Sunday, December 27, 2009

WOW..PRK!!!

Assalamualaikum

macam tak caye je kte dah msuk sem baru kan...sem 2 slalunye akan dihangatkan dengan PRK.Pilihan Raya Kampus,rse2 nyee laah bpe kerat je student UKM tau pe tuuh PRK,saya harap ramailah yang dah tahu sebab keintelektualan student2 nii akan terjejas kalo tak tau pe itu PRK,serius sbenarnye hal nii..sikap student kadang2 malas nk amik tau mmg bg masalah..masalah yg pertama adalah kalo dorang tak p mengundi,atau dorang mengundi sbb takut kne buang kolej,atau sbb dorang undi ikut suke ati dorang..hmm...spatutnya selaku mahasiswa korang janganlah menaggap diktator UKM akan berubah kalo korang sendiri tak mengubah tapuk pemerintahan...komplen byklah,yuran mahallah,tak adil ,zalim dan sebagainya...kalo rse nk terus ngan org sebegini,jawablah korang kat akhirat nnti..tapi kalo rse nk berubah...seriusly....BERUBAH laah,kadang2 malas nk ahh nk ulang perkataan yg sme kat org2 yg malas nk paham niih,korang bukn dak kecik lg nk,korang spatutnye leh pikirt mn yag baik utk korang dan org lain...jgnlah pentingkan diri je...sy seyes penyokong tegar GMUKM sbb tau pe yg dak2 GM ni smangat nk tolong member2 dorang kat UKM,so byk cite dah dengar dorang2 nii sanggup kuar duit sendiri,kolej dpt free tak mo n soh duit tuu salur kat tabung bendahari,haaaai...mn korang nk dapat org camni skang


so..

BERSATU BERUBAH

Monday, December 21, 2009

gambar Semporna yg sempurna ...

dari jeti semporna 

Rumah mak  angkat
dpt  dok dpn


tgk kat bukit tuh
 
 
 
Mendaki bukit 

hehe....

tenang sgt 

Thursday, December 10, 2009

Kembalinya dari Semporna Sabah

Pada entry kali ini,saya nak cerita pasal pengalaman saya sepanjang program yg diadakan di Pulau2 di Semporna Sabah.Program yg menggabungkan agensi kerajaan seperti Kemas dan UKM ,dan juge HALUAN Malaysia.

dsebabbkan sy org KK..sy ke san mnaiki flight krn kk ke semporna mlalui jln darat lebih kyurang 10 jam...tak sanggup sy memikirkan tahap kebosann dlm bus nnti.

5 hb kami semua dkumpulkan d Pulau Bum-Bum..sbuah pulau yg mnempatkan lebih kurang 6- 10 ribu pnduduk...dan tiba2 nma saya,hafiz dan afdal rakan sy dr PMFST telah tercampak kesbuah Pulau yg dinamakan Pulau Larapan...untuk kesana kami menaiki bot yang tiada life jaket..cuak sgt trpancar pd wajah ketiga2 kami dan mak angkat kami nmpk cool je...so,layan jelaah ombak2 tuuh dan Dr.Azizan brsama letcre lain terpaksa dhantar ke pekan semporna dulu krn bahaya lebih muatan,ombakl kuat dan hari dah nk malam...;tawakal jelaah dgn Allah.

mlm tuuh kami bertiga telah brkenalan dgn sukarelawan lain dr semporna..mreka ini byk mmbantu kami dlm mmbuat soal selidik sbg tranlator dr bhasa Melayu ke bahasa Bajau..bagus adik2 niih..sgt best dan sgt sporting..krja kami pd siangnya prgi dr rumah krumah utuk mmbuat soal slidik mngenai pndidikan,taraf ekonomi,brapa org dlm satu rumah dan byk lagi..

apa yg disimpulkan dr soal selidik ini..kbanyakkan org d pulau Lrapan adalh brbangsa Bajau dan bragama Islam...namun yg sedihnya..surau yg ddirikan tidk dkunjungi olh pnduduk kmpung,mungkin msalah ktiadaan air d surau dan elektrik punca surau ini tidak diimarahkan...nmun lg sedih apabila kami dn sukarelawan sedang solat..sbuah rumah yg jaraknya just 20 30 meter memasang radio dgn bgitu kuat ...

kta tidak boleh mnyalahkan pnduduk kmpung ini..krn mreka sndiri msih tidak tahu solat,mmbaca Al-quran dan sbaginya ,yg harus dsalahkan adalah org2 yang dberi tanggungjwab utk mmbimbing pnduduk ini tidak mmbuat krja yg diamanahkan kpd mereka...mmg bengang mndengar Dr.Azizan mmberitahu kami hmpir 200 org pegawai JAKIM telah     dtmpatkan dsemporna utk mnjalankan dakwah..tap..pikirlah sendiri

ibu2 msih slambe dek brkemban2 dluar rumah,org2 tua msih sempoi2 brcerita pd waktu maghrib,pendudk lain msih on je menari2 sesama mreka slps ceramah ilmu yg dsmpaikan olh dr...hmmm..korang kne pegi sndiri katsne brulah dpt feel,mmg kekurangan pulau ini yg tidak mmpunyai air paip,elektrik dan tandas yg sempurna mungkin faktor pnduduk sini agak ktinggaln..generator utk elektrik hnya dipsang pd wktu mlm dan akn dmatikan pd wktu org ddlm rumahnya ingin tidur..air dibeli stu tong 10 sen dpekan semporna dgn jarak prjalann 45 mint,lg ok tadah air hujan buat mandi dan minum..tap kmi sbg anak angakt yg mmahami ksusahan ayah dan ibu angakt tlh buat kputusan mandi je dilaut...hahahah tu alasan je,sbb laut die sgt jernih dan bersih dan nmpak ikan,pelbagai gaya stunt terjunan tlah sy cube bgitu juga pserta lain..nmpak sgt kebaruan ni tgk laut bersih camtuuh,tap sy dan adk2 kmpung lain dlm 5 hr tuuh akn mndi laut slps solat subuh..ini bagus krn takyah ahh nk control sgt..sbb cuaca msih gelap..seriusly,mmg best

untuk mse akn dtg sy sgt berharap dpt pergi ketmpat2 yg unk sprti ini..dan brdoa smoga pnduduk kmpung ini mudah untuk mereka mndapat ilmu Islam..

gambar2 yg berkaitan sy akn post nnti2..

