Monday, February 28, 2011

Cerita seorang yang bernama "X"

Assalamualaikum...
pejam celik pejam celik,mata kita masih terbuka,nikmat hidup yang Allah bagi masih dapat kita lalui.Kali ini saya teringin nak bercerita mengenai seorang budak yang saya klasifikasikan beliau dengan nama 'X'.Beliau merupakan seorang budak yang sangat degil orangnya.Ketika masih bersekolah,setiap apa yang diaturkan untuk 'X' ni ikut,ada je bantahan mungkin ada yang terkeluar dari  mulut beliau,ataupun mungkin hanya akan memberontak didalam hati.Sejak kecil lagi,beliau dididik dengan ilmu agama yang agak sempurna oleh ibu dan ayah 'X' ni.Ketika disekolah menengah,tingkatan satu...'X' ni sangat suka mempersoalkan tindakan guru sekolahnya yang kadang2 suka mendenda pelajar,mungkin sebab lewat,fly dan sebgainya.Bagi 'X' perkara2 kecil begini tidak perlu didenda pun melainkan hanya diberi teguran dan mungkin nasihat.Apa yang 'X' sangat pantang ketika itu adalah jangan sesekali mencabar kesucian agama beliau iaitu Islam.Kawan2 yang tidak solat,akan dimarahinya sehingga yang tidak solat tu akan solat dalam keadaan menangis2,malu punya pasal.'X' pernah dibenci oleh rakan2 sekolah beliau kerana suka sangat menegur orang.Orang2 yang 'X' akan tegur adalah golongan yang tidak menutup aurat,bercouple,tidak solat dan lain2.Kalo ada pelajar yang bergaduh,'X' dengan selambanya akan mengatakan..urmmm mereka perlukan pergaduhan kadang-kala untuk menentukan siap salah dan siapa benar.

Kalau difikirkan,tahap kematangan 'X' adalah terlebih matang  yang tidak sesuai dengan umurnya.Namun,ada segelintir guru-guru yang melihat 'X' ini sebagai seorang yang unik walaupun dalam kedegilanya.Dipilih mewakili sekolah dalam banyak perkara.Tindakanya membuatkan seorang ustaz cuba mendekati 'X'.Maka ustaz itupun bertanya,'X' apa benda yang paling awak suka?maka,'X' pun menjawab...saya suka kalau orang bukan Islam peluk agama Islam dan orang Islam mengamalkan ajaran Islam.Tersenyum ustaz tadi mendegar kesukaan 'X'.Maka dengan melihat potensi yang ada pada 'X' maka ustaz tadi pun mengajarkan 'X' pelbagai benda, termasuklah usrah.'X' menjadi seorang yang sangat lain selepas menjalani proses pentarbiyahan.'X' diajar perkara2 yang perlu untuk menjadi seorang pendakwah iaitu sikap toleransi.'X' disuruh cuba dengan masyarakat luar,baru 'X' faham...Untuk berdakwah adalah penting untuk kita mngenali mad'u ataupun golongan sasaran siapa kita ingin dakwahkan.'X' bertukar menjadi orang yang paling bertoleransi dalam menyampaikan bait2 penjelasan mengenai Islam.Sikap degil 'X' makin lama makin dapat dikontrol dengan peredaran zaman.Dalam dapat dikontrol itu juga,sikap degil 'X' tidak dapat dibendung kadangkala menyebabkan ada orang yang 'X' sayang naik marah.Tap 'X' juga seorang manusia biasa yang semakin hari semakin banyak perkara-perkara yang perlu 'X' selesaikan.Amanah yang ada pada 'X' sebagai seorang pejuang agama Allah kadangkala memberikan beliau satu fitnah yang besar kepada beliau.

Pernah 'X' menangis memohon pertolongan Allah,dan ternyata Allah tidak akan meninggalkan hamba-Nya yang mengigati Allah.'X' merintih sayu apabila merasakan beliau berada disatu jalan mati yang tiada lorong keluar.Namun,dengan pertolongan Allah dan berkat usaha 'X',seakan-akan terdapat satu cahaya bagaikan menemukan 'X' dengan jalan keluar.Cintanya 'X' kepada agama Allah menyebabkan masalah2 yang 'X' hadapi bagaikan terlupus satu -persatu berkat kesabaran dan ketabahan 'X'.'X' kini makin meningkat dewasa.maka orang dewasa tidak lari dari menghadapai pelbagai masalah.'X' berusaha menjadi yang terbaik untuk agamanya,keluarganya dan masyarakat.Beliau bangun dan menepis segala kebencian manusia yang pernah membencinya demi mengharapkan kecintaan Allah terhadapnya.'X' perlu kuat menghadapi semua yang berlaku didunia yang sementara.Ini kerana 'X' bimbang beliau tidak dapat berehat tatkala berada di neraka jahanam kerana terlalu bersenang-lenang,berfoya-foya dan menolak konsep amal makruf nahi mungkar ketika beliau masih hidup didunia.Beliau hanya mengharapkan rehat tatkala beliau sudah meninggal dunia itupun jika tidak dilibas,disoal malaikat dan diseksa dalam alam kubur.Nauzubillah...'X' begitu takut menghadapi kemungkinan-kemungkinan itu dan justeru itu,'X' tidak jemu-jemu mebuat perkara yang boleh meningkatkan ketakwaan 'X' kepada Allah dan mengharapkan keredhaan Allah sepanjang hidupnya di dunia.

Siapakah 'X'??Teringin menjadi 'X'?? atau x teringin langsung??saya pulangkan kepada pembaca....


(-_-)

2 comments:

Anonymous said...

tragis la citer x ni..nk kata x ni macam ko pon ada..tak pon ada..ndak tahu..tp jln citernya tetap sama seperti hamba2 Allah yg lain..lain orang lain ketinggian imannya..lain juga cabaran dan dugaannya..

Siti SArah Ahmad Rusli said...

urmm..menarik analisis ko,pe2 pun sronok menulis entry ni,combination cerita dr orng2 sekeliling hdup aku..'X' ni hanya sandaran,unknown person..so nk letak sape2 pun ok,no problemo