Tuesday, December 18, 2012

Its okay..take ur time

Assalamualikum..

Saya suka untuk berkongsi perjalanan saya dua minggu ini. Dimana saya dengan rela hati keluar dari rumah ke rumah nenek saya untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk perkhawinan makcik saya di batu Pahat Johor. Diberii nama timangan sebagai mak jang anak perempuan last nenek saya. Saya seminggu di Batu Pahat membuat tugasan perkhawinan dengan sangat banyak kali ini. Selalunya saya sebolehnya akan mengelak untuk membantu kerja-kerja bersifat perkhawinan ini kerana kepenatanya Subhanallah..sangat dahsyat. Bab decorate, goodies, masak x masak, potong memotong, basuh membasuh dan sebagainya. Tapi entahlah kenapa jadi rajin seminggu itu dan tak rasa menyesal datang awal. Sampai datang athma saya kerana teruk bekerja, tapi saya suka. Mungkin kerana dapat lari sekejap dari tanggungjawab yang lagi berat iaitu menjaga bayi di rumah Teluk Intan yang lagi banyak perlukan pengorbananya. Baru dapa rasakan pengorbanan ibu kita dulu-dulu masa jaga kita waktu bayi. Nangis waktu malam, meragam minta didokong dan sebagainya. Mari salute beramai2 kepada semua ibu-ibu didunia ini.Dan kepada bakal ibu, semoga dapat siapkan mental, fizikal dan emosi untuk menjaga bayi anda.Jangan benarkan anak-anak yang lahir itu berasa muram dan berilah mereka keseronokan semasa mereka membesar. (macam jauh je lagi...urmmmm)

Maka, Alhamdulillah kenduri perkhawinan itu terjadi dengan jayanya dan berjayalah dua hati itu disatukan. Mak jang saya bernikah ketika usia 33 tahun dan suaminya 35 tahun. Ok je kawin usia begitu kan? Tapi tidaklah menolak yang berkhawin diusia muda. Tahniah2x.Selepas seminggu saya di Batu Pahat saya ke Kajang rumah abang saya selama 5 hari diberi peluang untuk berehat dan pulih dari athma saya yang agak teruk menyerang. Duduk dirumah sorang satu terapi yang baik untuk badan dan minda. Selepas begitu bermasyarakat rasanya tidak salah untuk kita take time sikit kan. Cumanya saya rasa lama jugak 5 hari tu.

Rumah di Kajang saya didatangi kakak ipar saya. Penyakitnya masih belum pulih dan makin teruk saya lihatnya. Tapi dia tetap kakak ipar saya, isteri kepada abang saya dan Alhamdulillah Allah masih memberi saya kekuatan untuk terus menjaga beliau dengan perasaan yang lebih terbuka kini dan tidaklah macam dulu-dulu. Saya sangat suka pendekatan take time atau dalam bahasa Melayunya adalah ambiklah masa sikit. Insyallah lama-lama ia akan okay, percayalah ia akan datang dengan sendirinya. dan tidak lama saya di Kajang itu saya ke Johor semula kerana kenduri belah lelaki. Di Felda Air Tawar 4 Kota Tinggi Johor. Kalau dah namanya Felda jauh tak jauh jangan ceritalah, sesampai je waktu makan kenduri memang makan tak makanlah rombongan pengantin wanita. Tak cukup di meja beradab yang ada hiasan-hiasan tu tibai lak kat meja yang biasa tu. Geli hati je tengok sekumpulan orang kelaparan dalam perjalanan yang jauh bila dapat makan dan makanan nye memang sedap. Masakan kenduri kan. Saya pulak terbalik, mula-mula makan tempat biasa..tengok meja hiasan-hiasan tu macam dah kosong2x je pegi lak sana makan dessert-dessert die yang beraneka macam. Alhamdulillah..kenyang jangan cakaplah.

Selepas menangis terharu pengantin wanita ditinggalkan dirumah mak mertua...kami pun bergerak ke Tanjung Balau area bandar Penawar. Mula-mula niat nak nak tengok-tengok pantai je pastu nak balik tetibe pakngah saya g cari dorm untuk disewa beramai-ramai. Satu dorm ada 4 katil dua tingkat disewa dua dorm satu lelaki dan satu dorm perempuan. Duduklah kami beramai-ramai dalam dorm yang berekon tu. Dengan baby menangisnya, dengan budak-budak kecik excited naik katil dua tingkat, dan makcik-makcik yang dok gelak-gelak dan nenek saya siap minta rakam masuk dalam video kejadian tu. Ada yang cakap macam dah pelarian Vietnam pun ada..hahahaa..tapi semua tu tidaklah seseronok mandi pantainya, Perghh ombak die memang terbaik menghempas badan ketika mandi di pantai sana. Dengan saya tak bawa baju lebihnya mandi je dengan jubah jeans yang menjadi baju saya ketika g kenduri. Takde baju spare pikir lain, yang penting keseronokan mandi di pantai dengan adik-adik sepupu yang tak matang lari-lari excited nak mandi pantai tidak dapat dihalang.Kalau tengok perangai budak-budak ni sensorang macamlah tak pernah mandi pantai buat kita sakit perut tergelak. Orang kat pantai-pantai tu tengok je peel-peel budak-budak ni yang terjerit-jerit excited. Senyum je control malu..mesti org  kat situ terfikir, dari ceruk manalah dorang-dorang ni datang.

Dalam 2 jam jugaklah dan hari nak maghrib baru naik atas. Malamnye pinjam je baju-baju makcik dan ditugaskan lekuar mencari makanan. Kawasan sana agak sunyi, hanya sekali sekala sahaja kelihatan kereta dan gelap jalannya sangat seekers.Pertama kali jugaklah didalam kereta yang tak tahu arah tuju. Pekan die kecik je, masih belum ramai penduduk kawasan itu tapi okaylah at least keindahan pantainya kurang tercemar kalau tak ramai tahu tempat tu.

Pagi esok tu lepas subuh saya dan adik-adik sepupu dah bergerak ke pantai sebagai tanda mandian selamat tinggal kepada pantai tanjung Balau. Dalam 3 jam pulak kali ini mandi dan berhenti makan dan berehat sebentar-sebentar.Dan menyeronokkan air die pasang, dan ombak dia kali ini lebih menyeronoti dalam petang sebelum ini.Selepas selesai semua, pulanglah kami ke destinasi masing-masing dengan melalui lebh raya baru dan lalui jambatan Pasir Gudang.Not bad, kawasan dia cantik dan nampak kapal besar ketika melalui jambatan. seronok juga sekali sekala jalan-jalan macamni. Tak lah pakai duit sangat berbanding g i-City or sunway Lagoon tap saya kira ia perjalanan yang saya suka. Dah lah tidak dirancang, dan main redah je tapi relax-relax sudah sebab bukan semua dirancang akan berlaku dan tidak dirancang itulah kadang-kadang berlaku.

Itu sahaja setakat ini, sambil saya menulis ni saya mendengar lagu ini...




ia merupakan Ost drama Korea yang mengisahkan wanita baru berkhawin  yang mengalami masalah mental dijaga oleh suaminya dan tidak pernah memegang anaknya kerana takut dia lakukan apa-apa terhadap anaknya yang masih kecil itu. Suamninya sahaja dia tidak ingat, dan ketika terpaksa berpisah dengan baby dia dijaga ibu mertuanya dia tidak menangis dan hanya mengucapkan " Selamat tinggal, selamat jalan"..sedihlah cerita ni, macam banyak saya belajar ketika menonton kisah ini iaitu...kesabaran dan macamna sayangnya suami dia kepada isteri dia walaupun isterinya sakit.Touching tak touchinglah ^_^


Wassalam.....


Tuesday, November 27, 2012

Jiwa atlet itu masih lagi bersarang dalam diri ini

Hot tak hot tajuk kali ini..

Saya terfikir untuk menulis entry ini kerana ketika Liqa Fikri baru-baru ini di Markas Pas Padang Tembak Teluk Intan ada manyarankan untuk utamakan jihad tanpa sebarang alasan. Dalam pada itu saya teringat akan 10 Muwasafat Tarbiyyah yang digarikan oleh As-Syahid Imma Hassan Al-Banna iaitu sihat tubuh badan.

Secara jujurnya, saya sejak dibangku sekolah memanglah seorang atlet yang sangat tulen jati dirinya (ayat poyo)..dimana ketika itu saya sanggup ponteng kelas gara-gara nak pergi training. Dimarahlah macamna oleh cikgu, disindirlah oleh rakan dan senior pun saya bukan jenis makan saman. Saya nak turun training, maka saya akan turun. Atas kecekalan menepis segala bentuk mehnah untuk bersukan itu, saya berjaya menjadi atlet termuda yang dapat mewakili sekolah mengalahkan senior-senior lain dan ketika itu baru darjah 3. Dan sehinggalah ingin tamat sekolah rendah, saya sangat menginginkan masuk ke sekolah bukit jalil ataupun bandar penawar kedua-dua itu adalah sekolah sukan. Nak masuk sekolah bukan mudah, perlu menjalani temuduga dan temuduganya bukanlah jenis cakap-cakap tetapi ujian kecergasan 8 jenis sukan berlainan dan perlu lulus 5 daripadanya barulah akan disaring lagi. Saya pergi temuduga itu dan ditakdirkan saya demam panas yang sangat teruk jenis yang makan muntah, makan dan akan muntah. Namun disebabkan dah nak jugak masuk sekolah sukan, saya pergi juga dengan bantuan ayah kawan saya yang kebetulan kawan saya itu pun kepala sukan macam saya. Semua jenis acara saya gagal dan ketika acara lari 800 meter saya pengsan terjelepuk dekat trek akibat keletihan. Diberi nasihat guru pengiring untuk saya menarik diri, dan ketika itu menangis tak menangislah kecewa tidak berjaya temuduga disekolah sukan dan bertambah dramatik baju track saya tertinggal  di stadium pemberian nenek yang belinya di London..

Tinggallah itu sebagai kenangan, di sekolah menengah saya slow sikit sebab mula-mula tu sekolah di jalan 3 Bangi x lama dan pindah ke sekolah agama di Sabah. Al-maklumlah, sekolah agama mana nak support sangat pelajar perempuan nak bersukan ni. Bosan je hidup sekolah menengah...maka, saya dengan rasminya tiada wakil apa-apa sukan berbentuk stamina sehinggalah tingkatan 5 paling-paling pun acara padang, lari dalam guni, bawa bola gune gelung dan sewaktu denganya. Pendek kata, training yang tak perlu serius. Habis SPM badan saya seolah-olah dipam-pam dan masuk matrik saya mula menjinak-jinakkan diri dengan free run di stadium dengan kawan satu tutorial. Cool tak cool berat badan turun hampir 12 kg dan lagipun makanan di matrik tak berapa sedap dan nasi dan lauk dicedok oleh orang kedai. So makanan macam dicatu. Kalau lapar pun makan oat atau kaya sikit makan mee segera kat bilik bobo (kawan makan saya).

Di Universiti, memenag kirim salamlah..ada motor, g kuliah naik moto, g makan naik moto. Boleh kire berapa banyak langkah je sebab mengejar masa satu hal dan hidup di U ni entahlah saya dah lupe..kihkihkih. Habis je U kakak saya ada belikan Alpha Lipid SD2 2 tin harga nya RM300. Ia adalah kaedah diet dengan siap bagi menu apa boleh dan tak boleh dimakan. Sebarang bentuk khabohidrat dilarang dan ketika melaksanakanya saya buat sehabis baik dan tak makan nasi pun. Aceli saya tak bagitau sesiapa lagi ni termasuklah kakak saya. Ya, memang mula-mula amik bendealah tu ada hasilnya, dan selepas berhenti amik..aceli, sama je berat saya. Kehidupan tawar tanpa gula dan khabohidrat saya selama 2 bulan itu nampak tidak memberi kesan jangka masa panjang.Saya kira, bukan itu caranya melainkan dengan bersukan dan bersenam. Dan ia juga dapat menyihatkan badan dan jantung. Lagi kuat nak menulis entry mengenai kesihatan ini, bila diri terjebak dengan variety show running man. Walaupun Song Ji Hyo ( peserta permupan running man) dah berumur 33 tahun 10 tahun lebih tua dari saya, ternyata stamina dia berlari sangat hebat. Show itu sedikit sebanyak memberi saya inspirasi mengenai tahap kesihatan supaya saya pulihkan kembali, cuma belum buat-buat je lagi dengan pelbagai alasan. Alasan paling kuat adalah malu nak lari kat padang dan MALAS..Allah, kalau dah malas nak buat apa pun tak boleh kan kawan2x?? Kesihatan adalah amanah untuk kita, selalu kita dengar badan nak pakai lama lagi-lagi yang nak pergi macam-macam tapak program.

Jika sudah jaga tapi masih sakit, itu semua dugaan..maka, bersabarlah ubatnya. Tapi jika diri sendiri yang mencari alasan untuk sihat dan tidak mahu bersenam contohnye, Allah...panjang nak cerita bila dah sakit ni.Doakan moga diberi kekuatan dan kemampuan untuk mantain tahap kesihatan supaya dapatlah diri ini menyumbangkan bakti untuk agama Allah...

Harimau Malaya kena baham dengan Singa bukanlah salah shiapapun, tapi salah orang yang time tu jugaklah nak buat eksperimen (ayat frust)




Monday, November 19, 2012

Palestien bukanlah isu bermusim..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih diberi nyawa dan kekuatan untuk terus mengudate blog dengan perkara-perkara yang dilihat perlu untuk dikongsi kepada pembaca semua. Saya kira ramai dah maklum bab Gaza yang diserang oleh Zionist israel jahanam.Ia perkara dah lama dan tenggelam timbul dek pengaruh media termasuklah media arus perdana. Saya tiada masalah untuk tv-tv arus perdana mengutarakan isu ini tetapi saya yakin pihak Zionist laknatullah tidak pernah gentar dan takut dengan hebahan sebegini. Itu menjadi satu persoalan yang sering bermain di fikiran saya. Di negara Syria pejuang Islam yang diberi nama Free Syrian Army sedang berhempas pulas dalam usaha menjatuhkan kerajaan Basyar Assad yang ternyata kekejamanya bukan calang-calang kerana sanggup membunuh rakyat sendiri yang berlainan aliran. Pertembungan Syiah Alawi dan Mijoriti Ahli Sunnah Waljamaah bukanlah satu perkara yang biasa dilihat. Yang dibunuh adalah rakyat sendiri termasuk kanak-kanak. Dan jika diteliti bagaimana di Malaysia media surat khabar kepunyaan UMNO Barisan Nasional menggelar pejuang rakyat ini sebagai pemberontak. cilake tak cilake mereka ini saya pulangkan kepada pembaca untuk menilai.

Isu Palestien adalah isu dimana 2 buah negara yang satunya adalah negara yang memang sejak azali diketahui kezalimanya iaitu Israel. Umum juga sudah jelas dan masak dengan pergolakkan ini dan ia adalah peperangan kerana perbezaan agama diantara Yahudi zionist dan masyarakat Islam Palestien. Isu Syria adalah isu yang mula2xnya kelihatan aman dimata dunia dan baru- baru sahaja kebangkitan rakyat mula dinampakkan melalui siri-siri protes dijalan raya. Dan ia adalah peperangan saudara, dan masih ada stigma mengatakan mereka sesama Islam tapi mengapa bergaduh, berbunuhan dan lain. Kat sini pentingnya membaca. Memang mengaku Islam, tapi islam yang bagaimana. Sentimen kuat menguatkan lagi api kebencian yang lama terpendam. Tinggal masa sahaja melepaskannya.

Saya bukan nak bersangka buruk dengan media arus perdana ni, tapi cara mereka mensensasikan isu Palestien dan isu Syria jauh berbeza. Berita mengenai Syria hanya sedikit-sedikit sahaja liputannya. Dan Isu Syria yang dapat saya panjangkan adalah isu kebangkitan rakyat. Sama seperti di Tunisia dan juga Mesir. Maybe ditakuti kebangkitan negara yang beralih kuasa melalui kebangkitan rakyat ini diikiuti negara-negara yang macam boleh menirunya terutamanya negara saya Malaysia...why not?

Penting untuk masyarakat Malaysia alert bab-bab yang mencurigai ini. Saya tiada niat langsung untuk menyindir atau memperlekehkan mana-mana yang berkongsi atau melakukan apa sahaja bagi meniupkan api kebencian masyarakat kepada kekejaman Zionist ke atas rakyat Palestien. Cumanya saya harapakan media kita lebih ikhlas mengenai isu ini dan bukan sahaja media tetapi Kerajaan kita sekarang (inilah harapan yang paling tinggi pernah saya idamkan) tapi xpe jangan risau..bak kata presiden Mesir yang baru, mesir kini tak macam Mesir dulu..nanti Perdana Menteri Malaysia yang baru juga akan buat kenyataan " Malaysia kini tak sama dengan Malaysia dahulu"..sama-sama lah kita berusaha terutamanya yang baru balik muktamar baru-baru ini. Saya x dapat kesana, sedih seribu kali sedih tapi doakan saya dapat catchup segala ilmu di muktamar melalui video, penulisan dan perbincangan dengan sahabat-sahabat usrah.

 Akhir kata, teruskan boikoit mana-mana produk yang boleh menguntungkan zionist seperti mekdi, nestle, dan lain2x..untuk peminat mekdi saya sarankan makan d marrybrown ataupun RFC, sedap pun sedap..jenis hantu minum milo boleh bertukar kepada oligo kafe, dan macam-macam jenis hot coklat kat malaysia ni, percayalah, ada usaha nak ubah  dari kebiasaaan Allah akan lorongkan kepada kebaikan. Yang dok skeptikal bab pakai facebook yahudi, windows 8 tu sume..meh sini aku nak bagi pelempang. Dah banyak ceramah bab2x menggunakan alatan YAHUDI kapir laknatullah ni untuk menyebarkan propaganda mulia dari umat Islam yang baik. Korang kalau nak bajet sangat, aku benci..serius!! dan jangan salahkan aku kalau aku doakan kehancuran UMNO ( tetibe jek)





Moga dapat dibacakan doa ini kepada musuh-musuh Islam..Allah jugalah sebaik-baik pemberi bantuan. TAKBIR!!!!

Saturday, November 3, 2012

Tiba-tiba kisah dia menjengah fikiranku..

Assalamualaikum..

Pada entry kali ini saya suka untuk menulis sebuah cerita mengenai seorang sahabat saya ketika di tingkatan 3 sehinggalah kami di tingkatan 5 dan setersunya. Kami bersekolah sama di Sabah dan nama sekolah itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Tobobon (korang jangan gelak).. Sebuah sekolah di pinggir bandar Kota Kinabalu dan dikelilingi  pemandangan yang Subhanllah sangat cantik. Bahagian depannya akan kelihatan gunung ganang banjaran crocker dan jika waktu pagi akan kelihatan puncak Gunung Kinabalu. Jika cuaca selepas hujan, akan ada kabus memasuki kelas kami perlahan-lahan menyapa diri yang sedang mengikuti kelas. Saya masih ingat perasaan tenang itu..cuma kadang-kadang je akan ada sesuatu yang tidak menyenagkan menyapa kelas kami..iaitu: ??? x nak cite

Berbalik kepada kisah kawan saya ini, kami kenal hanya sebagai kawan-kawan satu kelas. Ye lah macam mana nak rapat sebab dia lelaki dan saya perempuan. Saya dulu digelar ustazah didalam kelas itu sebab bertudung labuh dan ketika form 1 2 pernah sekolah di sekolah agama. Pindah sebab bengang dengan cikgu sekolah lama..hahaha, tak matang betul. tapi Alhamdulillah, berkeras saya nak pindah dan saya jadi suka dengan sekolah yang diberi nama sempena Tobib atau dokter jadilah TOBOBON (jangan gelak!!!). Itu kata-kata semangat cikgu kausling kami sebab mungkin dia dapat agak perubahan mimik muka kami bila mendengar nama itu.Saya x mahu sebut namanya takut dia membaca blog saya. Entah ketika satu malam, saya bercerita kisah sahabat saya  ni kepada kak syarmila, Insyallah sahabat dunia akhirat saya ^_^ dan dia jugalah memberi idea untuk saya menulis kisah sahabat yang saya gelarnya sebagai Mr.T ini.

Mr.T merupakan anak sulung dan adik beradiknya mungkin 4 atau 6 itu saya tak pasti. Didalam kelas, saya buat hal saya dan dia buat hal dia. Mr.T selalu dibuli rakan sekelas sebab sikapnya yang sangat polos. Saya hanya dapat melihat sifat sabarnya dengan hanya menelan segala bulikan itu. Saya pernah sekali berdoa ketika dia dibuli agar dia at least menumbuk atau menolak mamat poyo yang suka membuli tu. Kalau saya back up dia ketika itu, memang free2x je kena bahan satu kelas sebab pernah sekali saya back up dia habis dipasangkan kami berdua.Jadi, sebagai pengajaran kepada saya, saya hanya memerhati dari jauh. Dia kurus, tinggi, suka study dan buat hal sendiri. masa nak dekat SPM, dia duduk dibelakang sekali dan hanya akan kedepan jika ingin bertanya cikgu. Jarang dengar suaranya angkat tangan bajet nak tayang kepandaian or what so ever. Tidak cukup dibahan rakan-rakan sekelas, dengan cikgu pun dia kena..dan ayat selalu didengar " Mr.T tolonglah bah makan nasi".. mungkin faktor dia kelihatan terlalu kurus. Lepas ayat tu keluar dia akan jadi bahan ketawa. kadang-kadang saya terketawa juga, tapi muka dia sangat redha. Allah...

Selepas peperiksaan, tibalah waktu mendapat keputusan dapat masuk matrik atau tidak. Saya chek melalui internet dirumah.Ok lah, layak masuk..then satu  persatu angka giliran saya masukkan untuk chek siapa kawan-kawan saya yang lain dapat masuk matrik, Dan dalam 10 orang sahaja. Saya mencapai HP dan sms seorang demi seorang kawan-kawan saya bagitau mengenai keputusan itu. ada yang dah tau dan rilex dan ada yang terkejut membalas sms saya. Tapi, Mr.T takde respon langsung. Saya pun abaikan je lah dengan menganggap dia dah tau lama. Selang seminggu atau 2 minggu begitu baru Mr.T call saya balik bertanya kesahihan sms yang saya berikan. Waktu itu, dalam seminggu lagi pendaftaran ke matrik. Dan nak dijadikan kisah, dia tidak balas sms saya kerana ikut ayahnya ke laut menagkap ikan. Rare tak rare kehidupan dia. Dia menelefon dalam keadaan yang sangat bahagia dan sedikit risau. satu apa persediaan pun dia tak buat.Malam itu kami berbalas sms mengenai hal-hal berkaitan nak masuk matrik. Saya dah settle sume ketika itu dan Mr.T satu benda pun tak buat lagi.

Saya ceritakan perbualan kami kepada mak saya. Dan mak saya yang baik itu pun menetapkan untuk lagi 2 hari Mr. T perlu berjumpa mak saya, dan kami akan bersama-sama selesaikan hal yang dia belum selesai. Surat menyurat, bayaran yuran dan kelengkapan lain.Mak saya ambil cuti untuk membantu Mr.T dan saya sempat berpesan untuk dia berpakaian kemas sebab banyak urusan nak dibuat. Dia pun datang kerumah bersama adik lelakinya dan ternayata pakaian yang dia pakai memang sangat kemas. kasut siap digilap, bertali leher, kemeja biru seakan-akan biru baju pengawas dan kelihatan bekas lencana pada poket bajunya (jangan gelak atau senyum...). Saya tak expect sekemas itu, tapi takpe..maka, mak saya melarang saya gelakkan dia kerana mak saya rasa ketika itu macam sangat kesian dengan kenaifan dan kepolosan dia. Terus mak saya bertanya kepada Mr.T.." awak jadi anak angkat makcik je ye"..  ya,dia kelihatan gembira dan  saya pun senyum je lah.

Selesai semua perkara urusan pejabat dan mak saya belikan dia kemeja baru hadiah untuk dia dapat masuk matrik. Kasut nya juga sudah ada yang baru. Di matrik dia selalu telefon mak saya jika ada pelbagai benda yang perlu ditanyakan dan kadang-kadang tanya pasal saya.hehehe..kadang-kadang diusik emak, " menantu mak telefon tadi".. tapi saya take it as a profasionalis..hahahaha, kawan-kawan sama2x sekolah menengah ni selalunya jarang ada feeling. Betul x?? tapi saya puji sikapnya yang matanglah dengan orang tua. orang tua ni suka je kalau orang muda at least telefon bertanya khbar. Ingat tu. Dan ada suatu hari tu, emak Mr.T datang rumah saya dan bagi kami ikan hasil tangkapan laut suaminya. Banyak dan fresh-fresh pulak tu..comel je rasa bagi ikan. Alhamdulillah, dengar cerita dia sudah mendapat kerja yang baik di negeri pantai timur, amik pulak kos yang mantap.. Saya rasa seronok dengan kejayaan dia. Kesusahan hidup dia pada mulanya bukanlah penamat untuk dia berjaya. Sambil teringat kisah lama ni, saya doakan semoga Mr.T berjaya dunia akhirat Insyallah dan mendapat jodoh yang baik.