Wednesday, November 25, 2009

Obama = propaganda zionis

Baru-baru ni saya ada menonton satu rancangan tv yang membincangkan perubahan yang dicanangkan oleh Obama...ramai penduduk dunia terutamanya penduduk Islam telah mempunyai satu prespektif baik terhadap Obama atas sebab sumber mengatakan Obama adalah keturunan dari keluarga Muslim..dan kebanyakkan penduduk Indonesia amat bangga tatkala presiden Amerika itu pernah membesar di Indonesia.

Pemilihan Obama sebagai Presiden Amerika  pada mulanya agak menyenangkan hati saya,dek kerana perasaan bersangka baik terhadap seseorang yang mempunyai latar belakang Muslim.Berbalik pada rancangan tv yang disiarkan di Tv 1 itu,wartawan yang menyediakan laporan itu ada menyebut sejak Obama memerintah, lebih ramai tahanan dari kem Guantanamo telah dibebaskan,namun apabila ahli panel yang dijemput untuk membincang perubahan lebih banyak bertindak sebagai safe player yang kebanyakkanya butir2 pengucapan beliau lebih menjurus kepada kebaikan dan perubahan yang dibawakan Obama dan apabila satu2 pemanggil itu ada bertanya soal Amerika Is Amerika,siapapun presidenya dasar kekejaman dan monopoli yang telah pentadbiran White House amalkan sejak lama dahulu tidak akan berubah.Dan ahli panel itu seperti biasa,akan mengutarakan satu bentuk jawapan yang diawang-awangan an tidak jelas for short...lebih kepada ingin menipu penonton dengan putar belit dan ulanagan ayat yang sama.


Ternyata   prancangan secara halus telah digunakan bagi mengembalikan keyakinan dunia terhadap US dan lebih2 lagi,US kini berhadapan dengan krisis ekonomi paling teruk dalam sejarah..bagi saya,US tidak akan akan ke fasa perubahan untuk menjadi sebuah badan kuasa yang lebih jujur,dan bagi negara-negara membangun masih diketogerikan sebagai 'wanita simpanan',apabila diperlukan barulah digunakan.Kita seharusnya sedar akan kekejaman dan kegilaan kuasa US yang juga merupakan rakan baik Israel,tak kiralah apa saja yg dilakukan Israel pasti akan disokongnya....

geram,benci dan panas hati melihat ada kalangan rakyat Malaysia seakan-akan terhegeh-hegeh bermegah kerana ada orang US menyedari kehadiran orang Malaysia itu,kita sebagai rakyat Malaysia yang perihatin,seharusnya lebih bijak mengatur strategi bagi membendung negara kecintaan kita ini dan kesucian agama Islam dijaga dari terus dihina dan dipergunakan oleh makhluk yang kejam ini.

Tuesday, November 17, 2009

Kembara Ibnu Sina

Mungkin saya belum terlewat untuk mengucapkan terimakasih kpd kwn FST dan Fasi2 yang byk mmbantu kami dalam merialisasikan program  ini..byk feedback positif yang diperolrhi dr adk2 tahun satu,dan sprti biasa kalau dlm bab jamuan mesti ada yg tidak berpuas hati...saya mengakui ksilapan saya  yg termasak lebih mauatan beras pd mkn mlm sabtu krn kesuntukan masa untk memasak 2 kali...dan nahtijahnya nasi termentah dan terlembik...thanks kpd Afdal krn menolong saya,ana ,izah syahidah dan rakan2 lain untuk memasak nasi..air tangan lelaki nii tak kurang hebatnya dan telah terbukti dalam mana2 chef terkemuka dunia merupakan golongan lelaki...so dalam post mortem baru2 niih,saya telah mencadangkan untuk melantik lelaki sbg pengarah jamuan..tidak ada langssung rasa ingin merajuk (de sikit je) tapi mungkin untuk memiirkan kebaikan program akan dtg,faktor jantina mungkin bleh dijadikan ukuran......ini penting untuk penambahbaikan program supaya nama baik sstu persatuan itu dapat dijaga...kami dr pihak jamuan sendiri telah berbincang semasak-masaknya pd hari kejadian untuk mengusulkan perkara nii...rasa agak rugi apabila sibuk didapur sehingga tidak dapat mendengar ceramah yang diberikan oleh pebceramah2 jemputan....ini adalah perkara biasa dalam mana2 program,namun saya yakin pasti ada hikmah disebalik semua niih...bagi mana peserta atau fasi atau ajk yang merasakan kami terlalu mengkiut perasaan...saya mohon maaf ,kerana niat kami hanya untuk memberikan yang terbaik untuk korang semua,namun atas sebab bbrapa faktor yang tidak dapat dielakkan..perkara yg mmberi impak negetif trhadap PMFST tidak dapat dielakkan....


Mohon Maaf sekali lagi dari saya selaku Bendahari dan Ajk Jamuan KIBSI atas keterkasaran bahasa,kekelatan  muka, dan pelbagai tingkah laku yang mengecilkan hati anda 2 semua...

yang benar...
Siti Sarah Ahmad Rusli
PMFST

Saturday, November 7, 2009

Kita tak bagus,kalau hanya tahu membenci

Assalamualaikum..baru-baru nii saya de membuat entry mngenai masalah anak luar nikah dan perasaan saya berhadapan dengan seorang kawan saya ini.....saya amat tersentuh apabila satu komen ikhlas dari kak Mardhiah Taj untuk saya,dan ini amat menyedarkan saya yang saya bukanlah orang yang lebih mulia berbanding sahabat saya itu..kepada pembaca sekalian mari kita renugkan komen ini untuk kita bermunasabah kembali adakah tugas daie ini sudahkah kita laksanakan dengan sebetulnya (termasuk saya yang perasan nii mengambil ikhtibar)


adikku pada pandangan akk yg tak seberapa ni.



mungkin adik boleh ambil perdekatan lain dalam menangani mad'u unik seperti ini..kenapa kalu post seperti ini org xcenderung memberi komen tapi bab2 lain laju..as daieu must be flexible. mybe not now but we can learn tobe a full daie with a big impact.right?? ini hanya cetusan minda akk.






Saya bagi soalan. Kita ini dengan Nabi Adam, siapakah yang lebih hebat lagi?


Nabi Adam itu Nabi, pernah hidup dalam syurga, dicipta langsung oleh ALLAH SWT, dan malaikat-malaikat pernah sujud kepadanya. Tapi, tahukah kamu apa yang terjadi kepada baginda? Bukankah baginda tertipu oleh syaitan? Bukankah baginda diturunkan ke bumi kerana tertipu denga syaitan?


Jangan ingat, dalam kehidupan kita, hanya ada manusia, tumbuhan, dan haiwan sahaja. Dalam kehidupan kita, ada syaitan yang telah bersumpah untuk menyesatkan kita dengan bersungguh-sungguh. Syaitan yang telah berjaya menipu Nabi Adam, syaitan yang telah berjaya menyesatkan jutaan abid.


Mari kita perhatikan firman ALLAH SWT dalam Surah An-Nur juga pada ayat 21.


“ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kau mengikuti jejak langkah syaitan. Maka sesungguhnya dia(syaitan) mengajak kamu mengerjakan perbuatan keji dan mungkar…”


Manusia pula, sifatnya lemah. Sebentar di atas, sebentar di bawah. Iman manusia itu juga sifatnya naik dan turun. Maka, bagaimana kita hendak menyelamatkan diri kita daripada hasutan tipu daya syaitan, jika kita sendiri melemahkan diri kita, sengaja berbuat kemungkaran? Bagaimana hendak menjaga keimanan, ketaatan kepada ALLAH jika kita sendiri yang membuka pintu untuk syaitan menghasut kita
 
“ Ish, susah la…” Alasan anda yang terakhir bukan?



ALLAH akan bayar kesusahan anda yang sedikit ini, dengan syruga yang kekal abadi, penuh dengan kenikmatan, malah perkara-perkara yang anda tidak pernah impikan pun ada di dalamnya. Apa lah sangat kesusahan yang ada di dunia ini?


Dan, perhatian kepada mereka yang mencela, mengutuk, memboikot, menghina sesiapa yang telah terjebak dengan ikhtilat ini, saya nasihatkan, hentikanlah.


“ Aku dah tegur dia 10 kali, dia tak mahu dengar jugak. Jadi aku boikot la”


“ Aku nampak dia pegang tangan dengan makwe dia, aku cela lah. Mana boleh biar orang macam tu senang. Nanti dia terus lagi buat dosa. Nanti dia ingat dia betul”


Ya kah? Begitukah caranya menegur?


Jika benar, maka pada hari lelaki arab kencing di dalam masjid, maka Rasulullah SAW akan membiarkan sahabat-sahabat baginda memukul lelaki itu. Jika benar, maka pada hari Saidina Umar meminta izin kepada Rasulullah SAW untuk memenggal kepala ketua munafik, Abdullah ibn Ubay ibn Salul, maka Rasulullah SAW akan membenarkan. Jika benar, maka Rasulullah SAW tidak akan mengajak penyembah berhala – syirik, menyekutukan ALLAH, kufur kepada ALLAH, dosa yang teramat besar – untuk kembali kepada ALLAH SWT.


Siapa ajar kamu untuk boikot orang berdosa?


Adakah kamu hendak beratnggungjawab jika orang berdosa itu terus melarikan diri daripada cahaya ALLAH akibat pemboikotan, celaan, hinaan kamu kepadanya? Bagaimanakah kamu akan menjawab di hadapan ALLAH bila orang larut dalam dosa kerana membecin tindakan kamu itu berkata: “ YA ALLAH, aku jauh dari hidayah KAU sebab si fulan ni ajak orang boikot aku, hina aku, cela aku. Aku benci kepadanya, sebab itu aku jauh dari hidayah KAU”


Apakah yang kamu hendak menjawab bila ALLAH tanya: “ Kenapa kamu berputus asa dengan hambaKu ini? Sedangkan AKU tidak pernah berputus asa untuk mengampunkan hamba-hambaKu?”


Apakah yang kamu belajar daripada Nabi Nuh yang terusan berdakwah selama 950 tahun? Bagaimanakah kammu belajar daripada Rasulullah SAW yang terus mendoakan kebaikan walau dibaling batu sehingga terperah darahnya?


Kamu panggil kamu golongan kebenaran? Mengajak kepada kebaikan? Maka kenapa kamu mencela-cela, menghina-hina, memulaukan mereka yang memerlukan lagi teguran kamu, nasihat kamu, bimbingan kamu?


Da’ie jenis apakah kamu?


