Tuesday, April 19, 2011

Kenapa bergelak-ketawa??

Baru-baru ni saya dikejutkan dengan satu penemuan video maharaja lawak yang sangat lawak.So,saya pun ketawalah terbahak-bahak melihat Jozan (Johan n Azizan) membuat kelakar tak hingat.Dalam pada itu juga,saya sering keluar menaiki kereta kawan-kawan pegi makan,pegi buat tinjauan dan sebagainya dan dalam kereta juga kami tak habis-habis bersembang dan akhirnya bergelak.Kenapa mesti gelak,lucu sangat ke?bagus ke tak gelak ni...ehhh..korang ni dah kenape??

Larangan bergelak dalam Islam:-

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Umar r.a. berkata: "Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. keluar kemasjid, tiba-tiba ada orang berbicara-bicara sambil tertawa, makaNabi Muhammad s.a.w. berhenti didepan mereka dan memberi salam lalu bersabda: "Perbanyaklah mengingati yang merosak kelazatan." Sahabat bertanya: "Apakah yang merosakkan kelazatan itu?" JawabNabi Muhammad s.a.w.: "Mati." Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. keluar melihat orang-orang sedang tertawa gelak-gembira, maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada mereka: "Ingatlah demi Allah yang jiwaku ditanganNya andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui nescaya kamu sedikit tertawa dan banyak menangis." Kemudian dilai hari keluar pula dan melihat orang-orang sedang gelak ketawa sambil berbicara-bicara, maka Nabi Muhammad s.a.w. memberi salam dan berkata: "Sesungguhnya Islam ini pada mulanya asing dan akan kembali asing, maka untung bagi orang-orang yang asing pada hari kiamat." Ditanya: "Siapakah orang-orang asing itu pada hari kiamat?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Ialah mereka yang memperbaiki dimasa kerosakan manusia." (Yakni jika manusia telah rosak moralnya (akhlak) maka mereka tetap memperbaiki akhlak mereka.) "http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/laranganketawa.htm"

Bukanlah niat saya ingin melarang pembaca-pembaca semua ketawa,ini kerana saya juga sangat mudah ketawa padahal benda tu takdelah kelaka sangat.Tap mungkin tabiat yang dibuat-buat untuk menghilangkan kerunsingan,saja nak suka-suka dan sebagainya.Bercerita mengenai ketawa,menurut kajian orang yang banyak ketawa mudah mendapat kegemukan.saya tak tahu kebenaranya fakta ini almaklumlah saya terbaca ni pun dari UTUSAN keluaran dulu-dulu.Dalam bergelak -ketawa satu yang kita kena ingat,bahawa setiap ketawa tu Allah akan balas dengan tangisan kita.Lepas sedar dari ketawa,baru terfikir "banyak ketawa aku hari ni" then mula timbul kerisauan apakah perkara yang boleh menyababkan kita menangis mungkin faktor tak pas exam,kena marah,barang hilang,rasa sunyi rindu dan sebagainya.See,mudah untuk ketawa dan mudah untuk kita menangis.Ketawa boleh menyebabkan hati menjadi keras,menangis pula boleh melembutkan hati kita jika menangis itu adalah satu  proses yang kita lakukan untuk bermuhasabah diri.Masa membaca Al-Quran saya selalu "memaksa" untuk mengeluarkan airmata kerana kawan saya pernah bagitau,menangislah ketika membaca Al-Quran dan maknanya.Mungkin terdapat benarnya kata-kata kawan saya ni.

