Assalamualikum..
Saya telah dirumah menjaga 2 orang adik saya yang masih bersekolah sempena pemergian mak ayah saya ke Makkah bagi menunaikan haji. Mula-mula ia sesuatu yang agak merelaxkan tatkala saya hanya perlu menguruskan makan minum mereka, urusan basuh baju dan perkara2x urusan rumah yang lain sampai ernah saya terfikir, relax jugak hidup kat rumah kalo gini dan rasa tak sedap hati dengan kemudahan sangat ini. Jika tinggal di Kajang ada sahaja benda saya diajak, dipaksa untuk pergi dan Insyallah ia juga menyeronokkan dalam keletihan. hari demi hari dilaui sehinggalah abang saya datang membawa anak dan isterinya tinggal bersama saya di teluk Intan.Untuk makluman, kakak ipar saya tidak sihat, dia mengalami pelbagai penyakit yang agak kronik tapi ia terjadi tanpa kita sedari. Tutp-tup sahaja bakal terjadi. Abangku pula tidak bekerja kerana mungkin fokus menjaga isterinya yang tidak sihat. Dan saya agak tidak bersetuju dengan itu dan banyak jugaklah perbahsan kami dua beradik mengenai hal ini, saya cuma dapat berdoa semoga Allah memberi jalan untuk segala masalah ini. Saya jadi kurang redha dengan abang saya yang tidak bekerja dan kakak ipar saya yang sakit. Walaupun pada mulanya saya agak sukar menjaga bayi itu kerana selalu merengek, namun masuk hari kedua sahaja rasa macam dah tak boleh berpisah. Rasa kesian dan kasih itu datang secara perlahan-lahan. Saya cuba untuk berlapang dada bahawa saya perlu menolong kakak ipar dan abang saya menjaga bayi itu. Alhamdulillah, benar kata orang hidayah itu kalau tidak dicari takkan jumpa dan begitu juga dengan redha, kalau tidak berusaha untuk redha ia rasa itu takkan datang kepada kita.
Saya manusia biasa, sifat marah yang datang bila sesuatu yang terjadi itu bukan mengikut kehendak kita. Marah dengan manusia, padahal kalau difikir sedalam-dalamnya bagaimana jika saya yang berada ditempat mereka berdua??Allahurabi..sehinggalah pada satu petang saya keluar ke shopping mall untuk membeli roti yang ada krim-krim, dan donut dan pelbagai lagi makanan sedap untuk menjamu abang dan kakak ipar saya dan kebetulan kakak saya juga datang ke Melaka. Saya rasa bersalah kerana menarik muka kepada mereka berdua suami isteri paginya itu. Yaa.."sorry seems to be the hardest world'..rasa macam filem kan kalau buat salah minta2x maaf, so saya andaikan dengan menjamu makanan sedap itu mereka boleh melupakan perbuatan saya pagi itu. Hopefully lah..so, Alhamdulillah, sumenye okaay..kami makan dan berbual dengan gembiranya.Sampailah maghribnya, kak ipar saya masuk ke toilet untuk bersiap solat maghrib, saya masih di meja makan bersama kakak saya berbual sambil menghabiskan makanan yang berbaki dan abang terus ke surau.
''dusshhh!!.." bunyi sesuatu yang kuat dr dalam bilik air kedengaran. Adik saya fitrah syuhada dengan wajah yang ketakutan terus meluru keluar dan berkata pada kami, " weyh, k.sal weyh.. aku yang sedang makan masih bajet cool tapi macam ada sesuatu yang menjengah fikiran ini tapi tak terluah. Kakaku hamizah meluru ke arah toilet dan memanggil-manggil k.sal dan tiada sahutan. Aku yang tidak sedap hati terus ke toliet dan terkeluarlah langkah silatku dan menyepak pintu sambil mengoyang-goyangkan bahagian kunci agar ia longgar dan akan terbuka. Alhamdulillah, terbuka pintu itu. Terlihatlah kami sekujur tubuh yang mengigil-gigil dan kelihatan darah dibahagian kepala dan mulut. Sah!! k.sal diserang sawan dan itulah kali pertama saya melihat pesakit yang diserang sawan life depan mata. Extreme dan mengayat hati, aku dan kakak ku angkat dan bawanya keluar dar toilet dan cuba buat sedikit urutan di bahagian leher dan lengan kot-kot boleh menselesakan.
Terus dicapai talefon menelefon abang supaya segera balik dan saya menelefon emak k.sal bagi mengetahui cara terbaik untuk menghilangkan kekejangan itu. Kakak saya sempat google untuk melihat cara melegakan sawan dan kami melakukan apa yang terbaik. Rasa nak menangis melihat penderitaan yang live depan mata saya ini. Adik bongsu saya bernama huda hanya memerhati dalam keadaan ketakutan. Dia ni anak manja yang bercita-cita nak jadi doktor tapi lepas hantar k.sala ke hospital dia lah yang paling kuat menangis sebab lemah semangat..urmm...mereka semua ke hospital tinggalah saya berdua bersama baby kecil itu dan seakan-akan tahu mamanya sakit dia tidak menangis dan meragam malam itu dan smooth je nak tidurkan dia. Kuat betul hubungan anak dan ibu ni ye...terbaik!!
Pengalaman yang saya takkan lupakan kerana ia benar-benar dapat mengubah cara berfikir kita mengenai orang yang kurang kemampuan. Selalu kita menilai orang-orang yang berada lebih dari kita dan disebabkan itu sifat bersyukur itu jadi kurang mantap. Kadang-kadang perkara yang bukan-bukan kita rasa nak jeles contohnya kawan-kawan yang dan berkhawin, dengan orang kaya, berkebolehan, something yang simple je seenarnya dan saya kira sudah masanya untuk kita muhasabah dengan memikirkan kesusahan orang lain, kesempitan hidup dan banyak lagi untuk memebentuk diri menjadi mukmin yang reti dan lakukan perkara bersyukur dan redha ini.Saya fikir hikmah kejadian ini dihadapan mata saya ini supaya saya dapat lebih kasihan kepada orang yang lemah dan berpenyakit untuk kita tidak berasa sombong dan belagak. Allahhurabi..ia susah, tapi saya yakin kalau kita cuba Insyallah akan berjaya. Allah jugalah sebaik-baik penyembuh penyakit dan sebaik-baik pemberi jalan penyelesaian terhadap semua masalah kehidupan ini.
Terimakasih kerana sudi membaca, dan jika ada sebarang cadangan atau ikhtiar yang dapat dilakukan kepada kakak ipar saya ini, amat-amatlah saya alu-alukan. Kita ikhtiar mana-mana yang mampu dan Insyallah semua nya pasti ada hikmah..
