Assalamualaikum
Lama rasanya saya tidak menulis,sibuk barangkali berhari-raya bersama keluarga sehinggakan melupakan sebentar tanggagungjawab saya kepada blog Pun Boleh.
Disini saya ingin berkongsi sedikit perkara yang mungkin ada antara kita yang lupa.Ramai yang mengakui diri mereka Islam,namun bukan semua orang Islam itu adalah golongan mukmin ataupun beriman.Dan mungkin ramai mengetahui bahawa iman itu ada turun naiknya,kadang2 kita terasa begitu seronok ingin beribadat kepada Allah,dan ada ketikanya kita rasa sangat malas untuk bangun beribadah kepada Allah..saya pernah bertanyakan soalan begini kepada seorang ustaz,dan ustaz itu menjawab ia adalah berkaitan dengan sifat istiqamah,iaitu tetap pendirian.Tapi soalan saya pada ketika itu lebih kepada gerak kerja yang kadang2 timbulnya hari malas dan konon2nye akan kembali rajin keesokan harinya,boleh pulak macmtu kan,urmm manusia sememangnya byk kepelikanya,
Antara golongan-golongan yang telah dibahagikan mengikut orang Islam itu sendiri ialah
a)ORANG BERIMAN ADA
empat Kriteria :
1. Ibadah
Orang ber IMAN akan selalu disibukkan dengan ibadah, seperti sholat berjemaah di mesjid 5 waktu, sholat sunnat di rumah nya, sibuk berdzikir dan ber Tilawat Al-Quran.
2. Mua’malah
Orang Ber IMAn akan ber Muamalah, berniaga, berusaha mencari nafkah, bekerja dengan cara cara yang diridhoi oleh ALLAH, dan niat usahanya ini adalah untuk mendukung dirinya agar senantiasa taat kepada perintah ALLAH.
3. Mua’syaroh
Orang ber IMAN akan ber Muasyaroh, bergaul dengan saudara nya atau temannya dengan lemah lembut (mahabbah), memperlakukan semua makhluk ciptaan ALLAH dengan kasih sayang.
4. Akhlaq
Puncak orang ber IMAN adalah Akhlaq nya, tingkah lakunya, dia akan menjadi orang yang menyenangkan, diterima dalam pergaulan dimana pun baik sesama Muslim mau pun dengan sesama ummat lainnya
(dipetik dr
http://wadeleh.wordpress.com/2008/03/24/ciri-ciri-orang-ber-iman-iman-islam/)
Rasa2nya ada x ciri-ciri ini dalam diri kita,ada?Alhamdulillah,,,x de?jgn risau selagi hidup kejarlah kemanisan iman.
B) GOLONGAN MUNAFIK
Munafik ialah orang-orang yang berpura-pura keimanannya di mana pada zahirnya nampak beriman dengan lidahnya mengakui keesaan Allah dan kerasulan nabi Muhammad s.a.w sedangka pada hakikat batinnya yang sebenar penuh dengan kekufuran dan kesesatan. Mereka menentang kebenaran dengan kebatilan, menjual petunjuk membeli kesatan, memilih kufur menolak iman, memperjuangkan bid'ah ganti daripada sunnah dan memilih azab daripada nikmat.
Munafik terbahagi kepada 2 iaitu :
1. Munafik iktiqad iaiatu pegangan terhadap pokok persoalan iman bersikap dan bersifat nifaq atau penipuan maka golongan ini kekal dalam neraka, sekiranya mati tanpa bertaubat kepada Allah dan memperbetulkan semula iktiqadnya.
2. Munafiq amali iaitu amalan-amalan dalam ibadatnya bersifat nifaq atau penipuan seperti beramal kerana seseorang atau sesuatu selain Allah. Golongan ini melakukan dosa yang memerlukan agar bertaubat kepada Allah. Mereka akan dimasukkan ke syurga sesudah diazabkan dalam neraka
CIRI2 NYA ADALAH...JENG3X
1. Berpenyakit hati
(10 surah al-Baqarah)
Antara penyakit hati yang disebutkan dalam ayat itu ialah sebagaimana berikut :
a. Kebodohan diri sendiri di mana golongan munafik terlalu yakin bahawa segala kerja jahat mereka tidak akan diketahui dan disedari oleh orang mukmin sedangkan mereka lupa bahawa Allah mengetahui segala-galanya.
b. Tidak berpendirian di mana mereka sentiasa merasa cemas dan bimbangkepada suasana sekitar yang mana tetap akan kembali kepada Islam dengan pertolongan Allah dan akan terhapusnya kebatilan. Mereka sentiasa mencari jalan penghalang agar kebenaran dapat dikaburkan dan dipandang serong.
c. Menentang kebenaran iaitu dengan menghalang dan mengfitnah orang yang benar-benar berjuang di jalan Allah agar segala kejahatan dan penipuan mereka selama ini dengan menjual dan mencipta Islam palsu tidak terbongkar dan disedari oleh orang ramai.Benarlah firman Allah dalam ayat 64-65 surah at-Taubah
yang bermaksud :
Orang-orang munafik itu takut jika diturunkan kepada mereka satu surah yang memberitahu apa yang
(tersembunyi) di hati mereka. Katakanlah kepada orang-orang munafik itu : "Ejeklah lagi! sesungguhnya Allah akan melahirkan apa yang kamu takutkan itu". Dan jika engkau tanyakan kepada
mereka tentu mereka akan menjawab: " Kami hanya bercakap-cakap dan bermain-main sahaja". Katakanlah :" Adakah Allah dan keterangan- keteranganNya serta rasulNya mahu kamu perolok- olokkan?.."
d. Berperasaan syak terhadap agama Firman Allah dalam ayat 125 surah at-Taubah yang
bermaksud : Dan adapun orang-orang yang berpenyakit dalam hati mereka, (hanyalah) menambah kekotoran bersama kekotoran mereka (yang sedia ada) dan mereka mati dalam keadaan kufur.