Menegur ada caranya. Hikmah. Bukanlah hikmah ini berlembut semata-mata. Tetapi hikmah ini kena dengan caranya, ada stepnya, ada gayanya, kena dengan keadaan, sesuai dengann sasaran. Bukan semua manusia boleh ditegur kasar, bukan semua manusia boleh ditegur lembut. Da’ie perlu mempunyai kemahiran menilai.


Jika tidak, apa guna ilmu waqi’? Untuk tahu politik sahaja kah?


Jika tidak, apa guna ta’aruf? Sekadar hendak kenal biar boleh menghukum kah?


Kalaulah Rasulullah SAW berputus asa ketika baginda dibaling batu dengan teruk di Ta’if, maka iman dan ISLAM itu tidak sampai kepada kita hari ini. Maka siapakah kamu yang hendak berputus asa dengan sikap seorang hamba biasa?


“ Dia budak agama, takkan tak faham-faham lagi?”


Habis, Nabi Adam juga tertipu dengan syaitan. Apakah kamu hendak menyatakan Nabi Adam itu tidak faham? Ka’ab bin Malik, sahabat Rasulullah SAW juga pernah tidak pergi beperang kerana terleka dengan dunia. Maka apakah kamu hendak menyatakan kamu lebih faham ISLAM daripada Ka’ab bin Malik?


Tegurlah dengan sebaik-baik teguran. Jangan kerana kamu, manusia jauh daripada rahmat ALLAH. Da’ie tugasnya menyeru. Hakim baru tugasnya menghukum.


Sama-sama kita muhasabah.


rujukan -langit ilahi-




terimakasih Kak Mardhiah..luv u so much


Disebabkan ada beberapa orang sahabat saya tidak ada dlm gambar di atas,maka saya mengambil keputusan untuk upload gambar dibawah..



bergumbira dan bersukarialah kamu semua....hahahaha,ambik mu

Thursday, November 5, 2009

KITA COOL KEJAP ehh...


salam.mesti ramai yang dah nak habis exam kan..yang paper2 killer mesti dah nk hbis kan..tapi kata Sakinah Ropien kepada saya,"semua paper aku killer kot,tapi belum terbunuh je kat dewan exam tuu"..bleh plak ye,xpelaah sabar..ni nak kongsi gambar-gambar sepanjang satu sem smasa meminjam kamera ayah saya...sem dpn alamtnya beli kamre sendirilaah....


Ni time p shoping kat SOGO,sempatlah beli gas pemedih mata ngan air water canon
Interaksi PMFST bersama adk2 first year..yang bju biru tu En.Waliyuddin YDP PMFST,kenal?kalo tak kenal berkenalanlah dengan die






Ni sepanjang konvokesyen..PMFST diberi tanggungjawab untuk mensettlekan both2..so 1 minggu gak ahh mencanguk kat tapak pameran


Mom n dad kat konvo abg din


Post terbaik seorang graduan....(tension ke die ni?x tau ahh)

Ni dak2 Oleokimia buat lawatan rumah ank yatim kat Titian Kaseh


Ni dak2 GM tengah dok edar2 kurma time bulan Ramadhan

haai..dorang nii,dah laah tu..study je..takyah GM GM niih

laaa..edar lagi tuuh,karang de org tak puas ati nnti


Bukan sahaja mengedar..korang leh plak kumpul2 kat stadium bersenam-senaman,haai pakguard amik gambar tuuh

hmm..buatlah apa pun GM,niat nk merakyatkan GMUKM,kene laah buat semua nii.orang provok pe pun (termasuklah saya)..pedulikan..asalkan tau matlamat dan pe yang perjuangkan utk mahasiswa



Time Raya plak.....


tibe2 terjumpa maradonna bekas permain bola sepak argentina,skrg die nii coach Argentina kan??sempat gaak amek gambar die...





hehehee..adk nii,anak kepada nenek saya punya adik punya anak..so cucu sedara nenek saya merangkap anak kepada sepupu mak saya...bau-bau bacang,atau bau-bau mango ataupun bau-bauan dan asalkan bukan bau badan ..maaf merepek skit...

Okay, semoga dah cool.....

Tuesday, November 3, 2009

EN.KACAPERMATA VS EN.SARFAMS

Heboh dunia blog apabila En.Sarfarizmal selaku t.pres PMUKM mngeluarkan (copy n paste) kenyataan 15 dalil knapa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat perlu disingkirkan...syukur kerana sy merupakan kaki buka blog org dan sempat membaca sendiri entry itu dr blog SARFAMS dan perang cyber (bangga gile sbb skejap je En.sarfa publish) dan Alhamdulillah apabila tidak susah utk mncari blog empunya entry sebenar, Perang Cyber yang di linkkan olh En.Farid yg mrupakan org yg bertanggungjawab menjemput En.sarfa dan bloggers Perang Cyber dengan hormatnya untuk memperbahaskan isu pakatan Rakyat dan 1 Malaysia..

bagi sy pendekatan debat atau bahas ini bagus,bukan dalam mencari kesalahan,tapi dalam mencari titik persamaan (mmg tak aah)...tapi impak yang besar akan diperolehi dr hadirin yg hadir...debat yang berkaitan isu besar seperti ini harus ada,barulah apabila sesuatu program atau projek (lebih2 projek kroni) itu tidak hanya retorik dan lebih sy mnyampah melibatkan perbelanjaan wang rakyat yang besar.


