Assalamualaikum..
Makin lama,makin menjadi2 fitnah yang disampaikan puak2 yang saya pun tak tau nak cakap macamne dah.Cakap orang ni,yang lain terasa.Baik pembaca faham2 sendirilah puak mana yang saya maksudkan.Bersikap realistik dalam mendepani sesuatu isu atau masalah adalah kunci untuk mengelakkan diri dari termakan hasutan atau fitnahan yang makin lama makin melampau.Saya tertarik dengan seorang tokoh ada mengatakan bahawa,jika sesuatu perkaa itu yang sememnganya nampak jahat dan kotor,jika diselalukan kepada masyarakat maka,masyarakat akan secara perlahan-lahan menerima kepungan itu.Saya mengambil contoh seperti kes liwat Anwar Ibrahim,jika disajikan kes ini dari tahun 1998 sehinggalah pada tahun ini 2011 kita boleh bajet berapa ramai dah masyarakat yang anggap tuduhan ini tuduhan seperti yang biasa dan mungkin ada yang mempercayainya sudah.naa..bahaya bah sudah tuh,jadi macamnalah ni??so,itulah pentingnya bersifat realistik.Realistik dengan fakta,situasi,keadaan dan sebagainya.
Cukuplah untuk saya menyentuh bab politik,sebab saya tahu bukan semua sukakan politik.Saya pun kadangkala terasa mahu tinggalkan politik ini,tap tinggal nya saya kepada politik seperti tinggalah saya kepada salah satu cabang Islam.makan dalam?so..sama2lah kita berfikir balik.Realistik boleh diumpamakan seperti bersikap bersangka-sangka baik dengan keadaan.Sebagai contoh,kita meminta izin dengan orang tua,atau suami atau sesiap sahaja untuk pergi kesesuatu tempat.Kadang-kala oarang yang kita minta izin itu akan menghalang dengan mengatakan,"huh,pergilah tempat tu,nanti kena tuuuttt..,tuuttt, dan tuuut... baru tau".Perkara biasa,tap sebagai yang sudah boleh berfikir dan dah besar pun , kita perlu menanamkan dalam diri kita,jika kita tidak kearah seperti yang ditakut-takutkan itu,Insyallah kita selamat.Tapi kita tidak menolak perkara negatif yang dikatakan itu untuk kita lebih berwaspada dan berhati2.
Pendek kata,dalam bab takut -menakut ni jangalah mempunyai sikap takut pada awang-awangan ini seperti takutkan sesuatu yang tidak pasti dan lebih malang lagi menakutkan sesuatu yang tidak ada.Diri sendiri yang meletakkan satu2 perkara itu perlu ditakutkan walhal rilek jak bah....kamu langgar jak dulu,apa yang akan berlaku nanti lain cerita tap pandai2lah.Walaupun ia tiada kena mengena dalam tajuk post kali ini,saya suka berkongsi satu kata-kata dari Ustaz Azizan MB Kedah,dia mengatakan bahawa UMNO ni seperti kucing,depan kita kucing kelihatan sangat cute-mute,manja,menggoda (cat walk)
saya menambah2 ,tap belakang kita curi ikan.Dalam kata-kata ni,MB Kedah analogikan dengan cukup ringkas dan bersahaja,tap penuh bermakna.Nanti nampak kucing teringat UMNO,tap ramai jugak yang sukakan kucing seperti saya cumanya tak boleh nak dibelai2 sangat kucing ni sebab alahan terhadap bulunya dan tak pasal2 kena nubulizier.Lain orang lain cara,apa yang saya sukakan dari dulu sampai sekarang adalah meraikan kepelbagaian dalam masa yang sama mencari at least satu titik persamaan.
Kawan-kawan,kehidupan kita diri sendiri adalah tuan.Bijak mencorak kehidupan dalam masa yang sama tidak lari dari tanggugjawab menjaga kehidupan orang lain.Sama2lah berbahagia di bumi Allah ini.-_-