Wassallam.......
Blog akan mengalami revolusi sejajar dgn perkembangan minda penulis...dgn Izin Allah Mungkin ada kata-kata didalam blog ini agak tidak lembut gemalai..pembaca bolehlah mngambil mna yg baik dan tinggalkan mna yag buruk..kalo bleh komen sertakan skali dgn link atau nma ..senang sy nk cari
Saturday, October 6, 2012
Thursday, October 4, 2012
Sikap syaithoon kembali menyinar tatkala bajet 2013
Assalamakualaikum..
Agak lama tidak menulis di blog akibat kengkangan masa menguruskan hal2x yang patut diurus dan perihal bajet ini saya kira belum terlambat untuk saya membuat sedikit ulasan.
Pembacaan melalui blog-blog dan akhbar2x harian dan juga tontonan di kaca television memberi sedikit gambaran kepada kelompangan bajet yang dibentangkan PM Malaysia DS Najib. Saya terpaksa akui bahawa bajet kali ini adalah bajet untuk memenangi hati pengundi bagi pilihanraya yang akan tiba bila-bila masa sahaja dan itu bukanlah masalah bagi saya. Mereka mampu melaksanakan itu dan ternyata memang itu semua adalah untuk memenangi hati pengundi-pengundi terutamanaya pengundi Melayu yang rata-rata hidup dalam keadaan yang sederhana sahaja. Apa yang merisaukan saya adalah, sifat keikhlasan kerajaan Barisan Nasional kembali menjadi persoalan dengan pemberian wang ihsan kepada kebanyakkan rakyat Malaysia ini. Ada yang menyatakan baik bersyukur sebab dapat dari tak dapat apa- apa, maka saya soalkan kembali mengapa tidak mahu bersyukur bila ada yang lebih baik cadangan siap dengan kaedah untuk menaikkan gaji minimun sektor swasta terutamanya sebab bajet ini tidak sentuh langsung mengenai pekerja sektor Swasta yang boleh dikatakan majoritinya mengerah keringat untuk mendapatkan gaji tiap-tiap bulan. Sektor swasta itu luas, maka jangalah pembaca menyempitkan skop dengan hanya melihat sektor-sektor swasta yang besar-besar pegangan saham mereka dan apa sahaja.
Namun, alasan demi alasan yang diberikan untuk meningkatkan gaji pekerja sektor swasta makin laris berbanding duduk bersama yang mengutarakan cadangan dan laksanakanlah untuk kebaikan rakyat. Cuba bayangkan, gaji diterima RM 800 sebulan jika dibandar-bandar besar nampaknya penuhlah function2x yang ada makan free jika masing-masing terpaksa berjimat tahap kritikal dalam keadaan orang atasan beli cincin berjuta-juta pun bukanlah masalah besar. kerana apa?? rakyat Malaysia masih kurang yang kebuluran..yang ni mememang alasan Syaithoon bagi menutup perbuatan membazir itu.Dikala rakyat marhean berhempas pulas mencari rezeki, golongan diatas-atas berusaha menghabiskanya. Bila diberi cadangan, sinis mereka mengatakan itu hanyalah bermotifkan politik. Memang politik lah yang dapat digunakan sekarang yang paling berkesan memberi kesedaran kepada rakyat, apa masalahnya??mungkin ia kurang Islamik, kata geng2x Isma dan Ulama Umno.
Mengenai peruntukkan-peruntukkan yang diberikan kepada pelbagai sektor itu, harapanya ia dapat diberikan secara adil dan saksama kerana mengikut pengalaman peribadi bila tinggal di sabah dahulu..ditanya kepada penduduk kampung mengenai peruntukan itu dan itu dan ini senang sahaja orang-orang kampung itu jawab.."tersekat bah kali duit tu dimana-mana sebelum sampai kepada kami, orang miskin bah kami ni ".. tak ke sedih weyh?? kesian bah durang jangalah kamu begitu bah, kejam!!
Aceli xde lah banyak sangat saya nak coretkan disini, kerana yakin pembaca sudah membaca ditempat-tempat lain cumanya saya suka higlightkan keperluan rakyat majoritinya yang kebanyakkanya masih miskin..
ishk ishk sedih dengan jalan raya di Teluk Intan, rosak moto saya

Thursday, September 20, 2012
Berjuang untuk terus hidup...
Assalamualaikum...
Dari kejauhan nun di Teluk Intan saya menulis post kali ini tatkala memikirkan rakan-rakan saya di UKM sedang bertungkus lumus untuk menghadapi satu ujian yang cukup getir iaitu Pilihan Raya Kampus...entahlah, mula-mula saya cuba menahan diri dari memikirkan mengenainya kerana saya rasa sudah masanya melepaskan kenangan itu pergi.Tapi saya tak dapat, ia terus bermain dalam fikiran saya kerana setiap kali ingin melaksanakan apa-apa kerja di rumah ini pasti gatal tangan ingin membuka FB atau membaca bahan-bahan, status2x terbaru dan melihat gambar2x kawan-kawan disana...Saya dapat rasakan, PRK lah masa yang betul-betul saya rasa suka, rasa ketenagan dalam kepenatan, rasa sabar dalam kemarahan dan paling tak boleh blah..rasa mengantuk seakan hilang bila mata dapat berjaga sepanjang malam sehingga subuh dan boleh pulak curi-curi tidur dan bangun je kembali bersemangat. Apa sahaja kerja yang berkaitan dengan Pilihan raya saya cukup sukai.Tidak kiralah pilihanraya di luar kampus yg pernah juga saya lalui...entahlah mungkin ia satu perasaan indah bila bersama kawan-kawan melaksanakan tugas.Mungkin hanya 4 tahun berada di UKM ini saya dapat rasakan perasaan ini.Bersyukur kerana dapat merasa pengalaman..Semoga perasaan seronok ini saya dapat kekalkan.
Allah..terimakasih kerana memberi saya peluang merasai pengalaman kehidupan ini.Bagaimana Allah menolong hambanya yang banyak sangat buntu dengan pelbagai masalah.Dilekehkan para kawan-kawan dikelas kerana sering menjawab sms ketika waktu kelas dan disindir pensyarah..Saya tidak langsung berkecil hati cuma rasa bersyukur Allah masih sayangkan saya dan memberi saya kekuatan untuk terus dengan apa yang saya yakini ketika itu.Saya berfikir itulah cara Allah menunjukkan sayangnya kepada hambanya bilamana diberi dugaan, sifat sabar mulai muncul, waktu buntu dan mengeluh kepada meredhai apa yang berlaku..Ia susah pada mulanya, tapi Insyallah jika kita bertekad mahukan itu dan mohon petunjuk Allah, ia dengan sendirinya akan muncul dan pertolongan Allah jugalah sebaik2x pertolongan.