Tak perlu takut dengan program debat ini,kerana saya yakin masing-masing telah mempunyai persediaan dan moral support dr penyokong-penyokong ..pada saya apabila En.Sarfa mengeluarkan entry ini walaupun beliau telah memohon maaf dan mendeletekan kembali slpas 1 hari dlm blog ,disini pd pendapat saya,itulah En.Sarfa.Dan En.Sarfa  tidak menyukai TGNA dan sekaligus tidak menyukai PAS dan sekaligus beliau adalah UMNO...so,perbezaan Pemahaman Politik En.Sarfa dgn En.Farid saya kira adalah bagus kerana masing-masing yakin dengan fahaman politik PAS atau UMNO...tak perlu diselindungkan lagi,kerana bak kata Pres GMUKN skarang,AUKU adalah akta lapuk.Dan saya kira,En.Sarfa yang juga merupakan penyokong mungkin pendokong UMNO pastinya tidak setuju dgn akta yang menghalang mahasiswa terlibat dengan politik luar kerana beliau nmpanya terlibat(lihat gambar2nya di (Mukabuku@facebook) apatah lagi En.Farid yang menurutnya,saya tidak pernah beriman dengan akta ini..(sy reka je ayt nii,tap itulah mksud die lebih kurang)...








VS



*pesanan=Ingat!!gambar diatas bukanlah ujian ketampanan,hanya ilustirasi semata-mata*

Thursday, October 29, 2009

Sesungguhnya Allah Pemberi Hidayah

Assalamualaikum...Sabah merupakan sebuah negeri yang mempunyai kepadatan penduduk yang tidak padat (hheehe,cari dlm goggle k)..Orang Melayu memang susah nk cr di sabah dan mereka sendiri tak nak mengakui diri mereka sbg orang Melayu..so apa ada pd Melayu...Situasi di Sabah amat berbeza seperti di semenajung,perbezaanya adlah kebanyakkanya penduduk disna kurang mngamalkan ajaran Islam scra kseluruhnya,INGAT!!BUKAN SEMUA TAU,Islam agak lambat berkembang di daerah-daerah yang kebnyakknya di diami olh org bukn Islam,seperti Kota Kinabalu,Keningau dan bbrapa daerah2 lain.semasa saya bersekolah,aktiviti couple antra Islam dan yg bukn Islam dipandang perkara biasa,ye sy fham merk semua nii remaja2 yg ingin merasa cinta monyet,namun sy risau perkara biasa yang mrk lakukn ktika muda akn mnjadi lumrah ktika dewasa kelak..

Populasi penduduk pula,adalh majoriti org bukn Islam dan jika kita melalui jalan dr KK-Tawau (tmpt k.Azma),spnjng 10 jam prjalann itu,deretan gereja pelbagai mazhab anda akn jmpe,pelbgai rupe bntuk salib dan patung Jesus Christ yang akn kelihatan,dan juga papan tanda arak yang bersepah2 di bahu jalan.Siapakah yang ingin kita persalahkan tentang perkara ini.Agama Kristian telah dianuti oleh golongan2 yang pd mulanya tidak mempunyai agama,sedih hati saya melihat perkembangan agama Kristian di negeri ini.saya juga kadang-kadang sedih melihat ustaz dan ustazah yang memohon pulang ke semenanjung atas sebab tidak tahan berjauhan dengan keluarga.Ini adalah masalh umat Islam yang harus kita sama-sama bantu.


Seorang sahabat sya bernama Tarance yng merupkn Exco Hak d PMFST,beliau yang merupakn penganut agama Kristian dan berasal dari Ranau Sabah,sebuah kwsn gunung ganang yang sgt cntik dgn berlatar belkangkan Gng Kinabalu,die sngt baik hati dan baru2 ni sy dan kwn2 melawat Tarance dhospital akibat demam denggi...Tarance merupakn salah seorang kenalan yang beragama Kristian yang sy ada selain kwn2 sekolah dan  di matrik Labuan,apa yang sy harapkan adalh sahabat2 berlainan agama ni dapat melihat keindahan Islam tak kira dr sudut mana sekalipun.Semoga Allah memberi hidayah dan membuka hati mereka2 ini untuk menerima Islam,namun tugas kita dalam mnyampaikan Islam tidk hnya mngahrapkn pd doa semata-mata,usahalah sehabis baik untuk lebih ramai kwn2 kita memeluk agama Islam..




akhir kata dari saya..saya sangat sukakn negeri sabah,dan tak kisahlah kalo org lain nk ckp p skola nek sampan ke,dok dlm gua ke (menaip dlm keadaa geram,grrrrrrrr),namun kehidupan tenang dan keindahan alam ciptaan Allah dan makanan laut yng segar2,besar2, murah2 dan mutiara2 di Sabah takkan ada di Semenanjung (hehehe)...seni2 alam nii mmg i like it,saya sgt harap ayah sy takkan ditukarkan ke negeri lain lepas niih...dan sy nk balik Sabah kalo bleh skarang juga.

Wassalam..

Monday, October 26, 2009

Teguran itu perlu

Apabila blog Tuan Guru Nik Aziz hebat diperbincangkan,saya juga ingin secara peribadi mnyetujui tindakan beliau.Beliau yang merupakan pejuang dalam Pas yang begitu lama sudah semestinya amat sayang dan cintakan Parti Islam SeMalaysia yang matlamat utamanya Allah dan Rasul...mmg diakui kebersihan PAS dr segi dosa rasuah,kronisme dan lain-lain tidak ada berbanding dengan Parti Umno yang terang-terangan masih dibelenggu dosa dan noda ini,lihat sajalah calon UMNO yg menang pada Bagan Pinang baru-baru ini.


Kerisauan orang lama ini ada betulnya,oleh sebab Umno mmg takkan berubah dan menunggu masa untuk berkubur oleh kerana kepincangan ideologi dan pembawaan parti ini yang masih tak jelas dan bercelaru.Atas sebab sayangnya Tuan Guru kepada PAS,beliau begitu pantang dengan suara2 dalam PAS yang inginkan kerajaan perpaduan (UG) dengan UMNO kerana beliau risau suatu hari nnti PAS akn turut terkubur bersama UMNO.Dalam muktamar baru-baru ini juga,semua telah mempersetujui cadangan untuk tidak mengatakan langsung untuk mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO.