Ketawa tak salah,cuma jangan berlebihan.So,kalau rasa tak nak diri ini berlebih-lebihan senyum sahaja pun sudah cukup.Senyum tak nampak gigi untuk menggantikan ketawa bagi lawak yang tak berapa menjadi n senyum nampak gigi adalah untuk perkara yang  betul-betul lawak,senyum nampak gigi sambil bahu terhenjut-henjut adalah untuk lawak yang tak boleh blah.Saya masih dalam proses ingin mempelajari ilmu kontrol ketawa kerana kadang-kadang tak suka jugak sifat banyak ketawa ni,rimas penat dan kadang-kadang boleh diserang athma.Dahsyat kan??Hurmm...sometimes masalah harus dipendamkan bagi tujuan mencari resolusi bagi diri sendiri ini kerana diri kita,kitalah yang mengawalnya selain faktor persekitaran,media massa kerajaan dan sebagainya.Salahkan orang lain pulak.Bukan tidak mahu bersikap serius untuk satu hari,tap kalau dah berjumpa sahabat-sahabat yang join together merepek-repek buat kelakar adakah saya kuat untuk mengatakan pada mereka seperti ini "korang diam boleh tak,aku taknak gelak hari ni"..cakap je macamtu,of coz muka masing2 jadi cam pelik wal ajaib.

Akhir kata,senyum tak perlu kata apa2..


x sabo nk blah p LI kat T.intan
Lirik Lagu Malique Feat Najwa – Senyum
Najwa
Senyum senyum senyum
Senyum senyum
Najwa
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit
Najwa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa


Friday, April 15, 2011

Erti hidup dengan berkongsi part 1

Adakah anda sering digigit nyamuk?
Apakah perkara yang menganggu tidur anda?
Mengapa gigitan nyamuk memberikan perasaan gatal kepada kita?
Adakah anda tension dengan kejadian ini?

Sebelum apa2 hal saya berkongsi sedikit mengenai gigitan nyamuk..aceli sy baca ni daripada penulis  blog Indonesia,sy translate sket2 untuk mudah memahamkanye


MENGAPA GATAL SETELAH DIGIGIT NYAMUK?

Kenapa kulit kita berbintat dan terasa gatal setelah di gigit nyamuk?. Untuk tahu jawapannya, kita harus mengetahui bagaimana cara nyamuk dalam menggigit kulit manusia. Sebenarnya nyamuk menghisap darah bukan untuk memuaskan nafsu makanannya, mereka lebih selera menghisap madu, nektar dari bunga-bunga, dan juice. Hanya nyamuk betina saja yang menghisap darah, itupun diperlukan karana untuk bertelur mereka memerlukan banyak protein amino yang terdapat dalam darah.



Darah manusia mengandung sedikit asid amino, nyamuk lebih menyukai darah kerbau atau tikus, tapi kalau ada manusia yang jumlahnya lebih banyak, dan lebih mudah di “gigit”.

Thermal Nyamuk selalu dapat menemukan sasarannya dengan tepat karena mereka:-


















“melihat” dengan gerakan, panas tubuh, dan bau tubuh kita. Jadi di kegelapan kamar kita,walau kita menutup selimut seluruh tubuh kita, ujung kaki kita yang terkeluar, atau dengus nafas kita yang hangat, dapat memberi “tanda” bagi nyamuk tersebut bahawa disana ada sasaran yang siap diserang (kita tentu pernah melihat di film-film perang bagaimana seorang tentara mengintai musuhnya dengan “kacamata malam” yang menggunakan “panas” untuk melihat)

Sewaktu nyamuk hinggap di tubuh kita, dia menempelkan mulutnya yang mirip sedotan (disebut juga PROBOSIS, ingat ini hanya ada di nyamuk betina ya), lalu terdapat “pisau” yang merobek kulit kita kehadapan dan kebelakang, hingga menemukan urat darah, setelah itu baru darah yang ada di hisap. Oh ya dalam prosesnya, nyamuk juga mengeluarkan air liur yang dapat mencegah darah yang dia hisap membeku (karena kita tahu darah kita akan segera membeku jika terkena udara khan?)

Proses ini berlangsung cepat dan seolah-olah proses yang terjadi adalah nyamuk “menusuk” tubuh kita seperti halnya seorang doktor mnyuntikkan jarum suntik, padahal tidak begitu, nyamuk “membedah” kita seperti layaknya dokter bedah yang cepat dan betul.

