ilmu sampingan akn kita perolehi..sy masih ingat ktika sy tahun satu...swaktu kami brlatih tenaga pengajar sering menekankan jgn ada dendam pd partner yg brlatih brsama kita...sy bg contoh..katakan partner kita menumbuk kita dengan kuat..dan kte mmg tgh sakit sbb tumbukan tuuh..so,kte takleh mmbalas tumbukn tuuh..takut2 tumbukn tu atas dasar dendam dan buknlah tujuan pmbelajaran...sabar kne ade dik...kalo dh cool bru lah start lik...stiap kali kami hbis silat pasti akn de tazkirah dr penyelia kami..mmg best,kalo dpt sembang ngan dorang hal agama, negara,ekonomi kalo dh kol 2 pun tak perasan...

Di kelas silat juga dapat mmbuka mata saya utk lebih mengenali pelbagai jenis manusia..maksudnya kami semua Islam Melayu namun prbezaan ideologi dan kefahaman kadang-kala sukar utk sy memahami..namun masa telah mengubah segalanya...dr segala jenis prbincangan dan sesi dialog antara kami mmbuatkan sy lebih terbuka utk mnerima segala kata2 walaupun ianya agak nmpak tipu,tap itulah stiap org mmpunyai pandangan yang berlainan..prbezaan pendapat dr golongan ideologi brbeza scara tidk langsung mmberi sy stu kefahaman utk pnmbahbaikan diri dan sstu organisasi.

Kepelbagaian ini penting kerana selain kita ke kuliah yang hanya mmbincangkan soal study kta boleh lebih mngetahui prkara2 yang kadang2 kita sendiri tidak trfikir..jad smentra ada masa sy d UKM ini elok rasanya sy mnyertai sstu prsatuan utk lebih mngambil pluang utk belajar..apayang saya suka tentang silat juga adalah..ia sbnrnya scra tidak langsung dpat mengubat hati yang sakit...sy bg contoh..kalo kita sakit hati kita tak tau nk bgtau sakit die camne...kalo kita sakit2 pas dbelasah masa silat,kita bleh nmpak bukti2 sakit tuuh contohnya lebam2,sengal2 badan dan plbagai lagi...cool kan??mmg nmpak cam agak sewel..tap bg sy itulah yg saya rasa....sy sgt seronok sbnrnye kalo dpt buat sstu utk mndapat kbaikan dr segi ksihatan ini krn soal pemakanan agak kureeeng skeet...

hmmm..rse2 nye itu je kot sy nk kongsi pasal silat sy ni..so kpd sahabat2 kalo sy tak dtg meeting pad mlm Isnin dan rabu diharap dpt memahami kperluan sy utk ke kelas silat dan sy agak risau kalo tak ke sana olh krn kekurangan tnaga pengajar wanita...sy paham adk2 siswi akn segan ngan tnga pngajar lelaki..harapp mengerti k..
 

Tata...