Apa yang saya risau adalah,apbila orang-orang kita ini termakan dengan hasutan media massa dan orang UMNO yang memberi komen-komen yg bagaikan mengapi-apikan lagi isu ini,untuk rakyat Malaysia melihat kepincangan PAS.Parti ini yang baru hendak diterima rakyat selain rakyat Kelantan,haruslah mncapai satu 'ke smooth tan ' yang terbaik kerana seriusly susah sebenarnya untuk PAS smpai ke tahap sekarang oleh krn puak-puak zalim  yang memegang media dan duit rakyat..kita sendiri boleh kira,apa sahajalah yang PAS ada untuk menyampaikan apa2 kepada rakyat jelata...

dan mungkin teguran Tuan Guru ini,boleh dijadikan ikhtibar kepada semua ahli gerakan untuk SAY NO to UMNO,selagi parti ini tidak jelas akn apa yang diperjuangkan dan pemimpin UMNO sendiri masih terlibat dgn dosa dan noda orang2 kaya




PAS FOR ALL

Saturday, October 24, 2009

Pening-pening nak exam..jom layan lirik nii

Malam ini
ku sendiri
tak ada yang
menemani
seperti malam-malam
yang sudah-sudah
hati ini
selalu sepi
tak ada yang
menghiasi
seperti cinta ini
yang selalu pupus
tuhan kirimkanlah aku
kekasih yang baik hati
yang mncintai aku *
apa adanya
Mawar ini semakin layu
tak ada yang
memiliki
seperti
aku ini
semakin pupus
Ulang *
Jika lirik lagu nii menganggu fikiran pembaca..sy seriusly suke sgt lagu nii yg 'jujur'..die jenis direct n best muzik die..sy salah seorang pencinta muzik

Wednesday, October 21, 2009

Fuuuh..ni kes berat niih

Semalam saya ke satu perjumpaan bersama sahabat-sahabat seangkatan...banyak yang dibincangkan sepanjang perjumpaan yng berlangsung lebih kurang 2 jam tuuh..brain strom pnye brain strom akhirnya dapat lah 2 resolusi..hmm agak best gak sbb kbnyakkn kmi ni sume satu batch..so kuranglah segan silu peserta2 perjumpaan untuk mngeluarkan pendapat masing...

brain strom yng hnya dapat di jalankan dalm 20 minit mmberi byk pandangan dan tolakan pandangan yng best laah senang cite...nak je hbis tetibe ketua kami yng dikenali sbg Mad pun bangun..


pastu die bgtau..kwn2 de bace surat khabar tak??kbutalan plak sy dah lme tak bukak pape..sume diam n nmpak sgt yg len jenis mngadap buku study je,almaklumlah dah nk exam,berbalik pd Mad..di kte kwn2 tau tak yng brapa ramai anak luar nikah telah dilahirkan, ? dan peratusan tertinggi adalah dr kalangn remaja yang menuntut d IPT...kwn nak tau lg tak hampir 50 % kwn2 kte kat luar tuuh dah melakukan hubungn seks sebelum berkhawin .for short, berzina...


statistik tepatnye sy tak ingat bpe pratus yang Mad ckp..nnti kalo rajin chek balik ahh kat paper.
Masalah besar tahap kronik niih,anak luar nikah yang dilahirkan makin lme akn mnjadi kebiasaan..sy nk ceeritakn stu kisah yng berlaku dpn mate sy sendiri apbila seorg yg sy kenal dan agak rapat dgn sy swaktu d sekolah dulu telah mengandungkan anak luar nikah dan dgn selambenye mnghantar kad jemputan khawin kpd kami stu kelas utuk mnghadiri majlis perkhawinan mereka..sy amat terkilan dan marah apabila mereka mnganggap dosa berzina itu akn terhapus tatkla mereka brkhawin..


siap bleh ckp dgn sempoinye..sarah jemput ahh dtg rumah,de kenduri..walau sy kuat makan skalipun,sorry ahh sy nk jejak kenduri org yg tak rse berdose dgn dosan zina nyee...panjang nafas sy tarik mse mngahadap muke n perut die yg agak kelihatan tuuh..smoga Allah mmberi kekuatan untk sy berhadapan dgn manusia sprti ini..


sy pd waktu itu tak ingat lain..hnyalah ingat hukuman hudud yang bru kmi blja ktika itu..bagi yg belum khawin sebatan 100 kali dan bg yng dah khawin rejam smpai mati...kalo pmbaca nak tau si lelaki itu adalah suami dan ayah kpd 5 org cahaya mata..

sedih mngenangkan nasib dan malu yang terpaksa di tanggung anak2 dan punca ayah yang tak bertanggungjawab inilah mugkin faktor anak2 kini lebih bebas pergaulanyee..pada yang akan mnjadi suami @isteri @ayah@ ibu ingatlah bahawa nak2 itu amanah dari Allah dan ktelah bertanggungjawab mendidik,menjentik atau memujuk anak2 niih...jika manjakn pun agak2 ahh..nk marah2kan pun sume kne agak2..Sesungguhnya Allah tidak suka kepada yang berlebih-lebihan


Renung2kan dan selamat beramal

Join jgn tak join....



tapi ade sedikit berita iaitu tmpatnye telah brtukar ke Paya Indah Wetland dan pserta yuran hnya Rm10.00 dan ajk hanyalah RM20.00 jeee....
ok kan ajk2 sekalian...pegi tau,bukn diskriminasi tapi nk ajar skit yg kte nii bukn mude lg..hahahaha

Sunday, October 18, 2009

kalau aku dah menyampah...

dalam posting kali nii aku nk mengelarkan diri ni sbg aku..nk menunjukkan yg aku tgh mnyampah skrg,terus terang aku katakan aku nii buknye baik sgt,cume dlm buat sstu kerja aku nk yg terbaik...dlm stu tugasan yg dberi lebih2 lg group presentation sume group kne saling tolong menolong..aku ni buknye jenis invovle sgt dlm discusion sbb kadang2 aku sendiri tak pham pe yg dorang bincangkan...kdang2 5 minit bincang ,len2 brborak2...tu langsung aku tak kisah sbb aku nii pun kaki berborak gak

yang aku panas kadang2 adalh kalu dh janji nk dtg jmpe,yg jnji nk dtg tuuh tak dtg,bukn skali dah byk kali...aku n kwn len bersabar..stu kwn aku yg sgt lembut nii ngadu kat aku ..sarah,dorang kne tgk time bile dorang free bru leh dtg,mmg tgk free,tap nii nk free yg lepas dorang de kelas..kalo nk tgk mse korang je,bek korang buat group sendiri...

lg satu aku panas apabila time bincang2 mmg stuju nk buat kerja nii..dgn bangganya kate ok ok kteorg bleh buat..pastu mintak keje..hampeh takde hasil pun,byk sgt alasan korang,nk p buat interviw alasan tak jmpe kunci kete..aku dh mencanguk tunggu kat bus stop..... fuuuuh,kerja kne ahh buat profasional skit

aku pnye tahap kesabaran de gak..dgn niat sje nk cari pasal aku tak dtg meeting time org len dtg,dgn alasan aku sje nk buat keras kepale aku... pe lg bengang ahh bdk2 tuuh,siap sms yg len tgh bertungkus lumus...boleh blaah kalo stakat pnadai nk ckp2...aku pun bg laah power point n assigment part aku kat ktua edit nii...yg spatutnya buat part lakonan dorang2 nii..tak buat pe2 langsung

sok nk present ,sok bru nk pikir...sok aku jmpe dorang kalo tak ready n xde pape pikirang lg,tak tau ahh pe yg akn jd time practice nnti...nak ckp dorang nii tak paham2 dah 4 year dah..jgn ingat kmi mude,korang leh bodoh2kn kteorg sesuke suki akak2 sekalian...

aku harap kenyampahan aku niih,xde kaitan ngan peribadi..aku cume nk yg terbaik utuk presentation kteorg sbb kteorg dh memikirkn modul sume2 nii sjk awal sem..kwn2 lain aku mmg sngajtak dtg meeting kat libry tuu sbb nk mngelakkan agenda tarik2 rambut kat libry...hahhahahah

Friday, October 16, 2009

Pentingnya Ikhlas...

smlm meting dengan MT n exco dan timbln PMFST berjalan dengan suam-suam kuku...pelbgai pendapat dan lontaran perasaan yang diajukan oleh setiap yg duduk kat bilik mesyuarat tuuh,yg tak dtg pun ada..geram gak yg tak dpat dtg meting dgn alasan yg sume org bleh bg alasan tuuh..de assigment ngan nk study.sume org kalo bleh nk buat bnde tuuh...yg de kelas tuuh takleh nak tolaklah..,hmm..


it is not the point...kat sini kite kne tahu pe sebnrnye matlamat dlm kita berorganisasi dan mnjadi pimpinan dalam post masing2...hmm kalo dh postnye kerohanian spatutnya hndaklah iklas dlm mengrohanikan plajar2 FST...sikap iklas kne ada,kalo yg dok memimpin tak ikhlas ..camne nk bg yg hak bwah2 nii iklas..ikhlas tu sgt penting dalam mlakukan tugasan..


sbg contoh sy sendiri..sy sush nk tolak kalo org mintak tolong lg2 dlm bab tolong siapkn assigment,tgk pd kepayahan dan kerumitan die nk mghantar keje tuuh,kalo suke suki die nk mtk tolong sorry laah...tap kalo sy sje nk try testing member2 ni utk sy mtk tolog...hmmmm tak pernah dpt kot..kat situ sy muhasabah balik,aku ni ikhlas ke tolong2 org niih...nmpk tak bertapa sushnye nk de sifat ikhlas nii


tapi jgn krn memikirkn ikhlas ke tidak ke kte nii..sume kerja tak jalan...pe yg penting skrg nii,kte buat je dulu krja tuuh brsungguh2 pastu doa kat Allah semoga sgala gerak krja yg kte buat nii hanya krn Allah..tak kisahlah study ke,menjahit ke berdemo ke....

pe yang penting..keneeeeeeeeeeeeeee ikhlas


tetibe nk buat post pasal ikhlas pas bce posting dklm blog isi...

Wednesday, October 7, 2009

PAS FOR ALL


Kembalinya dari Bagan Pinang untuk melancong sambil menegok2 kejadian penamaan calon,memberi saya stu impak yg sangat mendalam,rasa nk menangis pun ada...terus terang saya katakan,sy adalah penyokong tegar PAS...melihat makcik pakcik yang sanggup meninggalkan anak2 dan suami atau isteri untuk membantu PAS dalam melaksanakn dakwah kempen ke atas penduduk bagan pinang...


menginap bersama mereka memeberi saya semangat untuk menjadi seperti mereka suatu hari nnti..perjuangan menegakkan syiar Islam melalui PAS sy melihat ia sbg satu langkah yang sangat berkesan..bermula dahulu di Malaysia dan berkembang sehingga ke palestien sana...semangat makcik pakcik ini memberi penerangan kpd kami yg masih mentah amat membantu saya...