Kisah ni saya yakin kita tak dapat alami di negeri-negeri terutamanay semenajung Malaysia dan khasnya kawasan bandar. Saya anggap, pengalaman bersahabat dengan Mr.T adalah satu penagalaman yang berharga untuk saya jadikan panduan dalam menjalani hidup akan datang.


~~HIDUP MESTI DITERUSKAN~~

Tuesday, October 23, 2012

Kini..bidang kerjaya menjadi agenda hidup yang penting

Sambil-sambil membaca entry ini suka sekali lagi saya sajikan kalian dengan sondtrack yang dapat membakar diri untuk kembali bersemangat meneruskan hidup..Insyallah




Pendapat saya, bidang pekerjaan merupakan salah satu cabang yang sangat terpenting.Hidup ini untuk berjuang, bidang pekerjaan yang diceburi juga satu perjuangan. Saya pernah mengikuti satu program Jemaah dahulu supaya awal-awal lagi merancang bidang pekerjaan apa yang kita mahukan. Dan saya memilih ketika itu ingin bekerja sendiri. Rasanya bila tidak terikat dengan mana-mana pihak ia merupakan satu kepuasan dalam mencari rezeki. Saya pun mulalah berjinak-jinak bertanya soalan, mencari maklumat dinternet cara untuk first step membina kerjaya sendiri. Dan apabila ditanya mengenai pinjaman untuk berniaga, salah seorang penceramah itu melarang membuat pinjaman bank jika ingin membuka perniagaan..Mungkin benar ada yang mengatakan, kerja dahulu apa yang boleh dan halal untuk dibuat bagi mengumpulkan modal dan jika sudah cukup dan yakin dengan perancanganya maka teruskanlah berniaga.Benar, ia agak lambat..tetapi bila dapat berusaha dari bawah, kita dapat memahami kepayahan dan akan terus berusaha sehabis baik. Hurmm.. perancangan rapi diperlukan, bukan main hentam-menghentami sahaja bab-bab pekerjaan ini. Halal haram perlu menjadi keutamaan, sifat ikhlas disemai didalam diri dan matlamat perniagaan itu sendiri. Pergghh!!! tiba-tiba rasa perlunya menjadi seorang yang berjiwa besar dan bukan badannya sahaja yang besar.

So? apa tunggu lagi, yang baru bergraduasi dan sudah dapatkan sijil ijazahnya..buat elok2x resumenya...memohonlah jawatan-jawatan kosong yang boleh membiayai hutang PTPTN dahulu kala, yang boleh untuk menghulurkan wang kepada ibu dan ayah yang dahulunyu bertungkus lumus mencari duit untuk kita, Infakkan lebih sedikit daripada dahulu yang kita hanya belajar dan tidak bekerja kepada tabung Jemaah dan yang memerlukan, tolong lebih ramai saudara mara dan sahabat-sahabat kita, berkhawinlah, ramaikan umat nabi Muhammad, kumpul wang tekad nak menunaikan Haji dan macam-macam lagi perkara yang difikirkan perlu dan penting untuk dilaksanakan bagi seorang hamba Allah yang mengidami keredhaanya..dan yang paling penting sentiasa berdoa kepada Allah moga dimudahkan urusan, disabarkan hati dengan dugaan dan jika ada masalah dilorongkan jalan..Amiinn.... ^_^



Saturday, October 6, 2012

Berusaha untuk redha..

Assalamualikum..

Saya telah dirumah menjaga 2 orang adik saya yang masih bersekolah sempena pemergian mak ayah saya ke Makkah bagi menunaikan haji. Mula-mula ia sesuatu yang agak merelaxkan tatkala saya hanya perlu menguruskan makan minum mereka, urusan basuh baju dan perkara2x urusan rumah yang lain sampai ernah saya terfikir, relax jugak hidup kat rumah kalo gini dan rasa tak sedap hati dengan kemudahan sangat ini. Jika tinggal di Kajang ada sahaja benda saya diajak, dipaksa untuk pergi dan Insyallah ia juga menyeronokkan dalam keletihan. hari demi hari dilaui sehinggalah abang saya datang membawa anak dan isterinya tinggal bersama saya di teluk Intan.Untuk makluman, kakak ipar saya tidak sihat, dia mengalami pelbagai penyakit yang agak kronik tapi ia terjadi tanpa kita sedari. Tutp-tup sahaja bakal terjadi. Abangku pula tidak bekerja kerana mungkin fokus menjaga isterinya yang tidak sihat. Dan saya agak tidak bersetuju dengan itu dan banyak jugaklah perbahsan kami dua beradik mengenai hal ini, saya cuma dapat berdoa semoga Allah memberi jalan untuk segala masalah ini. Saya jadi kurang redha dengan abang saya yang tidak bekerja dan kakak ipar saya yang sakit. Walaupun pada mulanya saya agak sukar menjaga bayi itu kerana selalu merengek, namun masuk hari kedua sahaja rasa macam dah tak boleh berpisah. Rasa kesian dan kasih itu datang secara perlahan-lahan. Saya cuba untuk berlapang dada bahawa saya perlu menolong kakak ipar dan abang saya menjaga bayi itu. Alhamdulillah, benar kata orang hidayah itu kalau tidak dicari takkan jumpa dan begitu juga dengan redha, kalau tidak berusaha untuk redha ia rasa itu takkan datang kepada kita.

Saya manusia biasa, sifat marah yang datang bila sesuatu yang terjadi itu bukan mengikut kehendak kita. Marah dengan manusia, padahal kalau difikir sedalam-dalamnya  bagaimana jika saya yang berada ditempat mereka berdua??Allahurabi..sehinggalah pada satu petang saya keluar ke shopping mall untuk membeli roti yang ada krim-krim, dan donut dan pelbagai lagi makanan sedap untuk menjamu abang dan kakak ipar saya dan kebetulan kakak saya juga datang ke Melaka. Saya rasa bersalah kerana menarik muka kepada mereka berdua suami isteri paginya itu. Yaa.."sorry seems to be the hardest world'..rasa macam filem kan kalau buat salah minta2x maaf, so saya andaikan dengan menjamu makanan sedap itu mereka boleh melupakan perbuatan saya pagi itu. Hopefully lah..so, Alhamdulillah, sumenye okaay..kami makan dan berbual dengan gembiranya.Sampailah maghribnya, kak ipar saya masuk ke toilet untuk bersiap solat maghrib, saya masih di meja makan bersama kakak saya berbual sambil menghabiskan makanan yang berbaki dan abang terus ke surau.

 ''dusshhh!!.." bunyi sesuatu yang kuat  dr dalam bilik air kedengaran. Adik saya fitrah syuhada dengan  wajah yang ketakutan terus meluru keluar dan berkata pada kami, " weyh, k.sal weyh.. aku yang sedang makan masih bajet cool tapi macam ada sesuatu yang menjengah fikiran ini tapi tak terluah. Kakaku hamizah meluru ke arah toilet dan memanggil-manggil k.sal dan tiada sahutan. Aku yang tidak sedap hati terus ke toliet dan terkeluarlah langkah silatku dan menyepak pintu sambil mengoyang-goyangkan bahagian kunci agar ia longgar dan akan terbuka. Alhamdulillah, terbuka pintu itu. Terlihatlah kami sekujur tubuh yang mengigil-gigil dan kelihatan darah dibahagian kepala dan mulut. Sah!! k.sal diserang sawan dan itulah kali pertama saya melihat pesakit yang diserang sawan life depan mata. Extreme dan mengayat hati, aku dan kakak ku angkat dan bawanya keluar dar toilet dan cuba buat sedikit urutan di bahagian leher dan lengan kot-kot boleh menselesakan.

Terus dicapai talefon menelefon abang supaya segera balik dan saya menelefon emak k.sal bagi mengetahui cara terbaik untuk menghilangkan kekejangan itu. Kakak saya sempat google untuk melihat cara melegakan sawan dan kami melakukan apa yang terbaik. Rasa nak menangis melihat penderitaan yang live depan mata saya ini. Adik bongsu saya bernama huda hanya memerhati dalam keadaan ketakutan. Dia ni anak manja yang bercita-cita nak jadi doktor tapi lepas hantar k.sala ke  hospital dia lah yang paling  kuat menangis sebab lemah semangat..urmm...mereka semua ke hospital tinggalah saya berdua bersama baby kecil itu dan seakan-akan tahu mamanya sakit dia tidak menangis dan meragam malam itu dan smooth je nak tidurkan dia. Kuat betul hubungan anak dan ibu ni ye...terbaik!!

Pengalaman yang saya takkan lupakan kerana ia benar-benar dapat mengubah cara berfikir kita mengenai orang yang kurang kemampuan. Selalu kita menilai orang-orang yang berada lebih dari kita dan disebabkan itu sifat bersyukur itu jadi kurang mantap. Kadang-kadang perkara yang bukan-bukan kita rasa nak jeles contohnya kawan-kawan yang dan berkhawin, dengan orang kaya, berkebolehan, something yang simple je seenarnya dan saya kira sudah masanya untuk kita muhasabah dengan memikirkan kesusahan orang lain, kesempitan hidup dan banyak lagi untuk memebentuk diri menjadi mukmin yang reti dan lakukan perkara bersyukur dan redha ini.Saya fikir hikmah kejadian ini dihadapan mata  saya ini  supaya saya dapat lebih kasihan kepada orang yang lemah dan berpenyakit untuk kita tidak berasa sombong dan belagak. Allahhurabi..ia susah, tapi saya yakin kalau kita cuba Insyallah akan berjaya. Allah jugalah sebaik-baik penyembuh penyakit dan sebaik-baik pemberi jalan penyelesaian terhadap semua masalah kehidupan ini.

Terimakasih kerana sudi membaca, dan jika ada sebarang cadangan atau ikhtiar yang dapat dilakukan kepada kakak ipar saya ini, amat-amatlah saya alu-alukan. Kita ikhtiar mana-mana yang mampu dan Insyallah semua nya pasti ada hikmah..

Wassallam.......

Thursday, October 4, 2012

Sikap syaithoon kembali menyinar tatkala bajet 2013

Assalamakualaikum..

Agak lama tidak menulis di blog akibat kengkangan masa menguruskan hal2x yang patut diurus dan perihal bajet ini saya kira belum terlambat untuk saya membuat sedikit ulasan.

Pembacaan melalui blog-blog dan akhbar2x harian dan juga tontonan di kaca television memberi sedikit gambaran kepada kelompangan bajet yang dibentangkan PM Malaysia DS Najib. Saya terpaksa akui bahawa bajet kali ini adalah bajet untuk memenangi hati pengundi bagi pilihanraya yang akan tiba bila-bila masa sahaja dan itu bukanlah masalah bagi saya. Mereka mampu melaksanakan itu dan ternyata memang itu semua adalah untuk memenangi hati pengundi-pengundi terutamanaya pengundi Melayu yang rata-rata hidup dalam keadaan yang sederhana sahaja. Apa yang merisaukan saya adalah, sifat keikhlasan kerajaan Barisan Nasional kembali menjadi persoalan dengan pemberian wang ihsan kepada kebanyakkan rakyat Malaysia ini. Ada yang menyatakan baik bersyukur sebab dapat dari tak dapat apa- apa, maka saya soalkan kembali mengapa tidak mahu bersyukur bila ada yang lebih baik cadangan siap dengan kaedah untuk menaikkan gaji minimun sektor swasta terutamanya sebab bajet ini tidak sentuh langsung mengenai pekerja sektor Swasta yang boleh dikatakan majoritinya mengerah keringat untuk mendapatkan gaji tiap-tiap bulan. Sektor swasta itu luas, maka jangalah pembaca menyempitkan skop dengan hanya melihat sektor-sektor swasta yang besar-besar pegangan saham mereka dan apa sahaja.