Proses penggigitan belum selesai. Setalah nyamuk “kenyang” dia akan mencabut “sedotannya” dan terbang. Air liur yang tertinggal di kulit kita akan merangsang tubuh layaknya ada benda asing yang mengganggu, terjadilah proses yang dikenal dengan ALERGI, dan yang terjadi adalah berbintat dan gatal.

Nah kita sudah tau kan proses panjang dari seekor nyamuk yang kebetulan beruntung menggigit kita? Walaupun nyamuk itu “hanya” memerlukan darah kita untuk telur-telurnya, tapi hati-hati, nyamuk itu juga membawa ratusan virus dan parasit dalam tubuhnya dan moncongnya, yang akan masuk dalam tubuh kita sewaktu dia menghisap darah kita. Banyak penyakit yang ditularkan oleh nyamuk, yang tekenal antara lain MALARIA, DEMAM BERDARAH.

Jadi jangan pernah kasihan atau berbaik hati pada nyamuk, hindari diri kita dari gigitan nyamuk, jagalah lingkungan sekitar agar tidak menjadi sarang nyamuk.



Nah..itu sahajalah perkongsian saya kali ini,saya amat meminati nyamuk kerana saya suka lagi2 kalo dapat bunuh nyamuk yg masih berdarah2..HAHAHAHA (gelak jahat).Tapi saya bersyukur juga,kalau ada nyamuk2 manja yang tidak mendatangkan demam denggi menggigit saya waktu pagi.Ini kerana,ia secara tidak langsung boleh kejutkan saya solat subuh almaklumalah hidup sorang2 dalam kolej ni bangun pagi tu kena bermujahadah banyak.Kalau diikutkan memang nyamuk ni adalah makhluk Allah yang boleh mendatangkan banyak penyakit kerananya ia bersifat pembawa atau dalam sains nya di sebut "ustabakgedundemwaketum-tum"..kalo salah korang betulkan lah ye.Sedikit cerita mengenai tabiat,tabiat emak saya yang saya ikut adalah,kalau orang tidur emak akan perhatikan kalau2 ada nyamuk yang mengigit si pemangsa,dan dengan tapak tangan lembut mak itu mak akan menampar nyamuk sekali dengan pemangsa nyamuk dan pemangsa akan bangun.kalau saya yang ditampar bersama2 dengan nyamuk,i will say tq mom..huhuhu,sweet je tamparan itu walaupun terkejut kot tengah2 syok2 tido kene penampo,hahahaha..



Lastely,kalau ada yang tolong tamparkan nyamuk untuk kita,janganlah marah orang tu sebab die tak mahu korang gatal-gatal kena gigit sebab dia sayang kat korang  macam mak saya sayang saya laaaaahhhh ....(mata ke atas).Saya tulis ni sebab saya pernah kena tengking sebab tamparkan nyamuk kat dia n kotorkan baju dia kerana warna nyamuk huhuhu.. n ada juga yang say tq kat saya sbb saya tamparkan nyamuk masa dia tido.Dan seperti biasa lah,lain orang lain cara kita raikan sahaja kepelbagaian itu. kalau dah lebih2 bagi je sebijik penampo sampai die  diam .ish ish ish ganas2x..

Monday, April 11, 2011

Harusnya tindakan itu seperti orang dewasa

Assalamualaikum...