Sangat cepat rasa sayang sy tercetus apabila melihat kesungguhan pakcik makcik ini...dalam membuat kerja,mereka tak putus2 memberi pengisian kpd kami...boleh dikatakan usrah sambil mmbuat kerja...i really like it,kesungguhan budak2 muda juga ada,cume mungkin mngikut penelitian sy,mereka ini sgt bersemangat n mungkin kurang berpengalaman...tua dan muda saling perlu memerlukan



saya sangat berharap suatu hari nnti hidup saya akan habis bersama orang2 seperti mereka...n to my mom n dad..i know u are not reading my blog,im so sory to not tell u where i'm going,


skeping laah plak....hehehe harap2 xde yg kne auku lepas niih...hahhahahah


Wednesday, September 16, 2009

Dah nak Raya plak...

Assalamualaikum....seperti biasa kalo dah nmenye mak ayah jauh kat Sabah,alamatnye tak balik rayalah tahun nii.puas kecek kat mak ayah untuk belikan tiket flight blik rya,ditolak dgn pujukan oleh mak,raya ngan maktok k kat johor...itulah ayat mak 2 tahun semasa saya kat UKM niih,begitu juga kakak yg kini study kat Melaka,lagi best dah 4 tahun brturut2 tak beraya ngan mak ayah,sempoi je sya tgk...kene blaja dr die niih mcmne die dpat perasaan se cool itu..itu cite pasal raya,


Kalo kte fikir balik,msti ada significantnye knapa mlm Lailatulqadar itu terjadi pd 10 terakhir Ramadhan,ini krn Allah btul2 nk saring sesiapa hambanya yg betul2 dapat mngawal nafsu nak seronok braya dgn mmperbanyakkan lg ibadat kpdnye.Bgus dah awal2 Ramadhan kita berubah jd terbaik,tapi last ramadhan nii kne lg up.Sya nasihatkan kata2 ni kpd saya jugak...dah nk rye nii mcm2 rse nak beli,mmg nafsu mmbeli btul kaum wanita niih...risau ayah tgk perangai 6 anak perempuan n ngan mak sekali,heheheh....

Diharap Ramdhan kali ini btul2 dapat mngubah sy mnjadi yg lebih baik...nak jadi org baik nii tak susah,nak jadi org jahat pun tak susah,renug2kanlah ye.....lastly SELAMAT HARI RAYA

Wednesday, September 2, 2009

politik kampus..

GMUKM sekali lagi mengorak langkah bersungguh apabila telah memulakan langkah awal bagi memastikan warga UKM khususnya pelajar tahun satu untuk mengenali situasi politik kampus UKM.Sehingga ke hari ini GMUKM terus mengorak langkah kehadapan dalam membantu mahasiswa menangani isu semasa yang melanda negara.kempen kesedaran yang dilaksanakn dengan menggunakan wang sendiri seharusnya dijadikan teladan bg pelajar UKM bahawa wakil mereka bersusah payah untuk memastikan kebajikan mahasiswa dan siswi UKM terjaga.

Aspirasi mereka sememangnya telah berkempem lebih awal dengan secara tak langsung mempromosikan perjuangan mereka pada pelajar tahun satu pada program MMP dan juga melalui JAKSA2 kolej kediaman.kelebihan dari segi material,sokongan dari pihak pentadbiran,yuran dari poket pelajar secara tak langsung amat membantu Aspirasi untuk mendapat sokongan pelajar secara paksa rela yang khuatir dibunag kolej.Perkara ini sudah kerap kali berlanjutan dan langkah pembaikan akhlak Aspirasi masih belum dilaksanakan.Masih banyak isu2 seperti harga yuran dan bayaran yang dibayar pelajar namun tidak tahu kemana wang itu dibelanjakan,semua ini harus dijelaskan secara terperinci bagi memastikan tiada pelajar yang merasa dianiya.


semga PRK kali ini akan berjalan dengan penuh demokratik dan gentleman.bagi pelajar UKM anda mempunyai hak untuk memilih dan pilihlah wakil anda yang betul2 ingin menolong anda dan bukanlah wakil yang hnya berani menanyang muka di poster2 sambil mendapat kolej ,baju dan tiket penerbangan percuma....

Saturday, August 8, 2009

apabila datangnya penyakit MALAS...

bangun tidur tgk jam...mcm awal lagi,sambung jap tido.....bangun tido buka mata peh lama dah tido smpai sakit2 kepala,sedar2 mcm2 benda dah trtinggal.....tenangkan diri dgn menanggap mlm tadi tido lewat n bile lg nk balas dendam,kalo org 2 tua dengar perkataan ni gerenti dorang marah,tu pun kalo kite berani wat mcmtuh kat rumah,tak pasal2 kene jerit ngan mak n kene perli dengan ayah...hari2 datng meeting rasa mcm malas ahh nk dtg meeeting hari ni,lepas tu kene tanya nape tak dtg termalu plak kat diri sendiri sbb mmg takde alasan pun,taubat taknak wat lagi,amanah tuu jgn men2,time post mortem lepas kne hentam sume... taktau nak jwb pe,kalo menjawab kene cakap "hah manjawab"...kalo diam nnti dikatakan tak berani bersuara plak...hmmm byk benda yg tak clear ni susah sebenarnye..terus terang jelaah kalo dah tak larat ckap, mintak tolong ngan orang,kalo larat lagi buatlah keje tu sampai dah tak larat langsung...doa pada Allah moga dimudahkan urusan,banyak doa2 mcmtuh cume pandai2 ahh cari,part tengah2 mood tak baik jgn cari org lain nak lepaskan,ni panyakit malas gak sebenarnye..malas nak cr tempat lapaskn mood tak baik,lepaskan kat org depan plak...tup tup kne balik batang hidung......