Namun, alasan demi alasan yang diberikan untuk meningkatkan gaji pekerja sektor swasta makin laris berbanding duduk bersama yang mengutarakan cadangan dan laksanakanlah untuk kebaikan rakyat. Cuba bayangkan, gaji diterima RM 800 sebulan jika dibandar-bandar besar nampaknya penuhlah function2x yang ada makan free jika masing-masing terpaksa berjimat tahap kritikal dalam keadaan orang atasan beli cincin berjuta-juta pun bukanlah masalah besar. kerana apa?? rakyat Malaysia masih kurang yang kebuluran..yang ni mememang alasan Syaithoon bagi menutup perbuatan membazir itu.Dikala rakyat marhean berhempas pulas mencari rezeki, golongan diatas-atas berusaha menghabiskanya. Bila diberi cadangan, sinis mereka mengatakan itu hanyalah bermotifkan politik. Memang politik lah yang dapat digunakan sekarang yang paling berkesan memberi kesedaran kepada rakyat, apa masalahnya??mungkin ia kurang Islamik, kata geng2x Isma dan Ulama Umno.

Mengenai peruntukkan-peruntukkan yang diberikan kepada pelbagai sektor itu, harapanya ia dapat diberikan secara adil dan saksama kerana mengikut pengalaman peribadi bila tinggal di sabah dahulu..ditanya kepada penduduk kampung mengenai peruntukan itu dan itu dan ini senang sahaja orang-orang kampung itu jawab.."tersekat bah kali duit tu dimana-mana sebelum sampai kepada kami, orang miskin bah kami ni ".. tak ke sedih weyh?? kesian bah durang jangalah kamu begitu bah, kejam!!

Aceli xde lah banyak sangat saya nak coretkan disini, kerana yakin pembaca sudah membaca ditempat-tempat lain cumanya saya suka higlightkan keperluan rakyat majoritinya yang kebanyakkanya masih miskin..
ishk ishk sedih dengan jalan raya di Teluk Intan, rosak moto saya

Thursday, September 20, 2012

Berjuang untuk terus hidup...

Assalamualaikum...

Dari kejauhan nun di Teluk Intan saya menulis post kali ini tatkala memikirkan rakan-rakan saya di UKM sedang bertungkus lumus untuk menghadapi satu ujian yang cukup getir iaitu Pilihan Raya Kampus...entahlah, mula-mula saya cuba menahan diri dari memikirkan mengenainya kerana saya rasa sudah masanya melepaskan kenangan itu pergi.Tapi saya tak dapat, ia terus bermain dalam fikiran saya kerana setiap kali ingin melaksanakan apa-apa kerja di rumah ini pasti gatal tangan ingin membuka FB atau membaca bahan-bahan, status2x terbaru dan melihat gambar2x kawan-kawan disana...Saya dapat rasakan, PRK lah masa yang betul-betul saya rasa suka, rasa ketenagan dalam kepenatan, rasa sabar dalam kemarahan dan paling tak boleh blah..rasa mengantuk seakan hilang bila mata dapat berjaga sepanjang malam sehingga subuh dan boleh pulak curi-curi tidur dan bangun je kembali bersemangat. Apa sahaja kerja yang berkaitan dengan Pilihan raya saya cukup sukai.Tidak kiralah pilihanraya di luar kampus  yg pernah juga saya lalui...entahlah mungkin ia satu perasaan indah bila bersama kawan-kawan melaksanakan tugas.Mungkin hanya 4 tahun berada di UKM ini saya dapat rasakan perasaan ini.Bersyukur kerana dapat merasa pengalaman..Semoga perasaan seronok ini saya dapat kekalkan.

Allah..terimakasih kerana memberi saya peluang merasai pengalaman kehidupan ini.Bagaimana Allah menolong hambanya yang banyak sangat buntu dengan pelbagai masalah.Dilekehkan para kawan-kawan dikelas kerana sering menjawab sms ketika waktu kelas dan disindir pensyarah..Saya tidak langsung berkecil hati cuma rasa bersyukur Allah masih sayangkan saya dan memberi saya kekuatan untuk terus dengan apa yang saya yakini ketika itu.Saya berfikir itulah cara Allah menunjukkan sayangnya kepada hambanya bilamana diberi dugaan, sifat sabar mulai muncul, waktu buntu dan mengeluh kepada meredhai apa yang berlaku..Ia susah pada mulanya, tapi Insyallah jika kita bertekad mahukan itu dan mohon petunjuk Allah, ia dengan sendirinya akan muncul dan pertolongan Allah jugalah sebaik2x pertolongan.

Bilamana apa yang dirancang untuk PRK tidak dapat dihabiskan kerana penagguhan tarikh PRK waktu itu, ia satu kejadian yang mendatangkan kemarahan saya, ego saya dicabar, rasa malu dan macam-macam lagi.Tapi sekali lagi saya bersyukur kerana benda yang pertama kali tidak dapat dihabiskan menandakan kita hanya hamba Allah yang lemah dan hina dan Allah lah sebaik-baik perancang.Jika si musuh menganggap mereka menang dengan kaedah mereka, mereka agak lupa yang Allah Maha Hebat strateginya...siapa kita??tidak bernafas seminit juga sudah hampir mati.Nak campak sombong kalian kepda siapa??dan bukan akulah orang nya...Kesombongan manusia yang mendapat pangkat lupa, lupa dengan segalanya. alasan-alasan bodoh diberikan...AArgghhh akan ada yang melawan kesombongan itu dan sudah pasti dengan izin Allah dan usaha yang sehabis baik.


Dan waktu dekat PRK ini jugalah banyak berita gembira saya temui, mak dan ayah sudah dapat menunaikan haji, saya Alhamdulillah sudah dapat bergraduasi (maaf jika ada pembaca yang berkecil hati), dapat jadi mak uda dan paling menyeronokkan saya sudah mula mengiktiraf kerjaya sebagai surirumah bila disuruh oleh emak dan ayah jangan bekerja dahulu kerana mereka mahu saya belajar menjaga rumah, 2 orang adik dan  menguruskan lain-lain urusan rumah. Dan ternyata, ia bukan mudah walaupun hanya dirumah..(dahulu saya agak membantah bila perempuan disuruh hanya duduk rumah menguruskan hal rumah yang saya rasa remeh) tapi...saya perlu juga bekerja selepas mak ayah balik haji  nanti  untuk mengumpul wang dan pergi haji, ulur dekat mak ayah, ajak mereka berjalan-jalan, mungkin kawen (tolong carikan ^_^). Sama-samalah kita doa kepada Allah semoga dapat yang terbaik buat kita, perjuangan kita, keluarga kita dan yang paling penting agama kita

Entah kenapa gambar jadi gini..doakan anak abang saya Sofiyyah Binti Nur Aizuddin sihat walaafiat ye ^_^



With strong heart
~Sarah Jevo~

Ber-GM Lebih Baik

Thursday, September 13, 2012

Kenapa cerita Korea masih menjadi kegilaan..




Sambil-sambil membaca entry ini saya cadangkan untuk pembaca mendengar alunan muzik ini..

Assalamualaikum, kali ini entry saya agak santai dan kalau nak abaikan pun takpe.Aceli, Korea adalah sebuah negara yang tarikh merdekanya hampir sama dengan Malaysia.Ketika zaman peperangan, Korea Selatan khasnya mempunyai musuh rapat dengan komunis dan jarak negara komunis dengan negara ini tidaklah jauh, sempadan-sempadan je ..maka memang teruklah hidup mereka dahulu.Kalau dilihat dari cerita Tea Gu ki dan cerita perang korea yang lain memang diadaptasikan dengan sejarah yang sebenarnya.Cuma kekreatifan penggiat filem disana amat baik dimana mereka tahu manusia yang minat cerita perang macamna pun masih mempunyai taman didalam hati mereka, dan membuatkan cerita yang asalnya perang boleh jadi nak menangis kerana dikaitkan dengan sifat fitrah manusia iaitu kesedihan dan sebagainya.

Sejarah cerita korea sampai di Malaysia mulanya dari TV3 yang menyiarkan cerita Winter Sonata, tak silap saya waktu itu saya tingkatan satu.Dan terus dengan cerita-cerita lain seperti Autum In My Heart, My Love Patzzi dan berlambak-lambak lagi.Tapi untuk saya, ada sebuah drama korea yang saya  tengok full kalau boleh setiap bait kata-kata itu saya akan baca adalah Drama Kim tak Gu The King Baker..Menurut laporan, saya dah menontonya lebih 3 kali..perangai ni jangan ikut.. x bagus.
Point saya disini adalah, lakonan mantap yang ditunjukkan oleh pelakon Korea akn menyebabkan penonton seakan-akan terbuai dengan jalan cerita itu dan tidak kurang juga penonton meletakkan diri mereka dalam situasi drama-drama ini.Secara semulajadinya, cerita korea agak lembab maksudnya dari pergerakan, percakapan dan adakalanya jalan cerita yang kurang effisyen.Kalau yang macamtu memang awal-awal lagi saya kena tolak sebab buang masa sahaja.Yang boleh untuk saya tengok adalah cerita yang memberi inspirasi sebagai contoh Kim tak Gu The King Bakers ini.

Apa yang saya suka adalah, mereka menjadikan aktiviti lakonan ini sebagai satu kerja yang serius.Maksudnya mereka menganggap lakonan ini macam kerja jadi polis, office boy dan sebagainya.dan alangkah indahnya jika keseriusan bekerja ini dapat diadaptasikan dalam drama-drama Melayu yang tolonglah berubah kepada drama yang lebih baik.Menyampaikan perkara-perkara baik dalam bentuk yang kreatif.Islam kan drama Melayu kita seperti penggiat filem Korea lakukan iaitu melembutkan rakyat Korea melalui filem-filem dan drama-drama mereka kerana orang Korea sangat kasar perbuatan dan percakapan mereka.Ini saya dengar dari seorang pengkaji drama dalam cerita Pilih Kasih..hahhaaha (layan jugeek)

Berbalik kepada drama kesukaan saya itu tadi, ia sebenarnya mengisahkan seorang lelaki yang bernama Kim Tak Gu yang sangat kasihan kerana zaman kanak-kanaknya sering dihina dan ibu nya diculik oleh orang kaya kerana adalah sebab penculikan tersebut. Cinta pertama beliau juga diambil oleh seseorang yang bencikanya iaitu Gu Ma Jun yang juga merupakan adik tiri beliau.Aweknya itu berkhawin dengan Gu Ma Jun kerana ingin membalas dendam kepada ibu Ma Jun yang jahat tahap gaban ini.Itu luar biasa kerana selalunya drama Korea cinta pertama pastinya mereka akan bersama tapi kali ini tidak, itu perbezaanya..Cukup part cinta -cintun ini, satu part paling penting adalah Kim Tak Gu yang sangat suka makan roti menjadi seorang pembuat roti terbaik kerana kecekalannya mempelajari pembuatan roti yang sedap, membahagiakan dan berkhasiat melalui seorang tauke kedai roti yang cukup garang dan tegas. Penuh dengan emosi dan semangat melaksanakan kerja beliau walaupun disakiti oleh Gu Ma Jun, ibunya Ma Jun dan Pengarah Han yang tak pernah puas hati dengan keadaan Kim Tak Gu walaupun dia inginkan kehidupan biasa.Tetapi lelaki ini tidak berputus asa dan bersangka baik dengan dugaan yang dia hadapi.

menarik kan??kalau free2x korang tengoklah sebab saya ni pun sudah membuat polisi untuk menonton hanya drama-drama yang berkualiti dalam Polisi Setahun Satu Drama (PSSD) ^_^


Dan jangan risau, cerita ini tiada kena mengena dengan Oppa Gangnam Style





Monday, September 10, 2012

Kesian kepada TV3..


Saya nak tanya, sape tak pernah tahu TV3 ni apa??TV3 adalah satu stesen TV swasta yang kebanyakkanya ada terpancar secara jelas pada majoriti seluuuuuuuuruhh penduduk di Malaysia.

Sejak beberapa minggu lepas, TV3 dan TV arus perdana kerap memutarkan isu Ahli majlis Syura PAS iaitu Ustaz Nasa..pelbagai spekulasi timbul termasuklah di laman2x sesawang gambar ustaz nasa dan beberapa ahli dalam Ulama Muda UMNO kelihatan gumbira dalam satu pertemuan.Maka banyaklah komen2x sindiran dan macam-macam lagi.Saya?? x berminat lagi ketika itu, sebab perkara ini belum diputuskan. di majlis Syura dimana majlis itu saya yakin terdiri daripada orang-orang baik yang Insyallah mati dan hidup mereka demi Islam.Simple je pemikiran saya ini.

