Thursday, January 20, 2011

10 Muwasiat Tarbiyah...

Assalamualaikum...

Mungkin ramai yang dah tau n myb ada pembaca yg belum mngetahui mngenai perkara ini.Sebelum saya bercerita panjang mengenai tajuk pokok ini saya suka nak berkongsi dengan pembaca semua bahawa satu ilmu baru yang saya dapat dari cikgu silat saya abg mek ada mngatakan bahawa,kalau kita nak orang lain dengar nasihat kita,kita kena anggap nasihat yang kita bagi tu adalah untuk diri kita sendiri.Ini bermaksud,kita pun x perlu jadi sempurna untk mnasihati org lain,cuma timbulnya ikhlas dalam mnasihati org jika apa yg kita cakapkan tu untuk diri kita juga.Dari situ saya memahami sesuatu bahawa tugas nasihat-menaihati ni bukanlah tugas ustaz2 dan ustazah sahaja,tap ia tugasan semua orang.yang berlainan mungkin cara sahaja,apa2pun kita menghargailah orang yang sayang kat kita dengan menasihati kita tap manusia ni macam2 niat mereka,berhati2lah dalam mnerima nasihat.Hidup ini banyak propagandanya....

kembali kepada tajuk 10 muwasiat Tarbiyah adalah:-
1)Aqidah yang sejahtera
Tidak menyekutukan Allah dgn sebarang perkara lain.Tidak takut pada ancaman lain selain dari ancaman Allah.Tidak mengharapkan kpd sesuatu lebih daripada mengharapkan pada Allah.Tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh menimbulkan masalah akidah.Tidak mendekati perkara-perkara yang boleh mensyirikan Allah.

2)Ibadah yang sahih
Kalau solat 5 waktu tu dah takde masalah lagi.menganggap semua perkara yang dilakukan kerana Allah adalah ibadah.teguh pendirian.Suka melakukan ibadah.

3)Akhlak yang mantap
Tidak dengki dan iri hati kepada sahabat perjuangan yang lain.Suka membantu.Hormati orang tua tap bukan semua orang tua yang menzalimi kita anak muda (aiseehh).Tidak menzalimi kucing dan haiwan lain.Ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran selain dari ganjaran pahala.Tidak menjatuhkan orang yang memperjuangkan agama Allah.

4)Luas pengetahuan
Banyakkan membaca seperti surat khabar,blog2,utusan meloya,harakah,Aku Terima Nikanya dan tidak lupa buku2 haraki (sy mngantuk baca buku mcmni).Pergi ceramah2 PAS,UMNO,di dewan senat,masjid2 dan sebagainya..pendek kata ada je majlis ilmu balun.

5)Sihat tubuh badan
Jangan manjakan sangat badan tu.Lawan sakit tap kalau dah sakit cari ikhtiar cepat2 seperti amik ubat,amik nubulizier,jumpa doktor,berehat dibilik dan sebaginya.Amalkan senaman2 ringan seperti berjalan kaki.Sukakan keadaan diri yang berpeluh kerana peluh itu tandanya sihat.Jaga pemakanan,jaga kebersihan diri dan bilik.Disebabkan saya belajar pasal sabun...sabun yang digunakan perlulah dalam kuantiti yang sedikit,sebab apa??tu laah lain kali amiklah kos oleokimia mesti korang tau kenapa..

6)Mampu berdikari
JANGAN MANJA SANGAT!!!!!ikhtiar macamna nak ke sesuatu destinasi pada waktu yang tarikh yang ditetapkan walupun mempunyai masalah kenderaan,jangan mengahrapkan bantuan orang lain akan datang tanpa kita meminta bantuan sebab orang lain ada hal mereka sendiri,bijak menahan lapar (ni paling susah).Anggaplah kalau dicampak kemana pun kita mampu hidup bermaksud jangan nak pikir sensetif sangat langgar je.Tak try maka x tau.Akhirnya nikmati hidup anda.

7)Melawan nafsu
Nafsu ni bukan hanya tertakluk kepada nafsu syahwat,ia juga tergolong sekali nafsu tidur,makan dan perkara2 yang membuang masa dan bermalas-malasan.Control diri supaya tidak terlalu mengikut nafsu,Rasa terikut sket ightifar banyak2.Buatlah perkara2 yang menarik untuk mengelakkan diri terjerumus kedalam lembah kenafsuan..huuuuuu,,payah cerita bab nafsu ni sebab ia lebih dahsyat dari hasutan dan bisikan syaitan.

8)Sangat menjaga masa
Datang meeting  or dating ontime.datang kempen dan apa2 event mesti ontime.Kelas pun kena datang ontime (yg ni pun susah).assigment dihantar pada tarikh n masa yang ditetapkan (sy selalu terlebih ).paling penting...waktu solat 5 waktu tu pun seboleh2nya ontime,kadang2 terlajak sebab tertidur or pernah terlupa..xpe dimaafkan tap kena ganti balik n bertaubatlah kita takkan ulanginya.....

9)Tersusun urusanya
bab ni...saya susah nak terangkan sebab saya punya urusan main ikut kepala otak dan cara saya ni tak bagus n tak betul langsung.Seboleh2nya rancangan perjalanan urusan nak buat apa sebelum tidur tu,kalo boleh catit dalam diari.nak lagi skema...buat white board kecil dalam bilik n letak colour2 sket supaya kita lebih bersemangat.pandai2 lah korang saya x tau nak ulas apa dah.

10)Bermanfaat kepada orang lain
jangan pentingkan diri sendiri.Turun demo kerana ia bermanfaat kpd org lain kalo minyak dan harga barang lain dah turun dgn kita join demo tu.Belajar menyusahkan diri untuk menolong orang lain.Kat ibu bapa dan keluarga pun macamtu,kalau dah kerja jangan lupa kirim2 duit kat mereka jangan bakhil sangat perangai tu,ate buruk rhupenye......

Itu sahaja kot,x jadi nak bertukar serius dalam post kali ini x tau kenpa..nak ckp lebih pun x boleh sbb pape hal ia bergantung kepada sikap individu itu sendiri.

2 comments:

Anonymous said...

nak komen.

ni ulasan ko ke imam hassan al banna..kuit bah..

emm..ejaan ko memang fail...byk salah eja..

kalo nk establish diri as ahli gerakan..kne bykkan masa dgn sahabat2 se j.. dan jgn malas menuntut ilmu..

tak guna berjuang tanpa menuntut ilmu..tapi tak bole juga menuntut ilmu tanpa berjuang..so perjuangkanlah apa yg kamu pelajari ye..

adeq said...

alaa kenapa x leh guna sabun dengan manyak?x nak kongsi ilmu ke?bermanfaat bagi org len tu.hehe.