Bilamana apa yang dirancang untuk PRK tidak dapat dihabiskan kerana penagguhan tarikh PRK waktu itu, ia satu kejadian yang mendatangkan kemarahan saya, ego saya dicabar, rasa malu dan macam-macam lagi.Tapi sekali lagi saya bersyukur kerana benda yang pertama kali tidak dapat dihabiskan menandakan kita hanya hamba Allah yang lemah dan hina dan Allah lah sebaik-baik perancang.Jika si musuh menganggap mereka menang dengan kaedah mereka, mereka agak lupa yang Allah Maha Hebat strateginya...siapa kita??tidak bernafas seminit juga sudah hampir mati.Nak campak sombong kalian kepda siapa??dan bukan akulah orang nya...Kesombongan manusia yang mendapat pangkat lupa, lupa dengan segalanya. alasan-alasan bodoh diberikan...AArgghhh akan ada yang melawan kesombongan itu dan sudah pasti dengan izin Allah dan usaha yang sehabis baik.
Dan waktu dekat PRK ini jugalah banyak berita gembira saya temui, mak dan ayah sudah dapat menunaikan haji, saya Alhamdulillah sudah dapat bergraduasi (maaf jika ada pembaca yang berkecil hati), dapat jadi mak uda dan paling menyeronokkan saya sudah mula mengiktiraf kerjaya sebagai surirumah bila disuruh oleh emak dan ayah jangan bekerja dahulu kerana mereka mahu saya belajar menjaga rumah, 2 orang adik dan menguruskan lain-lain urusan rumah. Dan ternyata, ia bukan mudah walaupun hanya dirumah..(dahulu saya agak membantah bila perempuan disuruh hanya duduk rumah menguruskan hal rumah yang saya rasa remeh) tapi...saya perlu juga bekerja selepas mak ayah balik haji nanti untuk mengumpul wang dan pergi haji, ulur dekat mak ayah, ajak mereka berjalan-jalan, mungkin kawen (tolong carikan ^_^). Sama-samalah kita doa kepada Allah semoga dapat yang terbaik buat kita, perjuangan kita, keluarga kita dan yang paling penting agama kita
With strong heart
~Sarah Jevo~
Ber-GM Lebih Baik

| Entah kenapa gambar jadi gini..doakan anak abang saya Sofiyyah Binti Nur Aizuddin sihat walaafiat ye ^_^ |
With strong heart
~Sarah Jevo~
Ber-GM Lebih Baik
Thursday, September 13, 2012
Kenapa cerita Korea masih menjadi kegilaan..
Sambil-sambil membaca entry ini saya cadangkan untuk pembaca mendengar alunan muzik ini..
Assalamualaikum, kali ini entry saya agak santai dan kalau nak abaikan pun takpe.Aceli, Korea adalah sebuah negara yang tarikh merdekanya hampir sama dengan Malaysia.Ketika zaman peperangan, Korea Selatan khasnya mempunyai musuh rapat dengan komunis dan jarak negara komunis dengan negara ini tidaklah jauh, sempadan-sempadan je ..maka memang teruklah hidup mereka dahulu.Kalau dilihat dari cerita Tea Gu ki dan cerita perang korea yang lain memang diadaptasikan dengan sejarah yang sebenarnya.Cuma kekreatifan penggiat filem disana amat baik dimana mereka tahu manusia yang minat cerita perang macamna pun masih mempunyai taman didalam hati mereka, dan membuatkan cerita yang asalnya perang boleh jadi nak menangis kerana dikaitkan dengan sifat fitrah manusia iaitu kesedihan dan sebagainya.
Sejarah cerita korea sampai di Malaysia mulanya dari TV3 yang menyiarkan cerita Winter Sonata, tak silap saya waktu itu saya tingkatan satu.Dan terus dengan cerita-cerita lain seperti Autum In My Heart, My Love Patzzi dan berlambak-lambak lagi.Tapi untuk saya, ada sebuah drama korea yang saya tengok full kalau boleh setiap bait kata-kata itu saya akan baca adalah Drama Kim tak Gu The King Baker..Menurut laporan, saya dah menontonya lebih 3 kali..perangai ni jangan ikut.. x bagus.
Point saya disini adalah, lakonan mantap yang ditunjukkan oleh pelakon Korea akn menyebabkan penonton seakan-akan terbuai dengan jalan cerita itu dan tidak kurang juga penonton meletakkan diri mereka dalam situasi drama-drama ini.Secara semulajadinya, cerita korea agak lembab maksudnya dari pergerakan, percakapan dan adakalanya jalan cerita yang kurang effisyen.Kalau yang macamtu memang awal-awal lagi saya kena tolak sebab buang masa sahaja.Yang boleh untuk saya tengok adalah cerita yang memberi inspirasi sebagai contoh Kim tak Gu The King Bakers ini.
Apa yang saya suka adalah, mereka menjadikan aktiviti lakonan ini sebagai satu kerja yang serius.Maksudnya mereka menganggap lakonan ini macam kerja jadi polis, office boy dan sebagainya.dan alangkah indahnya jika keseriusan bekerja ini dapat diadaptasikan dalam drama-drama Melayu yang tolonglah berubah kepada drama yang lebih baik.Menyampaikan perkara-perkara baik dalam bentuk yang kreatif.Islam kan drama Melayu kita seperti penggiat filem Korea lakukan iaitu melembutkan rakyat Korea melalui filem-filem dan drama-drama mereka kerana orang Korea sangat kasar perbuatan dan percakapan mereka.Ini saya dengar dari seorang pengkaji drama dalam cerita Pilih Kasih..hahhaaha (layan jugeek)
Berbalik kepada drama kesukaan saya itu tadi, ia sebenarnya mengisahkan seorang lelaki yang bernama Kim Tak Gu yang sangat kasihan kerana zaman kanak-kanaknya sering dihina dan ibu nya diculik oleh orang kaya kerana adalah sebab penculikan tersebut. Cinta pertama beliau juga diambil oleh seseorang yang bencikanya iaitu Gu Ma Jun yang juga merupakan adik tiri beliau.Aweknya itu berkhawin dengan Gu Ma Jun kerana ingin membalas dendam kepada ibu Ma Jun yang jahat tahap gaban ini.Itu luar biasa kerana selalunya drama Korea cinta pertama pastinya mereka akan bersama tapi kali ini tidak, itu perbezaanya..Cukup part cinta -cintun ini, satu part paling penting adalah Kim Tak Gu yang sangat suka makan roti menjadi seorang pembuat roti terbaik kerana kecekalannya mempelajari pembuatan roti yang sedap, membahagiakan dan berkhasiat melalui seorang tauke kedai roti yang cukup garang dan tegas. Penuh dengan emosi dan semangat melaksanakan kerja beliau walaupun disakiti oleh Gu Ma Jun, ibunya Ma Jun dan Pengarah Han yang tak pernah puas hati dengan keadaan Kim Tak Gu walaupun dia inginkan kehidupan biasa.Tetapi lelaki ini tidak berputus asa dan bersangka baik dengan dugaan yang dia hadapi.