Hari yang ditunggu pun telah tiba, sebelum berlakunya Mesyuarat ahli majlis Syura PAS di Bangunan PAS di Jalan Raja Laut itu, pertama kali disiarkan wajah-wajah majlis ahli Syura yang belum lagi bermesyuarat di TV3..ulang kata TV3 der!!!mana korang nak cari?? Pada ketika itu, bagaikan benar2x TV3 menyiarkan temubual meminta komen mengenai mesyuarat yang bakal diadakan itu.yang paling rare..penceramah kesukaan saya sebab ustaz ini kelakar adalah Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man masuk TV3 siap ditulis jawatan beliau "Ketua Peneranagan Pas Pusat"..nak ulang?? x payahlah nak ulang sangat kan.

Malam itu juga, saya menunggu berita Nightline jam 12 malam di TV3, dan berita itu sangat sekejap dan tidak seperti berita jam 8 mlm tadi..Ustaz Nasa tidak dipecat.Oh NO!!!ini membuatkan TV3 xde berita untuk disensasikan seperti sensasinya berita Al-fadhil Ustaz Hassan Ali.Tertutupnya peluang untuk TV3 dan sekutunya melihat ahli PAS dan penyokong rasa senak perut dan mengalami tekanan darah tinggi tahap 4 bila terlihat berita2x seperti itu nanti.Menangislah mereka dengan rasa menyesal membuat liputan sebelum majlis Syura itu berlangsung, ia tidak seperti yang mereka rancang....

Dan, keluarlah satu persatu pendapat golongan2x yang saya juga hormati dan mereka bukan calang2x ilmu agamanya agak menyelar tindakan majlis Syura ini.Saya yang kurang kritikal pemikiran ini berusaha mencari bentuk bacaan yang dapat menuetralkan perasaan bila terbaca status begitu..Dan Alhamdulillah, terlihat ada yang share status seorang ustaz ini saya lupa siapa mengatakan bahawa "Hikmahnya tidak memecat ustaz Nasaruddin ketika ini adalah bagi membendung TV-TV arus perdana mensensasikan isu ini bagi menutup isu besar seperti kerugian saham Felda holding, Isu PRU yang telus dan adil, pecat tak pecat mungkin selepas PRU dan ada agenda yang lebih penting untuk ahli-ahli PAS mengambil berat berbanding isu pemecatan ustaz Nasa jika dia dipecat waktu ini"..lebih kurang begitulah, dan ya!!bacaan politik itu benar tatkala mula2x ustaz Nasa yang mungkin ditafsirkan media2x akan dipecat tetapi tidak dipecat yang mualanya dijemput di TV Al-Hijrah untuk mengupas isu pepecahan apa ntah ditukar dengan orang lain dan tahu mereka ditukar ketika start melihat rancangan BICARA tadi..sudah...ikalankan orang lain yang datang, tapi orang lain pula yang hadir. PAROH!!!

Maka saya SITI SARAH AHMAD RUSLI dengan ini mengakui bahawa masih kekal dengan PAS sehinggalah PAS tidak mengubah asas dasar perjuangan iaitu ALLAH dan RASUL

~with love~
Sarah Jevo

Thursday, September 6, 2012

Pukul dua pagi..

Assalamualaikum...

Malam makin larut, mata agak letih minta ditidurkan namun ketika itu jugalah hati ini bergelojak ingin menemukan sesuatu di Youtube.saya mula merungkai kembali video-video kecurian, belasah membelasah bagi menngambil sedikit dan tidaklah banyak mana. Mungkin ramai dah maklum yang saya baru-baru ini dirompak ketika berseorangan dekat rumah di kajang dan tujuan saya menulis ini supaya pembaca tidak kisahlah lelaki atau wanita untuk lebih berhati-hati dalam kehidupan yang penuh dengan muslihat ini.Saya amat harapkan doa dari pembaca kepada saya semoga saya tidak lagi menghadapi peristiwa hitam ini.

Mungkin kehilangan laptop acer yang saya beli dari zaman matrikulasi , beg duit  pemberian mak yang harganya RM3.50  yang saya dah pakai 4 tahun bersamanya juga RM170.20 koleksi duit raya saya  dan hp jenama motorola yg ada kamera dan dah terkopek2x pun key pad nya itu tidaklah kehilangan sebanyak mana. Namun, banyak perkara yang saya nak kongsikan kepada pembaca sekalian, iaitu:-


1) Jangan mudah mempercayai orang lain
-Apabila sesi brainstorm ayah dan saya dibuat mengenapasti apa punca saya dirompak adalah, saya terus mempercayai bahawa seorang lelaki yang tidak dikenali berseorangan tanpa apa-apa alat membaiki dan hanya menaiki motor adalah agen dari Indah Water dan ingin membetulkan tandas rumah saya dan kebetulan pada waktu itu sedikit rosak. Kalau tidak betulkan pun, aceli boleh je digunakan lagi tapi saya terus mempercayai mungkin mak ayah saya ada call mereka untuk datang rumah.Sifat bersangka baik yang tak baik langsung.Tanpa usul periksa kad kuasa dan apa yang perlu dibuat seperti telefon mak ayah minta kekonforman betulkah mereka ada hantar orang ke rumah dan sebagainya tidak saya lakukan.

2) Jangan buat apa-apa perkara kalau jenis perangai tu, lepas tidur mesti mamai yang tahap gaban
-Ambil masa jika lepas bangun dari tidur untuk berfikir kembali secara waras.Memang perasaan yang sedang mengantuk dalam keadaan tiba-tiba sahaja pintu rumah diketuk dengan kuat dan seolah-olah sedang rushing nak siapkan sesuatu perkara. Ambil baju yang menutup aurat, buka pintu dan terus suruh masuk. Sangat tak waras pemikiran itu.

3)Perkara asas...macamna wanita boleh benarkan lelaki yang bukan muhrim masuk kedalam rumah dalam keadaan anda berseorangan dirumah??
Perkara (3) ini ayah paling marah. Perkara asas dan sangat asas.Teruk saya dimarahi waktu itu tapi diam sahaja sebab memang saya bersalah.Tak terfikir langsung waktu itu, dan abang saya keluarkan kisah sirah dimana seorang isteri yang tidak membenarkan orang lain masuk kerumah walaupun dia mengenali tetamu tersebut kerana tidak meminta izin dari suaminya...tapi yang ini saya balas "tapi aku belum ada suami".. jawapan yang ingin melepaskan diri dari terus dileteri ^_^.. dan dia tidak mengaku kalah dan terus menasihati mengenai mak ngah kami yang merupakan seorang isteri kepada pendakwah tabligh yang lagi sering ditinggalkan suami yang keluar 40 hari dan sebagainya.Pandai je jaga diri..

Ya mengaku memang salah saya, tapi Alhamdulillah, saya dari dahulu lagi jika ada sesiapa datang masuk rumah ingin membaiki apa-apa sebelum ini, saya dah prepare pisau ditempat yang saya tahu dan mudah untuk ambil jika berlaku apa2x...perompak yang mati dirumah mangsa rompakan dan setahu saya mangsa rompakan tidak akan dikenakan hukuman jika membunuh perompak didalam rumah.Tapi ketika rumah saya dirompa, aceli saya tak sedar pun saya dirompaki akibat leka menolong mengemas kawasan dapur selepas diminta tolong oleh perompak tadi dengan katanya "adik, tolong kemas ya, nanti kawan saya yang lain akan datang, kosongkan kawasan ini'..saya pun menjawab "ohh, ok"..selasai je kemas, pergi ke ruang tamu melihat kawasan tempat letak barang2x tadi kosong dan lesap bersama-sama motor penjenayah..              mangkok betul!!! hidup2x saya ditipu...

Nasihat terakhir saya, berhati2x ye kawan2x..keep on berjumpa dengan orang ramai supaya kita lebih memahami manusia yang pelbagai itu

Wassalam......

Saturday, August 25, 2012

Perjalanan itu mengusik kalbuku

 Assalamaualaikum...

Syukur kepada Allah, masih diberi nyawa dan kekuatan untuk kembali mencoretkan kata-kata di blog ini.Kali ini saya ingin membawa satu kisah perjalanan saya dengan abang saya dari Kajang ke Kuantan ke Keratong dan kembali ke Kajang atau singkatanya 3K back to K..

Kereta wira diberi pinjam mak kepada kami telah digunakan.malalui jalan Karak higway dengan hujan lebatnya dan abang saya yang bawa kereta memang tak pandai slow mengecutkan usus ku ini.ketika itu 25 Ramadhan.masing-masing sedang berpuasa dan Alhamdulillah perjalanan memakan masa dalam 4 jam ++ sahaja.Maka, berbukalah kami di kafe hospital.Oh lupa nak bagitau yang kami ke Kuantan kerana akk ipar ku dimasukkan ke wad yang mula-mula ICU tapi bila kami datang tu dah dipindahkan ke wad biasa..lama tak lama lah dia di wad, lebih kurang 25 hari.Akibat komplikasi ketika pemedahan mengeluarkan baby comel diberi nama Sofiyyah itu.baby dimasukkan dalam satu bilik khas yang ada pemanas dan dijaga rapi kerana tidak cukup bulan and what so ever terms medical yang kompleks...urmm

Maka, usai melawat aku pun blah ke suatu sudut tak nak kacau daun perbincnagan mereka suami isteri.Lama tak berjumpa dan mungkin banyak yang mereka hendak bualkan.Nak masuk tengok baby juga tidak dibenarkan keranhanya ibu bapa sahaja dibenarkan.tengok sipi-sipi sahajalah apabila akk ipar ku membawa Sofiyyah ke muka pintu, jeling sahaja nurse-nurse disana..Tak bagi masuk, kita jengah sahaja dari luar tidak menyalahi mana-mana akta. Selesai dihospital, kami mula ke masjid Kuantan untuk jamaq solat maghrib dan isyak seterusnya melaksanakan Tarawikh, Imam dari Gaza ketika itu..Perghh mmg terbaik bacaanya dan part paling best masa dia zikir...suara dan alunan nya sangat mantap mengusik kalbu..Allah~~~

Maka, tibalah part yang paling ditunggu-tunggu nak tidur sekaligus iktikaf di masjid..Malam ganjil ketika itu,jeng jeng jeng....Sebelum tu kami keluar makan, sebab masa nak siapkan tarawikh yang tertinggal moreh di masjid telah clean and clear, bersusah payahlah kami mencari kedai makan di kuantan yang tak ramai orang, Alhamdulillah jumpa jugak.Makan punya makan nak kembali ke masjid untuk tidur jap kat sana dan bermulalah satu perkara yang sangat aku marah dan menangis kerana terlalu marah nak mampos...masjid dikunci, dan hanya akan dibuka jam 3..aku juga baru pulang dari masjid Shah Alam ketika 23 Ramadhan yang ada ustaz Azhar Idrus..2 2 adalah masjid negeri, kenapa masjid negeri di Kuantan ini ditutup dan hanya dibuka jam 3..Maka, aku pun memberi salam pada pakcik jaga itu...pakcik tu agak berat nak bg masuk, xpelah..dah x bagi kami masuk saya dan abang saya pun nak blah lah, pak cik kembali panggil, dik2x masuklah..dan aku masuk dulu..terus die kunci pagar masjid, abang aku di luar masjid dan aku didalam masjid masih terpinga-pinga dengan perangai pakcik penjaga masjid ni."Dik, perempuan je boleh masuk, laki x boleh masuk, ini arahan AJK masjid"..abang saya pun blah je, dan saya terus naik ke atas tempat perempuan dengan perasaan yang agak marah..pastu nak buat-buat tanya, "dik2x..abang awak nak tidur mana"?? saya palingkan badan dan jalan tanpa melayan persoalan itu.mmg terkurang ajar dengan pakcik tu..maaf jangan ikut perangai ni. Disana terbayang wajah-wajah AJK masjid UMNO yang membuat peraturan ini, mula saya bandingkan dengan masjid di Shah Alam..x dapat lelapkan mata akibat terlalu marah sehingga menitiskan air mata.Semahu-mahunya dia buat orang yang dari kajang ke Kuantan nak tengok isterinya yang sakit macam tu..dah bagitau kot kami ke hospital..manalah hati perut mereka-mereka ini.Di 10 malam terakhir pulak tu..Allah...pengalaman yang sangat mengentalkan jiwa untuk menumbangkan UMNO yang ntah apa-apa pemikiran.

Ok lah, tang yang bagus tu bagus saya tak nafikan.Tapi dengan menyekat perkembangan masjid saya rasa itu satu bentuk musibah yang direka oleh manusia yang berfikiran singkat.Masjid patut lebih di riang serikan dengan orang ramai yang pelbagai jenis untuk tidak segan silu keluar masuk masjid melaksanakan ibadah kepada Allah.Takut apa-apa berlaku kepada masjid, tingkatkan sahaja tahap keselamatan dan bukanya di sempitkan peranan masjid sebegitu sahaja.Saya doakan AJK2x masjid itu ditukar ataupun diberi hidayah oleh Allah untuk menukar bentuk pemikiran.Oleh itu, saya cadangkan mana-mana masjid negeri untuk mencontohi masjid Shah Alam sebab saya sendiri pernah kesana maka bolehlah saya cakapkan ini atas dasar pengalaman.Mereka orang bandar besar yang selalu di katakan sibuk mencari harta, menjaga rumah besar, mentata rias, decoration rumah dan sebagainya tapi jika dibandingkan dengan bandar-bandar kecil seharusnya tidaklah sesibuk mana.Jalan pun x jem..


Maaf jika coretan ini membuat sesetengah pihak berkecil hati, tapi itulah pendapat peribadi saya atas dasar pengalaman yang pernah saya lalui..Wassalam~~~


Wednesday, July 11, 2012

Dosa Semalam

Tengok pada tajuk dah macam dalam novel-novel popular dipasaran.Mengundangkan diri saya untuk kembali mengupdate blog jika-jika masih ada yang sudi untuk membaca.Terimakasih saya ucapkan.Dosa?jika disebut soal dosa, siapa yang terlepas dari melakukan dosa.Tiada shiapapun (stail senatron indonesia) yg terlepas dari melakukan perkara yang mendatngkan dosa.Hanya nabi Muhammad sahaja manusia yang ma'sum dan terlepas dari melakukan perkara dosa.Saya bukanlah alim dalam bab-bab menterjemahkan apa itu dosa, namun dari penglihatan saya sendiri saya melihat setiap orang berpotensi melakukan dosa mengikut tahap keimanan diri masing-masing, Jika didengar kata-kata ulama terkenal, ahli-ahli sufi yang memberikan ceramah sangat menekankan soal hati dan kehalusan jiwa. Dan jika dibandingkan dosa yang mereka tegurkankan pada anak-anak didik mereka ataupun teguran pada diri mereka sendiri, saya dapat bayangkan perasaan dan rasa kehinaan mereka yang tidak mencapai tahap sebegitu rupa. Niat yang salah sahaja sudah tegur apatah lagi yang telah membuat kesalahan yang mulanya diniatkan itu.

Tahap manusia itu lain-lain, tahap ilmu, kekayaan, kesedaran, kecantikan dan apa sahaja semuanya berlainan. Ia berbalik bagaimana kita membentuk diri ini dari menginsafi dosa yang pernah kita lakukan. Dosa maksiat kepada Allah, itu tidak kira dosa kita pernah meninggalkan solat dahulu kala, puasa kalau ada, menderhaka kepada ibu bapa, mungkin pernah menyakiti perasaan orang yang baik dengan kita dan mugkin ada kita terlupa dan teralpa. Kesedaran yang timbul tatkala sudah melakukan dosa juga lain cerita, ada manusia yang sudah melakukan dosa dia sangat menginsafi dosanya dan berazam tidak mahu mengulanginya lagi, dan jika ia berulang kembali ia akan kembali bertaubat, dan berulang ia bertaubat sehinggalah dia mati dan keyakinan dirinya bahawa Allah itu Maha Pengampun dan Mengasihani hambanya. Ada juga manusia tatkala melakukan dosa, terus terbuai dengan dosanya kerana rasa dirinya cukup berdosa dan tak boleh nak buat apa dah. Dan percayalah, itu satu sifat yang merugikan diri sendiri kerana kita sendiri tidak berusaha melupuskan dosa dengan cover up balik melalui kebaikan-kebaikan yang masih boleh dibuatkan.Apa yang bagus mengenai dunia sekarang adalah dii dalam Facebook banyak manusia yang dahulunya terkenal dek kerana lakonanya yaa..pendek kata artis yang telah mengakui kesilapan mereka dahulu dan berusaha menjadi yang terbaik disisi-sisi Allah dengan membantu masyarakat melalui mana yang mereka mampu.Mungkin dengan bagi ceramah, mengubah penampilan mereka kepada yang menutup aurat juga satu ibadah, menyampaikan kebenaran lagilah Subhanallah..Maka, saya kira berilah mereka peluang dan jangan menjadi seolah-olah mesin melabel di kilang-kilang pemprosesan makanan bahawa si A ini pendosa dahulu, si B ini pendusta, si X ini pemaksiat..udoh-udoh leee kite ni pun bukanya bagus sangat nak mengutuk mereka yang berbuat kebaikan.



Insafi dosa yang kita lakukan semalam untuk menjadi manusia yang lebih berusaha mengharapkan keredahaan Allah. Dan dalam doa juga, saya pernah diajar bahawa untuk membanyakkan doa-doa supaya Allah mengampunkan dosa-dosa kita selain doa-doa mendapat jodoh, dimurahkan rezeki, mendapat cahaya mata, diberi kekayaan, disiapkan tesis. dimudahkan urusan dan banyak lagi doa-doa yang bersifat inginkan kesempurnaan dalam diri.Ia sangat memberi pengajaran bahawa jika ada dugaan yang sangat berat terhadap diri kita ia mungkin datang atas sebab dosa kita dahulu kala, mungkin niat untuk berbuat dosa atau apa-apa sahaja yang bekaitan dengan dosa. Tujuan utama adalah menganggap setiap dugaan itu pasti berhikmah dan hikmah wajar dikutip oleh orang-0rang yang beriman setiap kali ditimpa musibah.Then, let be a  person with iman, Insyallah....

dan kesimpulanya..doa ini best
 "Ya Allah, ampunilah dosa-dosa yang kami lakukan sekali, juga-dosa-dosa yang kami lakukan banyak kali, Ya Allah ampunilah dosa-dosa yang kami lakukan secara terang-terangan, juga dosa-dosa yang kami lakukan secara tersembunyi. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa yang kami lakukan dengan sengaja dan juga dosa-dosa yang kami lakukan dengan tidak sengaja.. Ya Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..Amin..


Berdoalah kepada Allah semoga diberikan jalan terbaik untuk kita semua..


(Ps: kesedihan jerman kalah dgn Italy d Euro baru-baru ini memberikan kesan emosi yang cukup mendalam, mungkin melihat kesungguhan jerman yang terlalu namun tiada gol utk kesungguhan itu melainkan fenalti)

Sunday, July 1, 2012

Kronologi Penulisan Tesisku

Assalamualaikum..

Saya rasa serba salah pada mulanya ketika ingin menulis post ini.Mungkin akan ada yang mengatakan saya membuka aib sendiri, kot2x nanti jadi wakil rakyat ataupun orang penting Malaysia akan ada cakap-cakap mengatakan "huh!!tulis tesis yang mudah tu pun ada masalah rupa2x ko ni sarah"..Namun selepas difikirkan kembali mungkin ini boleh menjadi satu penaik semangat sahabat-sahabat pembaca yang akan dan pernah melalui suka duka assigment atau projek yang tak siap-siap dan lagipun saya ni bukanlah orang penting lagi dalam mana-mana sudut hati siapa-siapa pun lagi (ayat pasrah habes) hehehe, golongan marhean dan hamba Allah yang penuh kehinaan sahaja yang cuba mencari kesempurnaan dan bukanlah mendahagakanya sangat..Maka, saya ceritakan jugaklah.

Bermulanya tahun 3 sem 1, penulisan proposal saya buat dengan begitu bersemangat.Boleh dikatakan setiap hari saya bercita-cita mahu bertemu dengan Dr.Nazaruddin penyelia tesis saya. Dan Alhamdulillah mudah sahaja berjumpa denganya. SMS saya dibalas, call saya diangkat dan wow!!sangat smooth penulisanya.Siap pun on time dan saya menjadi orang pertama yang membentangnya. Ketika itu, saya nak sangat pakai baju pink yang ada kilat-kilat pemberian mak saya, dah siap iron dan menggantungkanya cuma bersedia untuk dipakai.Pakai sahaja di badan, ada kawan tegur.."waa, sarah dah macam nak pergi bertunang dah aku tengok kau ni", terus saya menukar baju coklat biasa yang dipakai tanpa perlu iron dan bergegas ke tempat pembentangan.Ketika itu, saya rasa seperti semua perkara dan masalah saya boleh atasi.Keyakinan yang tinggi pada diri sendiri, peergghh..sangat bahagia dan sempurna.

Habis sahaja, sem 1 saya pulang ke Sabah pada ketika itu mak ayah saya masih menetap disana.Saya merengek2x mahu pulang awal dengan mak saya kerana mahu masuk lab. Mak benarkan je walaupun perlu membayar denda kepada MAS hampir RM120.00 kerana menukar tiket. Tapi, saya dah bersemnagat waja nak ke lab di UKM ni.Dalam seminggu sahaja saya dirumah dah kembali ke semenanjung.Saya masuk lab pada hari pertama, dan pada hari itulah ada satu perkara yang sangat saya tidak jangka.Sedikit pertengkaran berlaku akibat dari perebutan bahan-bahan ingin melakukan eksperimen.Pada ketika itu, moral saya jadi down.Saya tak sanggup tengok orang berlumba-lumba dan seakan-akan tidak peduli masalah orang lain as well as part mereka siap. Maka, ketika itu saya bertekad, saya tak nak masuk lab ketika ramai orang. Perasaan rendah diri mulai timbul tatkala pelbagai term sintifik dikeluarkan.Dan saya, terkial-kial mencari solusinya. Saya akui, saya dahulu memang sukai subjek kimia ini, seakan-akan dijodohkan dengan subjek ini. Namun, tatkala berhadapan dan mempelajarinya secara mendalam, saya seakan hilang punca.waaa..dahsyat!! Siapa nak tolong kita, kalau bukan diri kita sendiri.Saya gagahkan diri stay dengan course yang telah diberi, saya bersangka baik dengan semuanya dan mahu menghabiskan sahaja degree pada waktu itu.Lepas habis degree, saya fikir lain nak buat apa.

Dan sehinggalah pada akhir sem 2, lab saya Alhamdulillah siap dengan bantuan sahabat saya Hawa.Rakan course yang tinggal berhadapan bilik saya. Dia teman saya sepanjang hari menyiapkan lab. Aceli mudah je kalau kita dah tahu step.Maka, saya pun menghadap pensyarah untuk minta tangguh VIVA dan penghantaran tesis. Ya, dimarahi beliau kerana saya lambat, namun ada kata-kata semangat dipenghujung ayatnya itu, iaitu "awak extend je lah sarah"..dan dengan yakin saya mengatakan," x nak, saya x nak extend"..  mungkin lepas habis LI saya cuba hantar  kerana saya agak yakin, ketika LI akan ada masa senggang yang banyak untuk menyiapkan penulisanya.

Namun, apa yang kita rancang x semuanya berjalan lancar. Keluarga saya mengalami satu perubahan situasi yang cukup mendadak dan dahsyat.Seperti dalam drama-drama dan filem2x dikaca television.Saya akan jadikanya rahsia dalam hati ini.Biarlah yang tahu dan dengan pengetahuanya, yang tidak tahu saya tetap akan merahsiakanya.Bermulalah fasa perubahan perasaan kepada yang yakin segala masalah dapat diatasi kepada seorang yang lemah dan cepat termenung.Mood jadi hilang, rasa nak lari dari keadaan tapi Alhamdulillah dengan sedikir kekuatan dari Allah, saya tempuhi tempoh-tempoh yang paling dukacita yang pernah saya lalui sepanjang 22 tahun pada ketika itu. Hidup mesti diteruskan, saya banyak membaca kata-kata hikmah, chat dengan golongan-golongan berjiwa halus sebab kekangan masa untuk berjumpa bagi membina kembali keyakinan kepada diri ini.Allah, Allah Maha Mengasihani, saya memohon belas ehsan dari Allah untuk memberi petunjuk kepada diri ini, tiada jalan ketika itu dan cuba bersangka baik, Allah sedang menguji tahap kesabaran bagaimana menempuhi dugaan ini.

Maka, kata-kata semanagat pensyarah itu benar.Saya extend kerana tiada daya rasanya untuk menghabiskan apa yang tidak habis bagi yang sepatutnya habis itu.Saya cuba membuka lembaran baru kehidupan. Bertemu semula sahabat-sahabat dan Alhamdulillah, sedikit-sedikit datangnya kebaikan dari dugaan itu.Rasa bersyukur mulai timbul tatkala dapat dugaan itu, semuanya ada hikmah dan sudah menjadi tanggungjawab orang mukmin untuk mengutip segala hikmah dari dugaan dan cubaan yang diberi Allah oleh hambanya.Bukan nak declare saya ni beriman ke apa, tapi why not kita try menjadi orang beriman.Tidak salah, malah Insyallah diberi pahala oleh Allah.

Dan episode kerisauan mulai hilang tatkala, ada teman iaitu kak Nurul Syamila Marlan (k.mell) yang tidak putus-putus memberi kata-kata semanagat yang saya sangat sukai,Beliau menemani saya sepanjang kami sama-sama menaip.Penulisan tesis saya siap, cuma berlengah-lengahkan untuk dihantar kerana ada alasan saya yang tersendiri selain dari faktor teknikal dan alasan yang paling kuat adalah, saya tak nak viva depan junior-junior, rendah diri beb.(x tau lah rendah diri ke ataupun ego)..urmm..benda pun dah lepas, dan saya pun hantarlah, dan dijeling oleh SU Dr. ehem-ehem yang sangat mahal senyumanya.Punya main manis senyuman yang saya lemparkan kepadanya, dia boleh buat dek je...sabo je lah hati.Maka, viva saya pun telah selesai  walaupun agak hangat dengan soalan-soalan panas dan menduga keimanan almaklumlah, dah jadi pesalah hantar tesis lambat kan. Terima je lah.Tidak lupa, ketika viva pun saya  masih ditemani sabahat saya kak.mell ly coslow.Selesai viva, agak-agak dalam 70% telah selesai tugas untuk tesis ini. Perlu edit apa yang ditegur a.k.a dimarah akibat kesalahan penulisan yang serius mahupun kesalahan tidak serius, tapi xpe...anggap je itu marah-marah sayang.Kadang- kadang nak amik hikmah kena terima baloh dulu..huhuhu

Dan itu sahajalah coretan saya, dan Insyallah jika keluar nanti dari UKM..saya mendapat sesuatu yang sangat berharga dari sini. ^_________^.


http://www.youtube.com/watch?v=R6WRij4PMhw

Part paling best adalah kawan dia jawab  "Buatlah assigment"...

Wednesday, June 27, 2012

Situasi yang kian berubah

Assalamualaikum..

Syukur kepada Allah kita masih lagi bernyawa dan mempunyai masa untuk memperbaiki amalan dan bertaubat dengan dosa yang telah dilakukan.Lagi tambah manisnya bila pengumuman mengenai kemenangan Ikhwanul Muslimin di Mesir.Ketika mengikuti perkembangan revolusi rakyat Mesir terasa mereka sangat dizalimi dan kandang-kandang saya jadi lupa bahawa Allah akan menolong mereka bila melihat kekjaman tentera Husni Mubarak merobek nywa-nyawa pejuang yang tidak bersalah.Allah..rasa bersalah bila kadang-kadang rasa tak tahu cara ingin dibuat bagi menumbangkan pemerintahan zalim.Tapi itulah, jika hati rasa lain teruslah berjumpa orang alim mendengar kata-kata nasihat dan ceramah motivasi bagi meningkatan lagi tahap keimanan kita kepada Allah dan perlu yakin bahawa pertolongan Allah itu pasti akan tiba.Situasi kemenagan yang ditunggu-tunggu oleh semua pecinta keadilan.Saya yakin kerajaan yang baru ini akan membuat apa sahaja yang memberi kebaikan dan keadilan kepada rakyatnya.

Perubahan situasi juga berlaku pada saya bilamana ditawarkan berkerja sebagai guru di sebuah sekolah rendah. Saya hanya tahan sehari sahaja bilamana saya rasa nak pitam bila mengajar budak-budak tu. Saya  rasa mahu sangat berhenti disekolah itu dan berusaha mencari kerja lain tapi tidak dipanggil-panggil walaupun memohon untuk jawatan kerja di tol berdekatan dengan highway rumah saya. Ingin dilihat bekerja dan tidak duduk sahaja kerana malu dengan parents yang sentiasa menghulurkan duit kepada anaknya ini. Dah 23 tahun tapi masih menerima duit dari mak ayah, walaupun mereka mampu je tapi saya malu.fuyyoo!! tercabar keayuan.Tapi, ditakdirkan Allah k.zan sekali lagi call saya kot2x ada yang nak menggantikan saya, dan terkeluarlah ayat "sarah, je ye mengajar lagi"..susah lah nak cari orang rushing-rushing"..maka, saya yang lembut hati dan mudah dipujuk ni (lagi-lagi dipujuk jurujual) mula ke arah seolah-olah mahu kembali mengajar di sana. Dengan nasihat dan bimbingan dari k.zan, k.mell yang pernah mengajar 7 bulan dahulu menaikkan semanagat saya untuk bertahan disekolah itu. At least mencari pengalaman dan mendidik diri bersabar dengan budak-budak yang secara kenyataannya saya tak suka budak-budak yang tak matang sebab adik-adik saya sumenye matang-matang dan mudah mendengar kata.Huhuhu..budak2x Bangi ni, budak2x bandar dan pernah merasa mengajar keluarga yang keEnglishan sedikit.Saya ni orang kampung biasa2x, manalah nak biasa dengan situasi penuh kemodenan ini.fuyyoo!!

Tapi Alhamdulillah, dengan tunjuk ajar dan cara-cara menarik diajar saya mula dapat mengatasi rasa nak pitam yang mula-mula dulu. Rasanya mungkin saya terlalu gementar berhadapan dengan anak-anak ini yang menjadi satu beban amanah yang terasa begitu berat dibahu saya.Mungkin terbiasa dengan ayat mentarbiyyah dan bukanya sekadar mengajar dan kali ini adalah anak-anak yang baru darjah satu.Besar juga perngorbanan guru-guru sekolah agama saya dahulu dimana permulaan membaca Al-Quran, mengenali sirah-sirah nabi dan disanalah saya dididik dan jika fikir-fikir balik banyak lagi ingatan dari mereka yang saya ingat.I love u ustazah-ustazah terutamnaya ustazah ketika saya darjah enam yang memeluk saya begitu erat bila saya ada menziarahi beliau ketika kematian suaminya. Tergamam saya dan kawan-kawan lain dan terasa best rasa disayangi ustazah itu kerana dalam kelas serius habis ^ _^.

Wassalam......




Thursday, June 14, 2012

hanya berbudi bahasa,why not?

Assalamualaikum..

Sejak akhir-akhir ini saya sekali lagi ditimbuni dengan isu hubungan antara lelaki dan wanita.Jika ia hubungan mahu dikawenkan saya tiada masalah sebab dah konfem nak disatukan menjadi suami isteri, ia agak memeningkan kepala saya dengan isu remeh temeh iaitu melibatkan perasaan yang tidak jelas dan timbul akibat persepsi dan bukanya teori.Ya..saya akui dalam dunia ni bukan semua perkara perlu diteori kan tapi suka satu perkataan "bebas jangan sampai terbabas,patuh jangan sampai jumud".ke salah??lebih kuranglah ayat tu.Isu ikhtilat yang saya kira ia isu furuq dan sebagai ahli jemaah should be dah paham sendiri la,kalau boleh x payah dibahaskan panjang lebar dengan semua orang lagi-lagi dengan ahli jemaah yang lain juga dan lagi boleh jika tidak berpuas hati tegur sahajalah berhadapan.

beginilah saya rasa jika isu begini mulai dibincangkan secara beramai-ramai, tidak menolak utk dibincangkan secara peribadi


Pendapat saya, bukan semua orang berperasaan seperti kita berperasaan. Saya tidak boleh memaksa untuk orang lain berperasaan seperti saya, dan kita tidak boleh memaksa untuk orang lain berperasaan sempurna seperti kita. Ia sangat merimaskan bilamana keluar meniti di dinding-dinding FB yang memohon diampunkan dosa mereka kerana tidak dapat memberikan hidayah kepada sahabat lain, di berikan pengajaran pada yang lain dan paling teruk sindiran sesama sahabat. Memang tidak dapat lari jika mengatakan ini nasihat untuk saya dan sebagainya jikalau waktu yang tidak tepat dipanjangkan status itu, maka orang yang buta hatinya sahaja tidak merasa bersalah dan mulalah episode masam bermasam muka.haddoiii..masalah hati yang boleh mengugat kestabilan gerak kerja jemaah. Saya akui, bila dapat menyertai satu himpunan atau program yang ada orang yang sangat berpengalaman (pakcik2x yang dah tua) dan faham dengan perjuangan, mereka tiada erti kata kecil hati jika sesama sahabat, jika bergaduh bergaduh yang memeberi satu kata putus untuk kelangsungan jemaah. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula dalam mencari resolusi bagi sesuatu perkara yang penting dan bersifat cepat tindakanya. Jika perkara begitu hendak dibahaskan, hendak di debatkan, jika perlu untuk digaduhkan saya dengan rasa bersyukurnya teruskanlah sebegitu.

Tetapi ,jika mulai sahaja  melibatkan isu remeh, isu yang banyak khilafnya, banyak pula kata-kata keagamaan yang timbul dari orang yang tidak selayaknya berfatwa, maka..peninglah kepala saya yang rendah ilmu agamanya ini.Allahurabbi..keihklasan mula diragui bilamana masing2x ingin mengangkat ego dan sahabat masing-masing. Saya juga suka orang menyokong saya tapi saya harus belajar menreima orang yang menentang saya atau tidak menyokong saya. Masih belajar apa itu lapang dada dan ia adalah tahap pertama dalam turutan ukhwah.Geli jugak asyik dok  sebut ukhwah2x kalau terlalu kerap dalam keadaan banyak perkara lain yang perlukan difikirkan strateginya, nak cari duit lagi, kerja lagi, kawen lagi..haaa ambeekk!!
Boleh sahaja nak dibincnagkan, tapi janganlah menjadi pirority orang yang mengakui ahli jemaah ini. Jika dah rasa ok, maka teruskanlah jika ada kelompangan dan masalah maka, dinasihat-nasihatkanlah atau ditangan-tangankanlah.Mudah dan jangan disusahkan..cubee tennnnanggg~~~~(macam kumpulan sepah cakap kalau boleh dengar jawa2xnye sket)


Saya suka satu perkataan ini,why not? ataupun , kenapa tidak? Bila kita selalu memberikan persoalan ini kepada diri kita, percayalah secara sedikit-sedikit sifat psoitif tu akan mula menular (ckp pasal positif2x ni teringat Prof Muhaya hehehe...wanita sempurna) contoh: ada lorang yang lain jantina yang senyum kepada kita, buat baik kepada kita, sangat ambil berat tentang kita dan jangan mudah untuk bertanya "ehh kenapa dia ni??kenapa nak baik sangat ni..so..soalan kenapa, kenapa ,kenapa yang selalu dikeluarkan. Maka, selepas ini keluarkan sahaja perkataan why not?? dan habis persoalan disitu dan teruskan kehidupan dengan gembiranya. Tapi kalau dah lebih2x sampai jam 3 pagi pun bajet nak kejutkan tahajud, xpayahlah....yang tu memang ada udang disebalik mee. Tapi boleh jadi juga utk d why not kan sebab mungkin dalam proses nak mengurat cuma tak tahu cara yang betul dan kuliah Ustaz Azhar Idrus banyak,share kan sahajalah..jangan terus dihukum dan dilabel tidak jaga Ikhtilat, haremmmm dan sebagainya.

"Insan cemerlang datangnya dari akal yang sihat yep.. yep....hati yang bersih yep..yep.."..


Mungkin banyak kritikan kepada penulisan saya ni, saya alu-alukan dan Insyallah saya berlapang dadanya untuk menerima kritikan tersebut.kalau rajin komen lah ye ^_^

Tuesday, June 12, 2012

Ummah yang dilupakan…..

Post ini saya ambil dari sebuah blog iaitu http://zainurrashid.com,


Sekiranya kita melakukan tinjauan di kalangan umat islam hari ini dan bertanya mengenai umat Islam yang tertindas, nescaya kita akan mendapat jawapan Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya dan sebagainya. Namun tidak ramai di kalangan kita yang menginsafi terhadap permasalahan umat Islam Rohingya.
Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik dan meluas di tangan junta tentera Myanmar (Burma).
Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Ireland (ICHR), seorang pakar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan oleh kerajaan junta tentera terhadap minoriti Rohingya yang tinggal di daerah Barat Myammar mungkin merupakan antara jenayah terhebat terhadap kemanusiaan di abad ini.