Siapa diantara kita yang masih merasakan diri itu budak-budak lagi??Saya merasakan saya seorang wanita dewasa semenjak saya tingkatan tiga.Walhal,pada waktu saya tingkatan satu ramai yang mengatakan wajah dan perangai saya seperti pelajar ting.4..So what sarah?? bajet nak bgtau ko ni matanglah ye..hahaha,xdelah,apa yang cuba saya sentuh,adalah lebih molek jika umur yang melangkaui 17 tahun keatas sikap dan perangai haruslah seperti orang dewasa.Saya ni pun x lah bagus sangat setiap masa.Dalam masa perlu untuk bersikap matang kita harus dan wajib mematangkan diri.Matang dan dewasa adalah berkaitan.Saya ingin berkongsi satu cerita,pada mulanya saya sangat tidak suka akk-akk ini memanggil kami adik-adik ketika saya tahun 1 di UKM.Saya agak menyampah dengan panggilan adik2 pada waktu itu,ini kerana bagi saya saya seorang dewasa yang tidak menggemari panggilan adik-adik itu,lagipun perbezaan umur hanya 1 2 tahun je ..lama2 dengan keadaan adik2 ni,perkara yang saya menyampah pada mulanya,saya yang buat pada waktu sekarang ni.Konklusinya...jangan membenci sangat kepada sesuatu tatkala perkara itu kita akan buat.Bersederhana saja.

Dewasa dalam perlakuan,percakapan,pemakaian dan sebagainya.Sentuh bab perlakuan,adakah orang dewasa akan melompat-lompat dikhalayak ramai,mestilah tidak.Cara jalan yang menunjukkan karismatik seseorang pemimpin,keayuan dan sebagainya.Urmmm..x pandai saya mengulas bab2 kedewasaan yang luaran ni.Bagi saya kedewasaan dari segi pemikiran dan pertuturan adalah lebih penting berbanding yang lain2 walaupun "we can judge the book by it's cover"..Matang menghadapi situasi yang membuatkan kita hangin,macamne cara nak melepaskan hangin kita berbanding hanya menyatakan perkataan kesat seperti "CELAKA","BENGAP" n what so ever..orang yang matang pasti berani,berani berhadapan menyatakan hasrat walupun hasrat itu berisiko.Berani untuk menyatakan ketidak puasan hati dengan cara yang betul,bergaduh,berbaik dengan penuh adab dan akhlak seperti mana yang diajar Islam.Islam ni dah syumul,pandai2 kita lah mencari ilmu2 manusiawi ini dalam kitab2 n Al-Quran.Jangan pula ada yang mengeluarkan ayat2 Al-Quran untuk kita bermuhasabah kita dah naik hangin,perangai ni sangat tak matang.Boleh dianalogikan seperti anak kecil yang menangis walaupun semua permintaan die telah dipenuhi,botol susu diberi,telah dibuaikan,telah diberi makan tapi masih menangis...ruapa2nya mengada2 meminta didokong 24 jam,banyak cantik ko.

bajet comel..hahaha
So..jadilah dewasa seiring dengan umur,amanah,tanggunjawab dan sebaginya..Kita sudah dewasa,akuilah kedewasaan kita ini.Akhir kata,gud luck final exam.

Wednesday, April 6, 2011

Ukhwah

Assalamualaikum....

Bila menyebut UKHWAH,mesti ada golongan yang berpendapat tak perlu pun  xpe tapi, ada yang berpendapat ukhwah ni kalau takde bagaikan separuh muka  ni hilang dan diri ini tidak beridentiti.Boleh nampak tak analoginya?Bila ditanya kepada saya,bagi saya dalam gerakan  Islam, ukhwah adalah perkara yang sangat33x penting.Kenapa pula?? tanpa kemantapan ukhwah sesuatu gerak kerja Islam itu takkan dapat dilakaukan dan lebih teruk lagi ia akan ditinggalkan terberengkalai.Dalam ukhwah kita diajar mengenai 3 peringkat iaitu taaruf,tafahum dan takaful.Sebelum apa2 hal lagi,kita seolah2 dipaksa untuk mengigati nama sahabat kita itu,mula2 memikirkan apa kejadhnya nak memaksa2 kita menghafal nama orang lain,tempat tinggal dan sebaginaya..namun selepas melalui proses tarbiyah di kampus hampir 3 tahun benda yang saya fikirkan tiada kejadahnya pada mulanya tadi akhirnya menghasilkan satu nilai ukhwah yang tiada bandingnya.Sungguh bersyukur dengan nilai ini.Selepas kita mengenali sahabat-sahabat kita ini,seterusnya haruslah faham dengan sahabat .Faham disini bukan bermaksud kita faham dia ni garang,panas baran,kuat merajuk,baik hati,comel dan sebaginya sahaja.Tap faham mengenai kesibukan sahabat kita bekerja,faham masalah kewanganya,hal akademiknya,faham mengenai apa yang boleh dimakan dan tidak dan pelbagai segi faham yang lain.