menarik kan??kalau free2x korang tengoklah sebab saya ni pun sudah membuat polisi untuk menonton hanya drama-drama yang berkualiti dalam Polisi Setahun Satu Drama (PSSD) ^_^
![]() |
| Dan jangan risau, cerita ini tiada kena mengena dengan Oppa Gangnam Style |
Monday, September 10, 2012
Kesian kepada TV3..
Saya nak tanya, sape tak pernah tahu TV3 ni apa??TV3 adalah satu stesen TV swasta yang kebanyakkanya ada terpancar secara jelas pada majoriti seluuuuuuuuruhh penduduk di Malaysia.
Sejak beberapa minggu lepas, TV3 dan TV arus perdana kerap memutarkan isu Ahli majlis Syura PAS iaitu Ustaz Nasa..pelbagai spekulasi timbul termasuklah di laman2x sesawang gambar ustaz nasa dan beberapa ahli dalam Ulama Muda UMNO kelihatan gumbira dalam satu pertemuan.Maka banyaklah komen2x sindiran dan macam-macam lagi.Saya?? x berminat lagi ketika itu, sebab perkara ini belum diputuskan. di majlis Syura dimana majlis itu saya yakin terdiri daripada orang-orang baik yang Insyallah mati dan hidup mereka demi Islam.Simple je pemikiran saya ini.
Hari yang ditunggu pun telah tiba, sebelum berlakunya Mesyuarat ahli majlis Syura PAS di Bangunan PAS di Jalan Raja Laut itu, pertama kali disiarkan wajah-wajah majlis ahli Syura yang belum lagi bermesyuarat di TV3..ulang kata TV3 der!!!mana korang nak cari?? Pada ketika itu, bagaikan benar2x TV3 menyiarkan temubual meminta komen mengenai mesyuarat yang bakal diadakan itu.yang paling rare..penceramah kesukaan saya sebab ustaz ini kelakar adalah Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man masuk TV3 siap ditulis jawatan beliau "Ketua Peneranagan Pas Pusat"..nak ulang?? x payahlah nak ulang sangat kan.
Malam itu juga, saya menunggu berita Nightline jam 12 malam di TV3, dan berita itu sangat sekejap dan tidak seperti berita jam 8 mlm tadi..Ustaz Nasa tidak dipecat.Oh NO!!!ini membuatkan TV3 xde berita untuk disensasikan seperti sensasinya berita Al-fadhil Ustaz Hassan Ali.Tertutupnya peluang untuk TV3 dan sekutunya melihat ahli PAS dan penyokong rasa senak perut dan mengalami tekanan darah tinggi tahap 4 bila terlihat berita2x seperti itu nanti.Menangislah mereka dengan rasa menyesal membuat liputan sebelum majlis Syura itu berlangsung, ia tidak seperti yang mereka rancang....
Dan, keluarlah satu persatu pendapat golongan2x yang saya juga hormati dan mereka bukan calang2x ilmu agamanya agak menyelar tindakan majlis Syura ini.Saya yang kurang kritikal pemikiran ini berusaha mencari bentuk bacaan yang dapat menuetralkan perasaan bila terbaca status begitu..Dan Alhamdulillah, terlihat ada yang share status seorang ustaz ini saya lupa siapa mengatakan bahawa "Hikmahnya tidak memecat ustaz Nasaruddin ketika ini adalah bagi membendung TV-TV arus perdana mensensasikan isu ini bagi menutup isu besar seperti kerugian saham Felda holding, Isu PRU yang telus dan adil, pecat tak pecat mungkin selepas PRU dan ada agenda yang lebih penting untuk ahli-ahli PAS mengambil berat berbanding isu pemecatan ustaz Nasa jika dia dipecat waktu ini"..lebih kurang begitulah, dan ya!!bacaan politik itu benar tatkala mula2x ustaz Nasa yang mungkin ditafsirkan media2x akan dipecat tetapi tidak dipecat yang mualanya dijemput di TV Al-Hijrah untuk mengupas isu pepecahan apa ntah ditukar dengan orang lain dan tahu mereka ditukar ketika start melihat rancangan BICARA tadi..sudah...ikalankan orang lain yang datang, tapi orang lain pula yang hadir. PAROH!!!
Maka saya SITI SARAH AHMAD RUSLI dengan ini mengakui bahawa masih kekal dengan PAS sehinggalah PAS tidak mengubah asas dasar perjuangan iaitu ALLAH dan RASUL
~with love~
Sarah Jevo
Thursday, September 6, 2012
Pukul dua pagi..
Assalamualaikum...
Malam makin larut, mata agak letih minta ditidurkan namun ketika itu jugalah hati ini bergelojak ingin menemukan sesuatu di Youtube.saya mula merungkai kembali video-video kecurian, belasah membelasah bagi menngambil sedikit dan tidaklah banyak mana. Mungkin ramai dah maklum yang saya baru-baru ini dirompak ketika berseorangan dekat rumah di kajang dan tujuan saya menulis ini supaya pembaca tidak kisahlah lelaki atau wanita untuk lebih berhati-hati dalam kehidupan yang penuh dengan muslihat ini.Saya amat harapkan doa dari pembaca kepada saya semoga saya tidak lagi menghadapi peristiwa hitam ini.
Mungkin kehilangan laptop acer yang saya beli dari zaman matrikulasi , beg duit pemberian mak yang harganya RM3.50 yang saya dah pakai 4 tahun bersamanya juga RM170.20 koleksi duit raya saya dan hp jenama motorola yg ada kamera dan dah terkopek2x pun key pad nya itu tidaklah kehilangan sebanyak mana. Namun, banyak perkara yang saya nak kongsikan kepada pembaca sekalian, iaitu:-
1) Jangan mudah mempercayai orang lain
-Apabila sesi brainstorm ayah dan saya dibuat mengenapasti apa punca saya dirompak adalah, saya terus mempercayai bahawa seorang lelaki yang tidak dikenali berseorangan tanpa apa-apa alat membaiki dan hanya menaiki motor adalah agen dari Indah Water dan ingin membetulkan tandas rumah saya dan kebetulan pada waktu itu sedikit rosak. Kalau tidak betulkan pun, aceli boleh je digunakan lagi tapi saya terus mempercayai mungkin mak ayah saya ada call mereka untuk datang rumah.Sifat bersangka baik yang tak baik langsung.Tanpa usul periksa kad kuasa dan apa yang perlu dibuat seperti telefon mak ayah minta kekonforman betulkah mereka ada hantar orang ke rumah dan sebagainya tidak saya lakukan.
2) Jangan buat apa-apa perkara kalau jenis perangai tu, lepas tidur mesti mamai yang tahap gaban
-Ambil masa jika lepas bangun dari tidur untuk berfikir kembali secara waras.Memang perasaan yang sedang mengantuk dalam keadaan tiba-tiba sahaja pintu rumah diketuk dengan kuat dan seolah-olah sedang rushing nak siapkan sesuatu perkara. Ambil baju yang menutup aurat, buka pintu dan terus suruh masuk. Sangat tak waras pemikiran itu.
3)Perkara asas...macamna wanita boleh benarkan lelaki yang bukan muhrim masuk kedalam rumah dalam keadaan anda berseorangan dirumah??
Perkara (3) ini ayah paling marah. Perkara asas dan sangat asas.Teruk saya dimarahi waktu itu tapi diam sahaja sebab memang saya bersalah.Tak terfikir langsung waktu itu, dan abang saya keluarkan kisah sirah dimana seorang isteri yang tidak membenarkan orang lain masuk kerumah walaupun dia mengenali tetamu tersebut kerana tidak meminta izin dari suaminya...tapi yang ini saya balas "tapi aku belum ada suami".. jawapan yang ingin melepaskan diri dari terus dileteri ^_^.. dan dia tidak mengaku kalah dan terus menasihati mengenai mak ngah kami yang merupakan seorang isteri kepada pendakwah tabligh yang lagi sering ditinggalkan suami yang keluar 40 hari dan sebagainya.Pandai je jaga diri..
Ya mengaku memang salah saya, tapi Alhamdulillah, saya dari dahulu lagi jika ada sesiapa datang masuk rumah ingin membaiki apa-apa sebelum ini, saya dah prepare pisau ditempat yang saya tahu dan mudah untuk ambil jika berlaku apa2x...perompak yang mati dirumah mangsa rompakan dan setahu saya mangsa rompakan tidak akan dikenakan hukuman jika membunuh perompak didalam rumah.Tapi ketika rumah saya dirompa, aceli saya tak sedar pun saya dirompaki akibat leka menolong mengemas kawasan dapur selepas diminta tolong oleh perompak tadi dengan katanya "adik, tolong kemas ya, nanti kawan saya yang lain akan datang, kosongkan kawasan ini'..saya pun menjawab "ohh, ok"..selasai je kemas, pergi ke ruang tamu melihat kawasan tempat letak barang2x tadi kosong dan lesap bersama-sama motor penjenayah.. mangkok betul!!! hidup2x saya ditipu...
Nasihat terakhir saya, berhati2x ye kawan2x..keep on berjumpa dengan orang ramai supaya kita lebih memahami manusia yang pelbagai itu
Wassalam......

Saturday, August 25, 2012
Perjalanan itu mengusik kalbuku
Assalamaualaikum...
Syukur kepada Allah, masih diberi nyawa dan kekuatan untuk kembali mencoretkan kata-kata di blog ini.Kali ini saya ingin membawa satu kisah perjalanan saya dengan abang saya dari Kajang ke Kuantan ke Keratong dan kembali ke Kajang atau singkatanya 3K back to K..
Kereta wira diberi pinjam mak kepada kami telah digunakan.malalui jalan Karak higway dengan hujan lebatnya dan abang saya yang bawa kereta memang tak pandai slow mengecutkan usus ku ini.ketika itu 25 Ramadhan.masing-masing sedang berpuasa dan Alhamdulillah perjalanan memakan masa dalam 4 jam ++ sahaja.Maka, berbukalah kami di kafe hospital.Oh lupa nak bagitau yang kami ke Kuantan kerana akk ipar ku dimasukkan ke wad yang mula-mula ICU tapi bila kami datang tu dah dipindahkan ke wad biasa..lama tak lama lah dia di wad, lebih kurang 25 hari.Akibat komplikasi ketika pemedahan mengeluarkan baby comel diberi nama Sofiyyah itu.baby dimasukkan dalam satu bilik khas yang ada pemanas dan dijaga rapi kerana tidak cukup bulan and what so ever terms medical yang kompleks...urmm
Maka, usai melawat aku pun blah ke suatu sudut tak nak kacau daun perbincnagan mereka suami isteri.Lama tak berjumpa dan mungkin banyak yang mereka hendak bualkan.Nak masuk tengok baby juga tidak dibenarkan keranhanya ibu bapa sahaja dibenarkan.tengok sipi-sipi sahajalah apabila akk ipar ku membawa Sofiyyah ke muka pintu, jeling sahaja nurse-nurse disana..Tak bagi masuk, kita jengah sahaja dari luar tidak menyalahi mana-mana akta. Selesai dihospital, kami mula ke masjid Kuantan untuk jamaq solat maghrib dan isyak seterusnya melaksanakan Tarawikh, Imam dari Gaza ketika itu..Perghh mmg terbaik bacaanya dan part paling best masa dia zikir...suara dan alunan nya sangat mantap mengusik kalbu..Allah~~~
Maka, tibalah part yang paling ditunggu-tunggu nak tidur sekaligus iktikaf di masjid..Malam ganjil ketika itu,jeng jeng jeng....Sebelum tu kami keluar makan, sebab masa nak siapkan tarawikh yang tertinggal moreh di masjid telah clean and clear, bersusah payahlah kami mencari kedai makan di kuantan yang tak ramai orang, Alhamdulillah jumpa jugak.Makan punya makan nak kembali ke masjid untuk tidur jap kat sana dan bermulalah satu perkara yang sangat aku marah dan menangis kerana terlalu marah nak mampos...masjid dikunci, dan hanya akan dibuka jam 3..aku juga baru pulang dari masjid Shah Alam ketika 23 Ramadhan yang ada ustaz Azhar Idrus..2 2 adalah masjid negeri, kenapa masjid negeri di Kuantan ini ditutup dan hanya dibuka jam 3..Maka, aku pun memberi salam pada pakcik jaga itu...pakcik tu agak berat nak bg masuk, xpelah..dah x bagi kami masuk saya dan abang saya pun nak blah lah, pak cik kembali panggil, dik2x masuklah..dan aku masuk dulu..terus die kunci pagar masjid, abang aku di luar masjid dan aku didalam masjid masih terpinga-pinga dengan perangai pakcik penjaga masjid ni."Dik, perempuan je boleh masuk, laki x boleh masuk, ini arahan AJK masjid"..abang saya pun blah je, dan saya terus naik ke atas tempat perempuan dengan perasaan yang agak marah..pastu nak buat-buat tanya, "dik2x..abang awak nak tidur mana"?? saya palingkan badan dan jalan tanpa melayan persoalan itu.mmg terkurang ajar dengan pakcik tu..maaf jangan ikut perangai ni. Disana terbayang wajah-wajah AJK masjid UMNO yang membuat peraturan ini, mula saya bandingkan dengan masjid di Shah Alam..x dapat lelapkan mata akibat terlalu marah sehingga menitiskan air mata.Semahu-mahunya dia buat orang yang dari kajang ke Kuantan nak tengok isterinya yang sakit macam tu..dah bagitau kot kami ke hospital..manalah hati perut mereka-mereka ini.Di 10 malam terakhir pulak tu..Allah...pengalaman yang sangat mengentalkan jiwa untuk menumbangkan UMNO yang ntah apa-apa pemikiran.
