Monday, May 11, 2009

Hak asasi manusia dalam prespektif Islam…

Hak asasi manusia dalam prespektif Islam…

Hak asasi manusia sering digambarkan sebagai satu bentuk keadilan bagi yang mencari kebenaran namun merupakan ancaman kepada yang berproksikan kejahatan namun banyak kes mahkamah memperjuangkan hak asasi manusia akan kecundang dek pemerintah yang berkuasa mempengaruhi keputusan tersebut.hal ini akan lebih mudah jika setiap dari kita berbalik kepada apa yang termaktub dalam perlembagaan Islam.

Menurut Mahfuz Siddiq dalam laman webnya http://www.angelfire.com/id/sidikfound/ham.html Hak asasi dalam Islam berbeza dengan hak asasi menurut pengertian yang dikenali umum. Ini kerana seluruh hak merupakan kewapiban bagi negara mahupun individu yang tidak boleh diabaikan. Rasulullah saw pernah bersabda: "Sesungguhnya darahmu, hartamu dan kehormatanmu haram atas kamu." (HR. Bukhari dan Muslim). Maka negara bukan saja menahan diri dari menyentuh hak-hak asasi ini, melainkan mempunyai kewajiban memberikan dan menjamin hak-hak ini.
Sebagai contoh, negara berkewajipan menjamin perlindungan sosial bagi setiap individu tanpa ada perbezaan jenis kelamin, tidak juga perbedaan muslim dan non-muslim. Islam tidak hanya menjadikan itu kewapiban negara, melainkan negara diperintahkan untuk berperang demi melindungi hak-hak ini. Dari sinilah kaum muslimin di bawah Abu Bakar memerangi orang-orang yang tidak mahu membayar zakat.
Negara juga menjamin tidak ada pelanggaran terhadap hak-hak ini dari pihak individu. Sebab pemerintah mempunyai tugas sosial yang apabila tidak dilaksanakan bererti tidak berhak untuk tetap memerintah. Allah berfirman:
"Yaitu orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukannya di muka bumi nescaya mereka menegakkan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah perbuatan munkar. Dan kepada Allah-lah kembali semua urusan." (QS. 22: 4)

kita sebagai mahasiswa haruslah cakna dengan perkembangan yang berlaku dalam dan luar kampus untuk mengetahui kebenaran dan keboborokan yang telah berlaku dalam memperjuangkan hak asasi manusia.Dalam sesetengah kes hak asasi manusia hanya dijadikan topeng bagi kejahatan yang dirancang golongan yang ingin mencari alasan untuk tidak melaksanakan tuntutan agama Islam ataupun melaksanakan ajaran Islam secara tidak menyeluruh dan menganggap ajaran Isalm sebagai ajaran lama dan tidak sesuai dilaksanakan pada zaman kini.Ini terbukti dengan banyak persatuan-persatuan menuntut hak walaupun yang dituntut itu bertentangan dengan Islam padahal kebanyakan dari mereka tertulis perkataan Islam pada kad pengenalan mereka dan golongan ini boleh dikatakan sebagai golongan yang Islam pada nama sahaja.diharap kita semua dapat membezakan anatara hak dan yang batil dan ketahuilah Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui tiap sesuatu.

No comments: