Tuesday, April 19, 2011

Kenapa bergelak-ketawa??

Baru-baru ni saya dikejutkan dengan satu penemuan video maharaja lawak yang sangat lawak.So,saya pun ketawalah terbahak-bahak melihat Jozan (Johan n Azizan) membuat kelakar tak hingat.Dalam pada itu juga,saya sering keluar menaiki kereta kawan-kawan pegi makan,pegi buat tinjauan dan sebagainya dan dalam kereta juga kami tak habis-habis bersembang dan akhirnya bergelak.Kenapa mesti gelak,lucu sangat ke?bagus ke tak gelak ni...ehhh..korang ni dah kenape??

Larangan bergelak dalam Islam:-

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Umar r.a. berkata: "Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. keluar kemasjid, tiba-tiba ada orang berbicara-bicara sambil tertawa, makaNabi Muhammad s.a.w. berhenti didepan mereka dan memberi salam lalu bersabda: "Perbanyaklah mengingati yang merosak kelazatan." Sahabat bertanya: "Apakah yang merosakkan kelazatan itu?" JawabNabi Muhammad s.a.w.: "Mati." Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. keluar melihat orang-orang sedang tertawa gelak-gembira, maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada mereka: "Ingatlah demi Allah yang jiwaku ditanganNya andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui nescaya kamu sedikit tertawa dan banyak menangis." Kemudian dilai hari keluar pula dan melihat orang-orang sedang gelak ketawa sambil berbicara-bicara, maka Nabi Muhammad s.a.w. memberi salam dan berkata: "Sesungguhnya Islam ini pada mulanya asing dan akan kembali asing, maka untung bagi orang-orang yang asing pada hari kiamat." Ditanya: "Siapakah orang-orang asing itu pada hari kiamat?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Ialah mereka yang memperbaiki dimasa kerosakan manusia." (Yakni jika manusia telah rosak moralnya (akhlak) maka mereka tetap memperbaiki akhlak mereka.) "http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/laranganketawa.htm"

Bukanlah niat saya ingin melarang pembaca-pembaca semua ketawa,ini kerana saya juga sangat mudah ketawa padahal benda tu takdelah kelaka sangat.Tap mungkin tabiat yang dibuat-buat untuk menghilangkan kerunsingan,saja nak suka-suka dan sebagainya.Bercerita mengenai ketawa,menurut kajian orang yang banyak ketawa mudah mendapat kegemukan.saya tak tahu kebenaranya fakta ini almaklumlah saya terbaca ni pun dari UTUSAN keluaran dulu-dulu.Dalam bergelak -ketawa satu yang kita kena ingat,bahawa setiap ketawa tu Allah akan balas dengan tangisan kita.Lepas sedar dari ketawa,baru terfikir "banyak ketawa aku hari ni" then mula timbul kerisauan apakah perkara yang boleh menyababkan kita menangis mungkin faktor tak pas exam,kena marah,barang hilang,rasa sunyi rindu dan sebagainya.See,mudah untuk ketawa dan mudah untuk kita menangis.Ketawa boleh menyebabkan hati menjadi keras,menangis pula boleh melembutkan hati kita jika menangis itu adalah satu  proses yang kita lakukan untuk bermuhasabah diri.Masa membaca Al-Quran saya selalu "memaksa" untuk mengeluarkan airmata kerana kawan saya pernah bagitau,menangislah ketika membaca Al-Quran dan maknanya.Mungkin terdapat benarnya kata-kata kawan saya ni.

Ketawa tak salah,cuma jangan berlebihan.So,kalau rasa tak nak diri ini berlebih-lebihan senyum sahaja pun sudah cukup.Senyum tak nampak gigi untuk menggantikan ketawa bagi lawak yang tak berapa menjadi n senyum nampak gigi adalah untuk perkara yang  betul-betul lawak,senyum nampak gigi sambil bahu terhenjut-henjut adalah untuk lawak yang tak boleh blah.Saya masih dalam proses ingin mempelajari ilmu kontrol ketawa kerana kadang-kadang tak suka jugak sifat banyak ketawa ni,rimas penat dan kadang-kadang boleh diserang athma.Dahsyat kan??Hurmm...sometimes masalah harus dipendamkan bagi tujuan mencari resolusi bagi diri sendiri ini kerana diri kita,kitalah yang mengawalnya selain faktor persekitaran,media massa kerajaan dan sebagainya.Salahkan orang lain pulak.Bukan tidak mahu bersikap serius untuk satu hari,tap kalau dah berjumpa sahabat-sahabat yang join together merepek-repek buat kelakar adakah saya kuat untuk mengatakan pada mereka seperti ini "korang diam boleh tak,aku taknak gelak hari ni"..cakap je macamtu,of coz muka masing2 jadi cam pelik wal ajaib.

Akhir kata,senyum tak perlu kata apa2..


x sabo nk blah p LI kat T.intan
Lirik Lagu Malique Feat Najwa – Senyum
Najwa
Senyum senyum senyum
Senyum senyum
Najwa
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit
Najwa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa


3 comments:

nurulsyamila said...

nice post!!
among my fren, orang yg paling senang ketawa, paling banyak ketawa adalah orang yang paling banyak menangis n paling senang menangis..
hidup berpada-pada. sederhana dalam semua perkara..
btw, tau tak nama sebenar zizan rajawa lawak tu kan.. RAZIZAN.. haha..

Siti SArah Ahmad Rusli said...

oohh k.mell..saya salah lagi nampaknya

Farid Albariti said...

ooo.. senyum -Malique Feat Najwa - tak perlu kata apa2.. nice one..