Ok lah, tang yang bagus tu bagus saya tak nafikan.Tapi dengan menyekat perkembangan masjid saya rasa itu satu bentuk musibah yang direka oleh manusia yang berfikiran singkat.Masjid patut lebih di riang serikan dengan orang ramai yang pelbagai jenis untuk tidak segan silu keluar masuk masjid melaksanakan ibadah kepada Allah.Takut apa-apa berlaku kepada masjid, tingkatkan sahaja tahap keselamatan dan bukanya di sempitkan peranan masjid sebegitu sahaja.Saya doakan AJK2x masjid itu ditukar ataupun diberi hidayah oleh Allah untuk menukar bentuk pemikiran.Oleh itu, saya cadangkan mana-mana masjid negeri untuk mencontohi masjid Shah Alam sebab saya sendiri pernah kesana maka bolehlah saya cakapkan ini atas dasar pengalaman.Mereka orang bandar besar yang selalu di katakan sibuk mencari harta, menjaga rumah besar, mentata rias, decoration rumah dan sebagainya tapi jika dibandingkan dengan bandar-bandar kecil seharusnya tidaklah sesibuk mana.Jalan pun x jem..
Maaf jika coretan ini membuat sesetengah pihak berkecil hati, tapi itulah pendapat peribadi saya atas dasar pengalaman yang pernah saya lalui..Wassalam~~~

Wednesday, July 11, 2012
Dosa Semalam
Tahap manusia itu lain-lain, tahap ilmu, kekayaan, kesedaran, kecantikan dan apa sahaja semuanya berlainan. Ia berbalik bagaimana kita membentuk diri ini dari menginsafi dosa yang pernah kita lakukan. Dosa maksiat kepada Allah, itu tidak kira dosa kita pernah meninggalkan solat dahulu kala, puasa kalau ada, menderhaka kepada ibu bapa, mungkin pernah menyakiti perasaan orang yang baik dengan kita dan mugkin ada kita terlupa dan teralpa. Kesedaran yang timbul tatkala sudah melakukan dosa juga lain cerita, ada manusia yang sudah melakukan dosa dia sangat menginsafi dosanya dan berazam tidak mahu mengulanginya lagi, dan jika ia berulang kembali ia akan kembali bertaubat, dan berulang ia bertaubat sehinggalah dia mati dan keyakinan dirinya bahawa Allah itu Maha Pengampun dan Mengasihani hambanya. Ada juga manusia tatkala melakukan dosa, terus terbuai dengan dosanya kerana rasa dirinya cukup berdosa dan tak boleh nak buat apa dah. Dan percayalah, itu satu sifat yang merugikan diri sendiri kerana kita sendiri tidak berusaha melupuskan dosa dengan cover up balik melalui kebaikan-kebaikan yang masih boleh dibuatkan.Apa yang bagus mengenai dunia sekarang adalah dii dalam Facebook banyak manusia yang dahulunya terkenal dek kerana lakonanya yaa..pendek kata artis yang telah mengakui kesilapan mereka dahulu dan berusaha menjadi yang terbaik disisi-sisi Allah dengan membantu masyarakat melalui mana yang mereka mampu.Mungkin dengan bagi ceramah, mengubah penampilan mereka kepada yang menutup aurat juga satu ibadah, menyampaikan kebenaran lagilah Subhanallah..Maka, saya kira berilah mereka peluang dan jangan menjadi seolah-olah mesin melabel di kilang-kilang pemprosesan makanan bahawa si A ini pendosa dahulu, si B ini pendusta, si X ini pemaksiat..udoh-udoh leee kite ni pun bukanya bagus sangat nak mengutuk mereka yang berbuat kebaikan.
Insafi dosa yang kita lakukan semalam untuk menjadi manusia yang lebih berusaha mengharapkan keredahaan Allah. Dan dalam doa juga, saya pernah diajar bahawa untuk membanyakkan doa-doa supaya Allah mengampunkan dosa-dosa kita selain doa-doa mendapat jodoh, dimurahkan rezeki, mendapat cahaya mata, diberi kekayaan, disiapkan tesis. dimudahkan urusan dan banyak lagi doa-doa yang bersifat inginkan kesempurnaan dalam diri.Ia sangat memberi pengajaran bahawa jika ada dugaan yang sangat berat terhadap diri kita ia mungkin datang atas sebab dosa kita dahulu kala, mungkin niat untuk berbuat dosa atau apa-apa sahaja yang bekaitan dengan dosa. Tujuan utama adalah menganggap setiap dugaan itu pasti berhikmah dan hikmah wajar dikutip oleh orang-0rang yang beriman setiap kali ditimpa musibah.Then, let be a person with iman, Insyallah....
dan kesimpulanya..doa ini best
"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa yang kami lakukan sekali, juga-dosa-dosa yang kami lakukan banyak kali, Ya Allah ampunilah dosa-dosa yang kami lakukan secara terang-terangan, juga dosa-dosa yang kami lakukan secara tersembunyi. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa yang kami lakukan dengan sengaja dan juga dosa-dosa yang kami lakukan dengan tidak sengaja.. Ya Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..Amin..