Mereka sentiasa berperasaan syak terhadap kemampuan sistem Islam dalam menjamin kemajuan dan keadilan sepanjang zaman, syak tentang keamanan dan kestabilan jika pelaksaan hukum Islam dijalankan.
2. Melakukan kebinasaan di muka bumi
Firman Allah dalam ayat 11-12 surah al-Baqarah yang bermaksud : Dan apabila dikatakan kepada mereka itu, janganlah kamu membuat kebinasaan (kemungkaran) di muka bumi mereka menjawab : "Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebajikan (untuk kepentingan manusia). Ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka ialah sebenar-benar orang membuat kebinasaan (kemungkaran) tetapi mereka tidak menyedarinya.
Golongan ini sentiasa merancang dan berusaha ke arah menjauhkan umat manusia daripada Islam yang menjamin keamanan sejagat melalui media massa, mendapat bantuan daripada kuffar termasuk yahudi dalam menghadapi kebangkitan gerakan Islam dan menggadaikan agama dengan menghinanya sehingga menakutkan orang belum Islam sehingga wujudnya suasana yang tegang dan takut kepada Islam. Mereka lebih gembira melihat keadaan yang penuh kekeliruan dan kekecohan daripada melihat bangkitnya Islam dengan kebenarannya.
3. Menuduh orang mukmin dengan bodoh dan tolol
Firman Allah dalam ayat 13 surah al-Baqarah yang bermaksud :
Dan tatkala dikatakan kepada mereka, berimanlah kamu sebagaimana orang ramai beriman. Jawab mereka : " Adakah patut kami beriman sebagaimana telah beriman orang-orang bodoh dan tolol itu?". Ketahuilah sesungguhnya merekalah orang-orang yang benar-benar bodoh dan tolol tetapi mereka tidak mengetahuinya.
Mereka sanggup menghina ulama' yang lebih arif tentang Islam dan sanggup hina nabi s.a.w dan Islam itu sendiri kerana merasai bahawa mereka lebih cerdik dan pakar dalam bab agama dan keduniaan. Mereka berusaha menjadikan para mufti, qadhi dan ulama' sebagai orang yang patuh dan taat pada kejahilan mereka demi menjaga pangkat dan kedudukan mereka. Agama hanya digunakan untuk menangkis dan menyembunyikan penipuan mereka terhadap Islam. Mereka lebih rela meminta nasihat daripada orang kafir dan anti-hadis daripada menerima teguran daripada ulama' akhirat.
4. Kuat permusuhan dan bongkak dengan dosa
Firman Allah dalam ayat 204-206 surah al-Baqarah
Ayat ini menunjukan bagaimana buruknya perangai orang munafik dan petahnya mereka bercakap sehingga ramai orang beriman tertarik dengan tutur katanya yang lembut, ucapan yang menarik dan penuh hujah aqli yang mengelirukan malah mereka sanggup bersumpah bagi menyatakan ketulusun hati mereka sedangkan mereka berniat jahat dan melakukan semua itu untuk memperolehi sesuatu yang diidamkan. Mereka sanggup mencipta Islam dan meletakkan mereka yang mampu memutar belit tentang Islam sebagai perisai sehingga mengelirukan rakyat untuk mendapatkan sokongan. Setelah mereka mendapat sokongan hasil propaganda yang menggadai prinsip Islam yang sebenar maka mereka menggunakan kuasa yang telah diperolehi itu untuk mengaut kekayaan negara untuk mereka dan kroni mereka dan juga menyekat kemaraan gerakan Islam dengan meng'gam' ulama', membuang imam yang tidak menyokong kezaliman dan kesesatan mereka, mengawal peranan masjid yang sebenar dan sebagainya.Inilah antara ciri-ciri munafik yang jelas berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Peranan kita ialah berusaha menghindarinya daripada diri kita, keluarga dan masyarakat setempat seterusnya negara dengan berusaha memberi penjelasan yang sebaik mungkin agar umat Islam tidak tertipu buat sekian kalinya. Sesugguhnya seorang mukmin itu tidak akan terjatuh ke dalam lubang yang sama sebanyak dua kali.
dipetik dari :-
so,amacam...rasa2nya ramai x yang ber peel munafik niih,buat2lah bertaubat kalau dalamdiri kita ada ciri-ciri ni,mungkin x ramai yang berani untuk menentang golongan munafik ataupun mengelakkan diri dr menjadi org munfafik (kerana berkepentingan lain) kerana berani tu bukan sifat yang boleh kita nak paksa2 orang lain untuk ada,tap tolonglah jgn menghalang orang2 yang berani untuk menghapuskan golongan munafik ini,x sokong x pe..x kisah tap jgn menghalang or memburukkan.
de lagi golongan2 tertentu dalam islam macam fasik,murtad n pe lgkalo de pembaca nak tambah bleh tambah..tap sy share smpai sini je dlu sbb dh nk beradu sebentar,semoga perkongsian ini menjadi medan tarbiyyah diri saya n pembaca yang sy kasihi sekalian..
waaasalam