Permasalahan mereka telah telah diabaikan selama bertahun-tahun dan tiada sebarang tindakan yang sistematik telah dilakukan untuk membantu mereka meneruskan kehidupan sebagai masyarakat manusia yang normal.

Siapakah umat Islam Rohingya?

 


Umat ​​Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.
Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.

Apakah nasib mereka?
Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.


 Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :
a)      Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.
b)     Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan
c)      Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.
d)     Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran


e)      Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan
f)       Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar
g)      Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.
h)     Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.

Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 ribu di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka

Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan besar, mereka mula mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan harapan untuk mendarat di suatu tempat sebagai pelarian politik, ekonomi dan agama.

Ada di kalangan mereka yang mendarat di Thailand, Malaysia, Indonesia dan sebahagiannya di Australia. Namun kebanyakan mereka telah ditolak mentah-mentah oleh semua negara ini.


Bahkan ramai di kalangan ‘orang bot’ yang mendarat di Thailand telah dihalau semula ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut enjinnya agar mereka terus hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju.
 

Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau kebuluran di tengah laut.

Tiada siapa yang mahukan mereka ! Bahkan negara-negara yang mendakwa mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan bahawa seolah-olah umat ini ‘tidak ada harga’ kepada mereka.




Umat Islam Rohingya telah memohon diberikan status ‘Pelarian Sementara  Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga negara-negara lain bersetuju untuk mengambil mereka buat sementara. Indonesia dikatakan akan mempertimbangkan permohonan mereka untuk tinggal di Acheh buat sementara.

Kalau bukan kita, siapa lagi ?

Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Mereka telah ditindas buat sekian lamanya dan kini sebahagian daripada mereka telah pun mendarat di Malaysia bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan kemanusiaan daripada saudara seaqidah mereka.

Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabdaan Rasulullah saw yang bermaksud,

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

Beberapa saranan :
  1. Kerajaan Malaysia seharusnya mengambil inisiatif untuk menjuarai isu umat Islam Rohingya samada di peringkat antarabangsa dengan menyuarakan permasalahan kronik ini di persidangan OIC, PBB, WHO, ASEAN dan sebagainya.
  2. Badan-badan kerajaan di peringkat nasional dan negeri seharusnya mengambil tanggung-jawab kerana semakin ramai di kalangan umat Islam Rohingya yang telah mendarat bagi mendapatkan perlindungan di Malaysia. Mereka adalah pendatang yang jauh lebih baik untuk dibantu jika dibandingkan daripada kebanyakan pendatang Afrika yang kerap melakukan kekacauan di sana sini terhadap masyarakat temnpatan mahupun sebahagian daripada pelancung dari beberapa Negara yang terlibat dengan aktiviti pelacuran.
  3. NGO dan badan kebajikan yang ada di Malaysia harus mengambil bahagian bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh pelarian Rohingya yang sangat memerlukan bantuan di sudut sosial, ekonomi, kesihatan, pendidikan terutamanya di kalangan anak-anak mereka.
  4. Kalau rakyat Malaysia begitu perihatin dan pelbagai NGO telah ditubuh bagi menangani masalah umat antarabangsa seperti Palestin dan lain-lainnya, kenapa kita kita mengagihkan sedikit tenaga dan bantuan kepada saudara seaqidah yang kini terdampar di negara kita sendiri.
  5. Orang ramai di Malaysia seharusnya mengambil peluang menunjukkan keperihatinan terhadap isu kemanusiaan yang kronik ini dengan membantu meringankan bebanan kehidupan demi masa depan mereka.
  6. Kita juga boleh membantu dengan mendoakan keselamatan dan masa depan mereka serta mengambil tahu perkembangan semasa terhadap keperitan umat yang berpanjangan ini.

 

 jadilah orang Islam yang merasai kesakitan orang Islam yang lain.teruskan kecaknaan kita dalam mendepani isu masyarakat muslim yang sangat menyedihkan..

Sunday, June 10, 2012

Kalau sudah tidak ikhlas baik tinggalkan terus..

Sesuatu pekerjaan yang diberikan kepada kita dalam keadaan kalau boleh kita nak tolak sangat, tapi tak tolak sebab nak mudahkan urusan sahabat kita a.k.a kesian. Saya selalu melalui perkara ni, dan tidak berani untuk menolak. Saya rasa ia merupakan satu dugaan kepada saya apabila orang banyak meminta tolong kepada saya dan jika dilihat jika saya menolak sekalipun, saya yakin sahabat2x saya tidak akan berkecil hati jika ada penerangan yang jujur dari hati ini. Tatkala mendapat satu pekerjaan guru ganti sementara sahaja dan itu ada  seakan2x mendapat satu beban tugas seakan2x menyiapkan 10 jurnal. Benda yang saya tak berapa hebat dan x berapa gemar iaitu tugas mengajar. Allah, jika dengan silibusnya, perlu mengisi rekod perlukan ketelitian yang sangat hebat. Mesti ramai rasa x lah susah mana pun. Hidup bersistem yang diamalkan kurang saya sukai lebih2x lagi jika saya tidak bersistem, anak-anak murid akan merasa bahanaya. Oooh sungguh berat masalah itu. Saya agak berminat sesuatu kerja yang saya buat, saya usahakan dan jika tidak mencapai KPI saya yang dipertanggungjawabkan dan bukanlah orang yang tidak bersalah itu.

Agak pelik pemikiran ini, tapi inilah yang saya rasa tatkala membuat kerja-kerja aktivis suatu ketika dulu. Penat ya sangat penat, keluar tak ikut masa, tido mana yang saya suka, makan apa yang ada dan penat yang memang tak hengat. Sifat main langgar dan kurang bersistem ini memang perlu dikikis sebab ia tidak mengikut peraturan kehidupan yang telah digariskan. Mungkin ada yang boleh menolong, ya maybe...Keikhlasan juga penting bila ingin ke sesuatu tempat dan bukanlah hanya dalam pekerjaan sahaja. Jika rasa berat untuk ke sesuatu majlis atau program kerana risaukan kerja lain yang tak settle, ada yang perlu dibaca sempena exam dan lain, better tinggalkan melainkan kita bijak mencari sifat mujahadah untuk kesana juga. Risau2x sampainya pun tidak, amarah yang mengundang.


Best gile gambar ni sempena Euro 2012..n aceli saya sokong Poland...kenapa Poland? sebab saya tengok dia as a tuan rumah  masa main lawan greece amat bersemangat walaupun mereka bukanlah team yang kuat

Thursday, June 7, 2012

Kenapalah nak berdendam dengan orang miskin

Sang penguasa yang mempunyai harta dan pangkat telah mula memainkan peranan mereka.Kali ni peranan kejam yang mereka cuba-cuba laksanakan.Mungkin dahulu juga pernah, tapi kali ini ia dilakukan secara terang-terangan. Saya melihat dari skop sikap mereka kerana bagi saya walau macamna besar pun sesuatu organisasi itu yang lengkap dengan sistemnya, ada hitam putih maklumatnya namun jika hati dan sikap orang didalam organisasi penguasa itu busuk dan mangkok, maka dengan orang miskin sekalipun mereka sanggup berdurjana untuk berdendam dan membuli.

Isu PTPTN.Saya rasa ramai yang tahu apabila UNISEL telah dibekukan PTPTN mereka. Apabila Kerajaan Pakatan Rakyat a.k.a parti pembangkang di Malaysia tetapi ada 4 negeri menjadi Kerajaan memberikan satu cadangan dan siap dengan tindakan kearah supaya kerajaan UMNO Barisan Nasional mempertimbangkan lantas melaksanakan cadangan itu. Tunjuk Perasaan telah dilakukan, siri occupy telah lama berlangsung, debat juga ada disiarkan cumanya masih ada rakyat yang kurang mendapat asces internet sahaja yang agak slow mengenai apa yang ingin dibawakan Pakatan Rakyat ini lagi-lagi isu PTPTN. Maka terbitlah kata-kata "pe kejadahnya dah berhutang tak nak bayar,kalau gitu nak buat demostrasi lah untuk loan kereta n rumah aku dilupuskan".."dasar mahasiswa tak kenang budi".."mangkok punye manusia..tut..tut...tut..".Dan ternyata hujah marah-marah begitu semua tak boleh pakai bilamana melihat perdebatan KJ (ahli perlimen berkelulusan Oxford yang berani berdebat) n Rafizi Ramli (Ketua Strategi PKR yang sangat cool) berbahas isu ini.Maka, saya kira ia lebih berguna dan sangat berguna untuk menolak komen-komen sindiran dan makian yang tiada arah tuju dan hanya bersifat emosi semata-mata. Loan kereta, sah2x lah ko kena bayar sebab ia bukan hak yang boleh diberi percuma.Pendidikan perlu diberi percuma dan kita boleh try, tak percumakan semua pun at least jangan dimahalkanya membabi buta / mem'pig' blind.

Tindakan yang boleh saya katakan sebagai memulaukan segelintir kelompok manusia yang sedang belajar kebetulan di negeri Pakatan Rakyat pegang nampak sangat lee kejam nye. Bayangkan, anda orang kaya yang mempunyai beras yang banyak dan syarat untuk membeli beras anda hendaklah orang yang hanya angguk-angguk geleng-geleng sahaja dengan anda. Maka, alkisahnya ada orang miskin ingin membeli beras itu dan kebetulan orang miskin itu berjiran dengan seorang musuh anda.Anda sanggup melihat dia bersusah payah as well as dendam kesumat anda terhadap jirannya terlaksana.Jika dia mati kelaparan gara-gara anda tidak menjualkan beras kepadanya, mudah sahaja kata anda..ADA AKU KISAH??? gile kejam orang begitu dan analogi ini saya tujukan khas kepada kerajaan UMNO Barisan Nasional yang bermain tarik tali dengan orang miskin kerana bagi saya pelajar lagi-lagi pelajar Universiti adalah golongan miskin yang sedang berjuang dalam akademiknya tanpa ada income tetap melainkan ada buat partime tetapi saya kira bukan semua berkesempatan melakukan kerja sambil study sepenuh masa di universiti.Kami pun naik turun bus sahaja, dan yang berduit sedikit dapatlah beli motor kecek2x ngan mak ayah dengan wajah yang malu, yang kaya sikit bolehlah dapat kereta yang kaya lagi boleh dapat suami macam hajar..hahahaha,xde kena mengena walaupun hanya niat mengenakan beliau sahaja ^_^

Cukuplah kamu memperkotak katikan hati dan perasaan orang miskin, mereka nak makan pun susah dah kamu lakukan begini. Bukanya mahu menolong, malah mengejami mereka pula. Apakah dalam hati kamu wahai penguasa?? tegar melihat rakyat miskin menderita asalakan diri kamu puas mengenakan orang yang menegur kamu? ya rezeki memang ditangan Allah, dan ingat ditangan Allah jugalah kamu akan dihisab seadil-adilnya tatkala dilihat menzalimi orang yang lebih susah, yang lebih miskin dan pendek cerita bukanlah penguasa seperti kamu.Rasakan balasanya, jika bukan didunia pasti di akhirat kelak. Ingat!!boleh jadi kamu rasa jaguh d dunia sementara ini, dan Allah jugalah sejaguh-jaguhnya dalam memberi balasan baik dan buruk kepada hambanya.Kepada yang bukan penguasa tetapi menyokong tindakan kejam penguasa..berubahlah, kita jadi orang yang baik dan sayangkan orang-orang susah. Beniatlah untuk membantu mereka dengan apa sahaja ruang sekalipun.

Keyakinan saya mengenai satu perkara adalah orang jahat dan kejam tak akan lama. Jika diteliti dalam drama-drama dan filiem-filem juga, orang jahat pasti kecundang melainkan drama korea The Princess Man dimana orang jahat masih berkuasa tetapi last sekali dia menyesali perbuatanya dan berterima kasih pada isterinya yang tidak membunuh anak gadisnya dan menantunya..cite ni best giler.

Aceli, saya agak sayu memikirkan jika ada lagi orang diluar sana puas hati dengan kekejaman..sedih
 dok,seyes


Analogi gambar hiasan: sang peguasa sedang bergame-game kan rakyat dibawahnya dengan dasar PS 2 yang dibawa mereka sendiri


Gambar diatas tiada kaitan dengan kekejaman kepada orang miskin walaupun game itu berunsurkan tembak-menembak dan berbunuhan antara satu sama lain.