![]() | ||
| Berdoalah kepada Allah semoga diberikan jalan terbaik untuk kita semua.. |
(Ps: kesedihan jerman kalah dgn Italy d Euro baru-baru ini memberikan kesan emosi yang cukup mendalam, mungkin melihat kesungguhan jerman yang terlalu namun tiada gol utk kesungguhan itu melainkan fenalti)
Sunday, July 1, 2012
Kronologi Penulisan Tesisku
Assalamualaikum..
Saya rasa serba salah pada mulanya ketika ingin menulis post ini.Mungkin akan ada yang mengatakan saya membuka aib sendiri, kot2x nanti jadi wakil rakyat ataupun orang penting Malaysia akan ada cakap-cakap mengatakan "huh!!tulis tesis yang mudah tu pun ada masalah rupa2x ko ni sarah"..Namun selepas difikirkan kembali mungkin ini boleh menjadi satu penaik semangat sahabat-sahabat pembaca yang akan dan pernah melalui suka duka assigment atau projek yang tak siap-siap dan lagipun saya ni bukanlah orang penting lagi dalam mana-mana sudut hati siapa-siapa pun lagi (ayat pasrah habes) hehehe, golongan marhean dan hamba Allah yang penuh kehinaan sahaja yang cuba mencari kesempurnaan dan bukanlah mendahagakanya sangat..Maka, saya ceritakan jugaklah.
Bermulanya tahun 3 sem 1, penulisan proposal saya buat dengan begitu bersemangat.Boleh dikatakan setiap hari saya bercita-cita mahu bertemu dengan Dr.Nazaruddin penyelia tesis saya. Dan Alhamdulillah mudah sahaja berjumpa denganya. SMS saya dibalas, call saya diangkat dan wow!!sangat smooth penulisanya.Siap pun on time dan saya menjadi orang pertama yang membentangnya. Ketika itu, saya nak sangat pakai baju pink yang ada kilat-kilat pemberian mak saya, dah siap iron dan menggantungkanya cuma bersedia untuk dipakai.Pakai sahaja di badan, ada kawan tegur.."waa, sarah dah macam nak pergi bertunang dah aku tengok kau ni", terus saya menukar baju coklat biasa yang dipakai tanpa perlu iron dan bergegas ke tempat pembentangan.Ketika itu, saya rasa seperti semua perkara dan masalah saya boleh atasi.Keyakinan yang tinggi pada diri sendiri, peergghh..sangat bahagia dan sempurna.
Habis sahaja, sem 1 saya pulang ke Sabah pada ketika itu mak ayah saya masih menetap disana.Saya merengek2x mahu pulang awal dengan mak saya kerana mahu masuk lab. Mak benarkan je walaupun perlu membayar denda kepada MAS hampir RM120.00 kerana menukar tiket. Tapi, saya dah bersemnagat waja nak ke lab di UKM ni.Dalam seminggu sahaja saya dirumah dah kembali ke semenanjung.Saya masuk lab pada hari pertama, dan pada hari itulah ada satu perkara yang sangat saya tidak jangka.Sedikit pertengkaran berlaku akibat dari perebutan bahan-bahan ingin melakukan eksperimen.Pada ketika itu, moral saya jadi down.Saya tak sanggup tengok orang berlumba-lumba dan seakan-akan tidak peduli masalah orang lain as well as part mereka siap. Maka, ketika itu saya bertekad, saya tak nak masuk lab ketika ramai orang. Perasaan rendah diri mulai timbul tatkala pelbagai term sintifik dikeluarkan.Dan saya, terkial-kial mencari solusinya. Saya akui, saya dahulu memang sukai subjek kimia ini, seakan-akan dijodohkan dengan subjek ini. Namun, tatkala berhadapan dan mempelajarinya secara mendalam, saya seakan hilang punca.waaa..dahsyat!! Siapa nak tolong kita, kalau bukan diri kita sendiri.Saya gagahkan diri stay dengan course yang telah diberi, saya bersangka baik dengan semuanya dan mahu menghabiskan sahaja degree pada waktu itu.Lepas habis degree, saya fikir lain nak buat apa.
Dan sehinggalah pada akhir sem 2, lab saya Alhamdulillah siap dengan bantuan sahabat saya Hawa.Rakan course yang tinggal berhadapan bilik saya. Dia teman saya sepanjang hari menyiapkan lab. Aceli mudah je kalau kita dah tahu step.Maka, saya pun menghadap pensyarah untuk minta tangguh VIVA dan penghantaran tesis. Ya, dimarahi beliau kerana saya lambat, namun ada kata-kata semangat dipenghujung ayatnya itu, iaitu "awak extend je lah sarah"..dan dengan yakin saya mengatakan," x nak, saya x nak extend".. mungkin lepas habis LI saya cuba hantar kerana saya agak yakin, ketika LI akan ada masa senggang yang banyak untuk menyiapkan penulisanya.
Namun, apa yang kita rancang x semuanya berjalan lancar. Keluarga saya mengalami satu perubahan situasi yang cukup mendadak dan dahsyat.Seperti dalam drama-drama dan filem2x dikaca television.Saya akan jadikanya rahsia dalam hati ini.Biarlah yang tahu dan dengan pengetahuanya, yang tidak tahu saya tetap akan merahsiakanya.Bermulalah fasa perubahan perasaan kepada yang yakin segala masalah dapat diatasi kepada seorang yang lemah dan cepat termenung.Mood jadi hilang, rasa nak lari dari keadaan tapi Alhamdulillah dengan sedikir kekuatan dari Allah, saya tempuhi tempoh-tempoh yang paling dukacita yang pernah saya lalui sepanjang 22 tahun pada ketika itu. Hidup mesti diteruskan, saya banyak membaca kata-kata hikmah, chat dengan golongan-golongan berjiwa halus sebab kekangan masa untuk berjumpa bagi membina kembali keyakinan kepada diri ini.Allah, Allah Maha Mengasihani, saya memohon belas ehsan dari Allah untuk memberi petunjuk kepada diri ini, tiada jalan ketika itu dan cuba bersangka baik, Allah sedang menguji tahap kesabaran bagaimana menempuhi dugaan ini.
