Saturday, March 27, 2010

Pentingnya institusi kekeluargaan..

Sedih melambai kepulangan ayah saya pulang ke Sabah..dalam 2 3 hari ayah berada di Kajang atas urusan kerja d Serdang dan  sy of course aah tidak mensia2kan peluang untuk berjumpa my dad..banyak yang kami bualkan,lebih2 lagi isu politik..dh lama tak bertukar pendapat dengan ayah mengenai isu politik..sy masih ingat dulu ketika saya dalam sekolah menangah pernah mengatakan pada ayah saya,kenapa masih nk sokong PAS,padahal dalam tv terang2 bgtau yg PAS nii tak bagus...hmm,ayah dengan cool nya menjawab,semua niih adalah cara untuk rakyat Malaysia mmbenci perjuangan PAS...dgn penjelasan yg pnjang lebar,maklumat n bukti. saya memahami PAS dan perjuanganya melalui my dad,makin besar diri ini,makin banyak yang saya faham..satu persatu persoalan yang kadang-kala sy terfikir kat kepala otak niih saya akan bertanya,dan membesar laah bersama perbincangan antara anak dan ayah...

Kalau dalam bab nak pergi berdemo,ayah selalu menasihati kami adik beradik untuk berhati2..tak pernah nak halang,mmg best..kalo mak mungkin agak keberatan..tap my dad neutralkan keadaan...sy masih ingat apabila abang,akak dan saya pergi ke demo ISA, sepnjang hari mak telefon kami bertiga,tap takde sorang pun berani angkat..last skali petang2 gitu,mak sms "Puas ati kene water canon,baguslah sorang d Sogo,sorang kat masjid negara sorang lg kat msjid Jamek??,dah msuk dlm black maria belum korang bertiga,??nak tergelak pun ada...tap itulah naluri seorang ibu,dan mak de bgtau,Alhamdulillah Nahjan (adik sy) blaja kat Bintulu,kalo tak korang 4  orang p gak..Insyallah semua akan selamt sms dibalas utk ok kan balik keadaan.

Bagi saya,institusi kekeluargaan sgt penting untuk memebentuk fikrah Islam yang sebenar,anak2 membesar dgn didikan dr ibu bapa ketika mereka kecil,tap apabila meningkat dewasa,ibu bapa mungkin tidak lagi berperanan untk menghalang dengan mengatakan "TIDAK' terus, tap mrk mungkin lebih mmberi satu bentuk nasihat atau memberitahu baik dan buruk sstu keputusan yg ingin d buat oleh anak dan keputusannya akhir si anak lah memutuskannya.Apa yang sangat penting adalah perbincangan,dan kepercayaan..

Akhir kata,selagi kita mempunya ibu dan ayah,jadikan mereka sebagai bahan rujukan utama..apa2 hal carilah mereka..berkongsilah gembira,suka dan duka bersama mak ayah kita,mereka sangat memahami kita selaku anak,dan sy berpesan kepada diri dan sahabat pembaca jangalah menjadi anak derhaka yang kadang2 kita tak jangka kita pemilik title itu,Nauzubillah,kita mungkin selalu dengar, seorang ibu boleh membela 10 orang anaknya tap belum tentu 10 anak itu boleh menjaga ibunya...doakan kesejahteraan emak dan ayah kita bagi yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia,jadilah anak yang soleh kerana antara amalan yang dibawa d alam kubur nnti adalah doa anak yang soleh...

6 comments:

kak az uo said...

huhu miss my home :'(

Siti SArah Ahmad Rusli said...

alaaa kak azma...lek bah,ayah mak akak kan nk dtg sni nnti..nnti rmai2 laah kita brkumpul d daftaran,hehehehe

Anonymous said...

salam..sarah gembeng...ala dik..sedih ak tgk ko hari tu..sius...jaga diri

Siti SArah Ahmad Rusli said...

jgn bgitu bah kak...ok aku jge diri

asSakeenah said...

i love my dad~~ (^.^)

Siti SArah Ahmad Rusli said...

sy jugeeeee...