Once kita dah faham dengan sahabat kita,masalah hati dapat dielakkan dengan sekelip mata.Rasa nak merajuk pun tak jadi bila dimarah kawan kita tu,sbb kita faham dia marah kita sebab kita lembab buat kerja n kalau ada point marah lah die balik n kalo die nak merajuk,cakap je macamni "eh eh eh...ko jangan buat2 tak ingat pulak dlu ko marah aku aku tak merajuk pun,so aku marah ko jangan lah merajuk k".Saya gerenti kalo kita berani cakap macamni dengan confirmnya korang punya ukhwah dah mmg tahap mantap dah tu.Tanpa terasa hati hal2 yang boleh disettlekan,kalo merajuk then baru diajak makan dah tak jadi nak merajuk..cool kan,senang je nak leraikan pergaduhan kalau sudah ukhwah itu didasari oleh Iman dan takwa.Dalam berukhwah memang akan ada turun naiknya,baik dan gaduhnya dan pelbagai lagi dan semua itu mengajar kita lebih memahami sahabat kita.

Tahap terakhir dalam berukhwah adalah takaful.Apa yang saya faham negenai takaful ini adalah menyalurkan pertolongan.Tidak kiralah pertolongan dari apa bentuk sekalipun sebagainya contoh duit,kereta,motor Suzuki,LC,Kriss dan sebagainya.Semasa sahabat kita dok sibuk sorang -sorang sibuk melaksanakan tugas,adalah lebih manis kalo kita sendiri  mempelawa tenaga kita untuk memebantu sahabat.Yang berat diringakan dan yang ringan di nano kan..pergghh poyo gile ayat.Kalau ukhwah tu betul2 mantap,sedang kita lena2 dalam bilik tiba2 rasa tak sedap hati n rasa berdebar2 amik keputusan keluar bilik dan tengah dok jalan2 ada pulak lah kawan kita ni tengah menangis ditimpa musibah sebab anak kucing die hilang.Bagi saya kalau dah macamtu sekali,mmg bagus lah ukhwah korang tu.

Saya amat menghargai ukhwah yang telah Allah berikan kepada saya ini.Sahabat2 saya yang dahulunya saya rasa macam tak perlu hargai sangat last2 saya sendiri terasa sangat sedih nak berjauhan dengan mereka.Pada mulanya saya rasa mereka ini golongan-golongan yang terlalu sopan dan lembut mesti tidak akan ngam dengan sikap saya yang tidak seperti mereaka,namun pemikiran saya meleset sekali setelah mereka berusaha mengenali saya dan Allah melembutkan hati saya untuk menerima salam perkenalan dari mereka.Ya Allah..mereka sememanganya sangat ok. dan banyak membentuk diri yang dahulunya agak ego bila disebut bab2 ukhwah ni kerana bagi saya,"walk alone its better and look's gentle" (betul x grammer ni)..Urmmm..itu dulu,dan manusia sememangnya boleh berubah berkadaran dengan masa dan persekitaran,hipotesis yang boleh diterima jika pembolehubahnya kekal meningkat ke arah infiniti.

Ukhwah kerana Allah
Abg.Wali sifu of the year,terbaik lah bro!!!

Geng2 PMFST bersama junior hafiz n fuad



xleh lupe..^ - ^

yg xde gambar tu cowi eeehh..ni sume gambar2 lama dalm kamera saya