Maka, kata-kata semanagat pensyarah itu benar.Saya extend kerana tiada daya rasanya untuk menghabiskan apa yang tidak habis bagi yang sepatutnya habis itu.Saya cuba membuka lembaran baru kehidupan. Bertemu semula sahabat-sahabat dan Alhamdulillah, sedikit-sedikit datangnya kebaikan dari dugaan itu.Rasa bersyukur mulai timbul tatkala dapat dugaan itu, semuanya ada hikmah dan sudah menjadi tanggungjawab orang mukmin untuk mengutip segala hikmah dari dugaan dan cubaan yang diberi Allah oleh hambanya.Bukan nak declare saya ni beriman ke apa, tapi why not kita try menjadi orang beriman.Tidak salah, malah Insyallah diberi pahala oleh Allah.
Dan episode kerisauan mulai hilang tatkala, ada teman iaitu kak Nurul Syamila Marlan (k.mell) yang tidak putus-putus memberi kata-kata semanagat yang saya sangat sukai,Beliau menemani saya sepanjang kami sama-sama menaip.Penulisan tesis saya siap, cuma berlengah-lengahkan untuk dihantar kerana ada alasan saya yang tersendiri selain dari faktor teknikal dan alasan yang paling kuat adalah, saya tak nak viva depan junior-junior, rendah diri beb.(x tau lah rendah diri ke ataupun ego)..urmm..benda pun dah lepas, dan saya pun hantarlah, dan dijeling oleh SU Dr. ehem-ehem yang sangat mahal senyumanya.Punya main manis senyuman yang saya lemparkan kepadanya, dia boleh buat dek je...sabo je lah hati.Maka, viva saya pun telah selesai walaupun agak hangat dengan soalan-soalan panas dan menduga keimanan almaklumlah, dah jadi pesalah hantar tesis lambat kan. Terima je lah.Tidak lupa, ketika viva pun saya masih ditemani sabahat saya kak.mell ly coslow.Selesai viva, agak-agak dalam 70% telah selesai tugas untuk tesis ini. Perlu edit apa yang ditegur a.k.a dimarah akibat kesalahan penulisan yang serius mahupun kesalahan tidak serius, tapi xpe...anggap je itu marah-marah sayang.Kadang- kadang nak amik hikmah kena terima baloh dulu..huhuhu
Dan itu sahajalah coretan saya, dan Insyallah jika keluar nanti dari UKM..saya mendapat sesuatu yang sangat berharga dari sini. ^_________^.
http://www.youtube.com/watch?v=R6WRij4PMhw
Part paling best adalah kawan dia jawab "Buatlah assigment"...

Wednesday, June 27, 2012
Situasi yang kian berubah
Assalamualaikum..
Syukur kepada Allah kita masih lagi bernyawa dan mempunyai masa untuk memperbaiki amalan dan bertaubat dengan dosa yang telah dilakukan.Lagi tambah manisnya bila pengumuman mengenai kemenangan Ikhwanul Muslimin di Mesir.Ketika mengikuti perkembangan revolusi rakyat Mesir terasa mereka sangat dizalimi dan kandang-kandang saya jadi lupa bahawa Allah akan menolong mereka bila melihat kekjaman tentera Husni Mubarak merobek nywa-nyawa pejuang yang tidak bersalah.Allah..rasa bersalah bila kadang-kadang rasa tak tahu cara ingin dibuat bagi menumbangkan pemerintahan zalim.Tapi itulah, jika hati rasa lain teruslah berjumpa orang alim mendengar kata-kata nasihat dan ceramah motivasi bagi meningkatan lagi tahap keimanan kita kepada Allah dan perlu yakin bahawa pertolongan Allah itu pasti akan tiba.Situasi kemenagan yang ditunggu-tunggu oleh semua pecinta keadilan.Saya yakin kerajaan yang baru ini akan membuat apa sahaja yang memberi kebaikan dan keadilan kepada rakyatnya.
Perubahan situasi juga berlaku pada saya bilamana ditawarkan berkerja sebagai guru di sebuah sekolah rendah. Saya hanya tahan sehari sahaja bilamana saya rasa nak pitam bila mengajar budak-budak tu. Saya rasa mahu sangat berhenti disekolah itu dan berusaha mencari kerja lain tapi tidak dipanggil-panggil walaupun memohon untuk jawatan kerja di tol berdekatan dengan highway rumah saya. Ingin dilihat bekerja dan tidak duduk sahaja kerana malu dengan parents yang sentiasa menghulurkan duit kepada anaknya ini. Dah 23 tahun tapi masih menerima duit dari mak ayah, walaupun mereka mampu je tapi saya malu.fuyyoo!! tercabar keayuan.Tapi, ditakdirkan Allah k.zan sekali lagi call saya kot2x ada yang nak menggantikan saya, dan terkeluarlah ayat "sarah, je ye mengajar lagi"..susah lah nak cari orang rushing-rushing"..maka, saya yang lembut hati dan mudah dipujuk ni (lagi-lagi dipujuk jurujual) mula ke arah seolah-olah mahu kembali mengajar di sana. Dengan nasihat dan bimbingan dari k.zan, k.mell yang pernah mengajar 7 bulan dahulu menaikkan semanagat saya untuk bertahan disekolah itu. At least mencari pengalaman dan mendidik diri bersabar dengan budak-budak yang secara kenyataannya saya tak suka budak-budak yang tak matang sebab adik-adik saya sumenye matang-matang dan mudah mendengar kata.Huhuhu..budak2x Bangi ni, budak2x bandar dan pernah merasa mengajar keluarga yang keEnglishan sedikit.Saya ni orang kampung biasa2x, manalah nak biasa dengan situasi penuh kemodenan ini.fuyyoo!!
Tapi Alhamdulillah, dengan tunjuk ajar dan cara-cara menarik diajar saya mula dapat mengatasi rasa nak pitam yang mula-mula dulu. Rasanya mungkin saya terlalu gementar berhadapan dengan anak-anak ini yang menjadi satu beban amanah yang terasa begitu berat dibahu saya.Mungkin terbiasa dengan ayat mentarbiyyah dan bukanya sekadar mengajar dan kali ini adalah anak-anak yang baru darjah satu.Besar juga perngorbanan guru-guru sekolah agama saya dahulu dimana permulaan membaca Al-Quran, mengenali sirah-sirah nabi dan disanalah saya dididik dan jika fikir-fikir balik banyak lagi ingatan dari mereka yang saya ingat.I love u ustazah-ustazah terutamnaya ustazah ketika saya darjah enam yang memeluk saya begitu erat bila saya ada menziarahi beliau ketika kematian suaminya. Tergamam saya dan kawan-kawan lain dan terasa best rasa disayangi ustazah itu kerana dalam kelas serius habis ^ _^.

Subscribe to:
Posts (Atom)